Anak Ulama Sering Berzina Sehingga Lahir Anak Luar Nikah
Home » » Anak Ulama Sering Berzina Sehingga Lahir Anak Luar Nikah

Anak Ulama Sering Berzina Sehingga Lahir Anak Luar Nikah

7 Aug 2012 83 Comments

SAYA sering membaca kisah-kisah yang dipaparkan dalam ruangan ini yang banyak mengisahkan kecurangan suami sahaja. Biasanya kaum wanitalah yang sering mengadu tentang keburukan kelakuan, tabiat dan perbuatan sumbang suami masing-masing.

Namun saya tak salahkan mereka kerana mereka yang merasakan penderitaannya tentulah sakit hati dan ingin meluahkan perasaan masing-masing. Mereka tahu cerita mereka menjadi rahsia, dan apa yang tersemat di hati mereka cuma penulis sahaja yang tahu.

Tetapi kali ini saya ingin mencurahkan perasaan saya. Kalau selalunya wanita berasa tertipu dengan suami masing-masing, perasaan saya lebih sakit lagi apabila dikhianati isteri sendiri. Demikian cerita Zain ketika penulis menghubungi beliau setelah membalas e-melnya kerana ingin bertanya lebih lanjut lagi.

Memang terkejut tetapi bukan mustahil boleh berlaku kerana dunia ini pentas dan kita semua adalah pelakonnya.

Apa perasaan puan bila baca cerita saya, terkejut tak? Tentu terkejutkan! Saya rasa bukan saya seorang sahaja suami yang berperasaan demikian. Ada lagi mungkin tidak ramai kaum lelaki yang mempunyai pengalaman pahit seperti yang saya lalui, tetapi mereka suka mendiamkan diri. Dulu saya pun menyimpan perasaan yang sama, tetapi semakin lama kita simpan semakin perit, pedih dan menjadi racun berbisa.

Jadi hari ini saya luahkan kepada puan, pertimbangkanlah. Memang benar zaman ini macam-macam perkara yang kita tak sangka boleh berlaku. Demikian pengalaman pahit yang saya lalui.

Saya bekerja tetap tahun 70-an, oleh kerana saya daripada keluarga susah, ramai adik-beradik, maka saya amat sayangkan kerja. Saya bekerja tak tentu masa kerana terlalu gembira dengan tugas, sesuatu yang saya idam-idamkan
selama ini.

Walaupun saya mendapat tawaran ke U tetapi saya tolak, sebab keluarga miskin, jadi saya berkorban supaya saya boleh bekerja dapat duit, bantu ayah sekolahkan adik-adik. Saya bersyukur semua adik-beradik saya berjaya dalam pelajaran, lulusan U dan semuanya memegang jawatan yang baik juga.

Biarpun saya tidak lulus U tetapi kerana dedikasi dan ketekunan bekerja, saya naik pangkat dan menjawat jawatan yang baik. Ini balasan Allah daripada pengorbanan besar yang saya lakukan demi pelajaran adik-adik saya.

Kerana terlalu sayangkan kerja, saya terlupa usia semakin meningkat dan tak kahwin. Hidup saya cuma rumah dan tempat kerja saja. Sebelum pukul 8 saya dah mula bekerja dan balik pukul 6 petang ada kalanya lewat malam. Dan bila kerja banyak ada kalanya sampai pagi. Hari Ahad dan Sabtu sama saja. Ada satu ketika rutin ini berterusan hingga 114 hari, termasuk hujung minggu dan cuti umum, hingga risau ibu di kampung.

Saya hanya lulus MCE, tetapi nasib menyebelahi saya. Jawatan kerajaan yang dipegang adalah idaman ramai. Pendapatannya lumayan bagi seorang bujang umur 20-an, dapat kereta baru, dan dihormati ramai, tentu glamor juga di mata gadis-gadis.

Tetapi kerana taksub dengan kerja, saya lupa dunia, hiburan dan hidup berkeluarga. Akhirnya ketua jabatan, seorang pengarah merancang konspirasi menjodohkan saya kerana tidak mahu melihat hidup saya habis di pejabat.

Awal tahun 70-an usia dah dekat 30 tahun masih bujang. Di pejabat, saya digelar the most eligible bachelor. Konspirasi mereka menjadi, mereka memaksa saya berkahwin dengan seorang gadis yang boleh dikatakan cantik juga.

Anak ulama daripada keluarga agak tersohor dan dikenali secara peribadi oleh ketua jabatan saya. Hampir setahun berkenalan, akhirnya saya mendirikan rumah tangga dengan Hamizan.

Belum dua tahun berkahwin, Hamizan melahirkan anak, disusuli seorang lagi tiga tahun kemudian dan ketiga, lima tahun kemudian. Dalam pada itu saya dinaikkan pangkat, melayakkan saya menduduki banglo kuarters kerajaan di KL. Saya juga dianugerahkan bintang kebesaran Persekutuan, semua dalam tempoh kurang 13 tahun saya bertugas.

Hamizan bekerja di sebuah badan berkanun. Dia gemar bersukan apa jenis pun dan aktif berpersatuan. Rajin menyertai kegiatan kesenian dan kebudayaan, seperti menari dan berdrama. Kebolehannya ini membawanya ke seluruh negara dan ASEAN dalam misi mengeratkan silaturahim antara badan-badan yang sama antara negara tersebut.

Kerana aktif berpersatuan, dia sering pulang lewat selepas pukul 8 malam dan kadangkala sehingga pukul 10 malam. Saya tidak merasa syak-wasangka kerana kami diketahui ramai sebagai pasangan ideal. Tetap bergurau senda, berpegang tangan semasa berjalan dan tidak kurang menunjukkan affection pada bila-bila masa. Kami saling sayang-menyayangi.

Suatu hari lebih kurang sedekad lalu, seorang hamba Allah menelefon saya dan bertanya mengapa saya biarkan isteri diusung orang merata tempat. Saya jadi bingung kerana selama ini Hamizan tidak menunjukkan sebarang tanda dia curang selain pulang lewat. Sungguhpun saya sangsi cerita pemanggil itu, namun hati saya mula curiga. Saya bawa bertenang, dan tidak terburu-buru menyergah Hamizan. Saya cuba siasat sendiri.

Suatu hari saya pulang pukul 3 pagi, dengan kehendak Allah jua saya ternampak bukti pertama sebuah diari di sebelah Hamizan, ketika itu dia tertidur. Hampir pitam saya bila membelek diari itu. Rupa-rupanya dia keluar masuk hotel dengan teman-teman lelakinya, termasuk orang berpangkat tertinggi di jabatannya, juga berpangkat rendah.

Bila diajukan dengan bukti Hamizan tidak dapat mengelak daripada mengakuinya. Dia menceritakan segala-galanya, termasuk kecurangannya. Mahu saya cekik dia ketika itu. Tapi ingatkan anak-anak dan maruah keluarga, saya mengucap berkali-kali. Ketika itu anak-anak sedang membesar dan pencapaian pelajaran mereka amat menggalakkan. Mengenangkan masa depan mereka, saya tidak bertindak. Kalau dulu saya berkorban untuk adik-beradik, kali ini saya berkorban untuk anak-anak, maruah mereka dan keluarga saya.

Walaupun marah, namun saya beri amaran keras bahawa sekiranya perbuatan ini berulang lagi padahnya amat berat. Dia menangis meminta ampun.

Malangnya pisang berbuah banyak kali. Hamizan mengulangi kegiatannya meskipun tidak lagi pulang lewat. Kali ini saya menemui bukti setelah menerobos masuk ke e-melnya. Kali ini temannya seorang jurutera sebuah syarikat telekomunikasi dan seorang jeneral yang pernah dikenali semasa remaja. Saya tak mahu marah lagi, kerana inilah sifat buruknya yang sebenar. Mulai hari itu antara kami sudah tidak ada apa-apa.

Namun untuk meyakinkannya saya hubungi teman-temannya itu, dan berjaya mendapatkan pengakuan bertulis mereka, ada juga secara lisan. Saya beritahu mereka perbuatan mereka akan ada balasannya, tiada statute of limitation, bermakna balasannya mungkin serta-merta, lepas lima tahun atau 20 tahun, bila-bila saja. Allah maha besar.

Apa yang menghairankan saya, Hamizan bukan anak orang sembarangan, dia anak ulama, pandai mengaji al-Quran kalau berlagu ala qari terkenal Ismail Hashim, baca Yasin setiap malam Jumaat dari dulu sampai sekarang, sembahyang, puasa, termasuk yang sunat, tak pernah tinggal, bertudung, pakaian sopan. Malah kalau berzanji merdu suaranya. Setelah difikirkan baru saya sedar, apa yang dilakukan adalah untuk mengaburi mata saya daripada melihat maksiat dan kecurangan yang dilakukan di luar.

Walaupun saya begitu marah tetapi memukul tidak sekali-kali. Saya bawa bertenang kerana memikirkan anak-anak kami ketika itu sedang membesar. Tetapi sedihnya peristiwa pahit dalam kehidupan saya, belum berakhir. Satu hari anak kedua saya Nuraine yang melanjutkan pelajaran dalam bidang kejuruteraan di IPTA pulang bercuti. Sampai di rumah dia terus memeluk saya dengan tangisan. Katanya, dia bukan anak saya. Darah kami berlainan.

Saya terkejut besar. Bila saya tanya mana dia tahu, katanya ketika menderma darah dia dapati jenis darahnya tidak ada persamaan dengan darah saya. Saya langsung tidak terfikir kecurangan Hamizan sampai ke tahap ini.

Hamizan ketika ditanya menafikan, namun ujian darah membuktikan bahawa Nuraine adik-beradik dengan anak-anak saya yang lain, satu emak tetapi lain ayah. Hamizan tetap berdegil tidak mengakui kesahihan ujian tersebut, meskipun saya dapat agak siapa sebenarnya ayah Nuraine.

Malah pernah rakan-rakan sepejabat Hamizan ada mengatakan wajah Nuraine sama seperti salah seorang pegawai tinggi di pejabatnya. Tetapi Hamizan menafikan. Bukan sekali dua wajah Nuraine menjadi pertanyaan ramai, banyak kali.

Hamizan kini masih sebumbung dengan saya, tetapi saya tidak pernah menyentuhnya sejak hampir 10 tahun lalu. Anak-anak tidak menghormatinya lagi. Mereka enggan bertegur sapa, tidak bercakap sopan, kalau bercakap pun dengan kasar, membuatkan Hamizan menangis.

Anak-anak tahu perbuatan keji emak mereka dan tahu pengorbanan saya demi menjaga hati, maruah dan pembelajaran mereka. Anak sulung saya kini star-performer di jabatannya. Nuraine mewakili syarikatnya bertugas di Eropah sementara anak ketiga akan tamat pengajian tidak lama lagi. Inilah pengorbanan saya. Biar hati lebur asal anak-anak bahagia.

Yang penting saya tidak mahu korbankan masa depan mereka dengan sikap saya yang tidak sabar dan mengikutkan rasa saya.

Nuraine hampir setiap hari menelefon saya bertanya khabar. Anak-anak lebih sayangkan saya dan lebih suka berbincang dan berbual dengan saya daripada emak mereka. Inilah sebabnya saya masih tidak menceraikan Hamizan.

Saya tetap tidak mengampunkan Hamizan. Biar dia nazak dan meminta maaf atau saya sedang nazak dan dia sujud menangis meminta ampun, saya tetap tidak akan memaafkannya. Saya tahu Allah Maha Pengampun, Nabi Muhammad juga mengampunkan umatnya. Namun, saya bukan Allah dan saya juga bukan Nabi Muhammad. Saya seorang biasa dan tidak akan melakukan sesuatu untuk menyamai Allah atau Nabi.

Ada saya terbaca bahawa ibadah seseorang isteri tidak diterima Allah sekiranya dia melakukan dosa besar terhadap suaminya dan tidak mendapat pengampunan daripadanya. Jika benar, saya tidak akan mengampunkan apa juga dosa Hamizan. Sungguh saya tidak menyangka kebahagiaan, kesenangan, kesetiaan dan kepercayaan yang saya curahkan kepada dia disia-siakan.

Kalaulah membunuh bukan satu kesalahan dan tidak membawa aib kepada keluarga, sudah lama saya cincang-cincang Hamizan untuk menjadi jamuan anjing-anjing liar di tepi jalan dengan daging busuknya, demikian cerita Zain.

Nampaknya Zain telah melakukan pengorbanan besar bukan sahaja untuk adik-beradiknya, anak-anaknya malah menjaga nama baik dan maruah mentuanya. Namun saya tertanya-tanya apakah Zain sudah bertanya kehendak Hamizan untuk masa depannya? Mungkin dia ingin menjadi burung yang terbang bebas? Kepada pembaca, dapatkah anda pertimbangkan jika mempunyai isteri yang curang seperti ini?

Lagi kisah Anak Ulama berzina di sini

83 comments:

  1. ala zain tu bodoh...ade ke cakap ibadah hamizan tak diterima..si zain tu lagi la...dah dikira dayus sama je masuk neraka gak..alahai..kesian kat ko zain..bkn aku nk menangkan isteri ko...alang2 ko nak masukkan bini ko kat neraka ko sendiri terjebak masuk sekali..hahahaha satu je ucapan tuk ko..tahniah kerana telah menjadi dayus tahap 18 petala langit..hahahhhahahhhahhhahaaa bodo tol jantan ni..kakakaka

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dayus 18 petala langit..ko xbce eh yg die ckp kalo bleh bunuh,die nk bunuh bini die..bodo la ko ni komen main ikt sedap je..zain xnk ceraikan bini celaka die tu sbb nk jge maruah kluarga bini die..n fikirkan ank2 die..pengorbanan yg jarang skali org buat..mgkn 1 dlm 1000 cmni..

      Delete
    2. Bodohla anonymous yg ats ni...bca x hbis kot..ke x bca lgsung...fuck u

      Delete
    3. Silap2..bkan ats ni...ats skali

      Delete
    4. bgi sya...suami ptt mendorong isteri kpada kebaikan...lau x suka ceraikan seja..kalo isteri da insaf...maafkanlahh...xda org sempurna d dunia nii...si suami mang akan msuk dosa kalo dia x menjalankan tugasnya mendorong isterinya kepada kebaikan..doakanlahh kesejahteraan rumah tangga...

      Delete
    5. Anda tidak tahu apa yang zain rasai.Aku faham.Apapun rujuk pejabat agama. Kes ini pernah berlaku di kalangan kawan saya seorang ustaz, isterinya melakukan........tatkala usia dah nak masuk senja..anak bongsu 15 tahun...pengakuan isterinya di mahkamah...maka demi maruah, si suami lepaskan isterinya...kini ustaz itu beristeri baru..Dayus pun ada situasinya..maruah pun ada situasinya...banyak-bnyaklah kita zikirullah dan bertaubat.Allah yang maha mengetahui memberi hidayah kepada kita....

      Delete
    6. Aku rasa yg kat atas sekali tu lelakk simpanan hamizan kot....tu yg komen macam meroyan je...nauzubillahiminal zolikanusia kat atas sekali tu....

      Delete
  2. ko yang komen pun bodoh.. Bahlul.. Hahaha..Ikut suka ko je cakap orang macam tu.. Kalau orang doakan ko yang jd gni, apa agaknya respond ko? Mana ko tau dia dayus? Hahahaahhahahahahahahahhahahahaha.. Kalau x da ilmu, x yah cakap apaw.. Hihihi.

    ReplyDelete
  3. zain kena siasat kenapa isteri dia boleh jadi macam tu...rase bile perempuan cukup kasih sayang suami,insyallah dia takkan curang...tapi let say kasih sayang n nafkah dari zain takde cacat cela,boleh la amik langkah yg lebih wajar..better maafkan n lepaskan isteri dgn cara baik...x baik jugakkan seksa jiwa isteri lame2...

    ReplyDelete
  4. mesti ada sebab kenapa isteri dia curang... asyik pandang kesalahan isteri sampai salah sendiri pun tak nampak...muhasabah diri... maafkan isteri, nescaya hati akan tenang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dan hanya orang yang melihat dari tepian bisa nampak peluang untuk muhasabah diri dalam situasi cerita ini...jikalau anda yang berada dalam situasi dia, isteri disahkan membuat sex dengan teman2nya dan anak2 bukan dari darah daging ayahnya sendiri...anda sbagai ayah itu, pasti hampir gila.

      Delete
    2. Salam,
      Saya terharu membaca cerita zain ni, pedih memangla pedih bila terkena kat batang hidung kita macam mana agaknya ya. Doa dan nasihat saya untuk zain maafkan la dosa dosa isteri en zain pedih memang pedih tapi kat akhirat kelak kita tak akan masuk syurga selagi kita ada hal hal sesama manusia. kalau kita rasa kita baik dan orang tu (isteri ) tak baik dan kita tak maafkan dia, sesudah pengiraan amalan kita kata lah kita masuk syurga tapi disebabkan urusan sesama manusia tak selesai kita tertangguh dpd di masukan ke syurga.
      Memang betul pedih dan kita tak dapat memaafkan isteri yg curang ni tapi fikir fikirkan lah sedalam dalamnya . Dia tak dapat masuk syurga kita pun tak dapat masuk syurga.

      salammm
      wak man

      Delete
  5. hebat.. nyer zain..kuat sungguh kesabarannyer...terharu saya :(

    ReplyDelete
  6. Org kat ats aku bangang

    ReplyDelete
  7. Ko pon sama bangang ngn betina tu sial!!

    ReplyDelete
  8. Sedari awal cerita, nampak sangat Zain seorang lelaki yang ego...hanya nampak salah isteri, tapi tak nampak salah sendiri...tak pernah tanya atau muhasabah diri kenapa isteri boleh curang....

    ReplyDelete
    Replies
    1. ego ke tak...dah die mmg cmtuh...kalau ko yg ada dalam situasi si zain tu? leyh bayangkan? tentu la tak...ko bukan zain...

      biasanya...sengsara orang mcm si zain ni hanya boleh difahami oleh Allah SWT...dalam cerita dia sudah memadai untuk hanya melihat kebaikan yg dia lakukan untuk maruah keluarga dia...

      MUNGKIN boleh die cuba mengenal kenapa isteri dia bersikap sedemikian...tapi dah terang2 isteri dia tetap buat lagi walaupun dah tertangkap oleh sisuami...lagi skali aku ulang, kalau ko berada dalam situasi zain? haha....kalau jelah....sendiri pon taknak dalam situasi mcm tuh punyer...

      Delete
  9. Pndpt saya,lebih baik zain lpskn isterinya...demi dirinya dan anak2..klu ank2 lebih rapat dengannya berbanding ibu mrka,utk apa menganiaya si isteri..dh la x nk didik..lps tu abaikan..lbh bsr dosanya..iman x diwarisi..walaupun bapa hamizan seorg yg alim dn warak,belum tntu hamizan akn ikut jejak langkah bapanya.sbb tu,konsep tarbiyah dn didikan dlm Islam adalah berterusan..suami kna pikul tggjwb mendidik isteri selepas menikahinya..sblm nikah,tggjwb tu dipikul oleh bapa..lps nikah,suami la plak..jgn fikir,lps nikah dgn anak usraz,awk boleh lps tgn gitu je..didikan prly diteruskan..lelaki / suami adalah imam..didikan agama jgn sekali pn dipndg remeh

    ReplyDelete
  10. menyeksa isteri mcm tu bukan ke berdosa jugak? kalo dia tahu isterinya curang, abih yg disimpan jugak kenapa, sedangkan anak2 dh tahu kisah maknye tu? dia dok pk ibadah isteri x diterima, abih tu yg dia dok tanggung dosa isteri, tanak kira plak?suami yg membiarkan isteri curang, buat maksiat, bukan ke mmg dh ade dlm quran dilabel dayus? nampak sngt niat zain tanak lepaskan isteri yg curang tu sbb nk balas dendam (dh dok cite psl tanak ampunkan,ibadah x diterima etc etc). mula2 mungkin niat nk jaga maruah keluarga n anak2, tp bila anak2 dh tahu, ape lg yg nk dijaga, kalo bukan disimpan hanya kerana dndam? adoi, x pasal dpt dosa free je...kalo i bab balas dendam x berapa nk kisah lg, tp bab tanggung dosa isteri tu mmg berat weih...10thn lu x kisahkan dia, x sentuh dia, abih ape yg lu buat nk pastikan dia x buat dosa dh? sesia je tanggung dosa org 10thn...huhu...

    ReplyDelete
  11. iman tidak boleh diwarisi

    ReplyDelete
  12. Dh org share ksah hdup, dibodoh2kn, dibangang2kn plak. Klu jd kt hmpa, apa pon x bleh. Nganga ja.

    ReplyDelete
  13. kenapa tajuk mesti 'ulama',? ulama bukan sng2 diletakkan atas seseorang..tg harun din x pernah melabelkan beliau seorang ulama, tgna xpernah mengaku beliau seorang ulama..kalau ini cerita betul..ubahlah title ulama itu, hanya menjatuhkan darjat setinggi itu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah memang pencerita taknak kot...kalau dia dah cerita kisah dia ni, mesti la sebab dia akhirnya dah tak tahan kot?? yelahkan...anak ulama tu si perempuan curang tuh, kesian, suami dah yakin isteri dia solehah...rupa2nya ala2 solehah...main cover2...title ni boleh buat orang sedar, yg kita ni manusia d akhir zaman, dimana ulama pon boleh jadi penyampai bg pihak syaitan haaa...tapi dalam cerita dia ni, anak ulama pon xsemestinya baik2 blaka....gitu2 laa...

      Delete
  14. Jangan bodohkan orang kalau tak cukup ilmu. Nnt kau lg nampak bodoh.

    ReplyDelete
  15. mmg bnar, ibadah seorg istri tdk akn dtrima andai dia mderhakai suami, curang dn sbgainy..krn syurga istri brda dbwh tlpak kaki suami..ssguhny bsar pgorbanan seorg suami..sbaikny, lpaskn sje istri itu krn itu jalan tbaik dpd sang suami mdpt dosa..

    ReplyDelete
  16. kalo aku...aku potong kemaluan jantan yg romen ngn hamizan

    ReplyDelete
  17. sian pada zain, sian pada isterinya dan sian pada anak2..
    1) suami x lepaskan (amek tindakan) kt isteri yg buat zalim / derhaka kepadanya leh jatuh DAYUS, dan dayus tu berdosa (besar klu x silap)..
    2) sian pada isteri, bile stress, msti mcm2 perkara negatif lain akan dibuat berpunca dari si suami yg xnk lepaskan nye..
    3)sian pada anak2, berkata2 kasar pada seorg mak, teruk2 mak dye pon, itu adalah MAK/IBU.. so anak2 leh jatuh derhaka jika mengasari mak nye.. (berpunca dari ayahnya yg xnk ceraikan ibunya..)
    4) dan akhir skali, sume tu akan ditanggung oleh si suami (zain), sbgi seorg suami/ayah, dye menanggung dosa2 isteri dan anak2nya..
    p/s : spatutnya dye rujuk ngn pakar kaunseling..

    ReplyDelete
  18. astaghfirullahalazim...
    korang x baca smpai habis ke?anak zain yg mengaku sndri darahnya x sama,mknanya isteri zain tu drpd dulu mmg sikapnya cm tu.kalau di ikut dah lama aku rejam dgn batu sungai dkt si isteri!! MALAYSIA PUNYA HUKUMAN TIDAK CUKUP BERAT!!HARAP2 ADALAH HAMBA ALLAH YANG MENEGAKKAN HUKUMAN HUDUD!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku sokong!!!!!!!!

      Delete
  19. Aku rasa mmg patut pon jadik camtu.. Zain mmg patut pon buat camtu.. Isteri die dah mmg x boleh dimaafkan tau.. Berzina dah berkali-kali..

    ReplyDelete
  20. nasihat kat sini...ade bini , jagalah elok2 ,jgn biarkan dia bebas sangat sampai lewat malam , bahaya , sebab bini kalo dah sangap ngn jantan lain , nafsu tuu terus ajeww ,dah tak peduli halal haram dalam agama....kalo nak keluar malam pun si suami kena temankan isteri....tapi aku geram jugak ngn hamizan ni ,ade ke patut , ade suami pergi romen ngn jantan lain..... dasar perempuan sundal

    ReplyDelete
  21. di harap kisah di atas menjadi iktibar dan pengajaran buat kita semua , sentiasalah kita takut pada Allah...buat segala apa yg disuruh dan jauhi segala larangannya terutama sekali arak dan zina , besok kalo kita dah mati nak cakap ape dgn malaikat yg menaye kita...kalo tak dapat jawab , kena seksalah jawapyeeee... nau'zubillah min zalik

    ReplyDelete
  22. Apsal la komen org yg pertama tu bengong sgt!!!!hati ko dh hitam ke?

    ReplyDelete
  23. pengorbanan dari sudut hati...dari sudut agama, ? sbb tu dye gagal mengawal isterinya, mgkin kerana dia bukan lah seorg pemimpin yg baek.. ni la manusia,mementingkan maruah dari dosa pahala~ sebaik2nye dye kene rujuk pakar kaunseling Islam..

    ReplyDelete
  24. Saya seorang suami jugak, pendapat saya :
    1. Selagi hamizan masih isteri zain, zain menanggung juga dosa hamizan kalau di biarkan terus. N dosa2 mcm zina klu di biarkan bole jadikan dia dayus. Samaada lepaskan hamizan atau maafkan dia dan bimbing dia ke jalan yg baik. wallahualam
    2. Hamizan mmg nampak jahat tp anak2 x bole di biarkan menderhaka. Syurga di bawah tapak kaki ibu. Nasihatkan la anak tu.
    3. Takut2 satu keluarga masuk neraka plak nanti kan.

    ReplyDelete
  25. Aku rase comment yang pertama tu salah sorang jantan hamizan tu rasenye! Buduh al bahlul

    ReplyDelete
  26. Benci aku ngan lelaki ego cam zain nih... Sy sorg perempuan, sorg istri dan sorg ibu.. Dah terang2si zain nih gila kerja, balik lewat mlm saje.. Istri mana x sangap.. Tido mlm asik pelok bantal, bukan pelok laki.. Duit saje x menjamin kebahagiaan.. Kasih sayang, perhatian dan paling penting seks yg prlu.. Klo mkn nasik setakat ngan lauk telur pon da happy klo keperluan tuh dipenuhil..

    ReplyDelete
  27. komen atas sekali tu adalah komen paling bangang abad ini

    ReplyDelete
  28. Anak ulmaa ke anak ustaz ker.. iman tidak boleh diwarisi. Pompuan tu dah cukup bagus pandai mengaji dan sebagainya bermakna cukup ajaran agama tapi mungkin pengaruh luar membuatkan dia jadi begitu sosial sampai berzina.
    Tapi apabila isteri masih berzina maka dayus lah suami membiarkan perkara yg sama berlaku.

    ReplyDelete
  29. yang korang suka2 kata orang bangang tu apa hal. kan bulan puasa ni. dosa yang x sedar. selagi x padam komen tu selagi tu ladosa korang masuk x henti2.
    kepada zain, g la pejabat agama. di situ leh selesaikan masalah anda. jangan seksa diri n diri isteri anda. muhasabah diri.

    ReplyDelete
  30. xkisah salah saper...curang bukan la satu penyelesaian...kalo betol suami xmemberi perhatian sewajarnya...bawak bincang la...naper perlu curang...sukati membuat hukum sendiri...Allah xajar pun camtu...biler dah dapat balasan camnie...tukang comment plak yg bising2...so aper pun alasan pompuan tu curang...sumer xbleh pakai...berubah la...kalo dari awal bincang or xdilakukan...pasti xjadi camnie...kan2

    ReplyDelete
  31. bile si zain ni kongsi pengalaman hidup die dibanggangkan,,,abis korang yg hina die tu conferm ke rumahtangga korang tu perfect sngt!

    ReplyDelete
  32. saya cadangkan zain untuk ceraikan isterinya..itu dayus, layak neraka pada suami, lepaskan isterinya tu..kalau isteri bertaubat darjatnya tinggi di sisi Allah..

    ReplyDelete
  33. pmpn cpt wet law laki pgg....kn pmpn????

    ReplyDelete
  34. isteri yg seperti itu halal utk dibunuh dan halal utk diceraikan.
    Jadi anda tinggal pilih:
    mau dibunuh atw diceraikan???

    ReplyDelete
  35. isteri yg seperti itu halal utk dibunuh dan halal utk diceraikan.
    Jadi anda tinggal pilih:
    mau dibunuh atw diceraikan???

    ReplyDelete
  36. cerai kan isteri jalan yg lg baek... xkn nk tggung dosa2 isteri kan? abai kan dia selama 10 tahun pun dah berdosa.. bg zain, dia dah bg peluang untuk isteri dia berubah.tp isteri dia degil.. nape kena gune alasan menjaga maruah keluarga sdg kan dosa bertimbun2 kena tanggung kan? nti kt akhirat,maruah org yg kita jage tu bkn boleh tolong kita pun... insyaAllah, Allah membantu siapa2 yg benar. :)

    ReplyDelete
  37. mulai hari ni..sy doa2xkn my bf skrg ni..m'pnyai k'sbaran y huge mcm zain ni..sdgkn kita takat capel..bf/gf curang pn kita nak bunuh da..pa kan lgi isteri y da tdur ngn entah brpa bnyk llki d luar 2..ttpi zain ttap m'beri pluang kpda isterinya utk b'ubah..dan msih ingat pada maruah klrga sekeliling..respek sgat ngan k'sbaran zain 2..hnya pmpuan mcm hamizan 2 je y bdoh..da d beri pluang xtaw hrgai..bkn senang laki nak handle prsaan d khianati..

    ReplyDelete
  38. biau dia rasa !!

    ReplyDelete
  39. sepatutnya dia ceraikan isteri yg sundal mcm tu. dr disimpan bt hape. cri pasangan lain. mgkin lebih baik.

    ReplyDelete
  40. betul tu komen diatas.. BLOG TERBARU

    ReplyDelete
  41. mana boleh terus tau yang nuraine tu bukan anak zain dengan tengok jenis darah je.. anak beranak boleh jadi dapat darah mak atau bapak atau mana2 gene ... yg tentu boleh nak tentukan anak siapa iala melalui DNA ..

    ReplyDelete
  42. ceraikan lah isteri tuh...dh melampau smpai berzina ngan orang laen..kalo kene hukum hudud tu dh lame kene rejam.allahuakbar! allah maha mengetahui segalanya

    ReplyDelete
  43. kenapa lah komen korang2 ni suma nk sala kan si zain tu je ? korang xbace smai habes ke ? die tu da puas bersaba .. klau btol die ego , da lme die kerat2 bini die tu .. bini die mngandung ank org laen .. klau jd kat korang , konfem korang jd mcm zain gak kan .. len kli sbelom nk komen tu , tafsir dri sndri dlu

    ReplyDelete
  44. lebih baik di lepaskan Hamizan tu, sekurang2 nya dia boleh cari pasangan yang sesuai dengan dia untuk mengelakan dari terus menerus berzina dengan lelaki lain, 10 tahun tak sentuh bini dia pun menyiksakan batin nya saja.mesti ada sebab mengapa dia berzina.

    ReplyDelete
  45. aku x salahkan zain...lau korang pike, zain x lepaskan hamizan tp lau btl hamizan tu terseksa dia blh tuntut fasakh...tp hamizan x tuntut fasakh..makna hamizan tu begantung hidup dgn zain..dari apa zain cerita kita boleh agak zain ni kaya..maybe hamizan cuma pandang zain pada harta..kalau nk kata zain x bg pehatian jgk, dalam tu zain cakap hamizan balik malam pkul 8-10 mlm...makna zain ada kat umah time tu...walaupun kita tataw tp kita blh agak..dan zain sendiri cakap dorang ni mcm sweet couple..laupun zain x bg pehatian sxpon hamizan tu x patot curang mcm tu..bukan dgn sorang tp byk orang...nampak sgt dia tu jenis mcm mana...jujurnya aku cakap sbb pompuan yg mcm ni buat aku takut nk kawin..kadang luar ja nampak baek..

    ReplyDelete
  46. Dayus ke xdayus ke..zina tetap haram..bdosa bsar......

    ReplyDelete
  47. erm.....ak x tau ar nk ckp ap,,,,
    yg ak leh cdg kn lebih elok zain 2 craikan jer bini die,,,,sbb lau die still simpan ag pompuan 2 nnti die yg akn dipersoal aloeh allah atas perbuatan isteri nye nanti,,sbb akn d persoal kpd seseowg atas tanggugjawab nye....huhuhu,,,n bg yg komen,,,,jgn ar asik nk mencmuh jer,,,krn allah bg lidah bkan tok mencemuh tp untk mnasihati,,,,
    fikirkan,,,

    ReplyDelete
  48. a'salam,kum
    saya harap sisuami ampunkan saja kesalahan si isteri, saya tau, sgt perit sbb saya alami benda yang sama, bezanya saya masih gadis dan kami belum berkahwin,alhamduillah Allah masih memelihara saya, dan sepanjang kami berkawan saya tak pernah menyerahkan maruah saya pada dia,saya bersyukur Allah tak permudahkan kami utk urusan itu..ada hikmah dalam setiap kejadian, sakit bila kita tahu org yang kita sayang menipu kita dalam saat kita sgt2 ikhlas dan percayakan dia, tapi percayalah Allah sedang berkomikasi dgn kita.. mcm saya, saya anggap saja llaki yg saya pernah kanal tu telah mati, Allah ambil dia dalam keadaan yg suci bersih dan naif mcm yang saya kenal,apa yg dia lakukan di belakang saya, saya tak mahu tau dan saya taknak fikirkan, saya abaikan jadi tak ada sebab saya nak benci dia. saya redha melepaskan dia,mmg susah utk kita redha tapi percayalah, bahagia itu Allah telah sediakan.. bila kita memaafkankan kita akan lebih tenang insya allah, dan utk balasan yg lain biarlah Allah sahaja yang membalaskannya, Allah itu adil.. dan jgnlah kita memandang keji pada seseorg yang kita rasa sgt2 berdosa itu, sbb Allah tak letakkan kita kat tempat dia, Allah tak berikan nafsu spt mana Allah tiupkkan pada dia, kita tak tahu apa yang ada di fikirannya di hatinya, dan kalau betul dia dah bertaubat mungkin darjatnya lebih tinggi daripada kita.. saidina omar di zaman jahililyah juga seorg yg sgt teruk, apa kejahilan yg dia tak pernah buat, tapi akhirnya dia dimuliakan Allah menjadi ahli syurga dan sahabat Rasulullah saw yg paling istimewa, dosanya juga telah menjadi dia lebih dekat dan sungguh2 dalam taubat,ibadah dan solatnya.. subhanallah.
    saya harap si suami cubalah utk berlapang dada, walaupun saya tahu sgt2 sakit tapi percayalah pada balasan Allah yg maha adil.. semoga Allah merahmati awak. kpd si isteri saya yakin sengsaranya dan rasa bersalahnya akan mengikutinya sehingga dia menghembuskan nafasnya yg terakhir.. saya bukan mendoakan tapi klu itu cara Allah nak menghapuskan dosa2nya itu lebih baik, daripada Allah gantikan dgn seksaan di akhirat kelak..
    dosa berzina sbg isteri org adalah direjam sehingga mati, dia mungkin terlepas hukum itu di dunia, tapi kita tak tahu apa yang akan Allah gantikan di akhirat nnt.. Apa2pun itu urusan Allah tentang balasan dosanya, dan untuk anaknya2 sebagai anak2 tanggungjawab mereka adalah menghormati kedua ibubapa walau apa dan walau siapa pun mereka.
    wallahua'lam..

    ReplyDelete
  49. ade petua ni kalau nak rumah tangga aman..korang pegang tiga ras ni..ras yang pertama waras kalau korang waras mesti bini sayang.ras yg 2 ialah beras kalau xde beras cam ne nak makan ..ras yang 3 keras paham paham laaa..

    ReplyDelete
  50. bebaskan hamizan tu...biar dia cari jalan pulangnya sendiri...

    ReplyDelete
  51. Wahai umat Nabi Muhammad. Baca lah balik khutbah terakhir baginda dan lihatlah apa yang diperkatakan: Sangat berguna hinnga ke akhir zaman. Dalam khutbah nya disebut perkara tersebut padahaln ada perkara lebih besar dari perkara tersebut contoh jihad, zakat dll tp disebutnya. tanggungjawab suami kepada isteri (adil segala2nya zahir dan batin) dan tangungjawab isteri hanya 1 iaitu tidak membenarkan orang tidak disukai masuk rumah. Lihatlah kita dulu, kita juga tersilap, 10 tahun itu dh mencukupi dengan perasaan benci dari anak pun sudah mencukupi, jika dia sudah insaf, bagilah kemaafan.

    ReplyDelete
  52. Rase elok si Zain lepaskan Hamizan...kalau dulu mungkin die kenangkan anak2, tetapi skrg anak2 semua dah besar...dan mereka juga tau keja tak senonoh mak mereka..ade lebih baik Zain jatuhkan talak daripada terus tanggung dosa bini dan jadi dayus!

    ReplyDelete
  53. kalau tak boleh ubah sikap si isteri yang nusyus tu, ceraikan jelah, kalau tak nanti isteri akan heret bersama si suami ke dalam neraka

    -2b-

    ReplyDelete
  54. tu la ego sisuami, nak jaga airmuka dpn masyarakat katanya,takut dpt title DUDA.

    ReplyDelete
  55. tak sesuai post luahan perasaan kt blog ni..mengundang pelbagai komen negatif..yang menghadapi masalah tak selesai masalah...elok terus pergi jumpa kaunselor secara personal..mereka lebih arif menyelesaikan masalah

    ReplyDelete
  56. ahai.mula2 pkir dia ni dayus sgt2 then bila pkir waras,dia ni pnyabar sgt2 krn ank2 dn kluarga snggup xceraikn istri...ptutla ramai llki dilihat sabar dgn istri skrg ni.uhu

    ReplyDelete
  57. Zain ni, workaholic. hamizan sangap, cari jantan lain. dua2 ade salah. harap2 masing2 bole ampunkan dosa satu sama lain. lumrah manusia, ada khilafnya. Sedangkan pembunuh, pelacur pun bole masuk syurga setelah bertaubat.hmm...sedihnya

    ReplyDelete
  58. assalamualaikum...nmpknye Zain ni dah tersalah anggap tentang sifat-sifat Allah , nabi dan rasul. Maksud saya, sifat Pemaaf allah , nabi dan rasul harus dijadikan tauladan. mmg kita hanya manusia biasa yg tidak sempurna tetapi sifat2 itu harus kita terapkan dlm diri biarpon kita bukan nabi atau rasul. sesungguhnya menjadi seorg yg pemaaf dan sabar itu amat disygi Allah SWT. Lagi satu, Zain juga seorg yg dayus! lebih baik dia lepaskan isterinya kerana selagi dia masih beristerikan dia (Hamizan), selagi itu dosa isterinya masih lagi dibahunya (Zain) tetapi jika dia tidak mampu melepaskan isterinya atau dia masih mencintai atau menyayangi isterinya, lebih baik dia nasihatkan isterinya supaya BERTAUBAT NASUHA. bimbing dia ke jln yg benar, itulah seelok-eloknya. Jgn buat tak tahu aje! Lagi satuu, perihal hukum Hudud.. mmg hukum Hudud ini dicipta oleh Allah SWT tetapi ini utk peraturan yg ditetapkan oleh Allah kerana zaman dahulu tiada peraturan yg betul. Ramai org kata "orang yg menolak hukum HUDUD ini akan dilaknat Allah"<--kenyataan ini SALAH! kerana Allah mencipta peraturan seperti itu sbb zaman dahulu tiada peraturan yg betul lagi benar utk pesalah-pesalah seperti berzina, mencuri dan lain-lain..Zaman sekarang byk peraturan tidak seperti zaman Nabi dahulu...Saya harap jgn salah faham atas kenyataan saya ini...Ini hanya pendapat saya...Maaf jika saya salah, assalamualaikum~

    ReplyDelete
  59. saya berdoa agar si suami mengampunkan dosa si isteri. amin. utk ank2, seburuk mana perempuan itu, jika dia ibumu, hormati dan sayangi la dia kerana tidak akn bau syurga jika derhaka kepada ibu. ampunkan lah ibumu.

    ReplyDelete
  60. Time derma darah kite dapat tahu jenis darah je.. Mana ada check DNA sama ke tak dgn ayah kite? Pelik ar.. -.-'

    ReplyDelete
  61. lpskn jela brooo..senang cite....takyah la ko nk pkr lame2 sgt.10 taun tuuuu....pehh tebaik....kalo ko tk lps bini ko mmg sampai mati ko tgg dose die sbb ko tknk maapkn die...mmg die mati azab tp ko pon dpt azab yg same sbb tknk lpskn die dan auto gear ko tgg dosa dieee....same2 la direnungkn...apabila aku terima nikahNYAA secara automatik suami akan tanggung 100percent istri pnye dosa...oleh itu ddik la sebaik mgkn...amin ya rob alamin

    ReplyDelete
  62. kesian kawan nak minta pendapat dan pandangan tapi kena cerca dan hina. mintalah pertunjuk dari allah zain agar apa jua keputusan yang di buat baik untuk semua pihak sama samalah kita berdoa.

    ReplyDelete
  63. jenis darah anak tak semestinya sama dengan jenis darah ayah atau ibu. biasa akan ikut salah satu. boleh rujuk pada pakar tentang perkara ni.Seeloknya buatlah ujian DNA untuk kepastian.

    ReplyDelete
  64. alahai..dayusnya lelaki macam ni... lelaki dayus memang wujudnya ke nerakalah...

    ReplyDelete
  65. MasyaAllah sabarnye lelaki ini..tapi selagi die tidak ceraikan isterinya...terusan die menanggung dosa isterinye sedangkan die sudah mengetahui ape yang telah dilakukan isterinya...same juga die akan ke neaka bersama isterinya...cerai itu lebih baik dari die terus bersubahat dan menanggung dosa isterinya

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau aku la...nak jugak guna peraturan hudud...kasi rejam...giler ape, bini curang suami, perghhhh

      cukup la sorang kawan aku bernaseb cmtuh, jadi gila kot, lain org lain ciri2 dia, sah dari azali member aku bukan jenis yg kuat bersabar, tapi bler dah kene curang ngan isteri...pergh...orang gila je yg tak rase gila maa...

      Delete
  66. kita tgk2 dri kedua- dua belah pihak.. jgn hanya tgk dri satu sudut pandang shja.. dlm situasi nie mungkin kedua belah pihak melakukan kesalahan.. aku x larh pndai sgt dlm bab agama.. tpy better si suami ceraikn.. memang btoi nk jage maruah keluarga tpy itu bkn keluarga lgy.. sbb da asing bilik tidur dn x bertegur sapa.. klu da x suka cerai, memang berat sbb akn buat anak2 trauma dgn perpecahan keluarga tpy harus sedar.. anaknya da semakin membesar.. dn diowg da boleh fikir apa yg terbaek.. ini hanya pendapat aku lar.. klu x btoi tegur la leklok

    ReplyDelete
  67. suami kne ceraikan.. sebab tu Allah sruh rejam.. cuba bygkan kita berada di tempat suami.. Allhurabbi.. runtuh jiwa.. nauzubillahi min zalik..

    ReplyDelete
  68. ramainya ULAMAK dan PAKAR RUMAHTANGGA kt sni.KLU KENA KT BATANG HIDUNG SENDIRI APE TINDAKAN KN KORANG

    ReplyDelete
  69. sekuat2nya iman kalau lingkungan kurang baik bisa terjerumus juga

    ReplyDelete

Penpatah.blogspot tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri