Bicara Agama – Betul Ke Kiamat Pada Ramadhan 2012?
Home » » Bicara Agama – Betul Ke Kiamat Pada Ramadhan 2012?

Bicara Agama – Betul Ke Kiamat Pada Ramadhan 2012?

47 Comments

MENGIKUT kalendar 2012, awal Ramadan ialah pada 20 Julai iaitu hari Jumaat dan 15 Ramadan juga, hari Jumaat. Hadis Rasulullah SAW ada menyebut mengenai huru-hara besar yang akan berlaku pada tengah malam pertengahan Ramadan iaitu pada Jumaat 15 Ramadan.

Itulah yang heboh disebarkan dan fakta dikuatkan oleh hadis, melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) atau dalam laman sosial Facebook sejak tiga tahun lalu dan berulang lagi tahun ini walaupun sudah ada penjelasan diberikan pihak berwajib.


Jabatan Mufti Perlis yang turut menerima pertanyaan orang ramai mengenai maklumat dan hadis berkenaan memberitahu, hadis itu tidak sahih dan tidak boleh dijadikan hujah bahkan ia adalah hadis yang terlalu lemah atau palsu.


Perkara ini tidak menghairankan kerana sudah banyak maklumat mengenai huru-hara atau dunia akan berakhir pada 2012 disebarkan termasuk yang dikaitkan dengan tarikh tepat dalam kalendar suku Maya yang dijumpai di bawah runtuhan di Mexico iaitu kiamat bakal berlaku pada 21 Disember 2012.

Ditambah pula dengan sogokan daripada filem Hollywood yang memaparkan dunia akan kiamat seperti filem 2012, Armageddon atau Deep Impact. Semua cereka sains itu menunjukkan keadaan kacau bilau dan bencana yang berlaku di seluruh dunia menjelang kiamat.

Masih ada yang terpengaruh dengan tukang ramal seperti Nostradamus yang turut meramalkan dunia akan berakhir pada 2012. Beliau sebelum ini pernah meramalkan bahawa dunia akan berakhir pada 1999.

Satu lagi yang mengaitkan dunia akan berakhir tahun depan dibuat penulis Bible Code iaitu Michael Drosnin yang mendakwa Bible Code adalah siri wahyu awal menggunakan teks Hebrew. Bible Code menyatakan bumi akan dilanggar meteor atau komet pada 2012.

Malah, jika diperhatikan sekarang ini di Barat ada gereja dan kumpulan tertentu yang berkempen di jalan raya mengingatkan orang ramai bahawa dunia akan kiamat tahun depan. Agensi Angkasa Amerika Syarikat (NASA) juga dikatakan sudah mengesan sebuah planet yang mereka namakan Nibiru atau planet X, dilaporkan akan melalui kawasan berhampiran bumi.

Sesungguhnya, kiamat pasti datang dan beriman kepada Hari Kiamat satu daripada Rukun Iman. Allah SWT berfirman bermaksud: “Bukanlah menghadapkan wajahmu ke arah timur dan barat itu suatu kebajikan, akan tetapi sesungguhnya kebajikan itu ialah beriman kepada Allah, hari kemudian, malaikat-malaikat, kitab-kitab, nabi-nabi.” (Surah al-Baqarah ayat 177)

Al-Quran menjelaskan mengenai kedatangan kiamat sama ada secara uslub bayani (penjelasan) atau khabar mujarrad (berita murni tanpa tambahan). Ada kalanya Allah meyakinkan terjadinya kiamat dengan penekanan kepada huruf taukid yang berfungsi untuk menguatkan seperti firman-Nya yang bermaksud: “Sesungguhnya hari kiamat itu akan datang.” (Surah Taha ayat 15)

Muhammad SAW dan malaikat paling hampir dengan Rabbul ‘Izzah iaitu Jibril tidak mengetahui dan tidak diberi ilmu untuk menyatakan tarikh sebenar kiamat. Apa lagi kita sebagai umat Muhammad SAW.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Telah dekat (datangnya) saat itu dan itulah terbelah bulan.” (Surah al-Qamar ayat 1)

Diriwayatkan Bukhari dan Muslim, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Aku diutus sedang kiamat seperti kedua anggota ini (dan Baginda memberi isyarat dengan kedua jarinya lalu memanjangkannya).”

Bukan sekarang saja, tetapi sejak zaman Rasulullah lagi ramai sahabat sering bertanya kepada Baginda waktu datangnya kiamat sehingga datang jawapan daripada Allah SWT menerusi firman yang bermaksud: “Manusia bertanya kepadamu mengenai hari berbangkit, katakanlah: Sesungguhnya pengetahuan mengenai hari berbangkit itu hanya di sisi Allah. Dan tahukah kamu (hai Muhammad) boleh jadi hari berbangkit itu sudah dekat waktunya.” (Surah al-Ahzab, ayat 63)

Antara tanda kiamat antaranya muncul Dajjal pendusta, diangkat ilmu, banyak gempa bumi, cepatnya waktu berjalan, banyak fitnah, banyak pembunuhan, harta melimpah-limpah hingga tiada orang menerima sedekah atau zakat sehingga matahari terbit daripada tempat tenggelamnya dan turunnya Nabi Isa.

Banyak tanda kiamat yang telah terjadi seperti Nabi Muhammad SAW yang diutuskan dan kewafatan Baginda. Selain itu ada juga tanda kiamat yang masih berlaku atau sudah berlaku dan mungkin akan berulang lagi termasuk penaklukan serta peperangan.

Berbalik kepada 3 Ogos 2012 bersamaan 15 Ramadan yang jatuhnya pada Jumaat, ia sudah kerap berlaku antaranya pada 15 Ramadan 1300H/1883M; 1891M/1308H; 1899M/1316H; 1906M/1324H dan 1914M/1332H.

Juga berlaku pada tahun 625M bersamaan 3 Hijrah; 632M/11H; 637M/16H; 640M/19H dan 645M/24H.

Hendaklah kita berserah diri kepada Allah setiap masa dan memohon kepada-Nya supaya dilindungi daripada sebarang bahaya makhluk sama ada yang nampak atau tidak serta tergolong dalam kalangan mereka yang amalan dan timbangan kebaikan lebih berat di akhirat kelak.

Jika pada masa lalu kita banyak melakukan kesilapan dan meninggalkan ibadah wajib, maka mulai sekarang berusahalah tidak mengabaikan perintah wajib selain memperbanyakkan amalan sunat.


Lagi petanda kiamat pada ramadhan di sini

Jika anda suka artikel ini, jangan lupa sertakan kami dengan copy salah satu link di bawah ^_^

Kopi link post yang comel ini ^_^



Kalau nak dalam bentuk HTML, kopi saya lak ^_^

47 comments:

  1. semua tu org kafir buat nk lemahkan umat islam

    my blog : http://roadsector.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye la tu ko pun percaya jugak ....

      Delete
  2. semua itu Allah SWT yang tentukan..kita ni hanyalah manusia biasa..xde sesape yg boleh ramal bila tibanya kiamat kecuali Allah..wallahualam

    ReplyDelete
  3. skarang ni nak dengar ckp Allah ke nak dengar ckp manusia...Allah dah terangkan kiamat itu adalah rahsia sehinggalah tibe waktunye...tapi kenape ade manusia yg jahil sgt nak tentukan kiamat tu bile?...die tu siape? adakah die tu tuhan?...jadi fikirkanlah balik wahai saudare islam...patut ke kite dengar khabar angin yg xde bukti kukuh...ataupun jadikan AL-Quran sebagai panduan?...wallahualam

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku setuju sesangat lu kata apa,kiamat dah ditentukan oleh ALLAH,kiamat dan datang hari akhirat adalah urusan ALLAH,kita tidak ada hak untuk mengetahuai nya,dan lagi masih begitu banyak tanda2 kecil masih belum ALLAH perlihatkan kepada kita

      Delete
  4. Bukan sekarang saja, tetapi sejak zaman Rasulullah lagi ramai sahabat sering bertanya kepada Baginda waktu datangnya kiamat sehingga datang jawapan daripada Allah SWT menerusi firman yang bermaksud: “Manusia bertanya kepadamu mengenai hari berbangkit, katakanlah: Sesungguhnya pengetahuan mengenai hari berbangkit itu hanya di sisi Allah. Dan tahukah kamu (hai Muhammad) boleh jadi hari berbangkit itu sudah dekat waktunya.” (Surah al-Ahzab, ayat 63)

    Antara tanda kiamat antaranya muncul Dajjal pendusta, diangkat ilmu, banyak gempa bumi, cepatnya waktu berjalan, banyak fitnah, banyak pembunuhan, harta melimpah-limpah hingga tiada orang menerima sedekah atau zakat sehingga matahari terbit daripada tempat tenggelamnya dan turunnya Nabi Isa.

    Banyak tanda kiamat yang telah terjadi seperti Nabi Muhammad SAW yang diutuskan dan kewafatan Baginda. Selain itu ada juga tanda kiamat yang masih berlaku atau sudah berlaku dan mungkin akan berulang lagi termasuk penaklukan serta peperangan.

    ReplyDelete
  5. kdg2 aku pelik dgn org2 kafir ni..sibuk nk kaji kiamat lah ape lah..tp knp diorg tk kaji ttg kitab yg diorg pakai tu sama ada btul ke salah..kata bijak pandai..tp tgk lh ape yg diorg sembah...nk menyesat kn org islam smpai kita semua bergaduh dan huru hara ..

    ReplyDelete
  6. cepat ataupun lambat
    kiamat pasti akan datang

    ReplyDelete
  7. drpd pikir bila nk kiamat lbh baik kiter pikir bile kite nk bertobat n ape bkalan yg tlh kite buat utk bertemu dgn Nya...ni dok sibuk bile nk kiamat mcm lah diorg 2 dh byk pahale....

    ReplyDelete
  8. aku da agak, hadis tentang suara keras 15 ramadhan tuh tipu. . .huh. . .

    ReplyDelete
  9. karut!!!kita tidak boleh meramalkan kiamat berlaku bila!orang kafir cuma nak melemahkan iman kita supaya kita percaya kiamat tu boleh diramalkan oleh setiap orang!itu sebenarnye tipu daya syaitan sahaja...sebagai umat islam kita hanya boleh bertawakal dan bertakwa,mengaji dan mendalami AL-QURAN,mengkuti perintah ALLAH dan beriman kepadanya sehinggalag ke hari itu nanti...wallahualam.

    ReplyDelete
  10. karut ke tak karut ke tu jgn ambil peduli sgt..yg penting persediaan diri kita tu sendiri dah cukup? semoga kita semua berusaha & tergolong dlm org2 yg beriman. InsyaAllah.

    ReplyDelete
  11. Rasa diri ini belum bersedia untuk hari itu.. rasa berat, takut dan macam2 lagi.. dapatkah masuk ke syurga yang amat indah itu atau sebaliknya.. Tuhan panjangkanlah masa untuk kami buat persediaan terbaik untuk kembali kpdmu. Amin..

    ReplyDelete
  12. kafir nak sesatkan manusia

    ReplyDelete
  13. alhamdulillah skrang dh nk tamat bulan puasa... tipu arr maklumat tu mane ade pape yg jadi..kiamat xkan jd sekirannya ia d tentukan manusia..kerana kiamat akn dan manusia xkan tahu bila trjd nya kiamat yg pasti kiamat akn jatuh pd hari jummat

    ReplyDelete
  14. Dah abih raya dah ni -,-

    ReplyDelete
  15. sentiasa beringat..jaga tingkah laku

    ReplyDelete
  16. Kun faya kun

    ReplyDelete
  17. sudah2 la ramalan kiamat.. klau kita tau kiamat bila smua x guna Allah rahsiakan.. kiamat kita x kan tau sehingga ada tanda2 besar kiamat bru kiamat.. ni duk ramal.. jgn duk ikut org kafir..
    jika Allah kata jdi jadi lah.. klau Allah nak esok kiamat maka esok la.. so kiamat x kan dtg dgn kehendak Allah..

    ReplyDelete
  18. Hmm.. mcm2 komen yg diterima. kafir durjana menggunakan pelbagai cara nk sesat kn kite umat islam. kuatkan iman, perisaikn dgn amalan. kukuh kn kepercayaan. hanya Allah ku sembah. Allahuakbar!

    ReplyDelete
  19. Hmm.. mcm2 komen yg diterima. kafir durjana menggunakan pelbagai cara nk sesat kn kite umat islam. kuatkan iman, perisaikn dgn amalan. kukuh kn kepercayaan. hanya Allah ku sembah. Allahuakbar!

    ReplyDelete
  20. hari kiamat hanya allah yang tau

    ReplyDelete
  21. biar la mereka mbuat ramalan mcm2..
    ramalan tu xkn dpt nak melemahkn umat islam..malah kalau umat islam takut akan hari kiamat mereka lagi berlumba2 buat amal ibadat dan brtaubat, yg tu lebih baik..
    lg brtmbh kuat nk mnmbhkn iman..

    ReplyDelete
  22. Sentiasa beringat,hari kiamat x akan ada siapa yg tahu,hanya Allah yg maha mgtahui.

    ReplyDelete
  23. alahai ramadhan dh lepas haha

    ReplyDelete
  24. sepa tau tanda kedatangnya dajjal macam mna?salah satu dari tanda2 hari kiamat

    ReplyDelete
  25. 12/12/2012.......

    ReplyDelete
  26. 12122012 kawan hamba kawin tu...nak gi makan nasi minyak dowh...penting

    ReplyDelete
  27. Hari itu akan terjadinya 'kerbau bertelur'

    ReplyDelete
  28. 30 August already over now 1 November it is mean I m survived from it & I proud of it hahahaha :p

    ReplyDelete
  29. Adoi...banyakkan bace buku2 agame islam...n kisah hari kiamat...bukan buku mangga..

    ReplyDelete
  30. macam2 skrg org yahudi nak reka2 crita.. love islam.. JOM TGK MAKAN RAMBUT 1.8 KG

    ReplyDelete
  31. salah org yg post

    ReplyDelete
  32. Jgn pandai-pandai buat andaian...
    Kita sebagai manusia buat saja amalan yang disuruh..

    ReplyDelete
  33. satu tanda2 kiamat yg paling utama,ialah semua org islam lenyap dari muka bumi ni,yg tinggal hanya org bukan beriman sahaja yg tinggal,dan banyak lagi tanda2 still tak muncul lagi,so jgn nak mengarut la kiamat berlaku tahun ni,ingat hanya ALLAH sahaja yg tahu bila akan berlaku

    ReplyDelete
  34. BOLEH BUANG KOT POST NIH NAK MASUK 2013 DAH.

    ReplyDelete
  35. asal ?? asal sume xleh trime kiamat 2012 ?? asal takud blake ke ?? allah menentukan sesuatu secara mujjarab dan uslub bayyani ... doksoh nok maroh2 lah .. kite nie org islam ikut jer suruhan yer , sekurang nyer kiamat berlaku esk luse pun kedatangan dajal pun kite dh ade panduan , kite dh ade tiang dari kite hanyut kerana solat itu tiang agama ... yg mu nok2 maroh psl post nie bkpe ?? psl mu nok sgt dunia nie dari akhirat ,, kiamat tu bukan manusia yg buat tpi tuhan ,, dh tntu yer akan turun tande2 ,, mcm nabi muhammad lahir allah turunkan tanda2 nyer begitu juga ngn kiamat .... ade satu mase kiamat berlaku zina berlaku di tengah2 jln dan manusia ta dpt buat ape2 dan lalu ditepi .... kalu rase celik akal renungkanlah ta ckup ke tande2 yg berlaku di dunia skrg ?? ... sesungguh allah itu maha berkuasa .. subhanallah

    ReplyDelete
  36. 40thn selepas isa perintah baru kiamat meyh,tu pon selepas imam mahdi tron perang gan dajal.klo ingt kiamat je tros bumi hancur,hisab kat neraka tros ke?pnjg cerita dia klo nak kiamat,just gtaw sbl kiamat dlm 40 thn tu la dajal,yakut makjut akan uji manusia ngan cra menolong supaya ley ikut dajal n tolak isa,susah crita dlm tulisan.pepehal new year ley fly fly g penang,kasi buang la ini artikel,menyesatkan je

    ReplyDelete
  37. kafir lahanat ...noob ...manusia biasa cam kita ni mne la leh tahu kiamat berlaku bila ...hnya Tuhan sja yg tahu ....kita sbgai manusia biasa x pyh nk buat andaian sndri okk

    ReplyDelete
  38. Assalamualaikum,hari qiamah adalah rahsia Allah s.w.t . Tugas kita sebagai hamba hanyalah percaya akan datang hari qimat dan menjadi hamba yang bertaqwa.

    ReplyDelete
  39. kukuhkan iman..tambahkan amalan..pedulikan ramalan2 yang pastinya akan memesongkan akidah kita sebagai orang islam..hanya Allah yang tahu dan hanya ALlah tempat kita mohon perlindungan dari azzab api neraka..dari godaan syaitan..dari godaan hawa nafsu yang jahat dan dari fitnah dunia n fitnah Dajjal..insya ALlah..berbalik kepada Al-Quran dan As-Sunnah k

    ReplyDelete
  40. Ape le org kafir... nie dah 2013... kiamat x dtg pown mse ramadhan tuh?... -_- jgn pikir bukan2 wahai kafir

    ReplyDelete
  41. Allah tehpun menurunkn kitab untk m'nusia sbgai pandua. Maka bacalah. Bg org2 yg mggunakn akal, pasti tahu erti kiamat dan yakin terhadapnya.

    ReplyDelete

Penpatah.blogspot tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri