Menyentuh isu struktur dan seni bina, kita tidak dapat lari daripada membicarakan mengenai tujuh perkara ajaib di dunia. Bagaimanapun, mungkin tidak ramai daripada kita yang sedar, negara kita juga mempunyai tujuh seni bina ‘ajaib’. Sebenarnya artikel ini tidak merujuk mana-mana pengiktirafan, akan tetapi ia adalah antara binaan yang luar biasa terdapat di Malaysia. Selain itu mungkin terlalu jauh untuk kita bandingkan dengan tujuh keajaiban yang terkenal di dunia, tetapi sebagai sebuah negara yang masih muda, Malaysia patut berbangga kerana mempunyai struktur-struktur binaan yang menakjubkan.
Antara tujuh struktur binaan yang boleh dikategorikan sebagai sesuatu yang menakjubkan di negara ini ialah:
1. Menara berkembar Petronas (KLCC)
2. Menara KL
3. Putrajaya
4. Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)
5. Jambatan Pulau Pinang
6. Bangunan Sultan Abdul Samad
7. Menara condong Teluk Intan
1.Menara berkembar Petronas (KLCC)
Apa: Bangunan berkembar yang menjadi salah satu daripada kebanggaan rakyat Malaysia ini memuatkan pejabat dan juga pusat membeli belah tumpuan ramai.
Kedudukan: Di tengah bandar raya Kuala Lumpur
Fakta: Bangunan ini direka bentuk oleh Ceasar Pelli, hasil ilham dari bentuk geometri Islam. Bangunan ini diperbuat daripada konkrit, besi dan kaca. Bangunan setinggi 452 meter ini merupakan bangunan kembar tertinggi di dunia dengan 88 tingkat bagi setiap bangunan. Bangunan ini disambung di tengahnya oleh sebuah jambatan.
Menakjubkan: Menara berkembar ini dilengkapi dengan 32,000 buah tingkap, 29 buah lif laju dan 10 buah tangga bergerak di setiap bangunan.
2.Putrajaya
Apa: Pusat pentadbiran kerajaan bercirikan bandar dalam taman dan bandar pintar
Kedudukan: Meliputi kawasan seluas 4,581 hektar di Prang Besar, Sepang, Selangor.
Fakta: Mula dibina pada 16 April 1995. Fasa pertama pembinaannya termasuk Pejabat Perdana Menteri siap pada tahun 2000. Pembinaan Putrajaya dijangka siap sepenuhnya dalam jangka masa 15 tahun bermula tahun pembinaanya pada 1996. Kawasan ini dibahagikan kepada dua kawasan utama iaitu kawasan pusat dan kawasan persekitaran. Kedua-dua kawasan ini dipisahkan oleh sebuah tasik besar. Kawasan pusat menempatkan pejabat-pejabat kerajaan yang dibahagikan kepada lima prisin iaitu prisin kerajaan, komersial, sivik dan kebudayaan, pembangunan bercampur dan sukan serta rekreasi. Kawasan persekitaran pula mempunyai 14 kawasan perumahan.
Menakjubkan: Apabila siap sepenuhnya, Putrajaya dijangka akan mempunyai 67,000 buah rumah di sekitarnya dengan populasi 330,000 orang.
3.Menara Kuala Lumpur
Apa: Menara keempat tertinggi dunia dan yang tertinggi di Asia Tenggara
Kedudukan: Bukit Nanas, Kuala Lumpur
Fakta: Menara Kuala Lumpur yang mengambil masa pembinaan empat tahun bermula pada 1992 ini direka bentuk khusus supaya dapat menahan kelajuan dan tekanan angin sehingga 144.5 km sejam. Berat keseluruhan menara konkrit ini ialah 100,000 tan dengan ketinggian 421 meter. Ia dibina menggunakan 45,000 meter padu konkrit kukuh dan 1,300 struktur keluli. Menara ini mempunyai 2,058 anak tangga.
Menakjubkan: Lif di bangunan ini mempunyai kelajuan sehingga 9.6 km/saat dan ia mampu sampai ke menara dalam masa kurang daripada seminit iaitu lebih kurang 54 saat.
4.KLIA
Apa: Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ini adalah antara lapangan terbang terbesar dan termaju di dunia.
Kedudukan: Kira-kira 50 kilometer di selatan Kuala Lumpur dan meliputi kawasan seluas 10,000 hektar.
Fakta: KLIA yang disiapkan dalam jangka masa yang singkat iaitu empat setengah tahun ini melibatkan 25,000 tenaga kerja dengan kos RM13.3 bilion. Lapangan terbang ini mempunyai 46 pintu jejantas aero, dua landasan tercanggih dan 106 stesen kapal terbang berbanding Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah yang mempunyai hanya 14 jejantas aero dan 44 stesen kapal terbang. Dinding bangunan KLIA bukan diperbuat daripada batu bata seperti sebelum ini, sebaliknya daripada besi geometri yang menampung kaca bagi membolehkan pemandangan dapat dilihat dari luar tanpa sebarang gangguan.
Menakjubkan: Terdapat kira-kira 1,300 kamera televisyen keselamatan di seluruh lapangan terbang ini.
5.Menara Condong Teluk Intan
Apa: Menara jam yang dibina oleh seorang kontraktor, Leong Chonn Chong pada tahun 1885 dengan tujuan asal menyimpan air.
Kedudukan: Di tengah-tengah bandar Teluk Intan, Perak.
Fakta: Bentuknya seperti sebuah pagoda. Dari luar ternampak seolah-olah menara ini adalah bangunan lapan tingkat, tetapi sebenarnya hanya terdapat tiga tingkat sahaja. Di tingkat atas sekali terletak tangki air yang boleh memuatkan 19.26 meter padu air. Ketika dibina pada tahun 1885, ia dikenali sebagai Jam Tinggi kerana memiliki sebuah jam yang masih berperanan sehingga kini. Bagaimanapun, apabila bangunan ini telah condong sedikit ke arah barat laut, ia mula dikenali sebagai Menara Condong. Bangunan ini memiliki 110 anak tangga yang menghubungkan setiap aras yang tingginya 4.6 meter. Struktur bangunan ini dibuat daripada batu dan kayu dan setiap tingkat dilengkap dengan lorong jalan kaki. Lapisan bawah bangunan ini berukuran garis pusat 12.9 meter 43 kaki dan menguncup ke atas 8.1 meter.
Menakjubkan: Kerana keunikannya, Menara Condong Teluk Intan ini juga dikenali sebagai Menara Condong kedua di dunia selepas Menara Pissa di Itali.
6.Jambatan Pulau Pinang
Apa: Sebuah jambatan yang menghubungkan tanah besar semenanjung dengan Pulau Pinang. Jambatan ini merupakan salah satu mercu tanda kebanggaan negara dan merupakan salah satu daripada jambatan yang terpanjang di Asia.
Kedudukan: Antara Pulau Pinang dan Seberang Perai.
Fakta: Hasrat untuk membina jambatan sepanjang 13.5 km ini telah mula diilhamkan sejak tahun 1971 lagi. Setelah beberapa rundingan dilakukan, jambatan yang mula dibina pada 1982 dengan kos RM850 juta ini menjadi kenyataan pada September 1987. Pembinaanya dilakukan oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia. Rentang utamanya sepanjang 225 meter dibina menggunakan kaedah cable stayed girder. Lokasi tertingginya dari paras laut ialah 32 meter. Jambatan ini dibina dengan empat lorong dan dilebarkan kepada enam lorong di bahagian rentang utamanya. Jambatan ini mempunyai dua buah persimpangan bertingkat dan sebuah tol plaza.
Menakjubkan: Jambatan ini boleh menampung 100,000 kenderaan sehari.
7.Bangunan Sultan Abdul Samad
Apa: Bangunan utama yang didirikan di Kuala Lumpur yang ketika itu hanya mempunyai rumah-rumah kedai yang kecil. Bangunan ini kini menempatkan Mahkamah Persekutuan Malaysia, Mahkamah Rayuan dan Bahagian Jenayah Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Kedudukan: Jalan Raja, Kuala Lumpur
Fakta: Bangunan ini meliputi dua bangunan berkembar dengan ketinggian 17.1 meter dan meliputi 10,200 meter persegi. Pembinaannya mengambil sempena nama Sultan Selangor keempat iaitu Sultan Abdul Samad yang memerintah ketika itu (1859 – 1898). Bangunan ini dilengkapi dengan menara berkubah tembaga dan mempunyai menara jam setinggi 130 meter.
Menakjubkan: Sebuah kilang telah diwujudkan khusus bagi membekalkan empat juta bata merah dan juga bahan-bahan pembinaan lain seperti kayu, simen, batu kapur, tembaga dan besi untuk membina bangunan ini.
Lagi Fakta Keajaiban di Malaysia di sini
Jika anda suka artikel ini, jangan lupa sertakan kami dengan copy salah satu link di bawah ^_^
Kopi link post yang comel ini ^_^
Kalau nak dalam bentuk HTML, kopi saya lak ^_^






Tun M byk beri sumbangan
ReplyDeletekenapa tak letak gambar sekali?
ReplyDeletekn best jgk tngok info nie klu dsrtakn dgn foto skali..
ReplyDeleteBanguna Sultan Abdul Samad dan Menara Teluk Intan .....Yang lain tu biasa....
ReplyDeleteBanguan Sultan Abdul Samad dgn Menara Teluk Intan merupakan teknologi orang lama. Patut dibanggakan.
ReplyDeleteYang lain teknologi moden yg juga kita sebagai rakyat Malaysia patut banggakan
Saya bangga anak malaysia : ) .
ReplyDelete7 ? aku pon tak tau lah apa kriteria yg digunakan utk mengatakan keajaipan. memang ajaib lah klu putrajaya KLCC pon dikatakan AJAIB !hahahaahahha
ReplyDeleteklcc kn tmpt shopping je byk..ajaib ke???
ReplyDeleteRUMAH TERBALIK DI SABAH XDE KE???????
ReplyDeleteWahhh... KLCC xde la ajaib mana kot tapi senibinanya yg nampak unik... x prnah gi lagi 3 tempat...:(
ReplyDeletemeh2 dtg tluk intan na
ReplyDeletebanyak statement yg mngelirukan.. nk copy & paste pun, lain kali buat homework dulu...sbb bende ni fakta, bukannya cerita dongeng...
ReplyDeletefakta no 3 salah
ReplyDeleteitem no.3. kelajuan lift impossible 9.6km/saat..probably 9.6 meter/saat..kalau betul pn, belum sempat sekelip mata lift tu da bawa kita terbang..
ReplyDeletemoh kome ke tluk intan...
ReplyDeleteajaib ke?aq tgk biase je x pelik pn
ReplyDeletebeberapa nya datang dari idea Tun Dr. Mahathir Mohamad..
ReplyDeletejasa beliau amat dikenang
Terbaik!!
ReplyDeleteㄇ_ㄇ
tun m da best tanpa tun malaysia tidak akn dikenali di mata dunia..
ReplyDeletewow menara KL gerak 9.6km/saat??
ReplyDeletelagi laju dari kelajuan bunyi tuuuu =.=
9.6km/jam sebenarnya... admin sengal sbb main copy & paste jer...
Deletemenara KL punya lif
ReplyDeletekalau x pernah naik jgn nk ckpbnyk sgt
ReplyDeleteSemua Tempat yg Tersenarai Sememangnya Teruja Bila pertama kali menjejak kan kaki...Sesunggunnya Sungguh Indah..Banganya Lahir Di MALAYSIA
ReplyDeletesalah semua ni. yang paling ajaib dalam malaysia ialah:
ReplyDelete1: genting highland sebagai pusat judi, yang kononnya malaysia negara islam.
2: kelantan tak dapat royalti petroleum, sedangkan korek minyak kat kelantan.
3: pahang selalu terputus bekalan air, sedangkan dia nak bekalkan air kat selangor.
seterusnya sila tambah.....
mantaqwa
Lu sembg lbih je bro..sume kbrkn lu nmpk..lu ni sng kata mcm anjing je sbnrnye..nyalak kot jauh je brani..kalau nk politik sgt,g mntk jd wakil parti ko wktu plhnraya nnti..stkt komen dlm ni,ape la sgt.xde mknanya pun..
DeleteSorry seems to be the hardest words..
Toilet rumah najib lagi ajaib...
ReplyDeletemanusia xpernah puas..tahu mengutuk & mencela.. bukan sama2x nk agung negara sendiri.. Syukur la kita semua still lg boleh makan minum dgn baik..d buatny negara kita kena ribut sandy ke, hari2x ad org baling bom ke..baru tahu betapa bertuahnya kita duk negara ni..
ReplyDelete#tengokakudamengarutntahapeapedani#
banyak bangunan dibina tetapi masjid??
ReplyDeletesokog 3 pkara paling unit tu.hahaha.
ReplyDeletelif menara kl 9.6km/saat? lepas diterangkan lagi bole smpai hanya ambil masa 54saat...cuba korang kira 9.6km X 54saat = 518.4km....mak ai...tingginyeeeee!!
ReplyDeleteMenajubkan ? That's just little .
ReplyDeleteBangga aku jadi org teluk intan ni.hehe
ReplyDeleteVisit ceritakedaiaku.blogspot.com at google
ReplyDeletethank you
Knpe xwt lif dri selangor g ganu?
ReplyDeleteHnya sejam dh smpai.mcm 2?
Hahaha
bangge jd anak Perak..hehehe
ReplyDeleteMenara kL ada maksud tersirat...pk2 dulu.kalu aku malu..
ReplyDeletekelantan best sebab ade patung buddha yg paling besar kat asia tenggara ni .. gempakkkk
ReplyDeleteTambhn kepada admin, komtar di pulau pinang
ReplyDeleteKt sabah ada pasar pilipine hahahaha
ReplyDeletehah kelantan mintak royalti utk minyak lintah ke xD
ReplyDeleteore kelate mace hare jadoh. Jual puki ngato cerok ;)
ReplyDeleteape pun nak jadi..jadi la....janji rakyat Malaysia kene berterima kasih kepada Tun M, sbb die lah..Malaysia di kenali di seluruh dunia
ReplyDeletefakta yang paling xmasuk akal!!!
ReplyDelete"Lif di bangunan ini mempunyai kelajuan sehingga 9.6 km/saat dan ia mampu sampai ke menara dalam masa kurang daripada seminit iaitu lebih kurang 54 saat."
9.6km/saat???
kalaw 54saat => 54saat X 9.6km = 518.4km
maknanya tinggi KL Tower = Pinang -> Johor
Admin x habis skolah ye????
Apabila setiap hari lalu depan Menara Condong Teluk Intan, dah x perasan bahawa menara itu condong.....
ReplyDeletesmua fakta tu x tepat..yg paling ajaib ialah keberanian anak teruna msia buat anak merata2 n anak dara msia buang ank merata2
ReplyDeletebetul 2 dak atas.wakakakaka wei admin. Masjid kristal dan masjid terapung d terenganu x ada masuk dlm senarai ke?
ReplyDeleteterrrrbaikkkkk!!!
ReplyDeletePELIK:Pertandingan Masturbasi Di China!
LAWAK:RITUAL MANDI BUNGA DI AFRIKA!
SADIS:EKSPERIMEN MENYIKSA TIKUS!
7 keajaiban indonesia :
ReplyDelete- candi borobudur, jawa tengah.
- patung garuda wisnu kencana, bali.
- masjid istiqlal, jakarta.
- pulau komodo, nusa tenggara.
- candi prambanan, jawa tengah.
- stadion gelora bung karno, jakarta
- kepulauan raja ampat, papua.
kicap nak?
ReplyDeleteAda lagi satu kot keajaiban kt malaysia yg tercicir..Library kt Universiti teknologi petronas..Cantik woo...
ReplyDeletex ajaib pun...
ReplyDeleteMalaysia ada bayk lagi yg wonders... wonders patut bukan dibina dizaman modern.
ReplyDelete