Adakah Kartun SpongeBob Memberikan Kesan Buruk?
Home » » Adakah Kartun SpongeBob Memberikan Kesan Buruk?

Adakah Kartun SpongeBob Memberikan Kesan Buruk?

5 Sep 2012 14 Comments

Hampir setiap hari rancangan kartun SpongeBob SquarePants disiarkan pada jam 5.30 petang di TV9. Namun jika kita lihat terdapat pro dan kontra siri animasi ini ditayangkan kepada kanak-kanak terutamanya. Menurut satu kajian yang diterbitkan dalam Jurnal Pediatricks edisi 12 September, seramai 60 kanak-kanak berusia 4 tahun di beri tugas menonton cerita kartun animasi SpongeBob selama 9 minit. Setelah selesai tontonan, kanak-kanak tadi diambil ujian fungsi mental merekahasilnya kanak-kanak yang yang menonton kartun SpongeBob terukur lebih buruk berbanding rakan-rakan mereka yang tidak menonton.


Tayangan animasi SpongeBob dengan GERAK CEPAT serta KAREKTER FANTASI mungkin terlalu banyak dan rumit untuk dicerna oleh otak kanak-kanak dalam usia prasekolah.

‘SPONGEBOB SQUAREPANTS’ boleh memberi kesan NEGATIF pada fungsi FOKUS dan MEMORI anak-anak yang berusia 4 tahun. Semua kesan itu hanya memerlukan waktu kurang 10 minit dari masa tayangannya.

“…fungsi eksekutif pada dasarnya untuk mengukur kemampuan anda untuk tetap pada tugas, tidak terganggu dan untuk bertahan pada tugas “.
Menurut seorang doktor kanak2 yang bertugas di klinik kanak-kanak Seattle, Dr.Dimitri Christakis.

” Ramai ibubapa memiliki aturan tentang jumlah program tv yang anak-anak mereka boleh tonton tetapi jauh sedikit pada BATASAN isi kandungan apa yang anak-anak mereka tonton “.

Seterusnya Dr.Dimitri Christakis mengesyorkan pada ibubapa. Mereka perlu menyedari bahawa kartun jenis ini TIDAK SESUAI untuk anak-anak mereka.

Manakala pihak Nickelodeon yang memiliki hak ke atas kartun SpongeBob SquarePants, MEMBANTAH keras keatas hasil temuan itu. Mereka menegaskan siri kartun itu diarahkan sesuai untuk kanak-kanak usia 6 hingga 11 tahun.

14 comments:

  1. http://i3.kym-cdn.com/photos/images/newsfeed/000/325/428/264.jpg

    ReplyDelete
  2. patrick star :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. patrick dungu hehehe

      Delete
  3. jam 5 kat tv9 la..bukan 5.30..hehehe

    ReplyDelete
  4. Mmang buruk pn. .

    ReplyDelete
  5. aku suka kartun nih banyak msg separa sedar yg bleh bwat kite berfikir

    ReplyDelete
  6. Aku layan gak kartun ni,,pada yg dewasa bleh ambk contoh dia komited tentang kerja dan penuh tanggungjawap,,dlm suasana kerja pun kita tgk byk jgk persamaan,,dgn bos yg kedekut(incik crab)dan rakan kerja yg pentingkan diri(squidward),spongebob tetap komited dgn kerja walaupun di duga mcm2

    ReplyDelete
  7. umur aq 16 thun ...x de jdi ape pon aq tngok...BEST plak tu hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. mane ko twu?? cube ko tgk rslt spm kau nty. msti hancur. HAHAHAHA

      Delete
  8. bdoh,takkan tgk spongebob bleh fail spm!mcm takde otak je care fkir~

    ReplyDelete
  9. spongebob tu pekida

    ReplyDelete
  10. daa Nickelodeon bgtau seswai tuk knak2 umo 6-11 thn, yg dye g test bdk 4 thn tu, wt mnde???

    ReplyDelete
  11. daa..krtun ni utk org dewasa je mcm aku..rmai je kwn aku lyn mkhluk kuning ni..ank buah aku x mnt sgt..hahaha

    ReplyDelete

Penpatah.blogspot tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri