Soal Hati – 14 Tips Mencari Isteri Cantik
Home » , , » Soal Hati – 14 Tips Mencari Isteri Cantik

Soal Hati – 14 Tips Mencari Isteri Cantik

23 Comments

Dalam video ceramah Ustaz Azhar ni pun ada bagitahu tips cari jodoh. Walaupun ‘mata yang belum berisi pengalaman’ itu tertarik pada rupa yang cantik, sebenarnya jodoh bagi hati adalah hati juga, bukannya rupa. Maksudnya pada akhirnya gadis yang hatinya paling suci sesuci hatinyalah yang dipilih oleh teruna untuk dikahwini




Berikut adalah petua-petua sekiranya anda ingin memilih gadis jelita menjadi isteri anda:


1. Elakkan Dari Berkawan Dengannya
Dengan merapati dan berkawan dengan si gadis, kecantikan hati ini sebenarnya sukar untuk dinilai oleh lelaki. Selalunya yang dilihat semuanya ‘baik, sopan dan elok’ apatah lagi pada masa itu sang teruna sedang mahu, dia hanya nampak yang elok. Si gadis pula mungkin hanya berpura-pura jadi baik dan sopan untuk memikat teruna. Itulah sebabnya ada yang membidalkan bahawa:

‘Yang bercahaya tidak semestinya emas’ dan ‘Yang cantik tidaklah semestinya permata’. Maka elakkan dari berkawan dengannya untuk mengelakkan anda dari terpesona dan terpedaya. Di atas kejelitaan yang tiada tara bergantunganlah kehancuran yang tiada tara.(Bidalan ltali).


2. Lakukan Risikan Secara Rahsia
Kecantikan hati biasanya boleh dinilai oleh pengamatan rahsia si teruna bersama keluarga teruna terhadap si gadis. Risikan rahsia ini adalah untuk mengetahui bagaimanakah tingkahlaku si gadis itu bila dia berada bersama keluarganya sendiri. Adakah si gadis dari jenis yang suka berjalan, bergaul bebas, atau suka menolong ibunya memasak, rajin berkemas dan taat dalam beribadat akan dapat ditentukan dengan lebih jelas.

Pihak teruna juga boleh mengetahui perihal moral si gadis dengan menyelidiki ke manakah si gadis itu suka pergi di hujung minggu atau di masa lapangnya. Jika dia gemar pergi ke tempat yang kurang baik, besar kemungkinan dia mempunyai sifat-sifat yang kurang baik pula.

Kejelitaan dan kegembiraan tidak akan bersatu lama. -Goethe

Walaupun pada asasnya cara menyelidik begitu, atau dipanggil ‘merisik’ ini tidak begitu disukai oleh si gadis sendiri, ia adalah jalan yang dianggap lebih baik dari cara berkawan dengan si gadis, membawanya ke mana suka, dan ‘menyelidik’ dengan bertanya pada gadis itu atau hasil memperhatikan tingkah lakunya di depan mata.


3. Cari Yang Duduk Bersama lbu bapa
Sebenarnya alam gadis terdedah kepada pelbagai gejala yang tidak begitu menyenangkan.Terdapat lebih banyak unsur negatif dari yang positif di luar rumah, malah, bagi sesetengah keluarga ianya berlaku dalam rumah sendiri. Si gadis, yang masih dalam peringkat belajar hidup mudah terpengaruh kepada unsur-unsur negatif yang boleh merosakkan kesuciannya serta kebaikan perangainya. Ini kerana unsur-unsur negatif biasanya memberikan keseronokan dan nikmat tetapi kenikmatan ini berakhir sebentar saja disusuli pula oleh sesalan dan kemuraman mungkin seumur hidup.

Wanita jelita tidak bernasib baik dan teruna yang bijak tidak cantik. – Bidalan Cina


4. Cari Yang Pandai Mengurus Rumahtangga
Pada zaman sekarang, masa remaja si gadis bererti masa sebagai pelajar sekolah menengah, pra-universiti dan pusat pengajian tinggi. Bagi gadis-gadis ini, masa untuk mereka belajar menjadi ‘wanita’ dari ibu adalah amat terhad, jika ada, praktikannya hanya dalam jangkamasa pendek. Kesempatan untuk berada di dapur amatlah terhad pada hujung minggu serta semasa cuti. Akibatnya, semakin ramai gadis yang berorientasikan kerja makan gaji dan tidak berorientasikan mengurus rumahtangga.


5. Cari Yang Hormat Kepada Orang Tua
Selidiklah apakah dia gadis yang tahu menghormati orang tua. Ini penting kerana dia nanti akan bersua, bertandang ataupun duduk bersama ibu bapa anda. Walau betapa cantik pun dia, jika dia tidak menghormati ibu dan bapa mertuanya, dia akan menyebabkan anda menjadi serba-salah dalam menangani kehidupan anda.

Kejelitaan wanita, gema hutan dan pelangi, akan wujud sebentar saja. – Bidalan Jerman


6. Cari Yang Pandai Menjaga Kehormatan
Hal ini juga dapat diperhatikan di kalangan gadis-gadis yang tidak begitu berjaya dalam pelajaran. Lebih ramai yang suka bekerja makan gaji dari membantu lbu di rumah atas alasan meringankan beban keluarga. Bagi gadis yang mudah ‘lupa’ masa inilah mereka akan jadi rosak. Mereka akan keluar dengan lelaki tanpa segan silu, mula memakai pakaian yang ketat dan menjolok mata serta belajar berbagai cara dari rakan sebaya untuk memikat lelaki. lbubapa yang tidak mengawasi gerak-geri anak gadisnya mungkin akan menyebabkan gadis itu menjadi gadis murahan.


7. Cari Yang Tidak Bebas Dengan Lelaki
Pada zaman dahulu, ada ibu bapa yang sengaja tidak menghantar anak perempuannya ke sekolah. Takut nanti jadi perempuan jahat akibat dapat bergaul dengan lelaki secara bebas. Bila zaman semakin moden, pemikiran cara ini dianggap sudah usang.

Ramai pula menganggap adalah lebih baik bagi wanita bersekolah asalkan saja di sekolah dia dilengkapi dengan input tatasusila dan adat apatah lagi agama.

Wahai si jelita jangan banggakan wajahmu, ianya hanya tamu yang akan berundang beberapa hari saja.- Bidalan Hindustan


8. Cari Yang Didikan Agamanya Cukup
Beredarnya zaman perlu mengambil kira faktor sekeliling si gadis. Jelas pada kita bahawa cara hidup gadis sekarang sudah jauh berbeza berbanding gadis satu atau dua dekad silam. Namun, dari sudut nalurinya adalah sama saja. Zaman gadis adalah zaman mencari identiti dan cuba mengekalkan identiti itu. Jika terdedah dia kepada yang buruk maka buruklah jadinya. Walaupun begitu, gadis yang mendapat didikan yang baik besar kemungkinan akan menjadi wanita yang berguna kepada negara dan agama malah boleh menjadi contoh teladan sama ada kepada wanita mahupun lelaki.

Kadangkala lebih baik wanita buta dari wanita yang terlalu jelita. – Bidalan Serbia


9. Cari Yang Berpegang Teguh Pada Suruhan Agama
Ada empat sebab utama mengapa teruna memilih seseorang gadis, kerana kecantikannya, kerana hartanya, kerana keserasian taraf dan kerana agama. Yang akan membahagiakan ialah memilih gadis yang beragama.

Dimanakah letaknya nilai gadis yang cantik? Letaknya ialah pada keimanan gadis itu. Jika dia cantik dan dia pula beriman, berharta dan setaraf pula, maka dialah yang masuk ke dalam kategori gadis yang ‘tak boleh tahan’. Tapi sedarlah, dia akan memilih lelaki yang baik-baik pula!


10. Bertunang Jangan Lama
Bila anda sudah melamarnya, jangan tunggu lama-lama. Nikahlah dengan segera kerana gadis jelita, ramai yang ingin menggodanya. Elakkan dari membawanya ke sana-sini kerana ini akan menerbitkan cemburu di hati lelaki yang jahat serta membahayakan keselamatan si gadis.

Petua orang tua-tua, kalau boleh, semasa bertunang perlulah berahsia, semasa bernikah perlulah dihebahkan agar semua orang tahu.

Katakan kepada wanita bahawa dia jelita, dan syaitan akan mengulangi kata itu kepadanya sepuluh kali. – Bidalan Itali


11. Kahwini Dia Ketika Usianya Masih Muda
Hal lni mungkin dianggap satu kontroversi oleh ramai orang tapi ia merupakan kebenaran yang sukar untuk dinafikan. Mengahwini gadis jelita ketika umumya masih muda remaja dapat membantunya agar selamat dari godaan dan gangguan lelaki yang tidak bertanggungjawab. Ramai gadis jelita yang telah rosak kerana merosakkan diri atau dirosakkan. Ibu bapa seharusnya melepaskan anaknya untuk dikahwini lebih awal dan jangan membuat alasan bahawa anaknya masih belajar atau baru bekerja.

Seorang gadis, sama ada dahulu ataupun sekarang, layak berkahwin blia dia sudah berumur kira-kira 13 tahun. Ramai orang mungkin berflkir anda gila mengahwini gadis semuda itu, tapi siapakah sebenarnya yang gila jika gadis jelita seperti ltu besar kemungkinannya akan ternoda? Cuma, ibu bapa patutlah mempastikan bahawa anak gadis mereka mendapat suami yang baik serta bertanggungjawab.

Wanita jelita yang kurang bernasib baik akan berjumpa lebib ramai pencinta berbanding suami.- Bidalan Jerman


12. Elakkan Dari Terlalu Cemburu
Memang sudah menjadi adat dunia, gadis yang cantik jelita memang menjadi idaman teruna, suami orang mahupun duda. Elakkan dari menaruh perasaan cemburu. Yang penting ialah sejauh manakah anda telah bertindak untuk memilikinya. Bila si gadis telah menjadi isteri anda, didiklah dia agar dia menjaga kehormatannya serta taat pada agama.


13. Layan Dia Dengan Baik
Walau betapa jelita pun dia, seorang gadis tidak memandang pada paras rupa anda. Yang penting bila anda berkahwin dengannya ialah cinta anda kepadanya. Cinta bukan bermakna anda mahu ambil bulan bawa ke ribanya atau selalu melakukan seks dengannya. Cinta pada wanita ialah memahami jiwa mereka dan melayani mereka dengan baik. Bila dia sudah cinta pada anda seluruh jiwa raganya, dia tidak akan mudah tergoda dengan lelaki lain. Dia akan hanya anggap anda sebagai pengarang jantung dan buah hatinya.

Kejelitaan wanita yang tidak berguna itu ibarat racun dalam cembul emas.- Bidalan Tamil


14. Bertanggungjawab
Walau betapa jelita pun dia, seorang gadis mahukan lelaki yang mampu menjaganya dengan baik, menguruskan kebajikannya serta memimpinnya menjadi wanita yang baik serta taat pada agama. Lelaki yang mereka mahukan ialah yang bertanggungjawab terhadap anak-anak serta menghormati pula ibubapa si gadis.

Lagi koleksi Tips Mencari Isteri Cantik 

23 comments:

  1. Setuju sgt ngn no 13 n 14..:)

    ReplyDelete
  2. mcm x kne je no 13 n 14 tu..pada aku cm da lari dari topik asal "14 tips mencari isteri cantik"..klo nk mencari, pastinya ada sifat, kelakuan serta kriteria2 yg diingini

    tapi..

    kalo yg cm dlm 13 & 14 ni sesuai je tulis utk topik "cmne nk layan isteri"

    just my 2cent~

    ReplyDelete
  3. dah yg 13 and 14 yg paling akhir..tu jer korang ingat pasal yg lain dah lupa.nampak sgt otak korang tak kuat ingatan.

    ReplyDelete
  4. nice blog... have a view of my blog when free.. http://www.lonelyreload.com (A Growing Teenager Diary) .. do leave me some comment / guide if can.. if interested can follow my blog...

    ReplyDelete
  5. yg nmpk no 13 ngan 14 je tu mmg xde ciri2 no 1-12....

    ReplyDelete
  6. Yang duduk dengan ibu bapanya? say what? dah tu kalo yg duduk belajar + bekerja di tempat orang tu mcm mana pulak? bukan semua yg duduk dgn ibu bapa itu baek2 belaka. elaborate lebih sket please.

    ReplyDelete
  7. http://bit.ly/SelamatHariRayaAidilAdha

    ReplyDelete
  8. tlg la. kite duk zmn moden. bukan zmn tok kadok ustaz.

    ReplyDelete
  9. macam mana nak pikat balik kekasih yang terbaik pernah kita ada sebelum ini untuk dijadikan isteri..kekasih yang dimaksudkan sudah tidak ada apa2 hubungan lagi dengan kita??

    ReplyDelete
  10. pegi la masuk minang org atas

    ReplyDelete
  11. incik hasrol tak cukup duit lagi tu orang atas...

    ReplyDelete
  12. sape kate jejai bodoh? die pandai per.. dh tgglkn nora danish, dpt fasha sandha plak..

    ReplyDelete
  13. cara2 menurut akidah yang baik... sprti 5W7 dpt istri ramai... smpai dapat takel budak2 lg...daging mentah bh tu...

    ReplyDelete
  14. nom 6 ? pastu yang dirogol dan dianiayai tu acano crito plop deng ? kosiang depo .

    ReplyDelete
  15. aku nak nora danish je.

    ReplyDelete
  16. saya nak ciri-ciri suami yang cari diri saya dalam perkara-perkara di atas. ada berani? sebab lelaki ni tengok cantik dulu. yang lain dia boleh pejam mata lagi. pas kahwin mula lah merungut.

    ReplyDelete
  17. no 11... gile... sudahnye yang dah tlebih umo... let say 28 keats skang ni dah kire tua... then mmg sampai sudah laa x kawen kalo ikut petua blog ni...adoiilaa..better fikir dulu sblum tulis...

    ReplyDelete

  18. I'm really impressed with your writing skills and also with the layout on your weblog. Is this a paid theme or did you just modify it yourself ? Either way keep up the nice quality writing, it's rare to see a great blog like this one today.


    Feel free to surf my site
    :

    Ashafeeq Network dot kom dot mai

    ReplyDelete
  19. actually, aku ada 3 simple steps cmne nak cari isteri cantik

    SIMPLE ! !

    ikod petua 3B

    1)B pertama -Berusaha
    ya lahh..nak cari isteri cantik kena la berusaha..takkan giyang kaki,terus dapat isteri cantik

    2)B kedua- Bersabar
    sabar tu separuh dari iman..cuba lagi berusaha . .if FAIL gak cube B yg ke tiga . .

    3)B ketiga -BERCERMIN DIRI

    ReplyDelete
  20. kesian yg xcantik or bese2..terang2 dah OUT bap topik nie je terang2 ckap Tips Mencari Isteri Cantik..Cehh..demand. macam koe hensem ? ? bersyukurlah cari yg bese2 je kira okay.demand tol.benci aku ngan org x sadar diri. meluatt habis. law dah dapat tak per la gak,,law baru2 nak cari, keje plak malas, muka tangkap muat ada hati nak demand2 .tak ape lah , senang cerita biar muka sedap mata memandang, hati pon cantik.pape pon, bercermin diri smada kiteria yg dicari sama x dgan kiteria yg dimiliki okayy

    ReplyDelete

Penpatah.blogspot tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri