Koleksi 5 Tips Jika Tayar Kereta Terkena Paku Atau Pancit
Home » » Koleksi 5 Tips Jika Tayar Kereta Terkena Paku Atau Pancit

Koleksi 5 Tips Jika Tayar Kereta Terkena Paku Atau Pancit

14 Comments


Terkadang kita tidak dapat lari daripada situasi kereta kita pancit, terkena paku dan sebagainya. Maka jangan panik dan jangan memikirkan perkara yang bukan-bukan..dah sampai masanya dia nak terkena paku pun bergitu unsur di khianati juga tidak mustahil.

Yang terpenting, sentiasa berwaspada dan praktikkan semasa troubleshooting jika terkena paku ini mungkin sedikit tips dibawah ini dapat membantu anda :

1. Jika anda merasa keadaan kenderaan anda berbeza akibat tayar kurang angin dan pancit, (biasa kenderan anda berasa berat sebelah) jangan terus berhenti. Perlahankan keadaan anda secara perlahan-lahan sambil berjalan sedikit menepi. Perhatikan cermin sisi kanan, kiri dan belakang. Amati jika ada orang yang mengekorinya atau cuba memberitahu bahawa tayar anda bermasalah

2. Cari tempat-tempat yang umum dan ramai orang dan sekiranya mereka boleh membantu anda jika berlaku rompakan. Contohnya: Balai Polis, Hotel, Hotel, Restoran, Cafe, Mall, dan tempat ramai lain. Setelah sampai di lokasi ramai, jangan terus turun dari kereta. Amati dulu keadaan sekitar sekitar 2-3 minit. Setelah itu perhatikan barang-barang berharga anda seperti HP, dompet, wang, laptop dan sebagainya letakkan di tempat yang selamat dan sentiasa diawasi.

3. Jika dirasakan keadaan sekitar adalah selamat, turun dan amati apa yang salah pada keadaan tayar. Jangan memeriksa tayar hanya dengan melihat dari jarak jauh saja. Dikhuatiri apabila anda menbongkok dan mengamati tayar, perompak atau penyamun terus menghampiri anda.

4. Hubungi kedai tayar / perkhidmatan servis tampal tayar untuk membantu menampal tayar. Jangan menampal tayar jika tak ada orang yang membantu anda. Sekiranya anda memanggil pekerja kedai tayar datang, tunggu saja di dalam kereta sambil mengawasi keadaan sekitar anda.

5. Kalau tak membolehkan untuk memanggil pekerja kedai tayar, cuba hubungi teman yang rapat yang mana boleh membantu anda. Jika dirasa tak ada yang membantu, kereta / motor boleh diletakan di lokasi yang sesuai.

Selain 5 troubleshooting jika tayar pancit atau terkena paku, ada tindakan pencegahan yang boleh dilakukan semasa memandu.

Pertama, simpan nombor-nombor penting seperti Polis, tukang servis / kedai tayar, kekawan dan ambulance. Setelah disimpan, buat panggilan cepat agar apabila diperlukan anda boleh terus menekan butang kecemasan.

Kedua, siapkan peralatan yang diperlukan. Seperti spanar, jet kereta dan pastikan tayar gantian anda didalam keadaan yang sempurna.

Ketiga, sentiasa membuat pemeriksaan keadaan tayar dan angin yang disyorkan pada kereta anda. Jika tayar bermasalah, lebih baik ianya terus diganti dengan tayar baru. Yang terpenting adalah jangan panik dan terus berhenti di tengah jalan. Ingat, keselamatan anda adalah yang terutama.


Jika anda suka artikel ini, jangan lupa sertakan kami dengan copy salah satu link di bawah ^_^

Kopi link post yang comel ini ^_^



Kalau nak dalam bentuk HTML, kopi saya lak ^_^

14 comments:

  1. yg peling penting pastikan tayar anda berbentuk bulat bukan tigasegi

    ReplyDelete
  2. nasib baik tayar tu tigasegi,klu tayar tu lonjong mcm telor daineso haaah acanetu johan???/////wakakaka

    ReplyDelete
  3. ni tips mengelakkan tayar dri dirompak

    ReplyDelete
  4. tu mmbuktikan bahawa begitu amannya malaysia.. kalau dulu2, ada yg turun membantu, tapi sekarang, turun merompak

    ReplyDelete
  5. okay , tengs !!

    ReplyDelete
  6. aku naik unta x pakai tayar

    ReplyDelete
  7. kalau hal2 yg tak elok..korang duk maki admin...kalu tips yg btul2 beguna...korang sindir plak...melawak bagai..manusia sekarang..btw..thanks for the info.. :)

    ReplyDelete
  8. Thx Admin , saya banayk mendapat ilmu disini ^_^

    ReplyDelete
  9. info bagus... tapi pastikan angin tayar spare juga berkedaan baik .. hehehe

    ReplyDelete
  10. tips ni boleh guna untuk tayar meletop x admin? btw, saya mmg suka tanya soalan bodoh

    ReplyDelete

Penpatah.blogspot tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri