Subhanallah! Bayi Dalam Rahim Sujud Diperdengar Al Quran
Home » , » Subhanallah! Bayi Dalam Rahim Sujud Diperdengar Al Quran

Subhanallah! Bayi Dalam Rahim Sujud Diperdengar Al Quran

21 Aug 2012 16 Comments

Maha Suci Allah, segala puji-pujian bagi Allah dan aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah yang Esa serta Muhammad SAW itu adalah pesuruh-Nya dengan nikmat yang diberikan untuk lahir ke dunia sebagai seorang Muslim. Saksikanlah bagaimana seorang bayi di dalam rahim ibunya yang kebiasaannya tidak duduk diam secara tiba-tiba tenang dan bersujud sejurus didengarkan ayat suci Al-Quran Al-Karim sudah cukup untuk menyedarkan ramai umat Islam betapa hebatnya mukjizat yang diturunkan kepada Muhammad SAW.

Rakaman video yang dimuat turun di laman Youtube itu (ada di atas) jelas sekalimempamerkan keajaiban Kitabullah itu dan sememangnya fitrah manusia untuk tunduk kepada Allah serta firmanNya. Sebuah hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari juga menjelaskan bahawa setiap manusia bayi itu dilahirkan di dalam keadaan fitrah yang suci dari sebarang dosa dan seterusnya terpulang kedua ibubapanya untuk ‘mewarnainya’ atau mendidiknya.





“Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah, kecuali orang tuanya yang menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi,” (Hadis Riwayat Al-Bukhari).

Jelas sekali kebenaran riwayat para ulama yang berpendapat bahawa setiap insan sebelum lahir ke muka bumi ini sememangnya sudah mengaku Allah SWT itu sebagai Tuhan sejak di alam roh (roohul mumayyiz) lagi. Malah, diriwayatkan juga bahawa semua roh manusia telah berjanji kepada Allah Azza Wa Jalla untuk menyembahNya dan menjadi seorang hamba yang taat pada Tuhan mereka.

“Dan ketika Tuhanmu mengeluarkan keturunan anak-anak Adam dari sulbi mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap jiwa mereka, Bukankah Aku ini Tuhanmu?” Mereka menjawab, “Betul, kami menjadi saksi” agar di hari kiamat kamu tidak mengatakan, “Sesungguhnya kami adalah orang-orang yang lengah terhadap ini” (Surah Al-A’raf: 172).

Dan penulis mengambil kesempatan ini untuk mengingatkan diri sendiri dan seluruh umat Islam untuk terus tidak lupa untuk sujud kepada Maha Pencipta agar kita semua bertemu kembali denganNya juga di dalam keadaan fitrah yang suci dari sebarang dosa, Insyaallah. Alhamdulillah, Allahu Akbar dan sama-samalah kita memperingati pengertian syahadah yang kita lafazkan setiap kali bersolat kepada Allah SWT. Wallahu’alam.


Lagi kebesaran bayi dalam rahim diperdengarkan di sini 

16 comments:

  1. menakutkan,btul ke,ular tu ada 4 kaki??

    ReplyDelete
  2. ALLAHUAKBAR......

    ReplyDelete
  3. Penipu lar...salah ke kalau jadi Yahudi, Nasrani atau Majusi???

    ReplyDelete
  4. video edit tu...apa ingat org yahudi , nasrani tu smua jahat ke? ingat...kita harus berbaik sesama manusia tak kira dia tu musuh, lawan dan kawan agar TUHAN sentiasa memberkati amalan yg kita lakukan sehari-harian tq...

    ReplyDelete
  5. Admin cume nak tunjukkan je pergerakan bayi dalam kandungan mase didengarkan bacaan al-Quran..sebab bagi kami setiap bayi yang dilahirkan adalah suci dan tiada dosa daripada zaman dahulu hingga kini dan tidak seperti dalam kisah "the original sin" iaitu semua bayi-bayi adalah berdosa sebelum kedatangan Isa al-Masih..

    Dalam Quran juga ada menyatakan bahawa setiap roh sebelum dimasukkan kedalam badan bayi telah berjanji bahwa Tuhan tu hanya satu dan Muhammad adalah pesuruh Tuhan..

    Setelah dilahirkan di dunia ini ibu bapa lah yang menjadikan bayi itu mengikut ajaran mereka masing-masing samada nasrani (kristian), yahudi (yahweh) dan juga majusi(penyembah api).

    Bagi kami Islam adelah ajaran yang sebenar-benarnye tetapi mungkin tidak bagi kalian. tetapi yang penting dalam dunia adelah berbaik-baik. Walaupun kite berlainan agama dan pendapat tetapi berbaik-baik sesama kita juga adalah penting.

    ReplyDelete
  6. kesian org yang comment xpakai akal nie. nak pertikai kan pasal yahudi bagai. dah memang dalam al-quran dah cakap yahudi keturananya mmg laknatullah. pasal baby dalam perut pon nak pertikai.

    ReplyDelete
  7. dah tu apesal nak tunjuk gambar bayi segala dan mereka cipta cerita mengarut. memang bayi dah begitu posisi ketika dalm perut.. alahai.. tolongla .

    ReplyDelete
    Replies
    1. weh..budak kurang cerdik, baby normal dalam perot posisi menelentang..y dalam gambo tu terbalik..

      Delete
  8. Bukan pertikaikanlah... Kalau kau pernah mengandung, kau mesti rasa perbezaan biler kau sedang mengaji / dengarkan baby dalam perut dgn ayat2 suci.. Baby akan cuba bagi respon. Cuma aku tak tau posisi apa yg baby buat. Itulah dia kuasa Allah.

    ReplyDelete
  9. sungguh tahu bayi dalam rahimpun bersujud kepada tuhan yang menciptakannya

    ReplyDelete

Penpatah.blogspot tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri