5 Kenderaan Tentera Amerika Yang Paling Mahal (Menarik!)
Home » » 5 Kenderaan Tentera Amerika Yang Paling Mahal (Menarik!)

5 Kenderaan Tentera Amerika Yang Paling Mahal (Menarik!)

32 Comments

Banyak negara-negara yang majumemperkuatkan lagi pertahanan negara mereka dengan menghasilkan alat-alat peperangan dan kenderaan peperangan yang canggih dan berkuasa. Tapi untuk menghasilkan sesuatu yang canggih dan berkuasa memerlukan sumber kewangan yang tinggi. Antara negara contoh adalah di Amerika, lihat sahaja kenderaan untuk tenteranya yang agak mahal. Jom lihat gambar di bawah ini.

1. 1.Northrop Grumman B-2 Spirit



The Northrop Grumman B-2 Spirit, atau lebih dikenali sebagai Stealth Bomber, boleh melancarkan senjata nuklear untuk menentang barisan musuh yang sangat kuat. Kos pembuatannya yang terlalu mahal menjadikan jumlah pembuatannya dikurangkan dari 132 buah kepada 21 sahaja.

Kos pembikinan bagi setiap satunya berjumlah US$737 juta pada tahun 1997 ($1.01 bilion hari ini). Tetapi bila digabungkan semua jenis kos ianya menjadi US$2.1 bilion untuk setiap satu ($2.87 bilion hari ini).

Ianya pertama kali digunakan semasa Kosovo War pada tahun 1999 diiringi dengan perang di Iraq dan Afghanistan.

2. Bell-Boeing V-22 Osprey



Bell-Boeing V-22 Osprey mempunyai fungsi mendarat yang lebih kurang dengan helikopter. Tetapi, kelajuannya lebih laju dari helikopter yang biasa dan kelajuannya setanding dengan Conventional Turboprop Airplanes.

Ianya pertama kali digunakan semasa tahun 2007 di Iraq. Sejak 2008, program Osprey ini menelan kos sebanyak $27 bilion dan pada 2010, setiap unit menelan kos sebanyak $67 juta.

3. USS George H.W. Bush (CVN-77)



Dinamakan sempena nama bekas presiden Amerika Syarikat, George H.W. Bush, USS George H.W. Bush (CVN-77) ini dibina untuk tentera navy AS. Jumlah pembinaannya berjumlah $6.2 juta.

Kapal ini siap pada tahun 2009 dan mempunyai panjang 1,100 kaki. Ianya antara salah satu daripada kapal terpanjang di dunia. Had kelajuannya ialah lebih 30 knots dan kekuatan sumber tenaganya membolehkan kapal ini belayar lebih dari 20 tahun tanpa perlu mengisi minyak.

4. Lockheed Martin F-35 Lightning II



F-35 Lightning II dibina untuk sebahagian dari program bersama antara AS, UK dan sekutu lain yang dikenali sebagai “Joint Strike Fighter Program”. Kapasiti bahan bakarnya ialah lebih dari 18,000 pounds dan boleh mencapai kelajuan sehingga 1,200 batu sejam.

F-35 Lightning II dilengkapi dengan “4-barreled Gatling Cannon” dan lapan jenis peluru berpandu serta bom nuklear B61. Kos bagi setiap satu unit ialah $122 juta. AS bercadang untuk membeli lebih dari 2,000 unit pada kos sebanyak $323 bilion. Ini menjadikan Lookheed Martin sebagai penerima kontrak tentera terbesar dalam sejarah.

5. McDonnell Douglas F/A-18 Hornet



F/A-18 Hornet diperkenalkan oleh McDonnell Douglas dan dibina oleh Boeing. Ianya digunakan dalam operasi Desert Storm.Hornet boleh mencapai kelajuan maksimum 1,190 batu sejam dan boleh mendaki sehingga 50,000 kaki dalam seminit.

Di luar AS, jet pejuang ini juga digunakan oleh tentera Australia, Canada, Switzerland dan ia tampil dalam filem sains fiksyen 1996, Independence Day sebagai jet pejuang yang menewaskan ancaman makhluk asing.

Jika anda suka artikel ini, jangan lupa sertakan kami dengan copy salah satu link di bawah ^_^

Kopi link post yang comel ini ^_^



Kalau nak dalam bentuk HTML, kopi saya lak ^_^

32 comments:

  1. Mantabs gan !!!!

    ReplyDelete
  2. Gle la AS ni..keja bunuh org ke?

    ReplyDelete
  3. Compare ngn iran plak..

    ReplyDelete
  4. doa ialah senjata paling utuh buat umat islam.. lg kuat dr semua2 nie.. mintak doa allah turunkan taufan je, abis semua..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kejam nya doa mu ne . .langsung tak mencerminkan keperibadian islam . . sesama manusia pn ko nak doa spya drng mampus kna taufan . .astaghfirullah . . serah kan sja pada AlLAH dn jngn mendoakn sesuatu yg mengaibkan . .

      Delete
  5. Replies
    1. banyak2 huntan pn kita tetap harap eko AS tak jatuh kn . .coz kalo jatuh kompom negara2 lain termasuk kta turut jatuh cm kes 1997/98 . .lol

      Delete
  6. buat mahal2 pon kalah jugak....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul , US kalah perang dengan Vietnam

      Delete
  7. lalalalalalalala..... ada yg nak bg ceramah ke pasal entri ni?

    ReplyDelete
  8. eleh amerika mmg sial saje nk tunjuk yg best2 utk lemahkan semangat org lain.sebenarnya diorang bukan kuat pun.dng bangsa arab bleh la menang.klu berani sangat meh la berperang dng bangsa melayu ni.baru ko tau sape lg hebat.....berani meh la.....

    ReplyDelete
  9. haktuuiii komen kt atas ni nyampah bukan maen lg brlagak, brperang dgn melayu konon, memalukn je bangse sndiri, hebat sgt ke ko tu. nk komen pn gune name cik anon. ceh pengecut. malaysia pn hebat kuat ape, kite ade amir amerika raja lawak kahkahkah tuueeii

    ReplyDelete
  10. kita ader kluang man, boboi boy, upin ipin...ni semua kuat2 belaka..hahaha

    ReplyDelete
  11. Aku nk tujukan lagu raya kat korang semua...

    ReplyDelete
  12. yang no 3 tuh sbb dia pkai uranium(nuklear) tuh sbb leh than smpai 20 thn

    ReplyDelete
  13. doa adlh snjate pling kuat

    ReplyDelete
  14. tak silap aku osprey tu diguna dlm cerita transformer darkside of the moon

    ReplyDelete
  15. x hebat lansung...kuat lagi jet (Babylon Doom Sky-SJT42)kne skali..botak bumi nie..kuwah2

    ReplyDelete
  16. gambar je lebih...tp sbenarnye cacai

    ReplyDelete
  17. my favourite bell boeing mv22 osprey

    ReplyDelete
  18. malaysia ada parang terbang..ko as ada ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni aku percaya.... akan ujud masa darudak nnti...amin

      Delete
  19. Mahkluk asing?

    ReplyDelete
  20. malaysia pon guna fa 18 hornet

    ReplyDelete
  21. kalaw malaysia yang paling mahal SU-30mk2 ngan tank t90-m

    ReplyDelete
  22. goku dtg, abeh semua berkecai. lol

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hape kau mengarut ni sedare ..

      Delete
  23. tetap saja kialau jatuh hancur

    ReplyDelete

Penpatah.blogspot tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri