Semua orang tahu bahawa kalau meninggalkan solat adalah dosa besar dan malahan lebih hina daripada khinzir. Betapa hinanya kita kalau meninggalkan solat seperti yang dikisahkan pada zaman Nabi Musa as. Begini kisahnya, pada zaman Nabi Musa, ada seorang lelaki yang sudah berumahtangga, dia tiada zuriat, lalu terdetik dalam hati dia (nazar), “kalau aku dapat anak, aku akan minum air kencing anjing hitam.” Nakdijadikan cerita, Allah pun kurniakan isteri si lelaki tadi pun hamil dan melahirkan anak. Apabila dah dapat anak, lelaki ni pun runsinglah.
Dia dah nazar nak kena minum air kencing anjing hitam. Syariat pada zaman Nabi Musa berbeza dengan syariat yang turun untuk umat Nabi Muhammad. Kalau umat Nabi Muhammad, nazar benda yang haram, maka tak payah buat tapi kena denda (dam) atau sedekah.
Tapi kalau zaman Nabi Musa, barangsiapa bernazar, walaupun haram tetap kena laksanakan nazar itu.
Lalu, si lelaki yang baru mendapat anak, dengan susah hatinya pergilah bertemu dengan Nabi Allah Musa dan menceritakan segala yang terjadi ke atas dirinya. Lalu, Nabi Musa menjawab bahawa lelaki tu tak perlu minum air kencing anjing hitam tetapi akan minum air yang lebih hina dari air kencing anjing hitam. Nabi Musa perintahkan lelaki tersebut untuk pergi menadah air yang jatuh dari bumbung rumah orang yang meninggalkan solat dan minum air tu Lelaki itu pun senang hati, menjalankan apa yang diperintahkan oleh Nabi Musa tadi. Lihatlah, betapa hinanya orang yang meninggalkan solat, sampai dikatakan air yang jatuh dari bumbung rumahnya, lebih hina dari air kencing anjing hitam. Itu baru air bumbung rumah, belum air tangan lagi. Menyentuh bab air tangan, selalu kita suka makan masakan ibu; isteri kita. Jadi, kepada muslimat sekalian, peliharalah solat kerana kalau meninggalkan solat (kalau tak uzur), air tangan akan menitik ke dalam basuhan makanan, nasi, dsb.
Anak-anak, suami pula yang akan makan makanan yang dimasak. Takkan nak biarkan suami dan anak-anak gelap hati minum air tangan orang tinggalkan solat. Tak gamak kan? Tapi lain pula halnya dengan kita ni. Pagi petang, mamak! Teh tarik satu, roti canai satu. Ada pulak segelintir tukang masak yang tak solat. Kita pun makan bekas air tangan dia. Gelaplah hati kita, sebab tu liat nak buat kerja-kerja yang baik. Beware apa yang kita makan. Betapa beratnya amalan solat ni hatta Allah syariatkan solat kepada Nabi Muhammad melalui Isra’ Mikraj sedangkan kewajipan-kewajipan lain memadai diutus melalui Jibril as.
Ketika saat Rasulullah nazak, sempat baginda berpesan kepada Saidina Ali (dan untuk umat Islam), “As-solah as Solah wa amalakat aimanukum”. Maknanya, “Solat, solat jangan sekali kamu abaikan dan peliharalah orang-orang yang lemah di bawah tanggunganmu” Jadi, sama-samalah kita pelihara solat dari segi zahir & batinnya kerana amalan solatlah amalan yang mula-mula akan ditimbang di neraca Mizan kelak. Hidup bukan untuk makan, tetapi makan untuk hidup. Jika makan dengan niat ibadah akan mendapat pahala. – Wallahu a’lam.
Lagi Koleksi Kesan Air Tangan Orang Yang Tak Solat DI sini
Jika anda suka artikel ini, jangan lupa sertakan kami dengan copy salah satu link di bawah ^_^
Kopi link post yang comel ini ^_^
Kalau nak dalam bentuk HTML, kopi saya lak ^_^

.jpg)




Tak faham sedikit pun
ReplyDeleteKesian ko. Dah buta hati buta mata gamaknya. Moga dpt hidayah la nnti.
Deletecuba jelaskan apa yg tak faham.
Deleteastagfirullahalazim...
Deleteastagfirullahalazim...
DeleteCerita simple je.. ape yg x fham nye?
ReplyDelete1st comment nie mang tak sekolh k smpai ta pham pe yg cuba disampaikan??? org yg ta sembahyang ag hina dr khinzir n anjing hitam.. so kalau mkn hasil tangan org yg ta sembhyang takut2 hati kita gelap cz mkn tgn org yg gelap hatinya.. so kita kena la pelihara solat kita
ReplyDeleteOrg x solat kira sama r cm anjing.. ( anjing kn najis n hina d cc ALLAH ) Nau'zubillah...
ReplyDeleteOrang yang gelap hatinya tidak akan paham walau sebanyak mana pun perkataan yang digunakan untuk memperjelaskannya.....Na'uzubillah......
ReplyDeletebertambah ilmu .. alhamdulillah :)))
ReplyDeletepembetulan
ReplyDeleteanjing tidak hina disisi Allah
sebab anjing adalah ciptaan Allah
Allah mencipta semuanya sebaik-baik ciptaan dan semua yg jadi ada sebab
kisah ni nak tunjukkan org yang x solat ni lebih teruk dari kencing anjing
hinanya orang yang meninggalkan solat, sampai dikatakan air yang jatuh dari bumbung rumahnya, lebih hina dari air kencing anjing hitam.
First commnt tu knape....dh buta ke hati dia
ReplyDeletesebenarnya saya pun x phm. Bukan kerna hati buta, bertanya soalan yg kita x phm kn lebih baik drpd buat sprti org phm.
ReplyDelete"betapa hinanya orang yang meninggalkan solat, sampai dikatakan air yang jatuh dari bumbung rumahnya, lebih hina dari air kencing anjing hitam."
ReplyDeleteCerita senang mcmni pun x phm2? Anak aku skali baca pun dh phm btapa hinanya org yg x solat. To the 1st comment-baca smpai ko paham. PAHAM?
ReplyDeletesama2 la kita jaga solat kita...duniapun dh akhir zaman terutamanya diri sy sndiri....
ReplyDeleteseriously, aku dulu seorang yg tinggalkan solat... seorang yg langsung tak hirau pasal solat... hati aku sangat2 tak tenteram... sebab aku tinggal solat... aku rasa hati aku sangat2 hitam... suatu masa, ada seorang sahabat tegur aku... dia berkata, "sayang... muka terlalu cantik... tetapi banyak dosa sebab muka hitam !" betapa terkejutnya aku waktu itu... hanya ALLAH tahu malu aku waktu itu tahap berapa... aku mula mengambil langkah dengan mengerjakan solat subuh selepas aku mandi wajib... aku berdoa pada ALLAH... menangis semahu-mahunya... !!! waktu itu juga, ada masalah yg aku hadapi... biasala... orang kalau nak buat baik mesti ditambah lagi dengan dugaan... tapi aku tak putus asa ! aku terus berdoa & memohon pada ALLAH... aku juga tak lupa untuk solat sunat taubat, solat sunat hajat... aku mula dekatkan diri pada ALLAH... alhamdulillah... lepas aku lakukan semua tu sampai sekarang... sahabat aku tegur semula... "alhamdulillah... saya nampak cahaya di muka awak" aku bersyukur sangat2 !!! aku tak toleh belakang langsung sekarang ! aku kena maju ke hadapan... ingatlah... walau apa pun kita lakukan... solat tu jangan tinggal... alhamdulillah sekarang ni bila aku lewat solat akibat berjalan2 aku akan rasa x tenteram.. jadi aku solatlah... mungkin tanda2 aku dah dapat hidayah dari ALLAH... alhamdulillah... syukur.... :)
ReplyDeletesy nk ekot awk la..
DeleteDulu sy pn mcm awak,.. Skrg pun sy mcm awak,.. Hati tenang, takde runsing lagi dah
DeleteAlhamdullilah tambah 1 lg ilmu pengetahuan aku. Sama la aku mcm last comment..hidup aku btl2 tak tenteram sebelum ni, tak tau la nak gambarkan mcmana aku dulu. Alhamdullilah sekarang ni jiwa aku kembali tenang..aku bersyukur sgt2 dgn rahmat yg Allah bg pada aku. Maafkan aku kalau aku tak pandai berkata2.
ReplyDeletesy nk ekot cm awk gak..
Deletexpayah nk hina org yg x faham, mungkin dia xfaham pd satu sudut yg korang xnampak, pandai sgt nk hina org, mungkin die xfaham kaitan antara air tangan ngn air tadahan bumbung tu, rasanya cerita ni xlengkap, air tadahan dari bumbung rumah org yg xsolat tu, jadi lebih hina dari kencing anjing kes nye setan dah kencing kat atas rumah org tue, sbb ahli rumah tu suma xsolat, cuma aku tertanya2 mana datang sumber kisah nie? Hadis sahih ke? bleh tunjuk rujukan x admin? pls...
ReplyDeleteYang 1st komen tu dh buta hati buta mata buta segalanya. Kasihan moga diberi petunjuk supaya dia faham.
ReplyDeletePenceritaan okay la,cuma teknik penulisan tu yg bermasalah sikit...
ReplyDeletePerbetulkan teknik dgn meletakkan plot plot penceritaan dgn betul,pnggunaan kosa kata yg jelas..
Pembacaan mmg faham,okay je tp utk memudahkan lg manusia atau kawan kawan kita nk fhm susun atur pnulisan dgn btul.. Jgn men hentam je,org pun terkial kial nak baca...
yg salahnya si tukang masak yg tak solat, bukannya si pemakannya. tapi sipemakan pon kene tempiasnya sekali. walaupun si pemakan itu kuat solat. bukan kita tahu rutin hariannya. takkan nk tanya setiap kali nk makan? hmm...
ReplyDeleteso.. rumusannya elakkan makan di gerai, hotel, restaurant yg jelas pekerja lelaki/wanitanya tidak menjaga aurat, pergaulan dan disiplin melayan pelanggan, tidak solat . Sebab saya pernah makan di Yaohan Mall, gerai2 tepi jalan KL rata2 pekerjafood court lebih ramai pekerja asing perempuan yg genit banget, make up tebal, pakai tudung bertshirt montok sana montok sini, bekerja sambil berbual2 mengilai2 mcm food court tu bapak dia yg punya. Makanlah masakan sendiri atau masakan air tangan ibubapa anda. So, elakkan makan diluar..kan lagi jimat.... peace
ReplyDeleteKalau camtu x leh mkn kat Kedai la nampaknya
ReplyDeleteJelak baca komen yg menghina2 org yg tak faham kat sini. Pemahaman kita kurniaan-Nya. Jgn smp ia ditarik balik krn menghina org lain.
ReplyDeletebodo dan bangang org yg hina 1st komen tu. klu org xfhm, bagi la penjelasan kt org tu. ni la melayu selfish btol skt2 nk kutuk. hempehhh ilmu agame tggi pn xgune bkn nk bantu org lain.
ReplyDeletebabi lh kau ni
Deletedalam sgt ke ilmu agame yg kutuk2 komen yg 1st tu. cermin la diri tu skt weii sblm nk komen kutuk org lain. dlm ilmu agame pn klu xgune, korg same je ngan babi n anjing tu phuii
ReplyDeletecermin dulu diri kita samada hati kita ni dh gelap belum.kalau gelap,gilapla dgn ibadah.jgn asyik cri kelemahan org.sdgkn kita ni pun hamba Allah juga.
ReplyDeleteapa la, manusia INI x boleh terima teguran( X perlu tinggi ilmu/x perlu kita nak tegur KAWW, sampai nak cari ustaz, nak sampai kn pada nye )ilmu yg ada,walaupon sepotong ayat.kita kongsi la bersama.
ReplyDeletecerita menarik, tp jika pencerita bagi tau sabilewa, ianya tidak akan meninggal kesan.
dah.. dah.. sama2 kita perbaiki diri yang lemah @ yang kurang ini.
yg korng dok kutuk2 org yg x phm tu pesal?! Dah kalau korg ingt korng bagos sgt,kongsi laa ilmu tuh. Bende mcm ni pon nak kedekut ilmu sampai kutuk2 org yg x phm. Lain org lain cara pemahaman dia.
ReplyDeleteSo kalau dh phm tu tak pyh laa nak bangga sgt smpai menghina org yg x phm. Ilmu utk dikongsi,bukan utk dibangga2kan~
Nohorom btul sape yg kutuk2 tu.
muskil...ibadah solat hanya turun pada zaman Nabi Muhammad S.A.W untuk umatnya... zaman nabi musa tiada perintah solat.betulkan saya klu silap...TQ
ReplyDeleteJangan marah kepada mereka yg xfaham, cuma kalu boleh tolong fahamkan mereka.. MUngkin bukan sebab hati yang gelap, tapi cara penyampaian tuh xkena dgn jiwa mereka.. Dan kita yang da beriman, yg faham ni plak jangan bangga diri sgt sbb kalu tetiba Allah swt nak pesongkan akidah kita, bila2x pn kita boleh murtad... Nauzubillah..
ReplyDelete#maaf kalu ada yg terasa, xde niat nk tunjuk pandai..#
korang ny suke mengutuk lah .. sial
ReplyDelete