Astaghfirullah!! Mayat Diseksa Selepas 3 Jam
Home » , » Astaghfirullah!! Mayat Diseksa Selepas 3 Jam

Astaghfirullah!! Mayat Diseksa Selepas 3 Jam

9 Aug 2012 24 Comments

Gambar di atas merupakan mayat seorang pemuda lelaki berumur 18 tahun yang meninggal dunia di salah sebuah hospital di Oman. Mayat ini digali semula daripada kuburnya selepas 3 jam dikebumikan di atas permintaan bapanya. Pemuda ini dikebumikan secara Islam dan pada hari yang sama beliau disahkan meninggal dunia oleh para doktor. Walaubagaimanapun, timbul keraguan pada bapanya tentang kesahihan punca kematian anaknya dan ingin membuat pengesahan semula.


Sanak saudara dan rakan-rakannya terkejut setelah melihat mayat pemuda ini. Pemuda ini kelihatan berubah sepenuhnya dalam tempoh hanya selepas tiga jam dikebumikan. Kulitnya bertukar menjadi kelabu seperti orang yang sangat tua, beserta beberapa kesan penderaan dan pukulan, dengan tulang-tulang tangan dan kaki yang telah patah, tulang-tulang rusuknya pecah dan menekan ke arah dalam badannya. Keseluruhan tubuh dan mukanya telah cedera. Matanya yang terbuka menggambarkan ketakutan dan kesakitan yang amat sangat. Kesan-kesan darah pada mayatnya menunjukkan seolah-olah beliau baru menjalani beberapa siksaan.


Setelah merujuk mayat pemuda itu kepada beberapa orang saintis Islam, mereka bersetuju bahawa kaitan yang terdekat tentang kejadian ini adalah tentang siksaan kubur yang dijanjikan oleh Allah swt yang telah diingatkan melalui hadis-hadis Rasulullah saw. Bapanya yang juga terkejut dengan kejadian itu mengakui bahawa anaknya berakhlak buruk, meninggalkan solat, menjalani kehidupan sosial yang bebas dan melakukan pelbagai jenis dosa. Setiap manusia yang mati pasti akan menjalani soal jawab di dalam kubur kecuali mereka yang Syahid pada jalan Allah swt seperti terkorban ketika menegakkan agama Islam. Ini merupakan ujian awal yang akan dilalui oleh setiap manusia sebelum Hari Kiamat.



Dalam Hadis Rasulullah saw :

Selepas kematian, roh seseorang yang mati akan kembali kepada tubuhnya dan dua malaikat akan muncul, Mungkar dan Nangkir, dan akan bertanya “Siapa Tuhan kamu ?” dan dia akan menjawab “Allah tuhan aku”. Kemudian mereka bertanya padanya “Apa agama kamu ?” dia akan menjawab “Islam agama aku” Kemudian mereka bertanya padanya “Siapa yang diutuskan kepada kamu ?” dia akan menjawab “Rasulullah saw diutuskan kepada aku” Kemudian mereka bertanya padanya “Bagaimana kamu tahu ?” dia akan menjawab “Aku membaca kalam Allah (Al-Quran) dan mempercayainya” Kemudian akan kedengaran suara dari Syurga mengatakan “ Hambaku telah bercakap benar, baringkan dia di atas katil daripada Syurga dan bukakan pintu Syurga untuknya” Kemudian dia akan mendapat kebahagiaan dan mula merasai kenikmatan dari Syurga, dan kuburnya akan diluaskan seluas mata memandang.


Rasulullah saw bersabda tentang manusia yang berdosa. Selepas proses kematian selesai, rohnya akan kembali kepada tubuhnya dan dua malaikat akan muncul, Mungkar dan Nangkir, dan akan bertanya “Siapa Tuhan kamu ?” dan dia akan menjawab “Aku tidak tahu” Kemudian mereka bertanya padanya “Apa agama kamu ?” dia akan menjawab “Aku tidak tahu” Kemudian mereka bertanya padanya “Siapa yang diutuskan kepada kamu ?” dia akan menjawab “Aku tidak tahu” Kemudian akan kedengaran suara dari langit mengatakan “ Hambaku telah berdusta, masukkan dia ke dalam kotak yang diperbuat daripada api dan bukakan pintu Neraka untuknya” Kemudian dia akan merasa bahang daripada api neraka dan kuburnya akan sempitkan sehingga bersilang tulang-tulang rusuknya.


Dalam Hadis juga dinyatakan, bahawa malaikat dengan kejamnya akan menghukum orang-orang yang berdosa semasa ujian di dalam kubur dan siksaannya sangat menakutkan. Juga dimaklumkan bahawa Rasulullah saw memohon kepada Allah swt agar dilindungi daripada siksaan kubur dan menyuruh umatnya juga berbuat demikian.


Peristiwa pemuda berumur 18 tahun ini adalah sebagai peringatan kepada sesiapa yang mempercayainya dan hanyalah sebagai satu lagi cerita dongeng kepada sesiapa yang pintu hatinya ditutup oleh Allah swt. Mereka ini melihat tetapi tidak nampak, memasang telinga tetapi tidak dengar.


Lagi Gambar Mayat Diseksa selepas Mati di Sini

24 comments:

  1. masya Allah,dasyatnya azab mu..wht ever u do,u will get back..

    ReplyDelete
  2. baru 18 tahun dah diseksa mcm ni..apalagi kita jika mati diusia lanjut, berapa bnyk dosa yg kita lakukan?

    ReplyDelete
  3. subhanaALLAH maha suci ALLAH

    ReplyDelete
  4. hati gentar ketika mmbaca artikel ini...hebat azab allah..

    ReplyDelete
  5. gmbar tu sbnarnya gmbar pmpuan cina mati la..

    ReplyDelete
  6. yup...sy percaya dgn kejadian2 mcm ni...tp sila pastikan semua fakta dan cerita benar...bukan ape,klu cerita x betul da kira tipu....pic ni rasenya ade dlam rotten.com....dan klu dikebumikan xkan pakai baju,lain la klu bukan islam...sekadar berkongi pandangan...peace yawww

    ReplyDelete
  7. betul ke tidak gambar tu, bg orang yang beragama Islam sepatutnye jadikan tauladan dan peringatan.

    ReplyDelete
  8. Sememangnye alam barzakh dan kiamat itu perkara benar.kalo xpercaya mknenye cube tngok balik ape rukun iman tu.ade disebutkn percaya pd hari kiamat dan sesungguhnye kiamat itu kn perkara ghaib.xperlu nk pastikn bnde tu benat ke x sbb agama islam itu mmg sebenar2nye.wlau gmbr tu xbtol tpi tuvkn balasan dri Allah s.w.t jugak die ug menggerakkn segale2nye dan die yg mnciptakn segale2nye.subahanallah.

    ReplyDelete
  9. uishh...camne la nnt kalau aku mati...moga sempat aku bertaubat n diterima..

    ReplyDelete
  10. menjadi iktibar pada semua.. JOM TGK NI
    LEE CHONG WEI KAHWIN

    ReplyDelete
  11. Mungkin gambar tuh xbetul, cuma ambik la iktibar dari ceritanya..

    ReplyDelete
  12. http://sabahoohsabah.blogspot.com/2008/11/video-kisah-nyata-azab-kubur.html
    gambar tu penipuan jer.
    buka link tu.. ada beberapa keping gambar pasal mayat ni.

    ReplyDelete
  13. kat yoututube pun ada. kejadian ni kat tanah arab.

    ReplyDelete
  14. gambar tu tak penting.. yg pentingnya azab siksa kubur itu memang ada.. jadi sama2 kita mohon pada Allah supaya kita dilindungiNya..

    ReplyDelete
  15. ikutlah sunnah nabi SAW,ikut perintah Allah,berbuat baik ngan sume orang..mesti buat 3 bende nih baru lah boleh jawab semua soalan malaikat insyallah :)

    ReplyDelete
  16. amik ikhtibar .. bukan kisah gambar betul ke tak..

    ReplyDelete
  17. ubhanaALLAH maha suci ALLAH

    ReplyDelete
  18. orang yg duk pentingkan gambo tu palsu or x..macam menidakkan seksa kubur je.. hampeh..

    ReplyDelete
  19. dah takda modal

    ReplyDelete
  20. di larang guna gambar palsu dan menipu pasal nya.. banyak sudah fitnah kamu ni

    ReplyDelete
  21. http://www.cashforvisits.com/index.php?refcode=25047
    http://iklansticky.com/hop.php?ref=Acez
    http://ThepayingWork.com/?id=Acez
    klik2 wat duit

    ReplyDelete

Penpatah.blogspot tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri