Gadis Pertikai Hukum Allah Diberi Balasan Serta Merta (Seram!)
Home » » Gadis Pertikai Hukum Allah Diberi Balasan Serta Merta (Seram!)

Gadis Pertikai Hukum Allah Diberi Balasan Serta Merta (Seram!)

41 Comments



Sebagai seorang hamba Allah, kita perlu tahu bahawa kita adalah insan yang lemah dicipta oleh Allah SWT. Maka jika Allah berkehendakkan sesuatu, maka Dia akan berikan kepada siapa yang dikehendakinya. Di bawah ini terdapat sebuah kisah yang melibatkan seorang gadis. Gadis ini mempunyai imej yang bukan seperti seorang Islam. Ikuti kisah apakah yang menyebabkan gadis ini diberi balasan oleh Allah SWT.

Pada suatu hari, seorang gadis yang terpengaruh dengan cara hidup masyarakat Barat menaiki sebuah bas mini untuk menuju ke destinasi di wilayah Iskandariah. Malangnya walaupun tinggal di bumi yang terkenal dengan tradisi keislaman, pakaian gadis tersebut sangat menjolok mata.Bajunya agak nipis dan seksi hampir terlihat segala yang patut disembunyikan bagi seorang perempuan daripada pandangan lelaki ajnabi atau mahramnya.

Gadis itu dalam lingkungan 20 tahun. Di dalam bas itu, ada seorang tua yang dipenuhi uban menegurnya: “Wahai pemudi! Alangkah baiknya jika kamu berpakaian yang baik, yang sesuai dengan ketimuran dan adat serta agama Islam kamu, itu lebih baik daripada kamu berpakaian begini yang pastinya menjadi mangsa pandangan liar kaum lelaki…. ” nasihat orang tua itu.

Namun, nasihat yang sangat bertetapan dengan tuntutan agama itu dijawab oleh gadis itu dengan jawapan yang mengejek: “Siapalah kamu hai orang tua? Adakah kamu cuba nak ingatkan aku supaya menutup aurat sepenuhnya sedangkan bapa kandungku sendiri tidak pernah menasihatiku?Apakah kamu mahu aku berpakaian menutup aurat sedangkan aku masih mahu bebas menayangkan tubuh badan ku di khalayak ramai?Apakah di tangan kamu ada anak kunci syurga? Atau adakah kamu memiliki sejenis kuasa yang menentukan aku bakal berada di syurga atau neraka?”

Setelah menghamburkan kata-kata yang sangat menghiris perasaan orang tua itu, gadis itu tertawa mengejek panjang. Tidak cukup setakat itu, si gadis lantas cuba memberikan telefon bimbitnya kepada orang tua tadi sambil melafazkan kata-kata yang lebih dahsyat. ” Jika ISLAM itu BENAR, tempatkan bilikku di Neraka, Ambil handphone ku ini dan hubungilah Allah serta tolong tempahkan sebuah bilik di neraka jahanam untukku,” katanya lagi lantas ketawa berdekah-dekah tanpa mengetahui bahawa dia sedang mempertikaikan hukum Allah dengan begitu biadab.

Orang tua tersebut sangat terkejut mendengar jawapan daripada si gadis manis. Sayang sekali, wajahnya yang ayu tidak sama dengan perilakunya yang buruk. Penumpang-penumpang yang lain turut terdiam malah ada yang menggelengkan kepala kebingungan. Semua yang di dalam bas tidak menghiraukan gadis muda yang tidak menghormati hukum-hakam agama itu dan mereka tidak mahu menasihatinya kerana khuatir dia akan akan menghina agama dengan lebih teruk lagi.

Sepuluh minit kemudian bas pun tiba di perhentian. Gadis seksi bermulut celupar tersebut tertidur di muka pintu bas. Puas pemandu bas termasuk para penumpang yang lain mengejutkannya tapi gadis tersebut tidak sedarkan diri. Tiba tiba orang tua tadi memeriksa nadi si gadis. Sedetik kemudian dia menggeleng-gelengkan kepalanya. Gadis itu telah kembali menemui Tuhannya dalam keadaan yang tidak disangka. Para penumpang menjadi cemas dengan berita yang menggemparkan itu. Dalam suasana kelam kabut itu, tiba tiba tubuh gadis itu terjatuh ke pinggir jalan. Orang ramai segera berkejar untuk menyelamatkan jenazah tersebut. Tapi sekali lagi mereka terkejut. Sesuatu yang aneh menimpa jenazah yang terbujur kaku di jalan raya. Mayatnya menjadi hitam seolah-olah dibakar api. Dua tiga orang yang cuba mengangkat mayat tersebut juga kehairanan kerana tangan mereka terasa panas dan hampir melecur sebaik saja menyentuh tubuh si mayat. Akhirnya mereka memanggil pihak keselamatan menguruskan mayat itu.

Begitulah kisah ngeri lagi menyayat hati yang menimpa gadis malang tersebut. Apakah hasratnya menempah sebuah bilik di neraka dimakbulkan Allah? Na’uzubillah, sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa di atas segala sesuatu. Sangat baik kita jadikan iktibar dan pelajaran dengan kisah benar ini sebagai Muslim sejati. Jangan sesekali kita mempertikaikan hukum Allah mahupun sunnah RasulNya s.a.w. dengan mempersendakan atau mengejek. Kata kata seperti ajaran Islam tidak sesuai lagi dengan arus kemodenan dunia hari ini atau sembahyang tidak akan buat kita jadi kaya dan seumpamanya adalah kata-kata yang sangat biadab dan menghina Allah, pencipta seluruh alam.

Ingatlah teman, kita boleh melupakan kematian, tetapi kematian tetap akan terjadi kepada kita. Hanya masanya saja yang akan menentukan bila kita akan kembali ke alam barzakh. Janganlah menjadi orang yang bodoh, siapakah orang yang bodoh itu? Mereka itulah orang yang ingin melawan Tuhan Rabbul ‘alamin. Apabila anda enggan melaksanakan suruhan Tuhan bererti anda ingin melawan arahan Tuhan.

Sewaktu di sekolah anda tertakluk dengan undang-undang sekolah, dalam pekerjaan anda tertakluk dengan undang-undang yang dilakar oleh majikan anda, di dalam negeri anda tertakluk di bawah undang-undang negara anda. Begitu taksub sekali anda terhadap undang-undang itu sehingga terlalu prihatin takut kalau melanggar undang-undang tersebut . Apabila anda berpijak di bumi ini, anda juga tertakluk dengan undang-undang yang telah di gubal oleh yang pemilik yang menjadikan bumi ini.

Setiap Sultan ada taman larangannya, begitu juga Allah s.w.t. taman laranganNya adalah perkara-perkara yang telah diharamkan bagi hamba-hambaNya di muka bumi ini. Sama samalah kita memohon agar Allah sentiasa memberi kita petunjuk di atas jalan yang benar dan agar Dia memberikan kekuatan agar kita sentiasa dapat menjaga lidah kita, amin.Kisah ini dikongsikan dan diceritakan bersama oleh sahabat saya sendiri yang berasal di Malaysia dan kini berada di perantauan sana.

Lagi kisah 
Gadis Pertikai Hukum Allah Diberi Balasan Serta Merta Di Sini

Jika anda suka artikel ini, jangan lupa sertakan kami dengan copy salah satu link di bawah ^_^

Kopi link post yang comel ini ^_^



Kalau nak dalam bentuk HTML, kopi saya lak ^_^

41 comments:

  1. tapi still siarkan lagi gambar wanita2 seksi kat sini...

    ReplyDelete
  2. is it real? if real it must be out to news or something

    ReplyDelete
    Replies
    1. ko ingt ore kapir nk sebar sgt ke bnde cmni?

      Delete
  3. subhanallah... sesungguhnya Allah itu mah kuasa dan kite sepatutnye segera b'taubat dan bermuhasabah diri kite sndri krne Allah tdk mngubh sseorg itu skiranya sseorg itu tdk mengubh dri mreka sndiri.....

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah..bagus entry ni..

    ReplyDelete
  5. Sayang sambil sambil post entry berkaitan kesucian agama tapi blog ni entry dia pun penuh dgn pic wanita x bertudung dan seksi, upload pic tanpa kebenaran semata mata digunakan untuk mengindahkan dan kelihatan lebih menarik entry entry beliau, adakah halal...?

    Semoga menjadi iktibar untuk saya dan admin...

    ReplyDelete
  6. cakap tak serupa bikin!

    ReplyDelete
  7. look at the body of the girl...izzit tat a baby?

    ReplyDelete
  8. s'bgai s'org umat kpda mna2x agama..kena la kita patuh dan m'hormati p'cipta kita tidak kira agama mna y kita anuti m'lenkn y sesat..tx 2 admin..s'kurang2xnya m'beri k'sdaran bhwa sapa la kita utk m'p'sendakn kekuasaanNYA..YA..mmg kita ni d cipta b'akal..s'kiranya kita kurang fham dgn ajaranNYA..jgn la kita m'yatakn k'tdak p'cyaan kpda NYA..s'hrusnya b'usaha m'cari jwpan..

    ReplyDelete
  9. tu gambar hiasan ja la.. =.=

    ReplyDelete
  10. orang bagii nasihat dan iktibar dekat kita, kita pandang kebaikkannya bukan keburukkan seseorang itu...jangan jumud sangat

    ReplyDelete
  11. jangan wat citer tipu..kalo ko nak bagi pengajaran ta yah ler nak buat citer dongeng ko...bagi ar citer yang ade kesahihan...br insaf wehhhhhhhhhhh..

    ReplyDelete
  12. busuk hati btul anonymous nak hina admin,at least orang baca article dier.ko ader

    ReplyDelete
  13. tentulaa citer dongeng dripda agama palsu :))

    ReplyDelete
  14. Tidak kisah jikalau terdapat Pembohongan di dalam artikel tersebut , tetapi mesej yang cuba disampaikan oleh Admin adalah kita tidak boleh mempertikaikan hukum Allah . Percayalah bahawa Syurga Neraka itu Benar dan banyak lagi . Tahniah Admin kerana Post entry2 sebegini . Moga sama2 kita Muhasabah diri terhadap apa yang kita lakukan :)

    ReplyDelete
  15. Mengarut je. Tah mana tah pic ni diambik, ditambah tokok dgn cerita yg bukan2. Udah2la tu.

    ReplyDelete
  16. yg pasti syurga n neraka itu benar .. n mulut jgan celupar sgat .. takot kne sambor petir naty ..

    ReplyDelete
  17. agama bukan alat permainan

    ReplyDelete
  18. biase la blogger mane yg nk cite die membosankn, so kne la tokok tmbh wlau bangsa dan agame jd permainan.. admin ambil iktibar

    ReplyDelete
  19. Pic tu skadar hiasan n cerita dongeng pn ade keinsafan gak, tq to admin krna mmberi ksedaran... Yg kat atas ni kbnykkn xsedar diri.. Ckap cam gud2 je, pijak tau la..

    ReplyDelete
  20. x kesah la cerita tu menipu ke x seandainya cerita tu dpt beri keinsafan dan takut kpd azab Allah x salah cerita trsebut utk disiarkan..jgn cabar kuasa Allah sbb Allah mampu buat apa2 pun kt hambanya

    ReplyDelete
  21. citer dongeng :P

    ReplyDelete
  22. minta admin siarkan artikel yang sahih..cerita dan gambar langsung tidak serupa..bah kan gambar wanita diatas ada juga seorang bayi sersama nya..

    minta admin remove artikel ini atau baiki semula..jika gambar itu ada hamba allah yang pernah hidup tentu dia tidak mahu disiarkan dalam keadaan macam ini tanpa ada sahihnya..

    harap admin pertimbangkan

    ReplyDelete
  23. https://www.facebook.com/HanyaKepadaMuYaAllah
    jom like page ni ^^
    faedahkn hidup kita yg x berfaedah setakat ni :)
    insyaallah ada kebaikan

    ReplyDelete
  24. gambar ini tak ada kena mengkena dgn gadis dalam bus itu..ini gambar orang Bosnia beragama islam yang di bunuh beramai-ramai old tentara serb dan ditanam dalam satu kubur.. http://bosniangenocide.wordpress.com/2012/07/02/photos-of-srebrenica-from-mass-murder-to-genocide-1992-1995/

    ReplyDelete
  25. Deletlah semua gambar yang tidak menutup aurat.. kerana admin akan di persoalkan juga di akhirat nanti.. dalam kita berdakwah hendaklah kita perhatikan apakah dakwah kita itu akan mendatangkan dosa kepada kita sendiri atau tidak..

    ReplyDelete
  26. kisah ini telah diceritakan oleh seorang ustaz di sk saya pd tahun lepas untk pengajaran anak-anak sekolah sewaktu program kerohanian.semoga memberi keinsafan kepada anak2 murid dan sesiapa saja. jagalah maruah diri dan ISLAM ITU
    BENAR

    ReplyDelete
  27. ish ish ish penulis blog pen patah ni mcm ada ketika wanita itu masih hidup, nampak benor penipu..tak payah tambah kuah, kari asam , sengkuang atau bawang untuk menokok tambah cerita ini..

    ReplyDelete
  28. tp kan, blog ni masih ag memaparkan entri2 gadis seksi mahupun yg x sepatotnye..

    ReplyDelete
  29. x abis2 mereka citer2 bodoh....bangang!! yg percaya pun bangan!!

    ReplyDelete
  30. kisah yg tipu...bodoh...fikir logik ok...dlm cerita,xda watak bayi...tp dlm gmbr,ada pula...dri mana dtg bayi tu & apakah dosa beliau???? kebenaran gmbr ini adalah....TIPU...

    ReplyDelete
  31. kita sebagai wanita harus menjaga aurat kita dan menjaga perkataan,karena perkataan itu lebih tajam dan lebih menyakitkan

    ReplyDelete
  32. Islam itu agama yg bnar..
    Surga n Neraka pn bnar..
    cerita d atas anggap sbgai ctoh
    ambil iktibar...
    waulahualam...

    ReplyDelete
  33. Penipu...gambar ni aku pernah nampak kat website lain...tentang seorang wanita yang meninggal akibat dibunuh..wanita ni pun ketika kematiannya sedang mengandung...kalau nak berdakwah pun jangan sampai jatuh hukum berbohong...kan berdosa...bertaubatlah kawan oi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu cuma gambar la..oit.

      Delete
  34. macam telenovela pulak daa..

    ReplyDelete
  35. tak boleh pakai klu blog ko mcm haramjadah cmni..

    ReplyDelete
  36. Xyah la nk pertikai2 itu ini hukum Allah...sedar sket kte ni sape...hamba Allah je...HAMBA....Even kite cme hamba skali pon...Allah still kasih n sayang kat kite...Buat dosa kite taubat, Dia ampn...waktu susah kite doa, Dia tolong...InshaAllah....

    ReplyDelete
  37. janganlah engkau menantang tuhanmu,ALLOH maha KUASA

    ReplyDelete
  38. sombong benar tu gadis,coba hidup ditempat bukan ciptaan tuhan...dimana??

    ReplyDelete

Penpatah.blogspot tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri