Isu Cinta - Cinta Jarak Jauh Dan Cara Untuk Mengatasi Rasa Rindu
Home » » Isu Cinta - Cinta Jarak Jauh Dan Cara Untuk Mengatasi Rasa Rindu

Isu Cinta - Cinta Jarak Jauh Dan Cara Untuk Mengatasi Rasa Rindu

13 Comments





















Bila terasa rindu, apa sahaja yang dibuat semuanya tak kena. Semuanya tidak menjadi. Betul tak? Kalau dah rindu kita akan asyik terbayang-bayangkan si dia. Masa makan kita akan teringatkan dia disamping kita. Waktu tidur pun kita akan terbayangkan akan si dia. Lebih-lebih lagi jika si dia adalah insan yang paling kita sayangi.
Rindu bila berjauhan memang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Apatah lagi jika pasangan itu dipisahkan dengan jarak yang jauh. Maklumlah nak berjumpa memang mustahil melainkan kita sanggup mengabaikan tugasan semata-mata untuk melepaskan rindu. Cinta jarak jauh ini banyak dialami oleh mereka yang bekerja atau pelajar yang bercinta dengan pasangan yang bekerja atau belajar berlainan tempat.
Atas sebab-sebab ini, mereka terpaksa berkorban demi untuk menjalankan tugas dan tanggungjawab. Perasaan rindu itu akan lebih menebal sekiranya pasangan itu sudah berkahwin. Lagi-lagi buat mereka yang baru sahaja berkahwin tetapi terpaksa berjauhan kerana urusan kerja ataupun melanjutkan pelajaran di tempat yang lebih jauh.
Bila rindu apa yang harus kita lakukan? Adakah cara untuk mengubat rindu? Sebenarnya terdapat cara untuk kita mengubat rindu yang terbuku di dalam hati ini. Berikut adalah cara yang boleh dilakukan untuk mengubat rindu.

Hubungi Orang Yang Dirindui

Tidak dapat dinafikan hanya mendengar suara si dia sudah cukup untuk menggembirakan kita. Secara tak langsung kita akan senyum atau menangis bergantung pada tahap berapa kerinduan tersebut. Selain calling, kita juga boleh SMS, email, BBM, video call atau berutus surat. Dengan cara ini perasaan rindu yang ada dalam hati itu dapat diubati.

Melihat Foto Atau Video Si Dia

Kalau rindu, tataplah gambar atau video yang kita ambil bersama si dia. Perhatikan betul-betul apa yang membuatkan kita tertarik dengannya dan ingati saat manis-manis bersama dengan si dia. Zaman sekarang macam-macam cara kita boleh lihat gambar atau video si dia selain dalam album gambar. Dalam handphone, facebook, blog atau laman social yang lain.

Kunjungi Tempat Yang Pernah Dilewati Bersama

Pergilah ke tempat yang biasa dikunjungi ketika bersama dulu. Ia betul-betul membangkitkan kenangan bersama si dia. Gambarkan dia ada bersama kita. Biarlah orang sekeliling nak cakap kita gila. Pedulikan apa orang lain katakan asalkan rindu yang berbuku dihati dapat diubati.

Memeluk Pakaian Si Dia

Tahu tak bau pakaian yang telah dipakai oleh pasangan kita boleh mengubat kerinduan? Sebab itu bila sahaja ibu yang kehilangan orang yang disayanginya dia akan memeluk dan mencium pakaian untuk melepaskan rindu. Mungkin dengan memeluk dan cium pakaian orang yang kita sayangi itu, kita dapat merasakan si dia hampir dengan kita.

Lakukan Persediaan Untuk Dia

Bila terlalu kemaruk dengan rindu, banyak aktiviti harian tak dapat dilakukan dengan sempurna. Sebab kita hilang fokus. Masak pun tak cukup gula, sapu lantai tak cukup licin, buat kerja semua tak menjadi dan sebagainya. Kita akan jadi tidak keruan kerana sentiasa teringatkan si dia.
Jadi apa kata setkan di fikiran semua aktiviti yang kita lakukan itu semata-mata untuk si dia, orang yang kita rindui. Anggap sahaja kita sedang melakukan persediaan untuk menyambut dia pulang. Mungkin dengan cara ini kita akan jadi lebih bersemangat.
Sebenarnya tidak semua yang kita lakukan seperti diatas ini betul-betul boleh mengubat rindu kita pada si dia. Ikutkan ubat yang betul-betul berkesan untuk mengubat rindu adalah bertemu dengan dia. Hanya itu sahaja yang boleh mengubat rindu. Tetapi jika berjauh batunya jarak dia dengan kita, adalah mustahil untuk kita bertemu dengannya jika kita rindu. Sedikit sebanyak dengan apa yang kita lakukan seperti diatas boleh mengurangkan rindu kita pada si dia.

Jika anda suka artikel ini, jangan lupa sertakan kami dengan copy salah satu link di bawah ^_^

Kopi link post yang comel ini ^_^



Kalau nak dalam bentuk HTML, kopi saya lak ^_^

13 comments:

  1. Replies
    1. SEMUA TERBAIK JOM TERJAH :

      OMG , JOM LIHAT BETUL KE ZAYN MALIK DAN JUSTIN BIEBER NI GAY ?-> WWW.JUSTINZAYN.COM

      DOWNLOAD CERITA-CERITA TERKINI MALAY & ENGLISH --> WWW.DOWNLOADMOVIE.COM

      TENGOK SEMUA EPISOD LOVE YOU MR.ARROGANT PERCUMA --> WWW.DRAMAMR.ARROGANT.COM

      DAPATKAN TIKET PERCUMA AKSI RUNNING MAN DI MALAYSIA 2014 (100 SAHAJA) --> WWW.MALYSIANFANSRM.COM

      TIKET PERCUMA KONSERT JUSTIN BIEBER 2014 DI MALAYSIA --> WWW.PASSPERCUMA.COM

      INFO IPHONE 5 DAN 5S/5C DAN SAMSUNG GALAXY NOTES 3 , JAGA-JAGA SEBELUM MEMBELI --> WWW.INFOPHONES.COM

      IPHONE 5 (RM1200) , IPHONE 5S (RM1350) . IPHONE 5C (RM1000) *TERHAD* --> WWW.IPHONEMSIA.COM




















      ASSALAMUALAIKUM , SATU LAGI PELUANG PEKERJAAN TERBAIK UNTUK ANDA IAITU BEKERJA HANYA DARI RUMAH DENGAN PENDAPATAN SEHINGGA RM1500-3000 SELAMA SEMINGGU , MAHU ? MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI -> KEKOSONGAN JAWATAN (50 ORANG SAHAJA)

      Delete
  2. Best ke bila curi entri orang lain.

    ReplyDelete
  3. org lain pun mencuri gak,,,tp tadela sampai 100% copy kan?

    ReplyDelete
  4. byk lg cra utk hlgkn rndu...2 sperti org mati laki

    ReplyDelete
  5. curi pkara ne pun nak kec0h??!.dya just share ja pun!

    ReplyDelete
  6. hubungan cinta sya dgn bf sya jarak jauh..tidak pernah berjumpa..tidak pernah skype....tidak pernah calling..hanya sms.....tp kami berdua telah bercinta selama 3 tahun....sounds stupid...but i love him so much...i will wait for the miracle...i dont care what people gonna said about us..i will wait for that moment to see him.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. like2....harap2 akan ada keajaiban dlm hbgn kamu... :)

      Delete
  7. Peh! org atas aku ni 3thn brcinta x pnah jumpe lgsung??... elok la bwk2 brjumpe.... takot mnysal di kemudian hari nnti...

    ReplyDelete
  8. Betul kata org di atas saya ni..huhu..
    Sy bru berkahwin...sume bnda di atas pon sy dh buat...
    Smpai kadang telefon pon di marah..sbb kerap sgt...wink2....
    Ada sekali tu rndusgt..sy ckp kt dia..awk nk marah pon marah la...jnji sy dpt dgr suara awk..walaupun suara awk marah2.....haha...

    Gila bayang suami~

    ReplyDelete
  9. 3 tahun tu lama sangat, mmg la kalau sayangkan isteri tinggal2 kan...tapi 3 tahun tu melmpau dah...hehe

    ReplyDelete
  10. siyes mmg rndu giler kalo bjauhan ngn si dye. tp ape boley buat kn demi tanggungjawab seorang pelajar tpkse la sy bjauhan ngn si dye..sehari kalo x kol or sms mmg xsah..rndu la katekan..hehe

    ReplyDelete
  11. melepaskan sidia utk sambung belajar ibarat satu pengorbanan...Hope he be mine
    Insya allah, jika disebaliknya saya redho ketentuan allah..

    ReplyDelete

Penpatah.blogspot tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri