Bagaimanakah Untuk Berlaku Adil Jika Berpoligami?
Home » , » Bagaimanakah Untuk Berlaku Adil Jika Berpoligami?

Bagaimanakah Untuk Berlaku Adil Jika Berpoligami?

17 Sep 2012 21 Comments
Apabila menyentuh isu poligami, ramai yang tidak mahu mengambil bahagian terutamanya golongan wanita. Bagi lelaki pula mungkin lebih berminat. Namun artikel ini bukanlah mahu mewujudkan pertengkaran di antara kedua-dua gender ini. Namun berkongsi tentang bagaimanakah untuk berlaku adil jika seseorang itu mahu berpoligami. Perkara yang paling utama sekali adalah adil terhadap pasangan.



Adil merupakan syarat wajib dalam keharusan berpoligami. Menurut Abu al-‘Aynayn, keadilan bermaksud penyamarataan terhadap semua isteri tanpa wujud pilih kasih di antara mereka. Ia termasuk interaksi yang baik di antara suami isteri yang meliputi perbuatan, tutur kata dan akhlak. Keadilan ini wajib dijelmakan di dalam perkara-perkara ikhtiari dan lahiriah yang melibatkan beberapa aspek iaitu nafkah, pakaian, penempatan, giliran bermalam dan musafir.

Perasaan dan kasih sayang pula tidak termasuk di dalam tuntutan keadilan kerana ianya di luar kawalan manusia dan bersifat relatif. Walaupun begitu suami tetap dilarang daripada menzahirkan secara jelas tentang perbezaan ini berdasarkan firman Allah SWT dalam surah al-Nisak ayat 129 yang bermaksud:

“Dan kamu tidak akan dapat berlaku adil di antara isteri-isteri kamu sekalipun kamu bersungguh-sungguh (hendak melakukannya). Oleh itu janganlah kamu cenderung (berat sebelah kepada isteri yang kamu sayangi) sehingga kamu biarkan isteri yang lain seperti tergantung (di awang-awangan). Jika kamu memperbaiki (keadaan yang pincang itu), dan memelihara diri (daripada perbuatan yang zalim), maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.)

Menyentuh tentang nafkah, seorang suami wajib menyediakan keperluan setiap isterinya dan anak-anaknya. Adil dlm konteks ini dikira apabila si suami memberikan yang wajib dan perlu kepada setiap isteri dan anak-anaknya dan BUKAN BERIKAN SAMA BANYAK.

Sebagai contoh, isteri pertama ada lima anak dan isteri kedua hanya ada dua anak, sudah tentulah keperluan isteri pertama lebih berbanding isteri kedua. Maka si suami wajib berikan wang yang lebih kepada isteri pertama bagi menampung keperluan tersebut.

Tentang wang poket pula, suami sekadar wajib berikan kepada isteri bagi tujuan kecemasan sahaja dengan syarat, segala keperluan rumahtangga telah disediakan termasuk untuk tabungan dan lain-lain keperluan isteri sahaja. Kalau duit poket untuk berpoya-poya dan bersenang-senang hingga mengabaikan tanggungjawab sbg seorang isteri dan ibu, itu bukanlah tanggungjawab suami.

Tanggungjawab suami ini takkan terbatal hanya kerana si isteri bekerja bermaksud kalau pun isteri kedua bekerja dan isteri pertama tidak bekerja, tanggungjawab suami kepada kedua-dua isteri adalah sama sahaja iaitu menyediakan segala keperluan untuk isteri-isteri dan anak-anaknya.

Sama seperti pemberian nafkah, suami juga perlu menyediakan tempat tinggal kepada setiap isteri-isterinya malah apabila berpoligami, kediaman isteri seboleh-bolehnya hendaklah diasingkan sebagai suatu inisiatif untuk mengelakkan perselisihan keluarga dan perasaan cemburu menular di kalangan isteri.

Menurut Abd al-Nasir Tawfiq al-‘Attar dalam bukunya Ta’addud al-Zawjat min al-Nawahi al-Diniyyah wa al-Ijtima’iyyah wa al-Qanuniyyah: “pengasingan ini bergantung kepada kemampuan seseorang suami yang mana tidak semestinya disediakan sebuah rumah untuk setiap isteri bahkan dibolehkan juga disediakan bilik-bilik berasingan dalam satu rumah yang sama.” Walau bagaimanapun, dari segi psikologi, menempatkan ister-isteri dalam rumah yang sama akan memudahkan mereka berselisih faham yang boleh melukakan perasaan. Maka sebaiknya diasingkan.

Keperluan tempat tinggal juga serupa dengan pemberian nafkah zahir iaitu sebagai satu keperluan semata-mata dan bukan kemewahan. Jika isteri pertama tinggal di rumah yang ada lima bilik sebab mempunyai empat anak, tidak wajib isteri kedua yang ada dua anak diberikan rumah yg ada empat bilik juga.

Paling penting, fahami konsep adil tersebut, bukannya sama rata tapi kena pada tempatnya. Wallahua’lam…

21 comments:

  1. Isteri p'tama; 4org anak; teres 2 tgkt 5 blk tdr; 2buah kereta;
    isteri ke2; 7ank; teres setingkat (3blk tido); jalan kaki;
    anak istri p'tama yg 1thn lg tua dr aku ckp 'adil la tu istri p'tama kan ade hak lebih'
    Kadang2 kalau dpt sama banyak pun lagi baik

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
  2. tol skong isteri no 2.. bg sy x kisah hidup bmadu asal suami adil spt yg d atas.. n asal madu2 sy baik solehah.. sbb mau ikut sunnah nabi n dpt pahala bganda tp utk yg mampu je.. :)

    ReplyDelete
  3. bukan senang nak berlaku adil....lelaki ni hanya ikutkan nafsu bila kawin lebih....tapi bila isteri sebut pasal tggungjawab dan keadilan, terus marah isteri yg dulu mereka tergila3 kan utk jd isteri....mcm anak isteri no 2 ckp mmg betul...selama ni org ingat jd isteri muda dpt mcm2 tp sbenarnya indah khabar dari rupa...kepada perempuan2 sana, klu nak jd isteri muda, fikirlah sedlm2nya....mmg poligami itu x salah tp yg jdkan poligami itu salah adalah ketidakadilan suami....

    ReplyDelete
  4. klu brpoligami takat kuat nafsu nk main buat anak je tp x brtggjwb bg nafkah kt ank n istri. beringat la. akhirat nti jwb la sndiri. pompuan pla selidik btul2 ltrblkang si lelaki sblm buat ape2 kang sendiri yg merana.

    ReplyDelete
  5. Sang suami kena pandai memainkan peranan...

    ReplyDelete
  6. jarang2 ada lelaki beriman.. tapi sy pernah jmpe lelaki spt ini baik, beriman, berharta. layak beristeri 4 isteri2 pun semua solehah :). Jgn samakn semuanya.. :). Akhlak walau x perfect spt nabi muhammad dia bjaya bimbing isteri2nya..

    ReplyDelete
  7. isteri pertama marah pasal air si suami tak banyak macam dulu2, tu pasal bila si suami tambah ke tiga...yg pertama melompat gembira sebab yang isteri kedua dapat rasa pengalaman air si suami semakin sikit..abis tu hari2 tumpah ke taman syurga. hahhah

    ReplyDelete
  8. siapa suruh gatal ambik laki org..nasib laaa..isteri pertama tu lagi kesian org ambik laki die..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hidup haruslah berlandaskan islam n syariat islam bukan dengan menuruti hawa nafsu... Semua manusia walaupun dah kahwin ,, mereka tetap milik Allah,, Bukan milik isteri... Fahami itu... Agama islam itu indah tetapi penganutnya kbnyakan bmasaalah...

      Delete
  9. tq,, artikel ini mmberikn keyakinan pd sy mnruskn prinsip yg ada dlm soal keadilan brpoligami...

    ReplyDelete
  10. Semestinya hidup itu bahagia jika berlandaskan Al Quran , as sunnah , ijmak ulamak n kias.... Wallahhu 'alam..

    ReplyDelete
  11. pd sy....poligami niii bergantung kpd lelaki/suami....kalu dia mmg seorg lelaki yg blh bimbing isteri...ok jerr...maknanyer di sini, kalu dia nk kawen lbh...isteri akan setuju jer....tp kalu bini siap leh maki hamun laki...siap ugut laki...siap leh cr lain sbb bengang ngn laki cube nk tambah cawangan.... agak2nyer laki camniii... layak x berpologami? ....jawapan sy...mmg x sbb sorg bini pon x leh nk dibimbing....sori, ini cuma pendpt sy jerrr..

    ReplyDelete
  12. aku dh rasa sakitnyer hati bila suami kawin lg..wlupun dia kata xpernah menganiaya tp bagi aku yg mengalami terasa spt teraniaya..tahun pertama perkahwinan mereka aku selalu disisihkan...huhu...tlgla..sapa2 yg nk kawin lbh mintakla izin btul2 dgn isteri pertama.jgnla lukakn hati mereka yg dh byk berkorban waktu susah n senang..

    ReplyDelete
  13. anak-anak yang akan menjadi mangsa dari poligami..anak-anak akan memberontak apabila seseorang mahu merampas hak dan kebahagiaan yang mereka ada selama ni,jadi apabila seorang suami ingin melakukan poligami seharusnya berfikir banyak kali supaya isteri dan anak-anak tidak teraniaya.ini hanyalah pendapat sahaja.

    ReplyDelete
  14. suami poligami : jika dlm seluar je nk ditegakkan seharusnya tegakkan dulu agama Allah..ni solat subuh pn pukul 7.. itu pun isteri yg kejutkan
    isteri no.2 :mengambil dan di ambil lain rasanya...
    isteri no.1 :jgn risau Islam meraikan hak anda, didik ank2 sebaik mungkin sbb doa suami x ssehebat doa ank2 kita yg soleh/solehah.

    saya isteri pertama!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tiada istilah diambil..atau mengambil dlm islam..

      suami orang.

      Delete
  15. sy isteri pertama yg baru sebulan tahu tlh dimadukan...klu ikut hati mmg sakit tp sape kita tuk tolak ketentuanNya...skrg dlm proses tuk redo pe yg blaku..

    ReplyDelete
  16. Bnyknya komen huhu topik terbaik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pastii nya tdak ada 1 pErmpuan pun yg lera berbagi suami apa lg sumi tdak bs blaku adal dalam segi waktu.maskipun dhalalkan lki2 mnkah lbih dr 1 dlm sunah rosul te2p aja akan menyakiti hati permpuan

      Delete

Penpatah.blogspot tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri