Isu Cinta - Jatuh Cinta Dengan Teman Baik
Home » » Isu Cinta - Jatuh Cinta Dengan Teman Baik

Isu Cinta - Jatuh Cinta Dengan Teman Baik

2 May 2012 16 Comments
Alangkah beruntungnya jika mempunyai seorang sahabat baik yang sering berada di sisi anda. Anda berdua sering bertukar cerita, saling membantu, berkongsi masalah dan suka-duka kehidupan. Saling menyokong satu sama lain, sepertimana seorang sahabat sentiasa memberi sokongan kepada sahabat.





Tanpa anda sedari, anda sudah jatuh cinta dengan teman baik anda. Tidak salah untuk anda jatuh cinta kepada sahabat anda, sekiranya anda masing-masing masih solo. Bagaimanakah seterusnya?

Dilema: Persahabatan vs Percintaan
Kebanyakan individu yang jatuh cinta kepada sahabat baik mereka amat sukar untuk meluahkan perasaan. Ini kerana mereka berpendapat tali persahabatan yang sudah terbina sekian lama amat berharga dan mereka khuatir seandainya hasrat cinta mereka diluahkan, persahabatan itu akan terganggu. Malah jika tidak kena caranya, persabahatan terputus. Setiap perkara ada risiko, sama ada kecil atau besar. Sebelum pergi lebih jauh, selami hati anda terlebih dahulu dan putuskan apa yang anda mahu dalam hidup.

Strategi
Jangan sesekali bertindak terburu-buru. Jika dia hanya kenalan biasa, mungkin lebih mudah mengungkapkan cinta. Tetapi, bagi seorang sahabat baik, lebih sukar untuk mencurahkan isi hati anda. Si dia mungkin akan terkejut, bertindak defensif lalu menjauhkan diri. Jika anda sukakan dia, mulakan dengan memberi sedikit demi sedikit petanda agar dia boleh mencerna perubahan rasa hati anda dengan lebih terbuka dan rasional. Dalam pada itu, risik reaksinya. Lihat tindak balasnya, dari situ anda boleh menilai sama ada anda mempunyai peluang ataupun tidak. Pada masa yang sama, sentiasa ada untuknya pada saat dia memerlukan anda. Ingat, anda sahabat baiknya. Jangan dek kerana terlalu mengejar cinta, status dan tanggungjawab sebagai seorang sahabat diabaikan. Berdoalah kepada Tuhan agar dibukakan pintu hati si dia untuk anda.

Luahkan perasaan
Memandangkan anda merupakan sahabat baiknya, sedikit sebanyak anda tentu mengenali dan memahami dirinya. Jangan luahkan perasaan dengan cara yang dia tidak suka. Cari masa yang sesuai. Lakukan dengan penuh ikhlas dan berhikmah. Dia mungkin akan menerima atau menolak. Apapun keputusannya, terima dengan hati terbuka kerana anda sudah berterus-terang dan mendapat jawapan kepada setiap persoalan. Kalah setelah mencuba sedaya upaya lebih mulia daripada kalah sebelum pertarungan. Tidaklah anda menyesal di kemudian hari kerana tidak menyuarakan isi hati.

Cinta adalah anugerah dari Tuhan, dan merupakan fitrah seorang manusia. Seandainya si dia memang jodoh anda, bersyukurlah. Tetapi jika si dia mahu kekal menjadi seorang sahabat, terimalah dengan redha.


.

16 comments:

  1. hmmm.....satu benda yang sedang dihadapi sekarang...tak tahu lah macam mana nanti...harap-harap positif :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. SEMUA TERBAIK JOM TERJAH :

      OMG , JOM LIHAT BETUL KE ZAYN MALIK DAN JUSTIN BIEBER NI GAY ?-> WWW.JUSTINZAYN.COM

      DOWNLOAD CERITA-CERITA TERKINI MALAY & ENGLISH --> WWW.DOWNLOADMOVIE.COM

      TENGOK SEMUA EPISOD LOVE YOU MR.ARROGANT PERCUMA --> WWW.DRAMAMR.ARROGANT.COM

      DAPATKAN TIKET PERCUMA AKSI RUNNING MAN DI MALAYSIA 2014 (100 SAHAJA) --> WWW.MALYSIANFANSRM.COM

      TIKET PERCUMA KONSERT JUSTIN BIEBER 2014 DI MALAYSIA --> WWW.PASSPERCUMA.COM

      INFO IPHONE 5 DAN 5S/5C DAN SAMSUNG GALAXY NOTES 3 , JAGA-JAGA SEBELUM MEMBELI --> WWW.INFOPHONES.COM

      IPHONE 5 (RM1200) , IPHONE 5S (RM1350) . IPHONE 5C (RM1000) *TERHAD* --> WWW.IPHONEMSIA.COM




















      ASSALAMUALAIKUM , SATU LAGI PELUANG PEKERJAAN TERBAIK UNTUK ANDA IAITU BEKERJA HANYA DARI RUMAH DENGAN PENDAPATAN SEHINGGA RM1500-3000 SELAMA SEMINGGU , MAHU ? MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI -> KEKOSONGAN JAWATAN (50 ORANG SAHAJA)

      Delete
  2. Hmm. Tak tau macam mana nak cakap dekat dia. Nanti kalau cakap, takut dia jauhkan diri dari kita pulak.

    ReplyDelete
  3. done..hahaha..tp stick as fren..

    ReplyDelete
  4. huhhhhhh.....bgi saye perempuan & lelaki sush nk brsahabat,sbb prasaan akan tmbul,wlau bkn keduanye tpi slah seorg akn ade perasaan 2,bukan sye,tpi sahabat baik pakwe saye jatuh hati pada die,hampir2 hbngan kami musnah kerana shbatnya.... (pengalaman yg trlalu perit)

    ReplyDelete
  5. hahaha. taknak lah luahkan. sb mse mula2 kwn siap tunjuk eksyen takkan ske die lebih. malulah tibe2 nk ckp ske kt die plak. harhar. stay sbg kwn is better. ade jodoh, kawen trus. hoho.

    ReplyDelete
  6. da bg tau dy tp tak diterima..
    still kawan baik.
    tp kecewa tu tetap ada..

    ReplyDelete
  7. Knl ngn dia da 3thn lbih since i study lg. Dia setia dgr cerita sy walaupn cite tu pasal hbgan cinta sy dgn laki len. Pna skali dia luahkn oerasaan kt sy.tp sy xlayan sbb sy xpna ase nk couple ngn kwn sndiri.tp hbgan kmi sbgai kwn d teruskn shinggan sy ptus tunang. Dia still suh sy truskn hbgan tu.to bkn jdoh sy dgn dia.. One day i came to s.alam utk prepared ari convo sy.. Sy dtg jmpe dia.then dia ckp dia nk kn sy jd gf dia. N suddenly sy ase tenang n a bit shame.. Tapi nw da setahun lbih sy couple ngn dia... Sy sayang dia. Next yea kitorg akn tunang n a yea afta akan kawin..yeahhh doakn kami.... -mynmal-

    ReplyDelete
  8. sakit prasaan tu sbnrnye! Kalo bleh elak better elak lah..tp kalo dh takdir trtulis cmtu kne laa trima..akhirnye prshbatn yg trbina 5 taun musnah cm tu jek..smpai skrg msih ingt dye..lbh mrisaukn shbt sorg lg mnanti! Ohmaigod!! Ckup laa skli pisang brbuah! Friendship most better than couple!

    ReplyDelete
  9. tak sangka aku boleh jatuh cinta dengan best friend aku! sesuatu yang bukan perkara mudah terhadap perkara yang sedang aku hadapi..aku tak tau nak buat macam mana.sering kali aku memohon kepada Sang pemilik cinta agar hilang peasaan ini idalam hatiku sebab aku tahu jenis lelaki yang macam aku adalah bukan untuk seseorang yang istimewa macam dia.sudah puas aku Tahajjud,Hajat,dan lain2 perkara yang aku lakukan untuk melupakan dia namun hati ini masih lagi terpaut segalanya tentang dia.sering sekali aku menangis dengan bila fikir perkara ini..dan sekarang,aku sedang cuba untuk melupakan dia walaupun bukan mudah kerana dia juga adalah sahabat aku juga tetapi aku harus dan harus berbuat ini sebab aku masih belum sedia dalam segala aspek untuk meluahkan perasaan ini kepada dia lagipun aku sudah bersumpah atas diri aku,aku hanya akan bercinta selepas akad nikah jadi sekarang banyak perkara yang aku kena siapkan sebelum melangkah ke langkahan seterusnya!

    ReplyDelete
  10. admin..saya sudah ada teman wanita, tetapi hati dan
    perasaan saya begitu kuat terhadap sahabat karib
    saya. Saya semakin runsing memikirkan hal ni. Saya
    dah kenal kawan saya tuh lebih lama drpd gf saya.
    Pernah saya luahkan perasaan pada bff saya tuh tpi
    dia masa tuh sudah berpunya. Saya…entahlah..saya rasa tak yakin dgn gf sya tapi saya taknak
    kecewakan hati dia. Saya selalu hangout dgn bff saya
    brbanding gf sya sndiri (tapi bukan berdua).. kalau
    orang2 yg tak kenal saya dgn bff sya..msti org tuh
    ckap yg kami ni pasangan bercinta..hurm apa patut
    saya buat :’(

    ReplyDelete
  11. Aku jatuh cinta dengan kawan baik aku yang sudah punyai bf yang selalu ignore dia. Dia selalu report kat aku tentang bf dia. Aku tolong nasihat supaya relay dia okay balik tapi aku pulak yang terluka at the same time. Hahahaha :'D

    ReplyDelete
  12. Aku jatuh cinta dengan kawan baik aku yang sudah punyai bf yang selalu ignore dia. Dia selalu report kat aku tentang bf dia. Aku tolong nasihat supaya relay dia okay balik tapi aku pulak yang terluka at the same time. Hahahaha :'D

    ReplyDelete
  13. terjadi jugak pada saya.. Langsung tak menyangka akan bercinta dgn sahabat satu kelas... bibit2 cinta wujud sewaktu kami mengadakan reunion kelas.. Sejak dari reunion itu,Si Dia semakin kerap menghubungi saya..Akhirnya kami bercinta..

    ReplyDelete
  14. aku juga sudah declare jatuh hati pd kawan baik, tapi lepastu aku trus larikan diri...sebab malu. So sampai harini aku tak tahu apa reaksi dia,hidup dalam teka teki....

    ReplyDelete
  15. pengalaman sy pulak mmg menyakitkan hati bile di ingat kembali...rs mnyesal sgt2, shingga mnyebabkn putusnya sbuah psahabatn...sblm sy cerita kisah sy, nak bg pdpt pd sy bkawan baik dgn blainan jantina tu sy xkisah nak pulak sy jenis sk bkawan asalkn dia ikhlas nk bkawan dgn sy, bkongsi susah senang bsama...1 hari sy kenali ex scara tak sngaja, then kitorng knl2 kwn2 bagai dia nk sgt jd bestfriend sy so sy terima dgn hati terbuka...then stahun kemudian dia luahkn hati yg dia dh fall in love dgn sy, tp sy xde lngsng prasaan dgn dia..tp mlihat ksungguhnnya, sy cube terima dgn perlahan2...so last2 kitorng putus kapel, putus kawan angkara dia dh mngkhianati sy...sy tak terima kawan yg sbegitu lg...tp sy tak pernah serik untuk berkawan baik dgn lelaki sy dh bljr dr kesilapan sy...yg sy takkan terima cinta dr seorang sahabat, sy cume mahukan kawan baik setia hingga akhir hayat...sy amat mementingkn persahabatan baik dgn lelaki mahupun perempuan

    ReplyDelete

Penpatah.blogspot tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri