Jack Sparrow adalah Lanun Muslim
Home » » Jack Sparrow adalah Lanun Muslim

Jack Sparrow adalah Lanun Muslim

73 Comments
Dalam filem Pirates of the Carribean, watak Jack Sparrow lakonan Johnny Depp digambarkan sebagai seorang yang berseloroh, acuh tidak acuh dan licik. Lakonan cemerlang Johnny Depp menenggelamkan watak utama yang lain terutamanya watak Will Turner lakonan Orlando Bloom yang lebih macho dan serius. Disebabkan penonton turut sama menyukai watak Jack Sparrow lakonan Johnny Depp, ia kemudiannya diangkat menjadi watak utama untuk siri-siri seterusnya.


Namun, dalam meminati watak Jack Sparrow, ramai yang tidak menyedari bahawa watak Jack Sparrow diilhamkan daripada watak seorang lanun terkenal yang pernah hidup sekitar abad ke-16 dan abad ke-17. Tambah menarik, watak tersebut adalah seorang lanun yang bernama Yusuf Reis yang beragama Islam.



Dilahirkan sebagai Jack Ward




Yusuf Reis dilahirkan sebagai Jack Ward pada tahun 1553 di Feversham, Kent di tenggara England. Kehidupan awal Jack bermula sebagai seorang nelayan memandangkan kampung halamannya terletak berhampiran dengan laut. Kelebihan tersebut menjadikan beliau seorang panglima laut berkaliber suatu hari nanti.


Pada tahun 1588 ketika umurnya menginjak 25 tahun, Jack Ward nekad berjuang untuk England sebagai Privateer. Privateer adalah seseorang yang diberi kelulusan oleh kerajaan England berdasarkanletter of marque untuk menyerang kapal-kapal musuh terutama kapal armada Sepanyol. Sokongan sepenuhnya daripada Queen Elizebeth I memberikan semangat luar biasa kepada beliau. Karier beliau sebagai privateer berlangsung dengan cemerlang sehinggalah pada awal tahun 1600-an.


                                      


Queen Elizebeth I


Walaubagaimanapun, sekitar tahun 1603, King James I menaiki takhta. Kegiatan Jack Ward yang selama ini disokong oleh kerajaan England tiba-tiba terhenti selepas King James I memetarai penjanjian pendamaian dengan Kerajaan Sepanyol.


Akibatnya, ramai privateer memberontak dan menjadi lanun yang bertindak merampas kekayaan kapal-kapal dagang Sepanyol. Namun begitu, Jack Ward tidak terus menjadi lanun tetapi mencari rezeki menjadi nelayan.


Menjadi Lanun


Jack Ward mula menjadi lanun pada tahun 1603 apabila Jack dan 30 orang rakannya merampas kapal kecil di Perlabuhan Portsmouth. Jack kemudian sebulat suara dipilih menjadi kapten kapal yang mana ia kemudiannya tercatat sebagai antara ‘pilihanraya’ pertama di kalangan para lanun.


Berbekal kapal kecil tersebut, Jack dan 30 orang rakannya melanun sekitar tanah Britain. Hasil pertama Jack adalah sebuah kapal yang dikenali ‘Violet’ yang membawa harta pelarian penganut Kristian Katholik ke Isle of Wight.


Dengan kapal tersebut, Jack kemudian berjaya merampas kapal yang lebih besar di Laut Mediterranean. Kapal yang lengkap dengan tiga puluh dua meriam kemudian dikenali The Gift. The Gift kemudiannya digunakan oleh Jack Ward untuk melanun kapal kargo selama lebih dua tahun.


                         


Perjanjian dengan Sultan Uthman Dey


Pada Ogos 1606, Jack Ward telah mengadakan perjanjian persefahaman dengan pemerintah Tunisia ketika itu, Uthman Dey untuk menjadikan perlabuhan Tunisia sebagai pengkalan operasi. Melihat kepada kepentingan ummah dan kecenderongan Jack Ward kepada Islam, Sultan Uthman Dey bersetuju.


Di tapak operasi baru tersebut, Jack Ward dengan bantuan beberapa panglima yang berkaliber sepertiRichard Bishop dan Francis Varney daripada England, Kara Osman daripada Turki Othmaniyyah,Simon Dangizer(Simon Reis) dan Jan Jansz(Murat Reis) daripada Belanda berjaya menghapuskan kekuatan Sepanyol dan Perancis di Laut Mediterranean.


                                                       


Sebuah kapal yang terkenal besarnya dikenali dengan nama Reneira e Sodeira berjaya dirampas. Kapal tersebut serta merta ditukar menjadi kapal perang oleh Jack Ward. Malangnya, kapal ini karam pada tahun 1605 di sekitar laut di Greece sehingga memakan korban lebih 400 orang krew. 250 orang krew adalah muslim Tunisia dan 150 adalah warga Inggeris.


Berita ini mengundang kemurkaan Uthman Dey dan rakyat Tunisia turut sama marah kepada Jack Ward. Beliau kemudian mengambil keputusan untuk mendapat pengampunan daripada King James I. Walaubagaimanapun ia tidak berjaya malahan beliau telah diburu untuk dihukum.


Akhirnya beliau cuba memohon ampun kepada Uthman Dey. Kerana berpegang kepada prinsip amanah kepada perjanjian, Uthman Dey memberi pengampunan dan seterusnya suaka politik kepada beliau.


Memeluk Islam


Kemurahan hati Uthman Dey menarik minat Jack Ward untuk mendalami Islam secara mendalam. Tidak lama selepas itu, Jack Ward secara rasminya menganut Islam. Daripada detik itu juga, Jack Ward yang selama ini turut digelar Jack Birdy atau Jack Sparrow telah memeluk Islam dan diikuti oleh krew-krew kapalnya yang setia. Sepertimana Simon Dangizer yang menukar namanya kepada Simon Reis dan Jan Jansz kepada Murat Reis, Jack Ward turut menukarkan nama Kristiannya kepadaYusuf Reis. Jack Ward atau Yusuf Reis kemudian bernikah dengan seorang gadis berasal daripada Sicily, Italy yang bernama Jessimina.


Pada 1622, seorang dramatis bernama Robert Daborne mendapat inspirasi daripada kehidupan Jack Ward atau Yusuf Reis yang mana beliau kemudiannya menghasilkan novel bertajuk ‘A Christian Turned Turk’.


Selanjutnya..Jihad


Dahulunya, beliau seorang kapten lanun yang licik serta sering mabuk arak. Selepas menganut Islam, beliau lebih berdisiplin dan menggunakan kemahiran lautnya untuk berjihad menyelamatkan tanah masyarakat Muslim daripada terus diancam bahaya armada Sepanyol. Beliau turut direkodkan menyelamatkan ribuan masyarakat Muslim dan Yahudi Andalusia yang ditindas oleh kerajaan Kristian Katholik Sepanyol. Miskipun berdarah Inggeris, beliau tidak kekok untuk berpakaian sepertimana orang Turki berpakaian.


Beliau dalam satu rekod dinyatakan sebagai seorang yang tidak tinggi, rambut tidak lebat dengan uban serta botak di depan, wajah agak gelap dan berjanggut. Beliau turut memakai turban yang senonim dengan masyarakat Islam ketika itu. Beliau agak kecoh dan kadangkala agak melucukan. Peribadi dan tingkah laku ini kemudiannya melahirkan watak Jack Sparrow di dalam filem Pirates of the Carribean.


                  


Kembali ke rahmatullah


Pada 1622, Yusuf Reis atau Jack Ward kembali ke rahmatullah selepas menderita terkena tempias wabak penyakit. Beliau meninggal dunia dalam beragama Islam tidak sepertimana rakan akrabnya,Francis Varney yang murtad di akhir hayatnya.


Jack Sparrow dalam Pirates of the Carribean


Sudah namapun mengadaptasi watak sebenar kepada watak dalam filem. Beberapa elemen telah diterapkan dalam pemakaian dan aksesori yang dipakai oleh Jack Sparrow lakonan Johnny Depp. Jack Sparrow dala Pirates of the Carribean dilihat memakai aksesori bulan dan bintang(simbol Islam), kain lilit kepala berwarna merah(menggantikan serban merah ala Turki Othmaniyyah) dan janggut(Johnny Depp melilit janggut supaya kelihatan ranggi).


                     


                       


Perhatikan lambang bulan dan bintang.

Jika anda suka artikel ini, jangan lupa sertakan kami dengan copy salah satu link di bawah ^_^

Kopi link post yang comel ini ^_^



Kalau nak dalam bentuk HTML, kopi saya lak ^_^

73 comments:

  1. Replies
    1. SEMUA TERBAIK JOM TERJAH :

      OMG , JOM LIHAT BETUL KE ZAYN MALIK DAN JUSTIN BIEBER NI GAY ?-> WWW.JUSTINZAYN.COM

      DOWNLOAD CERITA-CERITA TERKINI MALAY & ENGLISH --> WWW.DOWNLOADMOVIE.COM

      TENGOK SEMUA EPISOD LOVE YOU MR.ARROGANT PERCUMA --> WWW.DRAMAMR.ARROGANT.COM

      DAPATKAN TIKET PERCUMA AKSI RUNNING MAN DI MALAYSIA 2014 (100 SAHAJA) --> WWW.MALYSIANFANSRM.COM

      TIKET PERCUMA KONSERT JUSTIN BIEBER 2014 DI MALAYSIA --> WWW.PASSPERCUMA.COM

      INFO IPHONE 5 DAN 5S/5C DAN SAMSUNG GALAXY NOTES 3 , JAGA-JAGA SEBELUM MEMBELI --> WWW.INFOPHONES.COM

      IPHONE 5 (RM1200) , IPHONE 5S (RM1350) . IPHONE 5C (RM1000) *TERHAD* --> WWW.IPHONEMSIA.COM




















      ASSALAMUALAIKUM , SATU LAGI PELUANG PEKERJAAN TERBAIK UNTUK ANDA IAITU BEKERJA HANYA DARI RUMAH DENGAN PENDAPATAN SEHINGGA RM1500-3000 SELAMA SEMINGGU , MAHU ? MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI -> KEKOSONGAN JAWATAN (50 ORANG SAHAJA)

      Delete
  2. tak sangka Jack Sparrow seorang Muslim. masyallahh.

    ReplyDelete
  3. ye la tu.... logo kelab portsmouth pun bulan dan bintang pun kira kelab orang islam la....

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah

    ReplyDelete
  5. sebaiknya letakkan resource untuk defence your fact. thank you

    ReplyDelete
  6. jadi islam adalah penyamun ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sblm dia memeluk islam, dia adalah penyamun. Selepas menjadi islam, dia sebarkan ajaran islam.(tu yg ditulis di atas la, perkara yg sebenar, wallahu 'alam)

      Delete
    2. BAHALOL!!ko ni tak reti baca ke apa.kepala otak lmbap
      dont msundrsnting about islam,..aku tak tahu pa agamo ko tapi ko sgt bahalol dlm pmbacaan

      Delete
  7. http://en.wikipedia.org/wiki/Jack_Ward

    ReplyDelete
  8. Islam bukan penyamun .. Not Everyone Perfect .. And So Other Religion .. This goes to people not Religion ..

    ReplyDelete
  9. @anon 5july 2012

    Anda fhm bhs melayu kan?? Awk x nmpk ke yg dh tertulis dia berjihad utk Islam dan tidak lagi menjadi seorang lanun slps menganut agama islam??

    ReplyDelete
  10. jack sparrow minum arak..... ???

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni sorg lagi..adui yai
      dah dia ckap b4 he converted to islam dia kaki botol so nowander la cik kak oit..lpas dia msuk islam dia berjihat.lain kali nak baca bagi paham bukan tgok gambr tak pown jnis ko ni kurg mmbaca dak
      #lain kali malas baca jgn buat2 pandai k bye

      Delete
  11. Org putih mgkin dh tau lama..pastu dia ubah2 la..mcm dorg ubh Quran..

    ReplyDelete
  12. @cinta laura, jack sparrow minum arak sebelum masuk agama islam..

    ReplyDelete
  13. kapten barbosa pn asl lanun peluk agama islam jgk...aku ada bca sejarah dia kat mna ntah,lupa lak nk cr kat mna...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kapten barbarosa dari andalusia

      Delete
  14. "Org putih mgkin dh tau lama..pastu dia ubah2 la..mcm dorg ubh Quran.."

    hahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahaahhahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahaahahahahhahahahaahahahhaahhahahahahaahahahahahahahahahahaha!

    ReplyDelete
  15. aku paling benci cerita menipu.. gambar bulan bitang last tu plak sah2 bukanya barang tinggalan bersejarah yg betol2 pn.. sah2 tu prop yg digunakan dlm movie tu saja... bodoh

    ReplyDelete
  16. benda nie sbnrye mmg dh lme dikhabarkan sejak bermula penggambaran pirates of carribean 1
    tp masih ramai yang menyangkal...
    Tp xsilap aq gambar yg ke-3 perlawanan diatas kapal tue Edward Teach ( Black Beard )

    ReplyDelete
  17. http://www.suhaibwebb.com/society/entertainment/the-legend-of-captain-jack-from-birdy-to-sparrow/

    ReplyDelete
  18. Baca bagi habis dulu baru komen. TQ

    ReplyDelete
  19. x sangka dier memeluk Islam dan meniggalkn sifat lanun dier. n mati pun dlm Islam.

    ReplyDelete
  20. references from wikipedia :
    References

    ^ Firth, C.H. Naval songs and ballads, selected and edited by C.H. Firth. London: Printed for the Navy Records Society, 1908.
    ^ Earle, Peter. The Pirate Wars. New York: St. Martin's Press, 2005. (pg. 28) ISBN 0-312-33579-2
    ^ Earle, p. 29.
    [edit]Further reading

    Bak, Greg. Barbary Pirate: The Life and Crimes of John Ward, the Most Infamous Privateer of His Times. Stroud, UK: Sutton Publishing Ltd. 2006. ISBN 0-7509-4350-5
    Tinniswood, Adrian. Pirates of Barbary: Corsairs, Conquests and Captivity in the Seventeenth-Century Mediterranean. Riverhead Hardcover, 2010. ISBN 1-59448-774-X

    ReplyDelete
  21. @anonymous,jadi islam adalah penyamun ?

    Baca biar habis

    @cinta laura,jack sparrow minum arak..... ???

    cuba baca ikut kronologi

    @anonymouse,aku paling benci cerita menipu.. gambar bulan bitang last tu plak sah2 bukanya barang tinggalan bersejarah yg betol2 pn.. sah2 tu prop yg digunakan dlm movie tu saja... bodoh

    aaaargh, memanglar bnda tu prop,tp mksudnya d sini,director or writer dia tu menginspirasikan imej Jack Sparrow daripada Jack Ward

    tp sy pn x psti la kebenaran kisah ni. tp x mustahil sebab tgk sejarah dlm prkara lain pun prnah trjadi camni

    ReplyDelete
  22. Love Jack Sparrow...

    ReplyDelete
  23. ramai yg baca... tp tak paham... still beri comment yg sengal2... sabo je la..

    ReplyDelete
  24. Islam itu indah.. Allahu akbar

    ReplyDelete
  25. ni pn nak gaduh.bodohlaaaa...

    ReplyDelete
  26. ni pn nak gaduh.bodohlaaaa...

    ReplyDelete
  27. giler....memang ekstrimis ah malay2 sekalian alam sekarang...hehehe..

    ReplyDelete
  28. subahanallah alhamdulillah.
    kalau nk pastikan, cari sendiri laaa

    ReplyDelete
  29. luv u johnny depp..suka sgt2x ngan dia ni..whatever character he can bring it..but don't u all realise that every movies that he bring will with difference look??exmple..chocolate factory,alice in the wonderland even the dark shadows..so admire him..like him all movies..hope he olwez with tim burton coz he much better in tim burton given characters.

    ReplyDelete
  30. Bace lha btol2... bukan jack sparrow masok islam,Jack Ward lha...sejarah lanun yang diadaptasi kepada Filem `JACK SPARROW"

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu Jack Sparrow gelaran dia la... memang org panggil dia nama tu... aishh

      Delete
  31. X sia2 aku tengok filem Pirates of the carribean... Haha!

    ReplyDelete
  32. Cmne la bleh baca tp xpaham. Baca bg la paham... Adoyai... Harus bg gagal je.

    ReplyDelete
  33. Yusuf Reis..
    rasanya dalam game Assassin's Creed Revelation ada orang nama Piri Reis

    Perwatakan beliau lebih kurang juga

    ReplyDelete
  34. ada yg x baca tapi bagi komen merapu.
    ada yg baca tapi x habis pastu komen merapu.
    ada yg baca sampai habis tapi haram xpaham pastu bagi komen merapu.
    Nampaknya matapelajaran Bahasa Melayu di sekolah2 perlu penambahbaikan terutama dlm subjek 'pemahaman'. gelihati tgk org bodoh bagi komen bodoh.. hahaha!

    ReplyDelete
  35. hahahahaha sbo jak la...pa2 smua d atas tuk pngetahunan kta bsma...tp koran luco2 la dh baca pun xfhm...xpa bac skali lg...hahahahahhahahaha loco2 bha hahahaha

    ReplyDelete
  36. johny depp pon islam ke?

    ReplyDelete
  37. u all x sedar kew watak dia sebagai lanun yang berpoya-poya dan suka minum arak laa

    ReplyDelete
    Replies
    1. hello can u spent bout a few minutes to repeat ur reading again
      i might thought ur was misundersanting between character carrier by jonny depp and the history about jack ward or yusuf reis..
      pls dont show ur stpdty here,coz im tired to read commnt wthout knwleadge

      Delete
  38. phuiii.. komen..komen..ngutuk bangse xsedar diri. ntah2 korg g wayang 4 5 kli tgok filem ni kan, xsedar diri lgsg.

    ReplyDelete
  39. tu sebab budak2 umor 12 tahun pon dah boleh akses internet haha..sbb tu komen sengal2...well..mungkin betol mungkin tak..tp bile di kaji balik..ade rasionalnye post ni...kene kaji sejarah balek la..kalau cakap sal penyamun..minum arak..itu dalam cerite..lantak director la.tu duet dia kua..korg tgk gak cite tu..haihh...kalau nk ban sgt wt pa tgk..zzz..aku pon x tgk2 lg haha..kasi donlod ini malam

    p/s:len kali bace btol2..jgn komen serkap jarang.."keanak-anakan..."

    ReplyDelete
  40. jack spendow plak saper...lawyer..magistrare ..doktor...aper.. .suar dalam...panthang nenek moyang aku...baca komen manusia bongok

    ReplyDelete
  41. LANUN ISLAM ATAU MENGHINA ISLAM??!!

    ReplyDelete
  42. "u all x sedar kew watak dia sebagai lanun yang berpoya-poya dan suka minum arak laa"

    24 September 2012 01:11

    ke you yang tak pandai baca? You tahu maksud diinspirasikan? Bukan pembawaan semula watak.

    Sadis betul komen2 yang menghentam tanpa difahami pucuk pangkal.

    :) Peace.

    ReplyDelete
  43. Cik Ketam Chumil13 November 2012 16:17

    jenis yang failed bm kot... komen ntah pape..

    ReplyDelete
  44. U ALL NIE TAK RETI MALU EHH GUA NIE UMO 14 PUN BOLEH FHM,PODAH

    ReplyDelete
  45. kalo betol citer nih,maybe,nanti,akhir penceritaan the pirates of carrebian,jack sparrow memeluk islam kan?????

    *byk nye "koma".....heheheh
    13 y.old's comment..

    ReplyDelete
  46. sengal btl la yg baca tak abis,pas tu komen memandai tp bodoh jga,hahaha biarkan bebongokan dorg

    ReplyDelete
  47. *Yusuf Reis..
    rasanya dalam game Assassin's Creed Revelation ada orang nama Piri Reis

    Perwatakan beliau lebih kurang juga

    piri reis laksamana tentera turki..org islam serta org pertama kat dunia yg memetakan peta dunia dgn penuh terperinci..

    ReplyDelete
  48. haihhs apa punya bangang la yg dok komen2 tp x baca..memang la prop bahlol..dah adaptasi dr watak sebenar

    ReplyDelete
  49. bace tak abis terus komen. melayu tipikal. tak rase bodoh ke dgn perangai cmtu?

    ReplyDelete
  50. aduhhhhh knapa la ssh sgt org nk fhm artikel ni? ayat mudah je tp bodoh x fhm2...sape yg terasa bg komen tu mcm bangang cbe baca balik...mane la tau baca lebih dr sekali boleh faham kan =)

    ReplyDelete
  51. Orang melayu yang sengal bagi komen tanpa merujuk tu la yang banyak kat Malaysia ni, pasaltu senang kena tipu ngan surat kabau ler aper le...baca kat wikipedia tu maklumat dia...sengal tol laa korang ni

    ReplyDelete
  52. lambang bulan dan bintang bukan lambang islam ... mne ade zaman nabi dulu lmbang bulan n bintang ...

    ReplyDelete
  53. Boleh tanya mana dapat fakta nie? Sumber dari mana?

    ReplyDelete
  54. Boleh tanya mana dapat fakta nie? Sumber dari mana?

    ReplyDelete
  55. bahagian mana yang mengatakan jack sparrow da jack ward tu sama kalau tu sumber ilham watak tu?

    ReplyDelete
  56. ko ni stop stopla kaitkan sume mende ngan Islam, terutame hal2 yg skali pandang nampak negatif camni. lagi baik klau ko trus cite dakwah straightforward je, sebab aku tengok ko just nak traffic je walaupon konon2 nak up kan Islam. apa nak bangga pon kalau Jack Sparrow ni Muslim. banyak lagi tokoh yang lagi wajar dipromote.

    ReplyDelete
  57. pruffff...ape2 je laa. dlu alexander the great dikaitkan dgn zulkarnain. skrg nie plak.. Zzzzzz...

    ReplyDelete
  58. semoga bukan bermaksud melecehkan seorang muslim

    ReplyDelete
  59. Kaw x silap,islam tidak ada lambang seperti agam lain

    ReplyDelete

  60. I'm really impressed with your writing skills and also with the layout on your weblog. Is this a paid theme or did you just modify it yourself ? Either way keep up the nice quality writing, it's rare to see a great blog like this one today.


    Feel free to surf my site
    :

    Ashafeeq Network dot kom dot mai

    ReplyDelete
  61. bahalol laa....hahaha...bkn jack cnvrt musim dlm dnia realiti pown..haha..

    ReplyDelete

Penpatah.blogspot tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri