Hari ini pertambahan jumlah penduduk di Malaysia semakin hari bertambah sehingga mencecah 28 juta orang. Namun pertambahan ini tidak banyak kerana terdapat ramai lagi rakyat Malaysia yang masih belum lagi berkahwin. Antara faktor utama mereka tidak berkahwin adalah seperti masalah kewangan, tiada calon yang sesuai, kemajuan kerjaya, selesa hidup membujang dan sebagainya. Perkahwinan ini mempunyai 4 hukum seperti yang dijelaskan artikel sebelum ini iaitu Hukum Tidak Berkahwin
Bilangan rakyat Malaysia berumur 25 tahun ke atas yang tidak pernah berkahwin adalah seramai 2.5 juta orang atau 16.7 peratus daripada jumlah penduduk negara. Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Senator Datuk Heng Seai Kie berkata, daripada jumlah tersebut, 60.4 peratus adalah lelaki dan 39.6 peratus lagi wanita.
Jelasnya, Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010 juga mendapati purata umur perkahwinan pertama bagi lelaki telah menurun daripada 28.6 peratus pada 2000 kepada 28 peratus (2010). “Selain itu, Kajian Penduduk dan Keluarga Malaysia Ke-4 pada 2004 yang dijalankan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) mendapati 32.1 peratus daripada responden tidak pernah berkahwin.
“Daripada jumlah itu, 56.6 peratus daripada mereka ialah lelaki dan 44.4 peratus wanita,” katanya pada sidang Dewan Negara, hari ini.
Beliau menjawab soalan asal Senator Datuk Boon Som Inong yang meminta kementerian tersebut menyatakan jumlah wanita dan lelaki di negara ini yang belum berkahwin sertaadakah kerajaan bercadang mewujudkan pusat temu jodoh bagi membantu golongan tersebut.
Seai Kie memberitahu, hasil kajian yang sama juga mendapati faktor-faktor utama lelaki tidak berkahwin adalah masalah kewangan (44.7 peratus), tiada calon sesuai (19.3 peratus), kemajuan kerjaya (12.8 peratus) dan mempunyai komitmen terhadap keluarga (7.4 peratus).
Katanya, bagi golongan wanita, punca utama adalah tiada calon sesuai (40 peratus), masalah kewangan (14 peratus), kemajuan kerjaya (8.4 peratus), selesa hidup membujang (8.4 peratus) dan mempunyai komitmen terhadap keluarga (7.4 peratus).
Jelasnya, buat masa ini, kementerian tidak bercadang untuk mewujudkan perkhidmatan pusat temu jodoh secara online.
“Ini kerana perkhidmatan tersebut telah disediakan oleh pihak swasta, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan beberapa parti politik,” katanya.
Lagi Koleksi Faktor Utama Lelaki Dan Wanita Tidak Berkahwin di sini
Jika anda suka artikel ini, jangan lupa sertakan kami dengan copy salah satu link di bawah ^_^
Kopi link post yang comel ini ^_^
Kalau nak dalam bentuk HTML, kopi saya lak ^_^






Tahun ni Jumlah Penduduk Malaysia sudah meningkat sebanyak 29 juta penduduk.. Source : CIA - The World Factbook
ReplyDeletesusah seorg wanita bekerjaya nak cari lelaki yang setanding dia.. dah la sekarang wanita ramai ada berkelulusan tinggi sampai ke phd..lelaki kebanyakkan takot (low self esteem berada di kalangan mereka)walhal wanita2 tu x kisah mane pon.. wanita seperti ini malu untuk meluah perasaan sbb dah 'matang' (beradap sopan dan lebih suka besederhana)- statistic wanita 26 tahun keatas
ReplyDeletemcm ner nk kawen.. udah ler blanja mahal nak mampus... kos hidup plak tinggi... bg turun ler.. kos hidup.. baru ler byk yg mampu..
ReplyDeleteKos kawin tuk org islam x la mahal sgt pon kalau ikut pe yg agama kita anjurkan tp adat yg mmbuatkan sesuatu yg mudh mjadi rumit. Yg murah dh jd mahal
ReplyDeleteRgrds,
Anak melayu
takmau kawen la....nak bujang sampai mati...
ReplyDeletekawen tu sunnah nabi, siapa yg x kawen adalah bkn dr kalangan umat nabi muhammad saw
ReplyDeleteyang letak mahar tinggi tu nk jaga standard , bkn nk jaga sunnah nabi.
ReplyDeletemahar tinggi sunnah BABI
mahar rendah Sunnah NABI
catering mahal, pelamin mahal, khemah kawin mahal, sewa dewan orang ramai pun mahal...semua mahal kan kan kan..... takkan nak kawin dlm ghumah sekangkang kera.. dok flat lak tu, kalu umah teres nak parking sebiji keta depan rumah pun tak muat , kalu banglo laman besar org kaya lain laaa citer.. bertunang setengah juta, kawin berjota jota..
ReplyDeletexpyh kwin ..... kpla x penig ... melancap lg best ... xsemak
ReplyDeleteahhhhh...bnyk gi benda Kerajaan perlu n patut buat drpd pusat temu jodoh...membazir duit rakyat jer...
ReplyDeletesekarang memang semua bnda dah mahal.. thanks untuk info nya.. jom tengok blog ni wanayu.com
ReplyDeletetanpa sedar, golongan2 homoseksual nih antara penyumbang utama. Dunia akhir zaman~
ReplyDeleteape yg susa... kalu duk pikir susa, smpai bile xkawen... kalu btul hati tu dh berkenaan ko usahala... yg pompuan pun jgn la melampau nau mintak... tolak ansur la sikit... buleh jer.. dri duk buat maksiat baik kawen... erm...
ReplyDeletenk kwin tp xda calon
ReplyDelete