Shila Amzah SAH Akan Mula Terus Bertudung
Home » » Shila Amzah SAH Akan Mula Terus Bertudung

Shila Amzah SAH Akan Mula Terus Bertudung

8 Aug 2012 26 Comments

KUALA LUMPUR – Penyanyi terkenal, Nur Shila Amir Amzah, 22 atau mesra dipanggil Shila Amzah hari ini berkata yang dirinya telah berhijrah dan akan terus mengekalkan imej bertudung.
Beliau berkata, gambar-gambar dirinya yang bertudung yang banyak tersebar di media sosial kini adalah imejnya yang terkini dan bukan ‘eksperimen’ cara bertudung atau sebagainya.

“Alhamdulillah, Shila jadikan bulan Ramadhan ini sebagai permulaan penghijrahan dan insyallah Shila akan terus bertudung,” jelasnya sewaktu dihubungi MyNewsHub di sini hari ini.

Pengesahan itu penting apabila ada peminat Shila yang kerap kali mempersoalkan di laman sosial Twitter adakah identiti bertudung itu hanya sementara atau akan kekal.
Ramai peminat berasa teruja lantaran melihat imej terbaru Shila sejak bermula bulan Ramadhan, kira-kira dua minggu lalu.

Jika kita lihat pada akaun Twitter Shila, tidak kira sama ada gambar profil mahupun setiap gambar yang dimuat naik olehnya, pasti dia mengekalkan imej bertudung.
Penyanyi yang popular dengan lagu Patah Seribu turut menghargai para peminat yang menyokong dan mendoakan supaya dia terus mengekalkan imej bertudung.

Memfokuskan beribadat pada bulan Ramadhan, Shila juga menyertai beberapa majlis amal seperti program berbuka puasa, bersahur bersama peminat dan pelbagai lagi.
Selain itu, anak kepada penyan turut menjayakan beberapa rakaman bagi program yang bakal disiarkan pada Syawal akan datang.

Apabila ditanya berkenaan status perhubungan bersama Sharnaaz Ahmad serta niat untuk melayari bahtera perkahwinan, dia lebih gemar untuk tidak memberi sebarang kenyataan.
“Macam tak manis pula bila pihak wanita yang bercakapkan pasal isu ni.

” Shila rasa soal perkahwinan tu elok ditanya pada Sharnaaz,” ujar Shila dalam nada gembira.
Semoga ada berita gembira yang akan hadir kepada peminat-peminat Shila yang sudah sekian lama menanti.


Lagi Gambar Shila Amzah Di Sini

26 comments:

  1. Kalau kau start menyanyi dulu pakai tudung, mesti tak berapa laku kan. Skrg konon insaf. Ptui...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan hina org nak berubah ke arah kebaikan.

      Delete
    2. 2 cra pmikiran org yg bodoh,owg da brubah pon nk mngata lg,

      Delete
    3. Doakan...

      Delete
  2. mieya usheraf8 August 2012 17:43

    subhanallah.. cantik ciptaan ALLAH niyhh..
    alhamdulillah..

    ReplyDelete
  3. Lebih baik berubah ke arah kebaikan bkn dr dari baik kpd keburukn.tahniah shila amzah.syukur kpd Allah kpd shila sudah bertaubat.

    ReplyDelete
  4. biase la tu nk publisiti...bukan nk menghina...nk berubah tak payah nk heboh2 satu Malaysia. senyap2 je sudeh...

    ReplyDelete
  5. alah...kalau dye diam pown msti akn heboh jgak....

    ReplyDelete
  6. Bukan dia diam ke?? Byk pic yg dia muat turun lately ni sume bertudung.. Then peminat yg dok tanya2,la ni bru la dia sahkan yg die mmg da berhijrah..adoyai..

    ReplyDelete
  7. dh dia artis..x heboh pon org ckp heboh..jgn asyk -ve je pd org lain,renung diri sendiri,sempurnakah?lebih baik doakan shila istiqamah dgn penghijrahan dia..

    ReplyDelete
  8. Orang nak berubah, tapi nak mengata lahh mengutuk lahh orang tu. Tak baik tau takk!

    ReplyDelete
  9. bgus la dah brtudung..lps ni hijrah pd pemakaian tudubg mengikut Islam pulak yer ;)

    ReplyDelete
  10. terbaek..jangan atas tutup bawah terbuka macam ku sudah..selalu naik moto g keja nampak betis..suar legging suma abis koyak..nipis sangat...hahahahahahahahahaha..kena buat penghijrahan yang betul2 pasni..

    ReplyDelete
  11. Ade 4 kisah anak,ayah dan unta..
    1-anak naik unta n ayh dibawah (bodoe lah ayh penat aje jalan)
    2-ayah naik unta n ank dibawah ( bodoe punya ayh tadea haty perut)
    3-anak dan ayh naik unta (org akn ckp bodoe ape ta kesian kt unta)
    4- ayh dan ank dibawah (dah ade unta tanak naik pulak)

    *manusia ini serba takena..fikir fikir dan selamat beramal..:)

    ReplyDelete
  12. Alhamdulillah shila,setiap org pernah melakukkan dosa,syukur kepada Allah?

    ReplyDelete
  13. Alhamdulillah..ok la tu..Imej bertudung pun boleh menang anugerah antarabangsa..ni menunjukkan peminat masakini locally and abroad bukan hanya memandang pada yg seksi-seksa tapi pada vokal dan kemerduan suara..

    ReplyDelete
  14. Hmmm okelah dah pakai tudung tuh , just jaga aurat . Suruh adik kshila pkai tdung gak =.= tayang rambut sana sini tui

    ReplyDelete
  15. lagi cantik pakai tudung...harap2 berkekalan smpai bila2

    ReplyDelete
  16. Bertudung pun nak kecoh ker.. Macam bende baru plak nak kecoh2...

    ReplyDelete
  17. lebih manis dipandang jika orang itu bertudung.

    ReplyDelete
  18. Bodo ke ap.. Nk bertudung pn kne ad sah.. Ingt nk kwen ke sah atau x... Pkai jela.. Wlaupn sbnrnye x wajib pkai tudung. Tpi wajib tutup aurat

    ReplyDelete
  19. siapa yg nak -ve thinking tu biarlah.. Tpi ingat, jika comment kamu itu salah, ia boleh dikirakan sebagai fitnah..dan fitnah itu dosa besar.. Alhamdulillah saya katakan. Akhirnya shila trbuka hati untuk memakai tudung :)

    ReplyDelete
  20. bertudung ka tak bertudung ka.. kalau dah tinngal di MALAYSIA ni.. semua jadi isu.. isu neraka la.. isu dosa la... yang bertudung ckp ayu, muslimah, bakal isteri, halang dosa.. yang tak bertudung kena maki hamun, neraka, etc etc..
    SEBAB?? MALAYSIAN!! hahaha...

    ReplyDelete
  21. kita jangan suka2 mengaibkan orang. seeloknya doakan moga penghijrahan dia berkekalan dan menjadi semakin baik dari masa ke semasa. selebihnya antara dia dengan Allah S.W.T. Siapa yang mencela itu seelok2nya muhasabah diri anda.

    ReplyDelete
  22. anak pineng1 May 2013 03:35

    lawa laa shila luv uuuuu :3

    ReplyDelete

Penpatah.blogspot tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri