Brand Minyak Wangi Yang Disukai Siti Nurhaliza
Home » » Brand Minyak Wangi Yang Disukai Siti Nurhaliza

Brand Minyak Wangi Yang Disukai Siti Nurhaliza

4 Aug 2012 15 Comments


Penyanyi Datuk Siti Nurhaliza Taruddin mengakui dia begitu obses dengan pelbagai jenis minyak wangiyang ada di pasaran ketika usianya masih remaja lagi. Siti berkata, dek kerana kegilaannya itu, dia memiliki lebih daripada 100 botol minyak wangi di rumah dan akan memakainya mengikut ‘mood’ dan tempat sesuai yang dihadirinya:

“Memang sejak dari dulu lagi saya tergila-gilakan wangian. Malah di rumah juga saya mempunyai set wangian tersendiri agar rumah berbau harum. “Dan setakat ini, saya memiliki koleksi minyak wangian lebih daripada seratus botol daripada pelbagai jenama. Itu tidak lagi dicampur dengan set wangian yang dihadiahkan kepada teman-teman,” katanya.

Tambah Siti yang baru sahaja mengeluarkan tiga set minyak wangi di bawah jenamanya, SimplySiti Eau De Parfum (EDP), dia percaya, wangian mampu mengubah mood seseorang terutamanya ketika berada dalam tekanan. “Jujur saya katakan, setiap bauan yang saya miliki boleh mengubah mood sebenarnya.

“Bagi saya, ia mampu mengurangkan rasa tekanan kerja dan sebagainya. Malah minyak wangi juga boleh memberikan rasa gembira buat diri saya. “Sebab itulah, kerana rasa obses dalam minyak wangi itu saya hasilkan tiga jenis wangian yang ebrkualiti tinggi buat para peminat. Sekurang-kurangnya saya dapat kongsi minat saya ini bersama para peminat,” ujarnya.

Simplysiti EDP merupakan wangian peringkat kualiti tinggi yang menggabungkan sains dan seni haruman dari Perancis dengan hasil sentuhan pakar wangian terkemuka Perancis iaitu Joelle Lerioux-Patris dari Mane iaitu salah sebuah pengeluar wangian terkemuka di dunia.

Memiliki tiga jenis wangian iaitu Pure, Precious dan Memoire, SimplySiti EDO yang hanya RM69.90 kini sudahpun berada di pasaran.

Lagi Kisah Siti Nurhaliza di sini

15 comments:

  1. kalau dah kaya,, beauty products, perfumes,, sume bleh,, cantik pulak,, hhee

    ReplyDelete
  2. betul..klo saya kaya raya..semua perfume saya beli..

    ReplyDelete
  3. jalan cite neh cam nak promote perfume sendiri je.. =.='

    ReplyDelete
  4. prfum je name dy..bkn dy buat pun

    ReplyDelete
  5. kan perfume tu bwah simplysiti....
    so memang dier punyer

    ReplyDelete
  6. die 2 pon dl susah gak..sokong la barangan tempatn

    ReplyDelete
  7. mak aih dekat rm70??? baik pakai perfume murah je... wangi gak..

    ReplyDelete
  8. ni lg sek0 !seb0k dgn perfume nye !p0dahhhh 0wg bdn busuk je pkai perfume mahal3 ni.kununnn !

    ReplyDelete
  9. eh org ats ni asl bodo sgt ah ?skati ar nak pkai mnyk wngi utk apa pon!bkn untuk org bdn busuk je!bodohh!

    ReplyDelete
  10. In the end.. Bau kapur barus jugak.. Isk isk..

    ReplyDelete
  11. aku dok srumah ngan bangse aku sndiri melayu, perfume perrgghhh bkan main wangi bile pkai tp pengotor jg phuuuiiii ape beza?

    ReplyDelete
  12. Perfume yang paling best mestikah simply siti punya

    ReplyDelete
  13. Terima kasih infonya gan.
    Lumayan buat nambah wawasan.

    Parfum Ori
    Wangi parfum yang disukai wanita.

    ----------

    ReplyDelete
  14. Terima kasih banyak atas infonya gan.
    Lumayan nambah elmu.

    Gema Parfum :
    Parfum wanita yang disukai lelaki.


    ----------------

    ReplyDelete

Penpatah.blogspot tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri