Isu Cinta - Apa Itu Nikah Gantung?
Home » » Isu Cinta - Apa Itu Nikah Gantung?

Isu Cinta - Apa Itu Nikah Gantung?

20 Comments
Nikah gantung (atau dalam Bahasa Arab disebut Nikah Khitbah) sebenarnya bermaksud pernikahan di mana pasangan pengantin tidak duduk serumah dalam satu-satu tempoh yang ditetapkan hasil persetujuan bersama kedua-dua belah pihak. Tanggungjawab pemberian nafkah oleh suami kepada isteri juga diringankan dan boleh dilepaskan.
Dalam kata lain, majlis akad nikah diadakan terlebih dahulu tapi majlis kenduri kahwin (walimatul urus) diadakan kemudian. Penangguhan majlis kenduri kahwin tersebut boleh hingga menjangkau tempoh bertahun-tahun lamanya.
Akan tetapi rukun-rukun perkahwinan seperti biasa perlu diikuti iaitu perlu ada suami, isteri, wali, saksi dan akad (Ijab Qabul). Tidak ketinggalan juga maskahwin pun perlu dibayar. Untuk hantaran boleh ditanggunhkan dulu.
Sebab-sebab biasa nikah gantung ini dibuat adalah seperti:
Suami masih tidak mampu menyara sepenuhnya kos hidup isteri seperti rumah sewa, pakaian dan sebagainya. Pasangan masih lagi menuntut dan masih belajar. Belum bersedia memberi komitmen sepenuhnya dalam menunaikan tanggungjawab berumahtangga.
Setelah majlis akad nikah berlangsung, kedua-dua pasangan perlu tinggal secara berasingan sehingga benar-benar bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai suami dan isteri. Pada kebiasaannya pasangan ini akan tinggal di rumah ibubapa masing-masing.
Tujuan utama nikah gantung ini dilakukan ialah bagi mengelakkan berlakunya penzinaan dan kelahiran anak luar nikah. Setelah kedua-dua pasangan ini melalui nikah gantung, mereka boleh bertemu, berdating, dan bermesra. Malah jika melakukan seks pun hingga melahirkan anak ianya tidak salah dan tidak haram. Anak yang mereka lahirkan itu adalah sah hukumnya.
Walaupun mereka nikah gantung, mereka adalah pasangan suami-isteri yang sah di sisi agama Islam dan undang-undang Kerajaan Malaysia.
Dari sini anda dapat lihat bahawa kesucian institusi kekeluargaan itu dapat terus dipelahara. Si gadis yang hamil dalam tempoh nikah gantung tidak perlu berasa panik dan gerun oleh kerana anak yang dikandung adalah sah. Dengan ini kes-kes dan isu pembuangan bayi tidak akan berlaku.
Di sinilah anda boleh lihat bahawa ajaran Islam itu amatlah mudah dan mampu meringankan umatnya dalam menjalani kehidupan seharian.
Semoga dengan perkongsian ini memberi manfaat buat anda.




.

20 comments:

  1. muja tanya ustaz ipg hari tu,, pasal benda ni,, khitbah sebenarnya bermaksud bertunang,, bukanlah nikah gantung,, nikah gantung dicipta je oleh manusia untuk memenuhi kehendaknya,, sedangkan akan menyiksakan diri sendiri,, kalau dah halal,, tak perlu nak separate katil bagai,, juz buat la things to avoid pregnancy tu,, pasal nafkah,, kena usaha jugak,, tapi tak salah kalau parents tolong,, so,, nikah gantung tak relevant and tak perlu pun,, just sharing what i heard,, ALLAHU a'lam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sumber daripada Sahih Bukhari & Muslim meriwayatkan bahawa Rasulullah telah ber'khitbah' dengan Saidatina Aisyah (ketika Saidatina Aisyah berusia 6 tahun). Khitbah yang dilakukan oleh Rasulullah ini adalah dengan akad nikah yang sah. Namun Rasulullah hanya tinggal bersama Saidatina Aisyah selepas 3 tahun kemudian (iaitu ketika Saidatina Aisyah berusia 9 tahun). Inilah konsep khitbah dalam Islam dan ianya adalah amalan yang biasa dalam masyarakat arab. Tetapi konsep ini telah disalah tafsir oleh masyarakat melayu kita hari ini. Konsep khitbah dalam masyarakat arab (Islam) adalah amat berbeza dengan konsep pertunangan dalam masyarakat melayu hari ini yang menyimpang dari syariat Islam. Pertunangan ini hanyalah sebagai satu tiket kepada pemuda-pemudi untuk terjerumus ke arah pelbagai maksiat.

      Delete
    2. SEMUA TERBAIK JOM TERJAH :

      OMG , JOM LIHAT BETUL KE ZAYN MALIK DAN JUSTIN BIEBER NI GAY ?-> WWW.JUSTINZAYN.COM

      DOWNLOAD CERITA-CERITA TERKINI MALAY & ENGLISH --> WWW.DOWNLOADMOVIE.COM

      TENGOK SEMUA EPISOD LOVE YOU MR.ARROGANT PERCUMA --> WWW.DRAMAMR.ARROGANT.COM

      DAPATKAN TIKET PERCUMA AKSI RUNNING MAN DI MALAYSIA 2014 (100 SAHAJA) --> WWW.MALYSIANFANSRM.COM

      TIKET PERCUMA KONSERT JUSTIN BIEBER 2014 DI MALAYSIA --> WWW.PASSPERCUMA.COM

      INFO IPHONE 5 DAN 5S/5C DAN SAMSUNG GALAXY NOTES 3 , JAGA-JAGA SEBELUM MEMBELI --> WWW.INFOPHONES.COM

      IPHONE 5 (RM1200) , IPHONE 5S (RM1350) . IPHONE 5C (RM1000) *TERHAD* --> WWW.IPHONEMSIA.COM




















      ASSALAMUALAIKUM , SATU LAGI PELUANG PEKERJAAN TERBAIK UNTUK ANDA IAITU BEKERJA HANYA DARI RUMAH DENGAN PENDAPATAN SEHINGGA RM1500-3000 SELAMA SEMINGGU , MAHU ? MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI -> KEKOSONGAN JAWATAN (50 ORANG SAHAJA)

      Delete
  2. nikah dan bertunang adalah berbeZa~

    http://bicara-hamba.blogspot.com/2012/04/berkahwin-pada-usia-muda.html

    ReplyDelete
  3. Yea, nikah dan tunang berbeza. Pernah baca pasal kes ni, selagi si isteri tak masuk rumah suami tu, nafkah dari suami masih tak perlu ke camna entah. Kalau salah mohon betulkan ^_^

    ReplyDelete
  4. Klu hati d jaga, iman pun mantap, bnda pembuangan anak xkan berlaku. Bukan melalui cara nikah gantung ja dpt mengelakkan maksiat semua. Lupaka kita, Islam menggalakkan umatnya berpuasa sunat. Apa tujuan puasa sunat.? utk melatih iman. Ya, tidak dpt dinafikan melalui cara nikah gantung ni juga maksiat dpt dielakkan. Tp, hati dan perasaan manusia ni bnda yg subjektif. Dlm isu still student yg still bljr, apa lagi klu belajar berjauhan, dlm tempoh masa nikah gantung ni, apa2 pun boleh terjadi, permainan perasaan sgt la mudah terjadi klu sang suami isteri tidak berjumpa. Perkataan utk saling setia sgt susah sekali. Yg menjadi mangsa siapa? suami isteri jugak. Mak bapak pun malu. Niat bukan nak merendahkan atau memperkotak katikkan hukum, tp, selagi masih ada cara lain, nikah gantung tidak perlu la dilaksanakan :) Wallahualam

    ReplyDelete
  5. sebenarnya hukum islam itu memang telah di permudahkan.. namun selalunya manusia yg membuatnya jadi susah.. walau didalam apa situasi pun.. gejala seperti buang anak tidak akan hilang walau pun akad nikah itu sendiri amat mudah untuk dilaksanakan... namun manusia sendirilah yg menyusahkan ianya utuk dilaksanakan..fikirkanlah sendiri dengan keadaan sekarang dengan serba serbi yg meminta RM, walau bagaimanapun kita menidakkan perkara tersebut, soal duit pasti timbul..belum masuk lagi soal hati lah..maruahlah..darjatlah.. apa lah..bla,bla,bla,, Tuhan dah mudahkan, kita sendiri yg susahkan.. apa2 pun Allah S.W.T itu lebih mengetahui.. wallahualam..

    ReplyDelete
  6. Lebih baik nikah... Dari dating haram2 dpt dosa bnyak... Bab nafkah kena usaha juga... Tp lagi setuju org nikah dan buat kenduri kemudiannya.. Jgn tngguh lama sgt dah ler..

    ReplyDelete
  7. Nabi pun nikah dgn siti aishah xduduk lg bersama dlm beberapa tahun.. jd dlm ISLAM pun dh ada nikah mcm ni dari zaman Nbi lagi..

    ReplyDelete
  8. klu stakat tunang or/and nikah cume main2 baik xpyh. mnyusah org lain, famili anak bini je. dalami ilmu agame dlu bru srius buat kputusan. jgn suke bagi alasan xde jodoh or jodoh di tgan TUHAN atas kelemahan iman dan akal sndiri. kelak sndiri yg perit menanggung beban dan dosa.

    ReplyDelete
  9. Sorry to say...benda ni bid'ah.....adat aje yang amal benda ni.....There's no such thing as nikah gantung....mengarut....orang tak tau hukum aje yang buat benda ni....

    ReplyDelete
  10. Mintak pada admin tu sebelum posting ape2 tolong teliti dulu kandungan article.....Bagi yang tak arif hukum agama ni...article seperti ini boleh memesongkan ......

    ReplyDelete
  11. boleh tetapi ada setengah perkara menjadi haram

    ReplyDelete
  12. thanks, apa pun serba sedikit sy fhm apa yg dikatakan nikah gantung

    ReplyDelete
  13. Nabi SAW dan Ummul mukminin Aishah ddk berasingan sebab Aishah masih kecil dlm usia sembilan tahun. Itu adalah perintah Allah SWT buat ikutan hamba2NYA. Islam itu adil dan mudah cuma manusia yg meremehkannya.. Buatlah nikah ikut kemampuan seperti Saidina Ali dan Fatimah menantu dan puteri kesayangan nabi SAW.. Lebih afdal.. Pahala pun dpt..

    ReplyDelete
  14. Sumber daripada Sahih Bukhari & Muslim meriwayatkan bahawa Rasulullah telah ber'khitbah' dengan Saidatina Aisyah (ketika Saidatina Aisyah berusia 6 tahun). Khitbah yang dilakukan oleh Rasulullah ini adalah dengan akad nikah yang sah. Namun Rasulullah hanya tinggal bersama Saidatina Aisyah selepas 3 tahun kemudian (iaitu ketika Saidatina Aisyah berusia 9 tahun). Inilah konsep khitbah dalam Islam dan ianya adalah amalan yang biasa dalam masyarakat arab. Tetapi konsep ini telah disalah tafsir oleh masyarakat melayu kita hari ini. Konsep khitbah dalam masyarakat arab (Islam) adalah amat berbeza dengan konsep pertunangan dalam masyarakat melayu hari ini yang menyimpang dari syariat Islam. Pertunangan ini hanyalah sebagai satu tiket kepada pemuda-pemudi untuk terjerumus ke arah pelbagai maksiat.

    ReplyDelete
  15. nikah khitbah nii boleh dibuat ke kalau ibu bapa tak bagi kahwin dulu tetapi ingin mengelakn zina kita bernikah gantung tanpa pengetahuan mereka adakah sah +

    ReplyDelete
  16. assalamualaikum saya nak tanya kalau ibu bapa tak bagi nikah kerana mahu anak ada pangkat dahulu tetapi demi mengelakkn dosa dan zina anak mengambil keputusan untuk nikah tetapi tanpa pengetahuan ibubapa .. boleh ke tak ?

    ReplyDelete
  17. salam..nikah gntung nie sbb nk elakkn drp buat maksiat yg skrg da byk ank2 haram..tp skrg pmikiran makayh yg xterbuka sbb tkot ankny xterbela bg mkn,pki cukup k x..lebih2 lg psgn msing2 blja..islam nie mudah..xmnyusahkn hamba2nya.waallu'alam

    ReplyDelete

Penpatah.blogspot tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri