30 Fakta Tentang Buah-Buahan Yang Sangat Cool
Home » » 30 Fakta Tentang Buah-Buahan Yang Sangat Cool

30 Fakta Tentang Buah-Buahan Yang Sangat Cool

19 Sep 2011
Sebelum ini kami banyak menulis fakta-fakta menarik. Post kali ini kami ingin kongsikan trivia atau fakta menarik tentang buah-buahan pula. Semua fakta ini diambil daripada game Fruit Ninja dan diterjemah oleh kami sendiri.

FruitNinja game for Iphone
Semangat main game untuk artikel ini


1. Kajian tentang pertumbuhan epal dipanggil pomology

2. Orang yang ada alahan tehadap getah (latex) mungkin juga akan alah dengan buah kiwi

3. Buah lemon diberikan pada tentera British untuk mengelakkan penyakit scurvy (kekurangan vitamin c)

4. Terdapat lebih 400 jenis buah kiwi di China

5. trawberry tergolong dalam keluarga bunga ros

6. Jika anda memanaskan buah lemon sebelum memerahnya, ia akan menghasilkan lebih banyak jus

7. Terdapat lebih 20 billion kelapa yang dihasilkan setiap tahun

8. 1/3 daripada buah nenas yang terdapat di dunia dihasilkan di Hawaii

9. California menghasilkan 1 billion pound strawberry setiap tahun

10. buah plum Jepun sebenarnya berasal dari negara China

11. Sebatang pokok epal mampu berbuah sehingga 100 tahun

12. Terdapat lebih 1200 jenis tembikai yang tumbuh seluruh dunia dalam 96 negara

13. Orang biasa secara puratanya makan lebih kurang 65 biji epal setahun

14. Buah pear akan menghasilkan titik hitam jika disimpan dalam persekitaran yang kurang oksigen

15. Pokok lemon yang matang mampu menghasilkan diantara 1000 hingga 2000 buah setahun

16. Buah plum tumbuh dalam semua benua di dunia kecuali Antartika

17. Bahagian dalam kulit pisang boleh digunakan untuk mengilatkan kasut kulit

18. Limau nipis bebas daripada kandungan lemak, lemak tepu, natrium dan kolestrol

19. Kebanyakkan vitamin C yang ada pada buah pear terdapat pada kulit buah tersebut

20. Mangga mempunyai kandungan vitamin C yang sama banyak dengan buah oren

24. Anda boleh menggosok bahagian dalam kulit pisang pada kulit untuk merawat gatal-gatal akibat gigitan nyamuk

22. Lebih banyak mangga dimakan setiap hari seluruh dunia berbanding buah lain

23. Terdapat lebih kurang 10,000 jenis buah epal yang tumbuh di seluruh dunia

24. Lemon mempunyai lebih banyak kandungan gula berbanding strawberry

25. Tambahkan setengah cawan jus lemon pada cucian anda untuk mendapat cucian yang lebih putih berseri

26. Pisang mempunyai kandungan vitamin B-Complex yang tinggi yang dapat membantu menenangkan sistem saraf

27. Buah pear mampu kekal hidup pada suhu serendah -40 darjah celcius

28. Jika anda menanam sebiji benih buah oren, anda mungkin akan mendapat lebih daripada sebatang pokok

29. Mangga tergolong dalam keluarga yang sama dengan poison ivy

30. 25% daripada kandungan buah epal adalah udara. Sebab itu ia terapung di atas permukaan air



Hahaha cuba teka berapa lama masa yang kami ambil untuk main game fruit ninja ni dan dapatkan fakta buah-buahan ini semua. Ada banyak lagi fakta-fakta menarik sebenarnya, kalau nak tahu sila download dan main sendiri game fruit ninja hehehe