Kenali 10 Sahabat Yang Dijanjikan Syurga
Home » » Kenali 10 Sahabat Yang Dijanjikan Syurga

Kenali 10 Sahabat Yang Dijanjikan Syurga

7 Jul 2012 11 Comments

Tahukah anda siapakah yang dijanjikan Allah untuk masuk syurga?
Berikut adalah 10 sahabat nabi yang telah dijajnikan syurga oleh Allah.

1. Abu Bakar As-Siddiq ra.

Beliau adalah khalifah pertama sesudah wafatnya Rasulullah Saw. Selain itu Abu bakar juga merupakan laki-laki pertama yang masuk Islam, pengorbanan dan keberanian beliau tercatat dalam sejarah, bahkan juga didalam Quran sebagaimana berikut :
“Jikalau tidak menolongnya (Muhammad) maka sesungguhnya Allah telah menolongnya (yaitu) ketika orang-orang kafir (musyrikin Mekah) mengeluarkannya (dari Mekah) sedang dia salah seseorang dari dua orang (Rasulullah dan Abu Bakar) ketika keduanya berada dalam gua, diwaktu dia berkata kepada temannya:”Janganlah berduka cita, sesungguhya Allah bersama kita”. Maka Allah menurunkan ketenangan kepada (Muhammad) dan membantunya dengan tentara yang kamu tidak melihatnya, dan Allah menjadikan seruan orang-orang kafir itulah yang rendah. Dan kalimat Allah itulah yang tinggi. Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.” (Surah At-Taubah ayat ke-40)
Abu Bakar Siddiq meninggal dalam umur 63 tahun, daripada beliau diriwayatkan 142 hadits.

2. Umar Bin Al-Khattab ra.

Beliau adalah khalifah kedua sesudah Abu Bakar, dan termasuk salah seorang yang sangat dikasihi oleh Nabi Muhammad Saw semasa hidupnya. Sebelum memeluk Islam, Beliau merupakan musuh yang paling ditakuti oleh kaum Muslimin. Namun semenjak ia bersyahadah dihadapan Rasul (tahun keenam sesudah Muhammad saw diangkat sebagai Nabi Allah), ia menjadi salah satu benteng Islam yang mampu menyurutkan perlawanan kaum Quraish terhadap diri Nabi dan sahabat. Dijaman kekhalifaannya, Islam berkembang seluas-luasnya dari Timur hingga ke Barat, kerajaan Parsi dan Rom Timur dapat ditaklukkannya dalam waktu hanya satu tahun. Beliau meninggal dalam umur 64 tahun karena dibunuh, dikuburkan berdekatan dengan Abu Bakar dan Rasulullah dibekas rumah Aisyah yang sekarang terletak didalam masjid Nabawi di Madinah.

3. Usman Bin Affan ra.

Khalifah ketiga setelah wafatnya Umar, pada pemerintahannyalah seluruh tulisan-tulisan wahyu yang pernah dicatat oleh sahabat semasa Rasul hidup dikumpulkan, kemudian disusun menurut susunan yang telah ditetapkan oleh Rasulullah Saw sehingga menjadi sebuah kitab (suci) sebagaimana yang kita dapati sekarang. Beliau meninggal dalam umur 82 tahun (ada yang meriwayatkan 88 tahun) dan dikuburkan di Baqi’.

4. Ali Bin Abi Talib ra.

Merupakan khalifah keempat, beliau terkenal dengan siasat perang dan ilmu pengetahuan yang tinggi. Selain Umar bin Khatab, Ali bin Abi Thalib juga terkenal keberaniannya didalam peperangan. Beliau sudah mengikuti Rasulullah sejak kecil dan hidup bersama Beliau sampai Rasul diangkat menjadi Nabi hingga wafatnya. Ali Bin Abi Thalib meninggal dalam umur 64 tahun dan dikuburkan di Koufah, Irak sekarang.

5. Thalhah Bin Abdullah ra.

Masuk Islam dengan perantaraan Abu Bakar Siddiq ra, selalu aktif disetiap peperangan selain Perang Badar. Didalam perang Uhud, beliaulah yang mempertahankan Rasulullah Saw sehingga terhindar dari mata pedang musuh, sehingga putus jari-jari beliau. Thalhah Bin Abdullah gugur dalam Perang Jamal dimasa pemerintahan Ali Bin Abi Thalib dalam usia 64 tahun, dan dimakamkan di Basrah.

6. Zubair Bin Awaam

Memeluk Islam juga karena Abu Bakar Siddiq ra, ikut berhijrah sebanyak dua kali ke Habasyah dan mengikuti semua peperangan. Beliau pun gugur dalam perang Jamal dan dikuburkan di Basrah pada umur 64 tahun.

7. Sa’ad bin Abi Waqqas

Mengikuti Islam sejak umur 17 tahun dan mengikuti seluruh peperangan, pernah ditawan musuh lalu ditebus oleh Rasulullah dengan ke-2 ibu bapaknya sendiri sewaktu perang Uhud. Meninggal dalam usia 70 (ada yang meriwayatkan 82 tahun) dan dikuburkan di Baqi’.

8. Sa’id Bin Zaid

Sudah Islam sejak kecilnya, mengikuti semua peperangan kecuali Perang Badar. Beliau bersama Thalhah Bin Abdullah pernah diperintahkan oleh rasul untuk memata-matai gerakan musuh (Quraish). Meninggal dalam usia 70 tahun dikuburkan di Baqi’.

9. Abdurrahman Bin Auf

Memeluk Islam sejak kecilnya melalui Abu Bakar Siddiq dan mengikuti semua peperangan bersama Rasul. Turut berhijrah ke Habasyah sebanyak 2 kali. Meninggal pada umur 72 tahun (ada yang meriwayatkan 75 tahun), dimakamkan di baqi’.

10. Abu Ubaidillah Bin Jarrah

Masuk Islam bersama Usman bin Math’uun, turut berhijrah ke Habasyah pada periode kedua dan mengikuti semua peperangan bersama Rasulullah Saw. Meninggal pada tahun 18 H di urdun (Syam) karena penyakit pes, dan dimakamkan di Urdun yang sampai saat ini masih sering diziarahi oleh kaum Muslimin.
Itulah 10 sahabat baginda yang dijanjikan Allah dengan syurga. Iman dan Amal mereka sangat hebat sehingga mendapat ganjaran yang tinggi daripada Allah sejak mereka hidup lagi. Kita semua pasti mahu ke syurga kerana di sana terdapat infiniti keindahan dan kesenangan. Akhirat itu pasti. Mari tingkatkan amal dan iman untuk menghadapi akhirat.

11 comments:

  1. :) insyaALLAH

    ReplyDelete
    Replies
    1. SEMUA TERBAIK JOM TERJAH :

      OMG , JOM LIHAT BETUL KE ZAYN MALIK DAN JUSTIN BIEBER NI GAY ?-> WWW.JUSTINZAYN.COM

      DOWNLOAD CERITA-CERITA TERKINI MALAY & ENGLISH --> WWW.DOWNLOADMOVIE.COM

      TENGOK SEMUA EPISOD LOVE YOU MR.ARROGANT PERCUMA --> WWW.DRAMAMR.ARROGANT.COM

      DAPATKAN TIKET PERCUMA AKSI RUNNING MAN DI MALAYSIA 2014 (100 SAHAJA) --> WWW.MALYSIANFANSRM.COM

      TIKET PERCUMA KONSERT JUSTIN BIEBER 2014 DI MALAYSIA --> WWW.PASSPERCUMA.COM

      INFO IPHONE 5 DAN 5S/5C DAN SAMSUNG GALAXY NOTES 3 , JAGA-JAGA SEBELUM MEMBELI --> WWW.INFOPHONES.COM

      IPHONE 5 (RM1200) , IPHONE 5S (RM1350) . IPHONE 5C (RM1000) *TERHAD* --> WWW.IPHONEMSIA.COM




















      ASSALAMUALAIKUM , SATU LAGI PELUANG PEKERJAAN TERBAIK UNTUK ANDA IAITU BEKERJA HANYA DARI RUMAH DENGAN PENDAPATAN SEHINGGA RM1500-3000 SELAMA SEMINGGU , MAHU ? MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI -> KEKOSONGAN JAWATAN (50 ORANG SAHAJA)

      Delete
  2. diorg da dijanjikn syurga..cune kite je kne kejar syurga

    ReplyDelete
  3. macam mana dengan kisah seorang pemuda dalam surah yasin tu? dia juga masuk syurga. Saya luypa nama nya. tak silap habibun jabar.

    ReplyDelete
  4. habibun najar

    ReplyDelete
  5. semua sahabat dijanjikan syurga .

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikm saudara.. pandanga: sila cite, walau kita tau mereka djanjikan masuk syurga. syiah sibuk benda2 ni..

    ReplyDelete
  7. bukankah bilal bin rabah termasuk dalam 10 golongan yang di janjikan syurga ?

    ReplyDelete
  8. biodata kesemua 10 sahaba yg gerenti dimasukkan syurga oleh Allah ni terlalu sikit.Sorry bukan nak marah cuma sekadar teguran.Orang yg tak kenal sahaba-sahaba ni mungkin ingat diorang hanya masuk syurga sebab berjuang demi Islam semata-mata.Perlu dijelaskan lg sebab-musabab Allah memilih sahaba-sahaba ni masuk ke jannatul firdaus.

    p/s:moga kita juga dimasukkan syurga-Nya IN SHAA ALLAH !

    ReplyDelete
  9. x cye aq ngn bnde bodoh ni...

    ReplyDelete
  10. PERLU DI JELASKAN LAGI,,,,,,YANG KE 10 ORG. SAHABAT NABI INI,,,TINGKATAN SYURGA NYA YANG MANA?

    ReplyDelete

Penpatah.blogspot tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri