3 Petua Islam – Bagaimana Lelaki Mencari Wanita Solehah?
Home » » 3 Petua Islam – Bagaimana Lelaki Mencari Wanita Solehah?

3 Petua Islam – Bagaimana Lelaki Mencari Wanita Solehah?

9 Sep 2012 8 Comments

Setiap makhluk diciptakan Allah berpasang-pasangan. Begitu juga Allah s.w.t. menciptakan manusia ada lelaki dan wanita. Kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain. Oleh itu Islam menggalakkan umat dari agama Islam mengikat tali perkahwinan yang sah supaya akan melahirkan zuriat keturunan. Nabi s.a.w merasa bangga apabila melihat umatnya ramai di hari akhirat nanti, berbondong-bondong masuk ke Syurga. Perkahwinan adalah Sunnah Nabi s.a.w dan baginda tidak mengaku sebagai umatnya apabila ada di kalangan mereka enggan berkahwin tanpa mempunyai alasan yang dibenarkan oleh syarak.

Persoalannya adalah bagaimana seorang Muslim dapat mengenalpasti ciri Muslimah sebelum nikah, kerana ia diperintahkan untuk menundukkan pandangan (shaddul bashar) terhadap wanita? Seorang yang soleh akan tetap menjaga ketinggian akhlak dan mengelakkan perhubungan yang tidak diizinkan syarak.

Berikut adalah antara perkenalan yang perlu dan cara pendekatan yang dapat dilaksanakan :


1. Mengetahui akhlak dan tingkahlaku Muslimah dalam kehidupan harian.

Kehidupan harian yang dilalui setiap individu yang beriman dan beramal soleh digambarkan melaliu ciri-ciri berikut iaitu :

a. Ibadah yang khusyu’

b. Berpakaian menutup aurat yang sempurna.(menutup seluruh tubuh melainkan muka dan dua tapak tangan).

c. Cara percakapannya tidak dibuat-buat (mengada-ngada).

d. Menjaga pandangannya (tidak melingas matanya memandang, terutamanya melihat pemuda yang bukan mahramnya).

e. Bergaul dengan semua muslimah (tidak membataskan pada kriteria fizikal, seperti bergaul hanya yang sesama berbusana tertentu) dengan akhlak yang karimah.

Pengamatan ini boleh dilakukan melalui pertanyaan kepada siapa yang mengenalinya. Harus diingat bahawa pengamatan ini hendaklah dilakukan dengan cermat, jangan sampai diketahui oleh Muslimah itu, bahawa ia sedang diperhatikan, kerana ini akan menyebabkan salah tingkah atau tindakannya jadi tak natural (bersahaja).


2. Melihat keadaan rumah tangga keluarga wanita.

Hal ini adalah dibolehkan, semasa bertunang. Ia dapat dilakukan semasa menziarahi kedua orang tua kepada wanita yang dipinang. Ketika ini juga ia boleh menanyakan lebih lanjut mengenai wanita itu pada ahli keluarganya. Biasanya jika ia berasal dari keturunan yang baik dan taat agama akan melahirkan wanita yang solehah. Tetapi, harus juga diingat ada juga wanita solehah yang berasal dari keluarga yang kurang taat pada ajaran agama.


3. Penglibatan dalam Dakwah Islam

Bagi lelaki Muslim yang memahami bahawa tanggungjawab terhadap agamanya tidak dipisah dengan usaha dakwah dan merasakan tidak mencukupi melalui dua perkenalan di atas, maka eloklah ditinjau juga setakat mana penglibatan wanita itu dan peranannya dalam kegiatan dakwah Islam.

Bagi ibu bapa yang baik dan taat beragama, dasar pemilihan dan urusan jodoh anaknya berdasarkan agama yang utama. Namun bagi yang lalai dan silau dengan kilauan harta dan pangkat dunia faktor agama bukan lagi neraca pertimbangannya. Penjodohan dengan dorongan aspek duniawi sangat menyalahi ajaran Islam dan wajib ditolak.

Sekiranya ibu bapa kita tergolong dalam golongan yang tidak menjadikan nilai agama sebagai tunggak dalam perjodohan anaknya maka adalah wajar mendapatkan bantuan mereka yang membimbing dalam pendidikan Islamnya sebagai orang tengah. Melalui kaedah ini adalah lebih baik dan terpelihara dari unsur kerosakan akhlak seperti percintaan sebelum pernikahan yang mendekati zina (bertemu janji berdua-duaan sebelum pernikahan).

Menurut al-Qur’an, wanita ideal mempunyai kriteria adalah seperti berikut :

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud, “… Wanita yang baik (solehah) adalah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri di belakang suaminya, oleh kerana Allah telah memelihara mereka.” (Surah An-Nisa’ ayat 34)

Seorang Mukmin yang benar-benar taat pada Allah s.w.t. tidak akan mengambil mudah soal jodoh, dengan kata-kata ‘kita kawin dulu, nanti kita tarbiyyah kemudian’. Perlu diingat apabila sudah berkahwin dan mempunyai anak kadangkala tidak ada masa untuk mendidik isteri, dan isteri pula enggan menghadiri majlis ilmu dan kemungkinan kemampuan suami pula tidak mempunyai kemampuan yang cukup untuk mentarbiyah isterinya, akhirnya hajat yang awal ingin membina rumah tangga Muslim kecundang ditengah jalan. Oleh itu pemilihan berdasarkan agama (wanita solehah) adalah amat penting, lebih penting dari kecantikannya, hartanya atau kerjayanya.

Setiap wanita pula perlulah mempersiapkan diri mereka untuk menjadi wanita solehah samaada yang belum berkahwin atau yang telah bersuami. Kerana sesungguhnya sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita solehah. Di akhirat nanti wanita yang solehah di dunia ini apabila ia dimasukkan ke dalam Syurga, kedudukannya lebih cantik dan mulia daripada bidadari Syurga. Seandainya kedua-duanya suami dan isteri yang soleh dan solehah, andainya mereka dapat memasuki Syurga mereka akan di nikahkan semula oleh Allah s.w.t. di Syurga dan ini adalah kenikmatan yang tidak ada tolok bandingnya.

8 comments:

  1. cuma curiosity sikit. kalau semua nak cari yg muslimah dan Islamik, bila lagi nak suruh lelaki soleh kawin dgn wanita non muslim bagi tujuan dakwah? skrg lihat yg kawin dgn non muslim, maaf utk dikatakan, tak ramai yg mampu membimbing isteri yg baru memeluk Islam ke arah yg jalan yg diredhai.

    ReplyDelete
  2. Ajak perempan itu keluar malam2, pergi melancung jauh dari rumahnya,pergi daerah lain,kalau senang sangat dia nak ikut,terutama tanpa mahram,tinggalkan saja ,kerana perempuan ini tidak layak utk lelaki yang pentingkan akhlak,yg menghsrspkan keturunan terpelihara dari maksiat.Itu tandanya perempuan ini tak bermoral atau dia sudah biasa bergaul bebas dgn lelaki,bimbang bila sseorg menikahi prmpuan begini,akan timbul perasaan syak,halunisasi bila dah bersama nnt, dan pasti rtangga x aman kelak.

    ReplyDelete
  3. So takyah la ajak.as simple as that.bertepuk sebalah tangan xbebunyi.daripada dok uji pempuan mcm 2,why not take a chance pebetulkan mane yg salah?pahala pun dapat. Kalau nak pasangan yg solehah,solehkan diri 2 sendiri.allah dah janji orang yg baek utk org yg baek dn begitu jgk sebaliknya.dekatkan diri dgn allah,baiki kelemahan diri insyaallah allah 2 akan bantu. Jgn mcm sesetengah lelaki ,"pempuan seksi stok geli2,nanti kawen 4 sure nak pempuan alim".kalau diri 2 dah tak sekufu,tak payah berangan.perangai sendiri ke laut tp nak pasangan perfect.

    ReplyDelete
  4. betul2 . . mg rmai lelaki muslim kawen dgn pmpn non muslim tapi x leh bimbing dgn betul sbb dorg sndiri pon x betul. . dorg sepatutnya perbetulkan diri masing2 n betul2 bimbing isteri 2 . 2 dh jadi amanah , x tunaikan amanah berdosala dorg ,astagfirullahalazim

    ReplyDelete
  5. makasih ya infonya, mudah-mudahan bermanfaat

    ReplyDelete
  6. lelaki zaman skang tak pandang ciri2 kat atas. 1 dalam seribu je. cari yang cantik je. yang sempurna. maaflah, ini memang kenyataan yang benar.

    ReplyDelete

Penpatah.blogspot tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri