Pengalaman Ustaz Urus Jenazah Berdosa (Ngeri!)
Home » » Pengalaman Ustaz Urus Jenazah Berdosa (Ngeri!)

Pengalaman Ustaz Urus Jenazah Berdosa (Ngeri!)

11 Jul 2012 59 Comments
Jenazah tidak diterima bumi


Kisah yang paling terbaru ini pula adalah berkisah tentang seorang ustaz yang mengalami pengalaman ngeri dalam mengurus seorang jenazah lelaki yang baru meninggal dunia. Benar atau tidak kisah ini, hanya Allah sahaja yang tau. Apa yg lebih penting, kita ambil iktibar dan pengajaran daripada kisah ini.. 


Ini adalah kisah tauladan, kisah proses pengebumian seseorang di sebuah bandar di Jawa Timur. Nama dan alamat jenazah ini sengaja tidak disebutkan untuk menjaga nama baik jenazah dan keluarga yang ditinggalkan. Insya Allah kisah ini menjadi hikmah dan cermin bagi kita semua sebelum ajal menjemput. Kisah ini diceritakan langsung oleh seorang Modin (pengurus jenazah) kepada saya. Dengan gaya bertutur, selengkapnya ceritanya begini : Saya terlibat dalam pengurusan jenazah lebih dari 16 tahun, berbagai pengalaman telah saya lalui, sebab dalam jangka atau kurun waktu tersebut macam-macam jenis mayat sudah saya tangani. Ada yang meninggal dunia akibat kemalangan, sakit tua, sakit jantung, bunuh diri dan sebagainya.

Bagaimanapun, pengalaman mengurus
satu jenazah seorang yang kaya serta berpengaruh ini, menyebabkan saya dapat kesempatan ‘istimewa’ sepanjang hidup. Inilah pertama kali saya bertemu cukup aneh, menyedihkan, menakutkan dan sekaligus memberikan banyak hikmah. Sebagai Modin tetap di kampung, saya diminta oleh anak almarhum mengurus jenazah bapanya. Saya terus pergi ke rumahnya. Ketika saya tiba sampai ke rumah almarhum tercium bau jenazah itu sangat busuk.

Baunya cukup memualkan perut dan menjijikan. Saya telah mengurus banyak jenazah tetapi tidak pernah saya bertemu dengan mayat yang sebusuk ini. Ketika saya lihat wajah almarhum, sekali lagi saya tersentuh.

Saya tengok wajahnya seperti dirundung oleh macam-macam perasaan takut, cemas, kesal dan macam-macam. Wajahnya seperti tidak mendapat nur dari Allah SWT. Kemudian saya pun ambil kain kafan yang dibeli oleh anak almarhum dan saya potong. Secara kebetulan pula, disitu ada dua orang yang pernah mengikuti kursus “fardu kifayah” atau pengurus jenazah yang pernah saya ajar. Saya ajak mereka mambantu saya dan mereka setuju.

Tetapi selama memandikan mayat itu, kejadian pertama pun terjadi, sekadar untuk pengetahuan pembaca, apabila memandikan jenazah, badan mayat itu perlu dibangunkan sedikit dan perutnya hendaklah diurut-urut untuk mengeluarkan kotoran yang tersisa. Maka saya pun urut-urut perut almarhum. Tapi apa yang terjadi, pada hari itu sangat mengejutkan.

Allah SWT berkehendak dan menunjukkan kekuasaannya kerana pada hari tersebut,kotoran tidak keluar dari dubur akan tetapi melalui mulutnya. Hati saya berdebar-debar. Apa yang sedang terjadi di depan saya ini?

Telah dua kali mulut mayat ini memuntahkan kotoran, saya harap hal itu tidak terulang lagi kerana saya mengurut perutnya untuk kali terakhir. Tiba-tiba ketentuan Allah SWT berlaku, ketika saya urut perutnya keluarlah dari mulut mayat itu kotoran bersama beberapa ekor ulat yang masih hidup.

Ulat itu adalah seperti ulat kotoran (belatung). Padahal almarhum meninggal dunia akibat diserang jantung dan waktu kematiannya dalam tempoh yang begitu singkat mayatnya sudah menjadi demikian rupa ? saya lihat wajah anak almarhum.

Mereka seperti terkejut. Mungkin malu, terperanjat dan aib dengan apa yang berlaku pada bapanya, kemudian saya tengok dua orang pembantu tadi, mereka juga terkejut dan panik.

Saya katakan kepada mereka, “Inilah ujian Allah terhadap kita”. Kemudian saya minta salah satu seorang dari pada pembantu tadi pergi memanggil semua anak almarhum.

Almarhum pada dasarnya seorang yang beruntung kerana mempunyai tujuh orang anak, kesemuanya laki-laki. Seorang berada di luar negeri dan enam lagi berada di rumah.Ketika semua anak almarhum masuk, saya nasihati mereka.

Saya mengingatkan mereka bahwasanya tanggung jawab saya adalah membantu menguruskan jenazah bapa mereka, bukan menguruskan semuanya, tanggung jawab ada pada ahli warisnya.

Sepatutnya sebagai anak, mereka yang lebih afdal menguruskan jenazah bapa mereka itu, bukan hanya iman, hanya bilal, atau guru. Saya kemudian meminta izin serta bantuan mereka untuk menunggingkan mayat itu.

Takdir Allah ketika ditunggingkan mayat tersebut, tiba-tiba keluarlah ulat-ulat yang masih hidup, hampir sebaskom banyaknya. Baskom itu kira-kira besar sedikit dari penutup saji meja makan.

Subhanallah suasana menjadi makin panik. Benar-benar kejadian yang luar biasa sukar diterima akal fikiran manusia biasa. Saya terus berdoa dan berharap tidak terjadi lagi kejadian yang lebih ganjil. Selepas itu saya memandikan kembali mayat tersebut dan saya ambilkan wudhu. Saya meminta anak-anaknya kain kafan.

Saya bawa mayat ke dalam biliknya dan tidak diizinkan seorang pun melihat upacara itu terkecuali waris yang terdekat sebab saya takut kejadian yang lebih aib akan terjadi. Peristiwa apa pula yang terjadi setelah jenazah diangkat ke bilik dan hendak dikafani, takdir Allah jua yang menentukan.

Ketika mayat ini diletakkan di atas kain kafan, saya dapati kain kafan itu hanya cukup menutupi hujung kepala dan kaki tidak ada lebih, maka saya tak dapat mengikat kepala dan kaki. Tidak keterlaluan kalau saya katakan ia seperti kain kafan itu tidak mahu menerima mayat tadi.

Tidak apalah, mungkin saya yang silap semasa memotongnya. Lalu saya ambil pula kain, saya potong dan tampung di tempat-tempat yang kurang. Memang kain kafan jenazah itu jadi sambung-menyambung, tapi apa mau dikata, itulah yang dapat saya lakukan.

Dalam waktu yang sama saya berdoa kepada Allah “Ya Allah, jangan kau hinakan jenazah ini ya Allah, cukuplah sekadar peringatan kepada hamba-Mu ini.”

Selepas itu saya beri taklimat tentang solat jenazah tadi, satu lagi masalah timbul,jenazah tidak dapat dihantar ke tanah pekuburan kerana tidak ada kereta jenazah/mobil ambulance.

Saya hubungi kelurahan, pusat Islam, masjid, dan sebagainya, tapi susah. Semua sedang digunakan, beberapa tempat tersebut juga tidak mempunyai kereta jenazah lebih dari satu kerana kereta yang ada sedang digunakan pula.

Suatu hal yang saya fikir bukan sekedar kebetulan. Dalam keadaan itu seorang hamba Allah muncul menawarkan bantuan. Lelaki itu meminta saya menunggu sebentar untuk mengeluarkan van/sejenis kereta pick-up dari garaj rumahnya. Kemudian muncullah sebuah van.

Tapi ketika dia sedang mencari tempat untuk meletakkan vannya itu dirumah almarhum, tiba-tiba isterinya keluar. Dengan suara yang tegas dia berkata dikhalayak ramai:

“Mas, saya tidak benarkan kereta kita ini digunakan untuk angkat jenazah itu, sebab semasa hayatnya dia tidak pernah mengizinkan kita naik keretanya.”

Renungkanlah kalau tidak ada apa-apanya, tidak mungkin seorang wanita yang lembut hatinya akan berkata demikian. Jadi saya suruh tuan yang punya van itu membawa kembali vannya.

Selepas itu muncul pula seorang lelaki menawarkan bantuannya. Lelaki itu mengaku dia anak murid saya. Dia meminta izin saya dalam 10-15 minit membersihkan keretanya itu. Dalam jangka waktu yang ditetapkan itu, muncul kereta tersebut, tapi dalam keadaan basah dibasuh.

Kereta yang dimaksudkan itu sebenarnya lori. Dan lori itu digunakan oleh lelaki tadi untuk menjual ayam ke pasar, dalam perjalanan menuju kawasan pekuburan.

Saya berpesan kepada dua pembantu tadi supaya masyarakat tidak usah membantu kami menguburkan jenazah, cukup tinggal di camping saja akan lebih baik. Saya tidak mahu mereka melihat lagi peristiwa ganjil. Rupanya apa yang saya takutkan itu berlaku sekali lagi, takdir Allah yang terakhir amat memilukan.

Sesampainya Jenazah tiba di tanah pekuburan, saya perintahkan tiga orang anaknya turun ke dalam liang dan tiga lagi menurunkan jenazah.

Allah berkehendak semua atas makhluk ciptaan-Nya berlaku, semasa jenazah itu menyentuh ke tanah tiba-tiba air hitam yang busuk baunya keluar dari celah tanah yang pada asal mulanya kering.

Hari itu tidak ada hujan, tapi dari mana datang air itu? sukar untuk saya menjawabnya. Lalu saya arahkan anak almarhum, supaya jenazah bapa mereka dikemas dalam keranda dengan hati-hati.

Saya takut nanti ia terlentang atau telungkup na’udzubillah. Kalau mayat terlungkup, tak ada harapan untuk mendapat syafa’at Nabi. Papan keranda diturunkan dan kami segera timbun kubur tersebut.

Selepas itu kami injak-injak tanah supaya mampat dan bila hujan ia tidak mendap/ambrol. Tapi sungguh menghairankan, saya perhatikan tanah yang diinjak itu menjadi lecak. Saya tahu, jenazah yang ada di dalam telah tenggelam oleh air hitam yang busuk itu.

Melihat keadaan tersebut, saya arahkan anak-anak almarhum supaya berhenti menginjak tanah itu. Tinggalkan lobang kubur 1/4 meter.

Maksudnya kubur itu tidak ditimbus hingga ke permukaan lubangnya, tapi ia seperti kubur berlubang. Tidak cukup dengan itu, apabila saya hendak bacakan talqin, saya lihat tanah yang diinjak itu ada kesan serapan air.

Masya Allah, dalam sejarah peristiwa seperti itu terjadi. Melihat keadaan itu, saya ambil keputusan untuk selesaikan penguburan secepat mungkin.


Sejak lama terlibat dalam penguburan jenazah, inilah mayat yang saya tidak talqimkan. Saya bacakan tahlil dan doa yang paling ringkas.


Setelah saya pulang ke rumah almarhum dan mengumpulkan keluarganya. Saya bertanya kepada isteri almarhum, apakah yang telah dilakukan oleh almarhum semasa hayatnya.

1. Apakah dia pernah menzalimi orang alim ?
2. Mendapat harta secara merampas, menipu dan mengambil yang bukan haknya?
3. Memakan harta masjid dan anak yatim ?
4. Menyalahkan jabatan untuk kepentingan sendiri ?
5. Tidak pernah mengeluarkan zakat, sedekah atau infaq ?
Isteri almarhum tidak dapat memberikan jawabannya. Memikirkan mungkin dia malu Untuk memberi tahu, saya tinggalkan nombor telefon rumah. Tapi sedihnya hingga sekarang, tidak seorang pun anak almarhum menghubungi saya.

Untuk pengetahuan umum, anak almarhum merupakan orang yang berpendidikan tinggi hingga ada seorang yang beristerikan orang Amerika, seorang dapat isteri orang Australia dan seorang lagi isterinya orang Jepun.

Peristiwa ini akan tetap saya ingat. Dan kisah ini benar-benar nyata bukan rekaan. Semua kebenaran saya kembalikan kepada Allah SWT pencipta alam ini. Kepada kita semua pembaca setia renungan Media Informasi ini, tanyalah diri kita akankah kita menginginkan peristiwa itu terjadi pada diri kita sendiri, ibu, bapa kita, anak kita atau kaum keluarga kita ?

59 comments:

  1. Replies
    1. Kita perlu ambil ikhtibar daripada cerita di atas,

      tapi,

      kita perlu ambil tahu juga isu di Bumi Syria iaitu puak minoriti (sedikit) syiah nusairi yg memegang tampuk kerajaan pemerintahan secara diktator dengan menggunakan rejim tentera menindas rakyat yang majoritinya (sebahagian besar) dalam negara itu adalah puak ahlussunahwaljamaah iaitu saudara seislam dengan kita.

      Kezalimannya terhadap wanita dan kanak-kanak juga terlalu dahsyat melebihi Israel.

      Ingatlah Saudaraku, Nabi SAW bersabda yang bermaksud: "Barangsiapa yang tidak mengambil tahu hal orang Islam yang lain, maka bukan dari kalangan KAMI". Dan ingatlah selalu akan tempat kembali bagi mereka yang zalim.

      Kalau anda tidak keberatan, bolehlah singgah untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan dengan kehidupan di Syria secara ringkasan (sebab kita semua malas nak baca):

      1. Kronologi Mengenai Kezaliman Yang Berlaku Di Syria
      2. Ketahui Komplot Rampasan Kuasa Jawatan Presiden Di Syria
      3. Adakah Mesir Dan Syria Pernah Disatukan Pada Masa Dahulu?
      4. Permulaan Titik Hitam Di Bumi Syria Yang Anda Belum Ketahui
      5. Kenali Bumi Syria Maka Akan Mengenali Para Ulama' dan Para Sahabat Di Syria
      6. Kenali Peradaban Syria Pada Zaman Moden
      7. Kenali Peradaban Syria Pada Zaman Sebelum Masihi
      8. Kenali Lokasi Muka Bumi Di Syria

      Delete
    2. SEMUA TERBAIK JOM TERJAH :

      OMG , JOM LIHAT BETUL KE ZAYN MALIK DAN JUSTIN BIEBER NI GAY ?-> WWW.JUSTINZAYN.COM

      DOWNLOAD CERITA-CERITA TERKINI MALAY & ENGLISH --> WWW.DOWNLOADMOVIE.COM

      TENGOK SEMUA EPISOD LOVE YOU MR.ARROGANT PERCUMA --> WWW.DRAMAMR.ARROGANT.COM

      DAPATKAN TIKET PERCUMA AKSI RUNNING MAN DI MALAYSIA 2014 (100 SAHAJA) --> WWW.MALYSIANFANSRM.COM

      TIKET PERCUMA KONSERT JUSTIN BIEBER 2014 DI MALAYSIA --> WWW.PASSPERCUMA.COM

      INFO IPHONE 5 DAN 5S/5C DAN SAMSUNG GALAXY NOTES 3 , JAGA-JAGA SEBELUM MEMBELI --> WWW.INFOPHONES.COM

      IPHONE 5 (RM1200) , IPHONE 5S (RM1350) . IPHONE 5C (RM1000) *TERHAD* --> WWW.IPHONEMSIA.COM




















      ASSALAMUALAIKUM , SATU LAGI PELUANG PEKERJAAN TERBAIK UNTUK ANDA IAITU BEKERJA HANYA DARI RUMAH DENGAN PENDAPATAN SEHINGGA RM1500-3000 SELAMA SEMINGGU , MAHU ? MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI -> KEKOSONGAN JAWATAN (50 ORANG SAHAJA)

      Delete
  2. macam dalam cerita tanah kubur kat astro oasis pun ada , ape2 pun cerita ni memberi banyak impak pada pembaca termasuk sye sendiri .. berubah lah selagi masih bernyawa

    ReplyDelete
  3. aku akan insyaf. ya allah maafkan aku yg hambamu yg hilaf ini

    ReplyDelete
  4. na'uzubillahhiminzikh.......subhanallah....

    ReplyDelete
  5. Allah yang memiliki segalanya

    ReplyDelete
  6. merepek lah. Tak kan dia sorang aje yang jahat di dunia ni. Kenapa orang jahat lain mati takde pun terjadi kisah ni.

    Orang melayu, jangan mudah percaya benda karut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah namanya Allah mnutup aib kita..dan bila DIA kehendaki..pasti akn trjadi sbgai pngajaran dan iktibar

      Delete
  7. Orang kafir, orang cina, india, mat salleh, negro, semuanya mati takde masalah pun tanam. Kenapa tak nak bagi contoh dengan mereka semua.

    Tolong gunakan otak sikit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. org kafir , cina , india n laen2 , myat diorang ditanam ke ??? use u brain please !! tiada y mstahil kuasa Allah.

      Delete
    2. diorang non-muslim cuma bakar mayat....takde tanam2...itu pasal2 susunan kbur diorang semua rapat2 kerana mayat mereka dibakar...jenazah muslim sja yang diketahui menanam mayat....

      Delete
  8. subhanallah,ya allah smg aq tidk tgl0g dgn 0rg2 y tidk briman,amin

    ReplyDelete
  9. owg tak merasai pengurusan mayat akan berckp macam2.. tak apela.. kita doakan semuga roh arwah di rahmati Allah S.W.T..

    ReplyDelete
  10. ini cerita pun ada dalam mastika

    ReplyDelete
  11. Allah swt akan memberikan petunjuk kepada sesiapa sahaja yang dikehendakinya. Jika kita x dpt petunjuk. Itu yang patut kita takuti.
    Sebagai seorang muslim, bersyukurlah sekiranya Allah swt memberikan petunjuk. Jika tidak, kita akan alpa/leka dibuai arus dunia.

    Wallahua'lam

    ReplyDelete
  12. Slm....Tuhan maha adil terhadap umatnya...maka kita yang hidup ni hendaklah sentiasa ingat mengingati sesama umat agar sentiasa mengingat MATI.......

    ReplyDelete
  13. subhanallah....

    ReplyDelete
  14. Subhanallah......

    ReplyDelete
  15. subhanallah.....

    ReplyDelete
  16. Kuasa Allah,,,ta ad sape mampu mghalang nya,,,baek mahu pn buruk seseorng hanya Allah yg tau,,,klu tiap2 owg jahat ble mati tjd cm2,,,ta ad lg la owg jahat didunia ni,,,sume nya jd baek,,,SOLEH lg!!!
    Apa yg tjd ad iktibr,,bukn skdr bacaan semata,,,
    Ingt dunia adlh pnjara dan tmpt ujian,,,akhrt tmpt kekal abadi samada syurga impian atau neraka seksaan!!!
    Ingtn untk diri saya juga,,,

    ReplyDelete
  17. macam pernah dengar je....pernah baca kisah ni kat majalah mustika

    ReplyDelete
  18. sub,nallah..hnya allah yg tau knpa dia buat bgitu.. kta yg hdup ni pn blum tntu di ampun kn dosa ya... astarfiruallah...

    ReplyDelete
  19. Subhanallah....

    ReplyDelete
  20. jenazah tu x tanggal jam ke..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. die sayang jam die tu.........
      mahal tu.........

      Delete
  21. renungkanlah bagaimana nasib kita nanti,doakan lah semuga mendapat kesudahan yang baik,,,,amin

    ReplyDelete
  22. jadikan pengajaran jak..btul@x..hnya tuhan saja y tahu..bnyk ceta gini d oasis..best sgat2x..smpaikan terasa juga k'salahan s'dri..jom tgok sama2x..

    ReplyDelete
  23. subhanallah..walau ada orang kata macam2..tapi ceriata ini meberi pengajaran

    ReplyDelete
  24. Mmg org kafir mati xterjadi apa kerana mereka telah dijanjikan neraka.. Bagi org Islam, semua ini adalah peringatan & pengajaran tentang pembalasan dosa yang dibuat di dunia & perbuatan melupakan-Nya..Sekarang segala dosa dibayar cash..Waallahuallam..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adakah org kafir itu org bukan islam...contohnya christian buddish dan sebagainya?...

      Delete
    2. orang kafir amnya orang yang tidak menganut agama islam sebagai panduannya...selain itu, dianggap kafir....wallahualam

      Delete
  25. Wallahhu'alam..itu sme kje ALLAH,antra die,kite dan sme insan di atas muke bumi ni adlh hamba Nye..dunia ni brsifat smntara dan KITE di jadikn adlh untuk mnyembah ALLAH dan beramal ibadat..ambl iktibar akan kjdian trsbt supaye kite dpt mndekat kan diri dgn yg SATU..

    ReplyDelete
  26. segalanya berlaku dengan izin allah.. Semua ni tak mustahil.. Allah tu kan maha berkuasa

    ReplyDelete
  27. Randy Pangesttu7 September 2012 19:29

    Ini Beneran Gk sih ?? Kalo Beneran Subhanallah

    ReplyDelete
  28. @zunaz: ko buat lawak ke? Sory la bro..aku x tau part mne yg lawak tu.. Tolong skit? Tolong jadi pelawak yg lawak..

    ReplyDelete
  29. @zunaz tk buat lwak pn..die tgk lam gmbar tu kt prgelangan tngan jenazah mcam de ssuatu..

    ReplyDelete
  30. astagtirullah halazim... !!!!!
    smoga orang itu diberikan ampunan dengan Allah swt.

    ReplyDelete
  31. semoga allah mengampuni segala dosa2 dia...... amin........

    ReplyDelete
  32. orang yang memandikan jenazah mestilah seorang yng amanah...tidak boleh buka aib jenazah kpde org lain..

    ReplyDelete
  33. setiap yang berlaku ada hikmah nya .Dan yakinlah bahawa tiada yang mustahil bagi Allah.

    ReplyDelete
  34. Ya allah... Sngguh besar.. kbsaranmu... dn engkau lh mha mnntuknn... kpd mkluk2 mu...

    ReplyDelete
  35. for info..org kafir yg mati x kan terima azabnye didalam kubur sehingga la pd hari kebangkitan kelak..sbb lpas pd hr kebangkitan azab yg akan diterima tiada penghujung nye.lain pula untuk org islam,azabnye diterime sehinga ke hr kiamat dan pd hr prhitungan,cume amalan kite di dunia yg dpt membntu kite nnti.. Wallahualam

    ReplyDelete
  36. Na'uzubillah , Allahuakbar .. Astaghfirullah , hebat sungguh azab Allah , Al-Fatihah untuk arwah :( Semoga Allah mengampuni dosa2 arwah ketika dia masih hidup .

    ReplyDelete
  37. Astaghfirullah. Ya Allah, semoga dosa2 arwah terampun dgn hukuman2 d kubur & dgn kisah kmatiannya d jd kn pengajarn pd yg msih idup. Jge kpd ku.

    ReplyDelete
  38. Na'uzubillah , Allahuakbar 

    ReplyDelete
  39. aq xphm npe la ad orng yg terfikir nk sme kn islm ngan yg kafir.. fkir la bro sblm bckp

    ReplyDelete
  40. orang yang meninggal tu banyak makan rasuah sebab tu ulat banyak dalam perot.....
    pengajarannye........
    sesiape yang suke makan rasuah dan harta orang lain tu buat bertaubat jelah..........

    ReplyDelete
  41. belum didatangi malaikat munkar aja sudah kelihatan busuknya,naudzubillah..

    ReplyDelete
  42. Subhanallah, muga peristiwa ini menjadi iktibar utk kita yg masih hidup supaya rajin mengerjakan lebih bynk ibadah serta memperbanyakkan sedekah sebagai saham akhirat nanti

    ReplyDelete
  43. pernah baca kisah ini tapi versi bahasa melayu di malaysia....walau apapon, kuasa ALLAH tiada had atau halangan....setiap amalan,perlakuan dan tingkah laku kita diperhatikan oleh ALLAH S.W.T....jangan kita melakukan larangan-Nya....

    ReplyDelete

Penpatah.blogspot tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri