Subhanallah! Kekuasaan Allah Ayam Disembelih Tetapi Tidak Mati
Home » , » Subhanallah! Kekuasaan Allah Ayam Disembelih Tetapi Tidak Mati

Subhanallah! Kekuasaan Allah Ayam Disembelih Tetapi Tidak Mati

8 Comments


PENDANG – Sudah disembelih, tapi tidak mati. Begitulah tanda kekuasaan ALLAH di mana ayam sabung kacukan selasih yang disembelih oleh seorang penduduk kampung sekitar kawasan Bukit Raya Dalam dua minggu lalu, masih hidup.

Kejadian berlaku kira-kira 10 pagi apabila pemilik ayam, Esomuddin Idris, 40, menyembelih ayam itu untuk dijadikan juadah, namun selepas disembelih, ayam itu tidak mati walaupun urat mareh, leher dan pedal telah putus.

Menurutnya, dia tidak menyangka ayam sabung kacukan selasih yang diberikan rakannya dari Parit Buntar Perak itu mempunyai keistimewaan

“Sudah sembilan hari disembelih, ayam itu tak mati-mati.

“Saya sembelih mengikut cara yang sepatutnya dan apabila sudah selesai saya keluarkan darahnya serta melepaskannya dengan harapan ayam itu akan mati.

“Saya terkejut, dua jam selepas itu ketika mahu untuk mengambil ayam terbabit, ia berjalan dan memanjat pokok seperti biasa bersama ayam lain,” katanya.

Esomuddin berkata, ayam itu kelihatan segar dan kuat walaupun ia tidak boleh makan dan minum kerana semua urat pada bahagian leher putus.
“Semua rakan-rakan serta penduduk kampung tidak ketinggalan melihat ayam terbabit sehingga ada penduduk yang meminta saya menjual ayam itu dengan harga RM10,000 namun saya tidak mahu menjual kerana bimbang disalahgunakan untuk tujuan khurafat.

“Hari ini (hari ke sembilan) saya sembelih ayam terbabit. Saya simpati keadaan ayam itu yang tidak boleh makan atau minum,” katanya.

Persiapan menyembelih ayam terbabit dilakukan seorang penduduk, Oon Md Hussin, 74. Oon berkata, dia membaca beberapa surah al-Quran, selepas itu barulah ayam terbabit mati serta-merta.

“Kejadian seperti itu pernah berlaku kira-kira 60 tahun lalu.

“Saya percaya bahawa kematian itu bukan terletak pada pisau.

“Kuasa ALLAH semua boleh jadi. Oleh sebab itu tiada yang mustahil kerana kita dan semua makhluk lain hanyalah hamba di dunia ini,” katanya.

Sementara itu, Sinar Harian cuba mendapatkan penjelasan mengenai perkara berkenaan daripada pegawai agama daerah Pendang, Syeh Ahmad Shukri Mohamed.

“Kejadian itu menunjukkan keagungan ALLAH SWT. “Ia dianggap pelik memandangkan jangka masa mati agak lama namun dari segi hukum, kita boleh makan ayam terbabit memandangkan kita sudah menyembelih mengikut syarat dan cara Islam,” katanya.


Lagi koleksi kekuasaan allah di sini

Jika anda suka artikel ini, jangan lupa sertakan kami dengan copy salah satu link di bawah ^_^

Kopi link post yang comel ini ^_^



Kalau nak dalam bentuk HTML, kopi saya lak ^_^

8 comments:

  1. Waduhhhhhh....

    ReplyDelete
  2. Paloi...myksa ayam kah??

    ReplyDelete
  3. Subhanallah! Kekuasaan tuhan mmg,tidak boleh dinafilan....

    ReplyDelete
  4. ayam sabung hendak di buat juadah?????? patut la tak mati.. kuasa allah.. nak makan ayam sabung ekkk????

    ReplyDelete
  5. ayam sabung boleh di makan? @.@

    ReplyDelete
  6. apa la, tu pun mau hairan, lipas boleh hidup 2 minggu x pula hairan??

    ReplyDelete
  7. hehe standard ahh..aritu ayam kt uma aku aym kg je..smggu hidup lps dsembelih..xd nk kecoh pon..bkn ajal dy...

    ReplyDelete
  8. Allah tak izinkan org makan ayam sabung tu la.. Ada hikmahnye tu!

    ReplyDelete

Penpatah.blogspot tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri