Tanda - Tanda Kematian Untuk Orang Islam
Home » » Tanda - Tanda Kematian Untuk Orang Islam

Tanda - Tanda Kematian Untuk Orang Islam

58 Comments




Sesungguhnya tanda-tanda kematian menurut Ulama’ adalah benar dan wujud. Cuma amalan dan ketakwaaan kita saja yang akan membezakan kepekaan kita kepada tanda-tanda ini. Rasullullah saw diriwayatkan masih mampu memperlihat dan menceritakan kepada keluarga dan sahabat secara langsung kesukaran menghadapi sakaratul maut dari awal hinggalah akhir hayat baginda.


Imam Al-Ghazali diriwayatkan memperolehi tanda-tanda ini sehinggakan beliau mampu menyediakan dirinya untuk menghadapi sakaratul maut secara bersendirian. Beliau menyediakan dirinya dengan segala persiapan termasuk mandinya, wuduknya serta kafannya sekali. Cuma sampai bahagian tubuh dan kepalanya sahaja, beliau telah memanggil abangnya iaitu Imam Ahmad Ibnu Hambal untuk menyambung tugas tersebut. Beliau wafat ketika Imam Ahmad bersedia untuk mengkafankan bahagian mukanya.


Adapun riwayat-riwayat ini memperlihatkan kepada kita sesungguhnya Allah swt tidak pernah berlaku zalim kepada hambanya. Tanda-tanda yang diberikan adalah untuk menjadi kita supaya bertaubat dan bersedia dalam perjalanan menghadap Allah swt. Walau bagaimanapun, semua tanda-tanda ini akan berlaku kepada orang Islam sahaja manakala orang kafir iaitu orang yang menyekutukan Allah, nyawa mereka akan terus direntap tanda sebarang peringatan sesuai dengan kekufuran mereka kepada Allah swt.


Antara tanda-tanda ini terbahagi kepada beberapa bahagian;


Tanda 100 hari sebelum hari mati 

Ini adalah tanda pertama dari Allah swt kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakiNya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini. Cuma sama ada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini berlaku lazimnya selepas waktu Asar.


Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut ke hujung kaki akan mengalami getaran seakan-akan menggigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru disembelih di mana jika perhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar, akan bertindak di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati, maka getaran ini akan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau hanyut dengan kenikmatan dunia tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang manfaat. Bagi yang sedar akan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memanfaatkan masa yang ada mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.


Tanda 40 hari sebelum hari mati 

Tanda ini juga akan berlaku sesudah Asar. Bahkan pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arasy Allah swt. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita ,antaranya ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan tetapi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.


Tanda 7 hari 

Tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera utnuk makan.


Tanda 3 hari 

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan akan memudahkan urusan orang yang memandikan kita nanti.


Ketika itu juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit, hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari sisi. Telinganya akan layu di mana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.


Tanda 1 hari 

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan disebelah belakang iaitu di bahagian ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat menemui waktu Asar keesokan harinya.


Tanda Akhir 

Akan berlaku keadaan dimana kita akan merasakan satu keadaan sejuk dibahagian pusat dan ianya akan turun kepinggang dan seterusnya akan naik ke bahagain halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri serta menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah swt yang telah menghidupkan kita dan sekarang mematikan kita pula.


WALLAHUALAM

Penpatah Sharing Is Caring 

58 comments:

  1. Tersentap hati seketika.. merenungkan hari yg terakhir itu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. benda nie benar ke?

      Delete
    2. sahih ke ni?

      kena tanya ulama hadis.....

      drmaza boleh jawabkan....

      Delete
    3. SEMUA TERBAIK JOM TERJAH :

      OMG , JOM LIHAT BETUL KE ZAYN MALIK DAN JUSTIN BIEBER NI GAY ?-> WWW.JUSTINZAYN.COM

      DOWNLOAD CERITA-CERITA TERKINI MALAY & ENGLISH --> WWW.DOWNLOADMOVIE.COM

      TENGOK SEMUA EPISOD LOVE YOU MR.ARROGANT PERCUMA --> WWW.DRAMAMR.ARROGANT.COM

      DAPATKAN TIKET PERCUMA AKSI RUNNING MAN DI MALAYSIA 2014 (100 SAHAJA) --> WWW.MALYSIANFANSRM.COM

      TIKET PERCUMA KONSERT JUSTIN BIEBER 2014 DI MALAYSIA --> WWW.PASSPERCUMA.COM

      INFO IPHONE 5 DAN 5S/5C DAN SAMSUNG GALAXY NOTES 3 , JAGA-JAGA SEBELUM MEMBELI --> WWW.INFOPHONES.COM

      IPHONE 5 (RM1200) , IPHONE 5S (RM1350) . IPHONE 5C (RM1000) *TERHAD* --> WWW.IPHONEMSIA.COM




















      ASSALAMUALAIKUM , SATU LAGI PELUANG PEKERJAAN TERBAIK UNTUK ANDA IAITU BEKERJA HANYA DARI RUMAH DENGAN PENDAPATAN SEHINGGA RM1500-3000 SELAMA SEMINGGU , MAHU ? MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI -> KEKOSONGAN JAWATAN (50 ORANG SAHAJA)

      Delete
  2. astaffirullahalazim :(

    ReplyDelete
  3. rase mcm takut lepas baca..

    ReplyDelete
  4. subhannallah...

    ReplyDelete
  5. :'( byk dose kte dgn Allah

    ReplyDelete
  6. Allah... Takutlaaa. Amalan baik sifar ni!

    ReplyDelete
  7. Speechless..

    ReplyDelete
  8. tak dpt bayangkan saat2 akhir hidup ini..

    ReplyDelete
  9. semoga kita menyedari tanda-tanda tersebut datang

    ReplyDelete
  10. tima kasih info ini.. WALLAHUALAM

    ReplyDelete
  11. Ini ialah palsu. Mesej berantai. Banyak kali dah dibincangkan.

    Imam Ahmad ibnu Hambal bukan abang kepada Imam Ghazali. Mereka hidup pada zaman berbeza.

    Memang ada abg bernama Ahmad, tetapi bukan Imam Ahmad ibnu Hambali.

    Jangan sebarkan benda palsu kepada umat Islam khususnya di Malaysia yang cepat percaya tanpa usul periksa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sya skong anda. . benda ini sesungguhnya palsu dan batil !!

      Delete
    2. mna da....bnda adalah betoi.....allah sengaja bgi tnda ni..untk mmperingati mati

      Delete
    3. mna da....bnda adalah betoi.....allah sengaja bgi tnda ni..untk mmperingati mati

      Delete
    4. benda ni palsu lah sengal, jodoh ajal pertemuan, semua tu ketentuan allah, boleh pulak dia tahu ajal dia, kan ke tu macam menyekutukan allah.. dosa besar beb.

      Delete
  12. tpi,stiap cara mnusia mninggal tu kdg2 ada cra trsndiri .

    ReplyDelete
  13. salam..ajal tu rahsia Allah..kite xkn tau..

    ReplyDelete
  14. Sekurang2nya kita bole ambik pgajaran dr cerita ini.. Semoga cepat mdapat ksedaran.. WallHualam.. Kuasa tuhan xde sape tahu, tp xsalah jika kita saling mengingatkan..
    Subahanallah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. demi masa sesungguhnya manusia dalam kerugian melainkan orang yang beramal soleh dan menasihat atas kebenaran dan menasihat dengan sabar, surah al asr. tiada pengajaran yang boleh diambil klu ia bukan dari sumber kebenaran.

      Delete
  15. kalau percaya cerite di atas maka terdedahlah anda pada penyakit jiwa anxiety disorder,dah dapat anxiety disorder, jantung pun dab dub lagi laju, maka lebih cepatlah anda mati...

    ReplyDelete
  16. Yg penting...tak kire cerita tu betol atau tak..marilah kite kembali ke jalan yg benar,dan melakukan segala suruhaNYA.....

    ReplyDelete
  17. Jan t'lampau p'cya.. Mcm la kmu tahu bila kmu mninggal. Aduh tlg jan sebar hal2 yg xda bukti. Ajal maut seseorg 2 rahsia Allah swt. Smua da d tntuakn olhNy. Hny kita lakonkan shj.

    ReplyDelete
  18. lebih baik mati awl dri mati lmbt.. mati lmbt buat dosa2 kite mkin bnyk.. dan belum tentu sempat bertaubt.. *bukan semua, tpi kebanyakkan..

    ReplyDelete
  19. Alamak yg tanda 100 hr tu rsenya ada jd kt sy.. ya allah takutnya aku..

    ReplyDelete
  20. pehh takut gila doh.. rasa sejuk di pusat pergi ke halkum.. mesti seksa gila.. minta2 la boleh mengucap

    ReplyDelete
  21. hal ini memang benar...Allah memang memberikan tanda2 hari kematian itu pada mereka yang dikehendakiNya
    tugas kita hanyalah bersedia untuk menghadapinya..
    sesungguhnya ajal maut itu ketentuan Allah
    hanya mukmin yang terpilih akan diberikan kesedaran awal olehNya
    usah gusar kalau kita telah bersedia menghadapi kematian
    xkan ada anxiety disorder kalau kita yakin setiap yang hidup pasti akan mati

    MasyaAllah...
    Maha Suci KekuasaanMu

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam.. ia kah? benarkah tanda-tanda kematian ini. adakah terdapat dalam Al-Quran atau hadis..
      sesungguhnya urusan kematian itu hanya ALLAH yang MAHA MENGETAHUI..
      Tentang waktu kematian adalah rahasia Allah semata. Tidak ada yang tahu bila, di mana dan bagaimana seseorang akan mati. Karena kematian menyangkut terpisahnya ruh dengan badan. Dan tidak ada yang tahu banyak tentang soal ruh kecuali Allah. Allah berfirman:


      وَيَسْأَلُونَكَ عَنِ الرُّوحِ قُلِ الرُّوحُ مِنْ أَمْرِ رَبِّي وَمَا أُوتِيتُم مِّن الْعِلْمِ إِلاَّ قَلِيلاً

      Artinya: Dan mereka bertanya kepadamu (Muhammad) tentang ruh. Katakanlah, "Ruh itu urusan Tuhanku, sedangkan kamu diberi pengetahuan hanya sedikit." (QS Al Isra' 17:85)

      Delete
  22. NI LA SAAT Y PLG MENAKUTKN ..rasulullah kekasih Allah swt pn trs sakitnye..kite?
    ampuni la hamba mu ini ...

    ReplyDelete
  23. subahanallah...

    ReplyDelete
  24. kpda yg x pcya 2 tl0ng btaubat..krna kmu spti mperlekeh kn hkum ALLAH...wlaw pun ia bkn benar skali pun tpi muhasbah la dri kmu...krna pkara yg plng dkat dgn kta adlah KEMATIAN..fkir2kn la..

    ReplyDelete
  25. Dalilnya? Dari mana datangnya maklumat ini? Ada Quran atau hadis?

    ReplyDelete
  26. Dosaku tidak trkire diduniaa ini . :(

    ReplyDelete
  27. Trus rs insaf yg amat sngt....

    ReplyDelete
  28. Jgn gadu psal crita nhe . cba laa ambi pgajaran dr crita nhe . sesungguh'y kita kena pcaya pada ajal maut nhe . just ucap subhanallah n masyaallah . kita ambi iktibar . ta kum muslimin n muslimah , dlm quran da sebut yg kita x bleh da sdikit p'sengketaan d'antara umat islam sbab kita semua adala saudara dlm islam . bley kira dosa tau . apa2x pn hrap maaf jika ada t'ksar bhasa dlm ucapan k . :) . asalamualaikum .

    ReplyDelete
  29. YA ALLAH!!Maty Kan Aq Dalam Iman..

    ReplyDelete
  30. kematian itu pasti....

    ReplyDelete
  31. rase macam x lame lagi je pas bace ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. rajin2lah tgk matahari trbit dan tengelam ke arah mana ye..

      Delete
  32. org ckap lau nk taubat skrg senang je x ada bayaran.

    ReplyDelete
  33. kullu nafsin zaikatul maut...
    ana asif kasiran..
    astagfirullahalazim

    ReplyDelete
  34. Salam... benarkah tanda-tanda kematian ini? adakah dalilnya ada di dalam Al-Quran ataupun hadis.. sesungguhnya kematian itu hanya ALLAH S.W.T. sahaja yang tahu... tidak ada seorang pun yg tahu...

    ReplyDelete
  35. Mengenai perka ROH jangankan JIn, Nabi pun tak tau..yang tau cuma Allah saje

    ReplyDelete
  36. subhanallah.

    ReplyDelete
  37. X tau......g blajar...... X caya.... X ape...x rasa......g la rasa......

    ReplyDelete
  38. Teman2....... Pandanglah dgn hati......pasti nampak....benar ke z benar atau tidak..... Pasti dpt jawapannya....2)

    ReplyDelete
  39. Takut kite :( .. ins sya Allah kite semua termasuk dalam golongan yang beriman. Amin :)

    ReplyDelete

Penpatah.blogspot tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri