Silap Besar Korang Melintas Depan Orang Solat
Home » » Silap Besar Korang Melintas Depan Orang Solat

Silap Besar Korang Melintas Depan Orang Solat

9 Jun 2012 26 Comments
Pernahkah kita melintasi di hadapan orang yang sedang bersolat? Jika pernah, maka kita kita telah melakukan satu kesilapan yang besar. Perkara ini banyak terjadi antaranya selepas solat Jumaat. Para jemaah yang bergegas keluar dari dewan masjid, melulu tanpa perasan melintasi orang yang sedang mengerjakan solat sunat. Ikuti soal jawab ini mengenai hukum melintasi di hadapan orang bersolat.

Soalan : Apakah hukum dan juga dalil seseorang muslim tidak dibenarkan berjalan melintasi seseorang yang sedang bersembahyang (fardhu mahupun sunat). Apakah azab-azab yang telah disebutkan dalam ayat-ayat quran dan juga hadis yang berkaitan?

Jawapan : Banyak hadis yang menjelaskan tentang HARAM-nya melintasi orang yang sedang solat. Diantaranya, Dari Zaid bin Khalid bahawa Nabi SAW bersabda: “Seandainya seseorang itu mengetahui betapa besar dosa yang akan dipikulnya kerana berjalan di muka orang yang sedang bersembahyang, nescaya ia lebih suka berdiri menunggunya sampai 40 musim daripada lalu dihadapannya“. (setengah riwayat mengatakan 40 tahun).

Riwayat Bazzar dengan sanad yang sah. Berkata Ibnul Qayyim: “Menurut Ibnu Hibban dan lain-lain, hukum haram yang disebutkan itu ialah bila orang yang bersembahyang itu menggunakan tabir. Maka kalau tidak pakai tabir, tidaklah haram lalu di depannya.
Dasar ketentuan sesuai dengan hadis Nabi yang bermaksud: “Dari Muthalib bin Abi Wada’ah katanya, saya melihat Nabi SAW setelah selesai tawaf, berjalan melalui tempat tawaf, kemudian bersembahyang dua rakaat, sedang diantara baginda dengan orang-orang tawaf itu tidak ada tabir apapun”

26 comments:

  1. maknanya..?
    Slalunya tmpat msjd tmpat wanita ditabir dgn kain...jadi.,?

    ReplyDelete
  2. Kurang jelas...

    ReplyDelete
  3. Kain tabir tu sutrah, jd jgn lalu antara kain dn tempat sujud org yg solat..

    ReplyDelete
  4. http://www.youtube.com/watch?v=bkX9bxQHz3s

    ReplyDelete
  5. Satir : Panduan Dalam Solat
    Dapat satu emel yang aku rasa boleh dikongsikan...

    Satir maksudnya batasan bagi orang yang solat. orang yang solat di atas sajadah bererti sajadahnya itu dianggap sebagai satir. Orang solat di atas lantai ruangan yang luas begitu juga orang yang solat di padang pasir misalnya, disuruh membuat satir atau batas. Satir itu boleh dibuat dengan memacakkan kayu di hadapan kita, boleh dengan menggaris tanah, boleh dibuat dengan meletakkan sesuatu benda dan sebagainya.

    Diriwayatkan oleh Abdul Razaq, bahawa Umar bin Khattab melihat seorang pemuda sedang mengerjakan solat. Beliau berkata pada pemuda itu: "Wahai pemuda, majulah ke depan dan dekatkan badanmu ke tiang itu supaya ia menjadi satirmu. Jangan biarkan syaitan mempermainkan solatmu. Ini bukanlah saya katakan sendiri tetapi yang aku dengar dari Rasulullah SAW."

    Riwayat dari Ibnu Abi Syaibah, dari Umar bin Khattab mengatakan: " Apabila solat salah seorang kamu hendaklah solat dengan satir supaya syaitan tidak lalu di hadapannya ."

    Umar bin Khattab adalah manusia yang amat mementingkan masalah satir. Apabila beliau tidak mendapat sesuatu untuk dijadikan satir, beliau letakkan songkoknya di hadapannya ketika solat. Apabila beliau melihat orang mengerjakan solat tanpa satir atau batasan, beliau duduk di depan orang yang solat itu untuk menjadi satir. Ini maksudnya supaya jangan ada lagi orang yang lalu di antaranya dan di antara orang yang solat itu.

    Riwayat dari Abdul Razaq, yang diterima dari Abdullah bin Syaqiq mengatakan: Umar bin Khattab lalu di tempat orang yang mengerjakan solat dalam tidak memakai satir. Setelah orang itu selesai solat, beliau berkata: "Kalau engkau tidak membuat satir, nanti orang akan lalu di hadapanmu. Tetapi kalau tahulah orang yang lalu itu bagaimana dosanya lalu di hadapan orang yang solat, dia tidak akan melakukannya".

    Apabila kita sedang mengerjakan solat, kemudian nampak orang yang mahu lalu di hadapan kita, maka kita berhak melarangnya. Umar ada mengatakan: " Jangan biarkan orang yang lalu di hadapanmu kerana jika dia lalu akan diiringi oleh syaitan."

    ( Daripada buku yang berjudul UMAR IBNUL KHATTAB : KEPUTUSAN HUKUM & FATWA FATWANYA )

    ReplyDelete
  6. tabir kt sini sama mksd dgn sutrah. iaitu sesuatu di hadapan tmpt sujud yg lbh tggi dr paras sujud itu. hrp mklm pahlawan

    admin, ade lagi hadis lain (sy xingt sgt mksdnye) yg disuruh utk kite menghalang dgn tgn jika ade org ingin melintas. shgge lbh 3 kali dan kalo org tu masih ingin melintas maka die patut dibunuh.

    Hadis ini pula...""Dari Zaid bin Khalid bahawa Nabi SAW bersabda: “Seandainya seseorang itu mengetahui betapa besar dosa yang akan dipikulnya kerana berjalan di muka orang yang sedang bersembahyang, nescaya ia lebih suka berdiri menunggunya sampai 40 musim daripada lalu dihadapannya“. (setengah riwayat mengatakan 40 tahun)."" dikatakan tidak tepat. krn perawi sendiri tidak mengingati sndr nabi s.a.w mgatakan 40 apa.. mgkn jd 40 hari..tahun..musim dll..

    wallahu'alam.
    *jika ade yg salah harap diperbetulkan*

    ReplyDelete
  7. ak baru tau... tpi ak x pena wat pown... lau lalu, ak yg dose.. lau org 2 yg dpat dose x pe.. da r ak niy byak wat dose.. hahahahah

    ReplyDelete
  8. Yg diatas thnx 4 the info,menarik :)

    ReplyDelete
  9. Rasulullah pun pernah menggunakan pedang baginda dgn meletakan pedang baginda melintang dihadapan sebagai sutrah sebelum solat.

    ReplyDelete
  10. Jadi maknanya kena ada penghadang/sutra, eh?

    ReplyDelete
  11. itu la....mmg dosa pon..tapi ada ja yg buat slumber badak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu la....mmg dosa pon sbab sngaja tak tutup aurat...tapi ada ja yg buat slumber badak...mcm badak perangai..

      Delete
  12. ujung sejadaha adalah satir bagi org yg bersejadah.line saf dihadapan adalah satir bagi yg bersembahyang di surau

    ReplyDelete
  13. kitorg sembahyang kat surau skolah , ustaz / ustazah & pengawas bukan main slumber je jalan kat dpn kitorg . tpi mase tu aku tak sembahyang la . uzur :/

    ReplyDelete
  14. sa non muslim duk sbilik ngn kwn muslim pun tak nak lalu dpan dia time dia solat..tgu dia selesai..cm x respec ja org tgah smbhyang klu lalu lalang kt dpan..tp sa xpaham apa yg cuba dterangkan diatas..

    ReplyDelete
  15. Haram melintas depan org yg solat ada sutrah tetapi ok aje kalau dia lalu depan sutrah. Tetapi jika org yg solat tidak letak sutrah, hukum org yg lalu hanya makhruh. Adalah sunnah meletak sutrah ketika solat & tujuannya adalah utk dia yg solat memberi fokus yg satu terhadap solatnya maka wajiblah org lain memberi kerjasama apb kelihatan sutrah di hadapannya.

    Tiang masjid juga boleh dijadikan sutrah.

    Jadi jgnla sembarangan suka2 nak lalu depan org solat, perhatikan samada dia ada letak sutrah atau tidak.

    ReplyDelete
  16. Mcmane keadaan ketika dlm masjidilnabawi?ramai yg lalu dihdpn org solat,krn laluan pejalan dipenuhi dgn org sdg solat?

    ReplyDelete
  17. Salam, thanks kepada yg bg penjelasan kat comment.. Baru lah aku leh cuba fhm apa yg nak disampai kan..

    Kesimpulannya kite blh jalan depan tabir/sutrah/sempadan, tp bukan ruang antara sutrah dgn org yg solat. Btl x?

    ReplyDelete
  18. Bagaimana pula kalao kite terpaksa bergegas bangun solat, sedankan ade org yg sedang solat di belkang kite dan kite terpaksa melintasinya kerana nak bai peluang orang lain solat pula. Cthnya: di sopink kompleks yang suraunya padat dan kecik?? Waktu Maghrib pula tu. Waktu yang pendek. hmmm..

    ReplyDelete
  19. masalah ini terjadi kerana ramai org suka soat di bahagian belakang masjid/surau.. kalau solat di saf depan, kemungkinan perkara ini berlaku adalah kecil.. zaman para sahabat dl berlumba2 mencari saf depan, kita? berlumba cari tempat dekat dgn pintu/kipas/aircond.. kalau tgk bola/konsert bukan main lagi dtg awal cari tempat paling dekat.. dh terbalik dh dunia

    ReplyDelete
  20. cmne kalaw nak kluar ( kluar sbb urgent )dari bilik 2 tapi bilik 2 kecik n hanya boleh lalu didepan org sdang solat yg x letak sutrah ?? ape hukumnye ??

    ReplyDelete
  21. atok aku marah sangat lau org melintas time dia solat.. . Silap2 kena terajang tanpa bayang 1 das.

    ReplyDelete
  22. Pernyataan ni bodoh sbb xcukup info.. Jarak depan org smayang pn kna jelaskn.. Kontgk kt kaabah la, org tawaf mmg kt dpn org yg smayang pun..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Riwayat Bazzar dengan sanad yang sah. Berkata Ibnul Qayyim: “Menurut Ibnu Hibban dan lain-lain, hukum haram yang disebutkan itu ialah bila orang yang bersembahyang itu ->menggunakan tabir. Maka kalau tidak pakai tabir, tidaklah haram lalu di depannya.

      lain kali baca dan bg paham betul2..

      Delete
  23. kte UAI xpa lalu dpn owng solat TETAPI dgn jarak brape meter ntah xingatla...klu dh dekat sgt memang slhla

    ReplyDelete

Penpatah.blogspot tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri