Faktor Dan Tanda – Tanda Mimpi Berjalan
Home » » Faktor Dan Tanda – Tanda Mimpi Berjalan

Faktor Dan Tanda – Tanda Mimpi Berjalan

10 Comments
Cara menenangkan bayi menangis


Sleepwalking yang dikenali juga dengan istilah somnambulism, boleh dialami oleh semua usia tetapi biasanya berlaku di awal usia muda. Antara sebab paling besar yang menyebabkan sleepwalking ini adalah :

1. Beban
2. Kecewa
3. Gembira
4. Stres
5. Dan lain-lain

Seseorang yang mengalami tidur berjalan dapat melakukan perkara-perkara berikut:


1. Berdiri dari tidurnya dan membuka mata seperti orang yang terbangun dari tidur

- Nampak seperti orang yang sudah bangun dari tidur tapi sebenarnya masih bermimpi


2 .Matanya tidak mempunyai “sinar”

- Berjalan berkeliling rumah, mungkin membuka dan menutup pintu dan menghidupkan atau mematikan lampu. Melakukan aktiviti rutin seperti berpakaian atau memasak bahkan yang lebih berbahaya adalah memandu kenderaan. Kadang-kadang bahkan bercakap atau beraktiviti lain dengan gaya yang canggung.

Tidur berjalan ini biasanya terjadi selama tidur / tidur nyenyak pada awal tidur sekitar satu hingga dua jam awal tidur.Beberapa kes tidur berjalan ini hanya berlaku selama beberapa minit sahaja, tetapi beberapa kes boleh berlaku sampai 30 minit. Pelaku tidur berjalan sendiri tidak akan sedar apa yang dilakukannya apabila bangun pagi.

Penyebab

Dianggarkan 15 peratus kanak-kanak sihat pernah mengalami tidur berjalan, tetapi tidak kurang juga orang dewasa yang mengalaminya. Beberapa faktor yang menyebabkan berlakunya tidur berjalan antara lain:

Kes tidur berjalan kadang-kadang berkaitan dengan perubatan atau keadaan kesihatan mental seperti:

Degupan jantung tidak normal (arrhythmias) Aliran balik asid perut ke dalam esophagus atau saluran yang menghubungkan tekak dengan perut.Berhentinya nafas saat tidur (obstructive sleep apnea) kelainan akibat trauma panik. Di beberapa kes lain, pengambilan alkohol dan ubat-ubat tertentu seperti antibiotik, antihistamin, sedative dan pil tidur dapat membawa kepada sleepwalking. 



Faktor risiko Biasanya ini diwarisi dari keturunan, orang tua atau saudara kandung. Pada ibu hamil atau wanita haid, kemungkinannya akan lebih tinggi mengalami tidur berjalan.

Pemeriksaan

Pemeriksaan fizikal dan psikologi akan dilakukan untuk mengetahui hal-hal atau unsur yang menyebabkan tidur berjalan ini, seperti degupan jantung yang tidak normal atau panik secara tiba-tiba. Jika perlu, lakukan ujian tidur di makmal agar pemantauan lebih sempurna.

Bahaya

Sleepwalking sebenarnya tidak membahayakan, kecuali pesakit melakukan aktiviti-aktiviti yang boleh membahayakan diri sendiri atau orang lain, seperti aktiviti di luar rumah atau memasak dengan menggunakan api.

Bila kejadian tidur berjalan ini terjadi hampir setiap hari atau dengan frekuensi yang sering, sebaiknya rujuk kepada doktor agar akan diketahui penyebab.

Pencegahan dan rawatan

Mimpi adalah perkara pelik yang hanya boleh di rasakan kita, tetapi mimpi berjalan (sleepwalking) lebih pelik lagi. Kadang kala mimpi kita terasa seperti nyata. Tapi yang satu ini (mimpi berjalan) memang menjadi nyata.

Tidak ada rawatan dan cara pencegahan yang pasti. Jika anda memerhati anak anda tidur berjalan maka perkara pertama yang sebaiknya dilakukan adalah dengan menuntunnya kembali ke tempat tidur. Sebaiknya tidak membangunkan kanak-kanak semasa tidur berjalan, kerana hal ini akan menggangu proses tidurnya, walalupun membangunkannya pun tidak menimbulkan bahaya apapun. Hanya saja jika dibangunkan saat tidur berjalan, maka anak akan merasa kebingungan.

Jika tidur berjalan tersebut terjadi pada keluarga anda, maka sebaiknya anda memperbaiki kebiasaan tidurnya.

Jika anda tidak dapat memantau tidurnya, usahakan persekitaran tidurnya dalam, sehingga saat tidur berjalan tanpa sepengatuhan anda dia tidak akan melakukan aktiviti yang membahayakan dirinya

Tidur lebih lama. Kelelahan menjadi salah satu penyebab. Untuk itu usahakan tidur lebih cepat dan biasakanlah tidur dengan jadual yang tetap.

Buat dirinya merasa lebih rileks sesaat sebelum tidur. Elakkan mengalami tekanan berlebihan.
Perhatikan pola dan kebiasaannya. Jika ia sering mengalami tidur berjalan, biarkan dia tetap tertidur. Yang perlu anda lakukan adalah amati pada bila-bila kebiasaan tidur sambil berjalannya berlaku.Jika sudah tahu kebiasaan tersebut, maka anda boleh bangun 15 minit sebelum tidur berjalan tersebut terjadi. 



Jangan bimbang, biasanya semakin bertambah umur semakin kecil kemungkinan untuk sleepwalking, tetapi tetap saja ada beberapa orang yang sudah biasa mengalami tidur berjalan ini.

Mulai sekarang lihatlah cara tidur anda. Siapa tahu ketika anda terbangun dari tidur anda berada di tempat yang tidak tahu. Itu tandanya anda telah mengalami “sleepwalking”.

10 comments:

  1. urm,, klu mmpi kene patuk ular ??

    ReplyDelete
    Replies
    1. SEMUA TERBAIK JOM TERJAH :

      OMG , JOM LIHAT BETUL KE ZAYN MALIK DAN JUSTIN BIEBER NI GAY ?-> WWW.JUSTINZAYN.COM

      DOWNLOAD CERITA-CERITA TERKINI MALAY & ENGLISH --> WWW.DOWNLOADMOVIE.COM

      TENGOK SEMUA EPISOD LOVE YOU MR.ARROGANT PERCUMA --> WWW.DRAMAMR.ARROGANT.COM

      DAPATKAN TIKET PERCUMA AKSI RUNNING MAN DI MALAYSIA 2014 (100 SAHAJA) --> WWW.MALYSIANFANSRM.COM

      TIKET PERCUMA KONSERT JUSTIN BIEBER 2014 DI MALAYSIA --> WWW.PASSPERCUMA.COM

      INFO IPHONE 5 DAN 5S/5C DAN SAMSUNG GALAXY NOTES 3 , JAGA-JAGA SEBELUM MEMBELI --> WWW.INFOPHONES.COM

      IPHONE 5 (RM1200) , IPHONE 5S (RM1350) . IPHONE 5C (RM1000) *TERHAD* --> WWW.IPHONEMSIA.COM




















      ASSALAMUALAIKUM , SATU LAGI PELUANG PEKERJAAN TERBAIK UNTUK ANDA IAITU BEKERJA HANYA DARI RUMAH DENGAN PENDAPATAN SEHINGGA RM1500-3000 SELAMA SEMINGGU , MAHU ? MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI -> KEKOSONGAN JAWATAN (50 ORANG SAHAJA)

      Delete
  2. sha yati said...

    urm,, klu mmpi kene patuk ular ??


    ade gangguan sihir

    ReplyDelete
  3. kalau mimpi dipatuk ular, aq dengar ada orang bawa tunang, atau orang tunangkan ko kepada orang pilihan nya

    ReplyDelete
  4. kalau kene patuk ular alamatnya demam malaria tapiioka...

    ReplyDelete
  5. Aku Pernah...Kawan Aku Sleepover Kat tempat Aku...Satu Malam Aku Tido Lebih Awal Dri Die...Kwn Aku Nak Pegi Tandas..Tiba2 Aku Ikut Dia..Dgn Mata Yg Tidak Berkelip...Kawan Aku Ckp "Weh,Aku Nak Kencing Lah"Aku Duduk Diam Jer...Aku Pun Masuk Dlm tandas dgn dia...Aku tahu Sebab Dia yg Cerita (Tahun 2011)(True Story Not fake)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahahaahah , terbaik !!

      Delete
  6. Mmber ak pon de kne mlm2 tdo umh mmbe sblm subuh2 mmbe ak bgun kua umh bwak bntal peluk tah mne2 die jmpe longkag die buang bntal2 pas2 die blik umh die bgn esok pagi die pelik die dh de kat umah hahaha lawak gile

    ReplyDelete
  7. Hehe, dulu aq ada gak. Waktu kecik. Mungkin aq masih main kat luar waktu maghrib. Malam tu aq bangun pastu tetiba nak bkak pintu. Nasib baik mak aq halang aq. Pastu,aq selalu gak, bangun dr katil, pastu berckap dlm tido. Tu memang biasa. Yg pasti, kadang2 apa yg aq ckp langsung tak pat paham... Senior kat asrma aq seram dgr.

    ReplyDelete

Penpatah.blogspot tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri