7 Rahsia Wanita Dengan Melihat Cara Berjalan
Home » , » 7 Rahsia Wanita Dengan Melihat Cara Berjalan

7 Rahsia Wanita Dengan Melihat Cara Berjalan

27 Comments

Jika berjalan, dari belakang kelihatan seperti tidak memijak tanah
Golongan wanita yang jalannya berginjat, konon wanita ini adalah wanita yang tidak jujur, kalau berbual, mulutnya laser dan menyinggung perasaan orang lain. Wanita yang berjalan seperti ini juga terkenal dengan sikap egonya. Lebih parah, wanita ini biasanya pemboros atau suka membazir wang tanpa berfikir sebelum berbelanja. Padahal, wang yang dimilikinya itu masih banyak kegunaannya. Tapi jangan berkecil hati, kerana wanita seperti ini biasanya menjadi pujaan ramai lelaki.

Jika berjalan, sering menoleh ke kanan and kiri
Wanita seperti ini biasanya pandai menyimpan rahsia. Walaupun ramai yang menganggap wanita seperti ini tidak jujur, suka menipu teman sendiri,dan merugikan teman bualnya, namun, ramai lelaki yang berusaha untuk menakluk hatinya. Konon wanita seperti ini senang diatur dan diuruskan.

Jika berjalan suka menunduk
Cara berjalan melambangkan wanita seperti ini memiliki sifat yang tertutup. Ia hanya akan berbual dengan orang-orang yang rapat dengannya dan boleh dipercayai untuk menyimpan rahsianya. Wanita seperti ini biasanya sukar untuk ditakluk hatinya. Disamping sikapnya yang dingin, wanita seperti ini tidak peduli dengan kehidupan cinta. Namun, jika ada lelaki yang berjaya menawan hati wanita dengan cara berjalan menunduk ini, dijamin akan mendapat kebahagiaan. Sebab, wanita jenis ini sangat setia, dan dia tidak akan mengkhianati lelaki yang dicintainya.

Jika berjalan menatap lurus ke depan
Wanita seperti ini biasanya memiliki pendirian yang teguh, bukan senang hendak menggoncangkan imannya. Jangan sekali-sekali menentang apa yang pernah dikatanya, jika anda tidak mahu mendengar dia berleter panjang lebar. Meski pendiriannya teguh, tapi dia selalu berselisih pendapat. Jangan hairan jika wanita seperti ini hanya mahu berbual dengan orang yang berpengalaman luas.
Jika berjalan badan bergerak ke kanan dan kiri

Wanita yang berjalan dengan gaya yang sedemikian tidak ambil kisah dengan masalah yang berlaku. Apa pun masalah yang ada dihadapannya, dia dianggap kecil. Padahal masalah itu sebenarnya memerlukan kebijaksanaan untuk diselesaikan. Kerana sifatnya yang suka ambil mudah ini, banyak persoalan yang akhirnya tidak dapat diselesaikan dan akibatnya merugikan dirinya sendiri.

Jika berjalan badan tampak tegak
Wanita ini tegas menentukan sikapnya sendiri. Dia tidak mahu urusan peribadinya dicampur oleh orang lain. Gaya bicaranya serius seperti ingin menunjukkan dia memiliki pendirian teguh. Yang menarik dari wanita ini, dia bertanggungjawap terhadap apa yang pernah dilakukannya. Dia menyenangi lelaki yang berdikari tanpa meninggalkan sifat-sifat romantiknya.

Jika berjalan seperti zirafah
Maksudnya, ketika melangkahkan kaki ,badannya ia kelihatan bergerak ke depan dan ke belakang. Wanita jenis ini sangat lemah perasaannya. Dia seorang yang mudah terasa dan mudah tersinggung. Jadi, jika anda berbual dengan wanita seperti ini kenalah menjaga perasaannya agar tidak tersinggung, kerana wanita ini mudah mengalirkan air mata.

Jika anda suka artikel ini, jangan lupa sertakan kami dengan copy salah satu link di bawah ^_^

Kopi link post yang comel ini ^_^



Kalau nak dalam bentuk HTML, kopi saya lak ^_^

27 comments:

  1. terima kaseh banyak admin
    info bermanfaat ini

    maklum, aku ni belom pernah punya GF

    ReplyDelete
  2. Memang benar cara berjalan wanita boleh menunjukan sifatnya...tp bukan semua...kita tidak boleh kata ini 100 percent betul kerana luaran dan dalaman wanita sukar diduga....dan ia kadang-kadang tidak berkaitan....

    more interesting
    www.bizjosslvin.ws

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum, kalau saya nak share boleh? Harap harap boleh. lebih baik saya minta izin dulukan? tak lah dianggap pencuri.credit to penpatah :)

    ReplyDelete
  4. bukan sume wanita boleh dinilai begitu..namun utk bacaan ringan best gak ni..mohon share

    ReplyDelete
  5. klu dah jdoh..trima seadanya..^^

    ReplyDelete
  6. Tk psti cara mana CiM brgerak sbnrnya

    ReplyDelete
  7. Khurafat semua ni... bertaubat la... sepa yg percaya. Teda la alasan eh! Saja2 ni...

    ReplyDelete
  8. boleh caya ka?haddooi.saya berginjatbmbmn

    ReplyDelete
  9. ada ke pompuan yg jalan cam zirafah? x prnh tengok pun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada..haha..Satu2nya kwn dekatku.Mmg sama la perangai dgn kenyataan d ats tu

      Delete
    2. Ada..haha..Satu2nya kwn dekatku.Mmg sama la perangai dgn kenyataan d ats tu

      Delete
  10. yg 1st tu aku pnh jumpa..tapi dia lngsung x pijak tnh..setelah ku amati btl2 rupa2nya langsuir..lntas tnpa sgn silu aku pn berlari ngn pantas ala2 atlit pecut malaysia iaitu sapok biki.

    ReplyDelete
  11. 99.8% adelah tepat. .huhu

    ReplyDelete
  12. gua nk copy neh...

    ReplyDelete
  13. Ada masa pulak aku nk tgk cara diaorg jln..

    ReplyDelete
  14. klu pmpn jalan tkengkang2 tu bmkne dh xde dara wlwpn dia blom bkahwin lg...xtaula btol ke x

    ReplyDelete
  15. tiada yang benar melainkan yang benar belaka. saya jalan menunduk. dan 100% tepat maklumat ni perempuan yg jalan tunduk. hehe!

    ReplyDelete

Penpatah.blogspot tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri