Kisah Benar Disebalik Filem Seram Hollywood (Seram!)
Home » » Kisah Benar Disebalik Filem Seram Hollywood (Seram!)

Kisah Benar Disebalik Filem Seram Hollywood (Seram!)

4 Aug 2012 50 Comments

Menonton filem seram dari Malaysia tidak kurang hebatnya berbanding filem seram Hollywood. Namun filem seram ini adalah bergantung kepada bagaimana sesebuah prosedur mahu menyampaikan jalan cerita yang kemas dan menarik. Menyentuh tentang filem genre seram, tahukah anda siapakah yang menjadi ilham watak Norman Bates dalam “Psycho”? Apa sebenarnya yang menjadi inspirasi bagi penghasilan anak patung pembunuh Chucky dalam “Child’s Play”? Apakah kejadian yang menyebabkan Bram Stoker menghasilkan “Dracula” dan seterusnya diadaptasi ke bentuk filem? Berikut merupakan kisah-kisah sebenar yang menjadi ilham bagi penulis dan pengarah filem menghasilkan karya seram mereka.





THE HILLS HAVE EYES (1977)
Ilham: Sawney Bean

Pada tahun 1977, Wes Craven telah menghasilkan sebuah filem seram ngeri bertajuk “The Hills Have Eyes”, berkisar tentang sebuah keluarga yang terkandas di gurun Nevada dalam perjalanan percutian mereka yang akhirnya menjadi buruan sekumpulan puak kanibal mengerikan yang tinggal di bukit-bukau sekeliling mereka.

Wes Craven telah menghasilkan filem yang telah dibuat semula pada tahun 2006 ini berdasarkan kisah legenda Sawney Bean yang merupakan pemimpin bagi sebuah klan 48 orang ahli (8 orang anak lelaki, 6 anak perempuan, 16 cucu lelaki dan 14 cucu perempuan) yang tinggal di Scotland pada abad ke-15 atau 16. Dikatakan Bean dan keluarganya telah membunuh dan memakan lebih 1000 mangsa dan kisahnya telah dipaparkan dalam The Newgate Calendar – katalog jenayah Penjara Newgate di London.




NATURAL BORN KILLERS (1994)
Ilham: Starkweather & Fugate

Oliver Stone telah menghasilkan sebuah filem berjudul “Natural Born Killers” pada tahun 1994, mengenai dua orang kanak-kanak yang telah berhadapan peristiwa sukar dalam hidup mereka dan membesar sebagai pembunuh bersiri yang gila. Filem ini dinamakan sebagai filem kelapan paling kontroversi sepanjang zaman oleh Entertainment Weekly dan terkenal kerana imejan ganas yang ditonjolkan.

Oliver Stone dikatakan telah mencipta kisah ini berdasarkan kisah sebenar tentang Charles Starkweather dan Caril Ann Fugate. Pada tahun 1956, Charles, 18, telah berkenalan dengan Fugate yang ketika itu berusia 13 tahun. Pada tahun berikutnya dia telah merompak sebuah kedai dan membunuh pekerjanya. Pada tahun 1958 pula, Starkweather telah membunuh ibu, bapa tiri dan adik Fugate yang berusia dua tahun. Dalam perbicaraan di mahkamah, Fugate tidak mengaku turut serta dalam pembunuhan tersebut tetapi mengakui yang dia membantu dalam menguburi jasad ahli keluarganya. Sebelum ditangkap di Douglas, Wyoming, pasangan tersebut telah membunuh 11 orang mangsa dalam masa dua bulan. Starkweather telah dihukum mati (dengan kerusi elektrik pada tahun 1959) sementara Fugate menerima hukuman penjara seumur hidup dengan parol. Fugate menjadi penjenayah wanita paling muda dalam sejarah yang dibicarakan untuk jenayah kelas pertama.




CHILD’S PLAY (1988)
Ilham: Robert The Doll

Filem “Child’s Play” bukan sahaja menjadi filem yang hit ketika ditayangkan pada tahun 1988, malah masih lagi menjadi filem pilihan ramai untuk ditonton beramai-ramai dan telah menakutkan lebih jutaan budak-budak di seluruh dunia. Filem ini berkisar tentangChucky, anak patung Good Guy Doll yang telah dimasuki oleh roh seorang pembunuh bersiri bernama Charles Lee Ray. Chucky kemudiannya telah dihadiahkan kepada seorang budak lelaki berusia enam tahun oleh ibunya yang tidak tahu tentang perkara tersebut.

Sebenarnya, Chucky telah diilhamkan daripada sebuah anak patung sebenar yang dikenali sebagai Robert the doll. Ia merupakan sebuah anak patung yang dimiliki oleh seorang pelukis/penulis bernama Robert Eugene Otto. Ia diberikan kepada Otto pada tahun 1904 oleh seorang jururawat berbangsa Jamaica yang mempunyai kepakaran dalam ilmu hitam dan voodoo ketika dia masih kecil. Ramai yang mengatakan mereka pernah nampak anak patung tersebut bergerak dari satu tingkap ke satu tingkap yang lain dan berbual dengan Otto dan memiliki tawa yang menyeramkan. Kini anak patung tersebut boleh ditemui di Muzium Fort East Martello di Key West. Ada yang mengatakan sekiranya anda mahu bergambar dengan Otto, anda perlu meminta izinnya terlebih dahulu. Sekiranya ia tidak bersetuju (kepalanya akan bergerak ke satu arah), anda perlu teruskan perjalanan…. atau ia akan menyumpah keluarga anda!




THE SHINING (1980)
Ilham: Hotel Stanley

Pada tahun 1977, Stephen King telah menerbitkan sebuah novel bertajuk “The Shining” – tentang seorang bapa yang telah membawa keluarganya tinggal di sebuah hotel pada musim ribut salji kerana bertanggungjawab untuk menjaga hotel tersebut sementara ia diberhentikan buat sementara waktu. Pada tahun 1980, Stanley Kubrick telah membeli hak untuk menghasilkan sebuah filem dan menjadi antara filem seram paling diingati di Hollywood.

King telah menghasilkan novelnya berdasarkan pengalamannya sendiri tinggal di sebuah hotel yang bernama Hotel Stanley. Ia merupakan sebuah hotel yang dibina oleh Freelan O. Stanley pada tahun 1909 dengan 138 bilik di Estes Park, Colorado. Ramai orang terkenal yang telah menginap di hotel ini, termasuk Margaret Brown, John Philip Sousa, Theodore Roosevelt, Maharaja Jepun dan personaliti Hollywood yang lain sebelum ia mula dikenali sebagai hotel yang berhantu,.

Sekitar Halloween 1974, King dan isterinya Tabitha memutuskan untuk pergi bercuti di Hotel Stanley dan telah ditempatkan di bilik 217 yang dikatakan berhantu. Pada malam pertama mereka di sana, King bermimpi anak lelakinya berlari di sepanjang koridor hotel, memandang ke belakang dengan mata yang terbeliak sambil menjerit kerana dikejar hos bomba. Hal itu akhirnya dijadikan satu daripada babak novel dan filem “The Shining”.




DRACULA (1892/1997)
Ilham: Vlad the Impaler

Seorang lagi penulis terkenal, Bram Stoker telah menghasilkan sebuah novel pada tahun 1897 dan diberi judul “Dracula” – tentang seekor pontianak ikonik yang bernama Count Dracula. Novel tersebut kemudiannya telah diadaptasi berkali-kali menjadi sebuah filem termasuk pada tahun 1992 dan dilakonkan oleh Gary Oldman.

Stoker sebenarnya menghasilkan Dracula berdasarkan sejarah seorang putera Wallachia bernama Vlad III atau Vlad Dracul. Vlad III merupakan pemerintah pada tahun 1456 – 1463 dan menghabiskan masanya melawan dan cuba menakluk Empayar Uthmaniyah.Dalam pertempuran, dikatakan Vlad akan menangkap musuhnya dan menusuk mereka dengan kayu pancang. Tekniknya yang kejam itu memberikan reputasi kepadanya sebagai seorang pemimpin yang ganas (sekaligus gelaran The Impaler). Pada tahun 1459, Sultan Mehmed II dari Empayar Uthmaniyah berjaya menakluk Wallachia. Vlad berjaya melarikan diri dan membunuh lebih ramai tentera Turki dalam pelariannya.




THE EXORCIST (1973)
Ilham: Kes Rasuk 1949

“The Exorcist” merupakan filem adaptasi karya William Peter Blatty yang diterbitkan pada tahun 1971 dan diarahkan oleh William Friedkin. Terkenal dengan kisah seorang budak perempuan yang telah dirasuki syaitan dan menjadi filem seram ikonik Hollywood, ia dikatakan telah diilhamkan daripada sebuah kes rasuk pada akhir tahun 40-an.

Pada 20 Ogos 1949, akhbar Washington Post telah menerbitkan satu artikel yang berjudul “Paderi Membebaskan Budak Lelaki Mt. Rainier yang Dirasuki Syaitan”. Ia melaporkan tentang seorang budak lelaki dari Maryland yang telah diselamatkan oleh seorang paderi Katolik melalui upacara menghalau syaitan. Beberapa siri artikel telah diterbitkan tentang kejadian tersebut tidak lama kemudian. 


Lagi Kisah Benar Disebalik Filem Seram Hollywood

50 comments:

  1. buatpe komen..admin bukannya reply pun..

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak komen gak kan admin.. ko tapau je dia kat FB konfem dia komen

      Delete
  2. 13 ghost x tsenarai ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bwu ak cd nk komen 13 ghost.. Lg best

      Delete
  3. exorcist emily rose ar bahlol..menipu je keje ko..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nampak sangat ko ni budak lagi.. Pegi carik cite exorcist tu, kompem ko terkincit.

      Delete
    2. betul tu BaBy DoLL ApaCHE 13:54

      Delete
    3. btul cari yg original punya exorcist kompom tak berani tido sorng....yg emely tu tgk wat gapo...tu yg byk versi dah

      Delete
  4. citer Child's Play (chucky) je yg sye tau.. tajuk Exorcist tu cam penah dgr... tpi x pernah tg0wk...

    ReplyDelete
  5. ko idop br stahon jagong pndai nk ckp org mnipu.. nk pangkah org wat r research dlu.. nmpk sgt ko ney bdak2

    ReplyDelete
  6. exorcist emily yg baru la bodoh......still ingat lagi linda blair yg belakon jadi budak yg kena rasuk tu.....bodh punya budak...nak menyampok je...wat malu je....bodo bodo double bodoh.....wakakaka...

    ReplyDelete
  7. Korang sume bodoh bahLOL :)

    ReplyDelete
  8. Baca mengenai cerita hantu, semua dah terasuk dgn bahasa2 yang sungguh kurang sopan! Mana budi bahasa timur! TERCEMAR. Tak tahu berbhs jangan melayari blog ini!

    ReplyDelete
  9. admin post pasal citer hantu pon nak bergaduh...da tak ade tempat lain ke nak tunjuk bagus??

    ReplyDelete
  10. Ntah..bodoh betul diorang ni pasal antu pun nak gaduj

    ReplyDelete
  11. lagi lama baca komen dr citer....huhuhuhuu

    ReplyDelete
  12. Terbaik laa....

    ReplyDelete
  13. bodoh macam hantu!!!

    ReplyDelete
  14. all about "bodoh"

    ReplyDelete
  15. Org yg kate kt org bodoh la sbnarnya BODOH....

    ReplyDelete
  16. kepala bapak oranglah nak gaduh pun..

    ReplyDelete
  17. bestnya..kisah hantu yg diselitkan entri pergaduhan

    ReplyDelete
  18. Dua movie drpd diatas je tak tgk lg..the shining dgn natural born to killers..klu admin boh entry psl pengarah dpt ilham dri mana ceta paranormal activity pun best jgk..suka ceta tu..x pyh tunjuk muka hantu tu mcmna pun dah buat ceta tu seram. Tak yah nak make up jd hantu muka terok2..hehe

    ReplyDelete
  19. Gler la.. Blog nie ltk la cter pape pn.. Kompem ad komen gadoh2.. Dh mcm pe je.. Kes cter antu pn nk gadoh.. Antu btoi kome nie.. Hahahaa

    ReplyDelete
  20. smua aq dah tgok satu jer blom,natural born to killers pas ni nak p cari kat itnet.....

    ReplyDelete
  21. smua aq dah tgok satu jer blom,natural born to killers pas ni nak p cari kat itnet.....

    ReplyDelete
  22. smua aq dah tgok satu jer blom,natural born to killers pas ni nak p cari kat itnet.....

    ReplyDelete
  23. hantu kak limah9 November 2012 20:13

    sokonglah cerita saya

    ReplyDelete
  24. Mcm bdk2..bgadoh psal citer antu je..mcm2 prangai

    ReplyDelete
  25. Pangai da mcm hantu..lg truk dr hantu..nk gado wtpe..chillex da la..cool!!!

    ReplyDelete
  26. x moo hangpa suma lembu

    ReplyDelete
  27. WOI HANTU PUKI KORANG LG SHEERRRAMMMM SHIIIAL!!!!!!!!

    ReplyDelete
  28. Natural Born Killer tu best...korang tengok la kekejaman c pembunuh tu.awek dia pun kejam sama.

    Exorcism pelakon Linda blair tu ada part 1,part 2 dan part 3...semua seram giller...part dia muntah hijau tu best haha.

    the hills have eyes pun buat jantung tak berenti berdebar...kejam sangat penduduk kat gurun tu...muka pun burukkk la sangat.

    wayang chucky tu jangan la bagi anak2 tengok..sian dorang nanti takut dengan anak patung..mengigau malam2 haha

    drakula tu...rasanya time budak2 aku ada tengok...wayang hitam putih...boring ler...haha...

    the shinning x penah tengok..erm...mau cari la...dari novel stephen kings...mesti best tu...aku minat maca novel stephen kings.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mcm mana nak cari cerita natural born killer....mesti best....

      exorcims mmg best part 1 plg seram...tgk yg tu pun dah tak sgup tgk part 2 dan 3

      drakula dulu kala punya tak syok...drakula la best hehehe robert patison

      Delete
  29. Knp komen semua mgarut.guna la ayt yg baik.

    ReplyDelete
  30. Knp komen semua mgarut.guna la ayt yg baik.

    ReplyDelete
  31. lm senarai ats uh cma 3 filem ja xtngk lg termasuk dracula..cz aq benci cite hantu cm uh..xtakt lngsng..

    ReplyDelete
  32. aku penah tengok citer child's play 1,2,3, bride of chucky, dan seed of chucky, suma aq da tengok. the exorcist 1,2,3 aq da tgok, bermakna citer exorcist ni sume aq da tgok. KAU ADA?? HAHA BUDAK KUNO! antara dua citer ni aq rasa cite child's play agi best, citer exorcist seram tapi citer dia lembab x bnyk scene sram pon (bosan)..

    ReplyDelete
  33. aku suka tengok citer seram...chucky child's play 1 dh tengok yg 2,3 xtengok lg...chucky aku tengok mmg citer seram giler...dracula pn dh tengok...yg len tuaku lom tengok lg tp nk try gak tengok citer tu...wat ms ni citer hantu hollywood aku dh lyn 13 ghost, bestla gak mmg seram...wrong turn pn seram gak tp aku dh tengok yg 1, dan 2 jer...aku rs wrong turn 2 lg best...tp klu tengok citer seram ni aku mesti tengok waktu siang mlm aku takut xleh tidor jer heheheh

    ReplyDelete
  34. Admin cm sial

    ReplyDelete
  35. sume citer horror besh.......
    citer WRONG TURN paling besh........
    paling besh dalam dunia....
    pembunuhan orang2 x bersalah paling kejam......
    pastu makan orang tu........
    bapak sedap.......


    ReplyDelete
  36. info robert the doll salah....

    ReplyDelete
  37. kalau nak baca cite ROBERT THE DOLL(CHILD'S PLAY) bukaweb ni. http://thehorrortree.blogspot.com/2012/06/robert-doll.html

    ReplyDelete

  38. I'm really impressed with your writing skills and also with the layout on your weblog. Is this a paid theme or did you just modify it yourself ? Either way keep up the nice quality writing, it's rare to see a great blog like this one today.


    Feel free to surf my site
    :

    Ashafeeq Network dot kom dot mai

    ReplyDelete
  39. film holywood memang selalu terihayati

    ReplyDelete

Penpatah.blogspot tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri