Jadual Waktu Sistem Badan Manusia!
Home » » Jadual Waktu Sistem Badan Manusia!

Jadual Waktu Sistem Badan Manusia!

14 Comments


Setiap perkara di dunia ini ada turutan atau jadual yang disusun supaya semuanya dapat berjalan dengan lancar dan teratur. Misalnya murid sekolah ada jadual pembelajaran, perjalanan keretapi ada jadual tiba dan bertolak dan macam macam lagi.
Anggota badan manusia juga tidak ketinggalan mempunyai jadual yang tersendiri. Berikut adalah jadual anggota badan dan tugas mereka yang tertentu:
Waktu Pagi
3:00 am – 5:00 am
Paru-paru – Ini adalah waktu terbaik untuk bangun dari tidur. Ketika ini terdapat lebih banyak kandungan ozon di udara. Ini akan memberi satu sumber tenaga yang baru jika mengamal latihan pernafasan, yoga serta bertakafur. Mereka yang mempunyai asma tidak patut tidur waktu ini dan boleh merasai kesukaran bernafas.
5:00 am – 7:00 am
Usus Besar - Mereka yang bangun tidur pada waktu ini tidak akan menghadapi masalah sembelit. Jika menbuang air besar dan mandi dengan air sejuk diselesaikan dalam waktu ini, masalah kegugupan boleh dihindarkan.
7:00 am – 9:00 am

Perut - Sarapan patut diambil dalam tempoh masa ini.
9:00 am – 11:00 am

Limpa – Tidak minum dan makan waktu ini walaupun setitik air. Jika makan pada waktu ini akan mengakibatkan suhu badan meningkat, menambahkan keletihan dan mengurangkan tahap pencernaan. Ini lebih terserlah pada pengidap diabetes yang akan merasa kegigilan dan mengantuk.
Waktu Tengahari
11:00 am – 1:00 pm

Jantung – Hanya air sahaja yang diambil pada ketika ini. Tidak sepatutnya melakukan kerja berat atau tidur di masa ini. Jika tidak lebih karbon dioksida akan bercampur dengan oksigen. Ini akan meningkat kemungkinan terkena serangan jantung, lumpuh atau kesakitan badan. Kebiasaannya pihak hospital akan lebih berjaga-jaga pada waktu ini kerana pesakit jantung dan diabetes berkemungkinan diserang sakit jantung berbanding pada waktu lain.
Petang
1:00 pm – 3:00 pm

Usus kecil – Makan tengahari pada waktu ini. Selepas itu duduk tutup mata untuk rehat selama 5 minit. Elakkan dari tertidur.
3:00 pm – 5:00 pm

Pundi Kencing – Sesuai untuk mengambil minuman seperti jus buah atau teh.
5:00 pm – 7:00 pm

Buah Pinggang – Ini adalah masa untuk bersantai dan rehat dari kerja harian. Jika tidak akan memudaratkan ginjal dan jangkitan salur kencing.
Waktu Malam
7:00 pm – 9:00 pm

Dinding Jantung – Makan malam patut diambil pada waktu ini. Jika tidak akan menimbulkan getaran atau sakit di dada.
9:00 pm – 11:00 pm
Ini adalah masa untuk mengembalikan semula tenaga organ-organ yang bekerja sejak pagi. Oleh itu sebaiknya waktu ini seseorang itu hendaklah baring dan bersedia untuk tidur. Elakkan dari membaca buku, menonton tv atau bekerja.
11:00 pm – 1:00 am

Hempedu – Waktu tidur. Jika masih berjaga akan menyebabkan badan kekurangan tenaga untuk bekerja di hari esoknya.
Waktu Lewat Malam
1:00 am – 3:00 am
Hati – Waktu tidur lena. Jika tidak akan memberi kesan kepada penglihatan dan badan lesu.
Itulah ringkasan jadual waktu badan manusia. Tak pasti pula sejauh mana kebenarannya tetapi bolehlah jadikan sebagai panduan am kehidupan seharian.

Jika anda suka artikel ini, jangan lupa sertakan kami dengan copy salah satu link di bawah ^_^

Kopi link post yang comel ini ^_^



Kalau nak dalam bentuk HTML, kopi saya lak ^_^

14 comments:

  1. Replies
    1. SEMUA TERBAIK JOM TERJAH :

      OMG , JOM LIHAT BETUL KE ZAYN MALIK DAN JUSTIN BIEBER NI GAY ?-> WWW.JUSTINZAYN.COM

      DOWNLOAD CERITA-CERITA TERKINI MALAY & ENGLISH --> WWW.DOWNLOADMOVIE.COM

      TENGOK SEMUA EPISOD LOVE YOU MR.ARROGANT PERCUMA --> WWW.DRAMAMR.ARROGANT.COM

      DAPATKAN TIKET PERCUMA AKSI RUNNING MAN DI MALAYSIA 2014 (100 SAHAJA) --> WWW.MALYSIANFANSRM.COM

      TIKET PERCUMA KONSERT JUSTIN BIEBER 2014 DI MALAYSIA --> WWW.PASSPERCUMA.COM

      INFO IPHONE 5 DAN 5S/5C DAN SAMSUNG GALAXY NOTES 3 , JAGA-JAGA SEBELUM MEMBELI --> WWW.INFOPHONES.COM

      IPHONE 5 (RM1200) , IPHONE 5S (RM1350) . IPHONE 5C (RM1000) *TERHAD* --> WWW.IPHONEMSIA.COM




















      ASSALAMUALAIKUM , SATU LAGI PELUANG PEKERJAAN TERBAIK UNTUK ANDA IAITU BEKERJA HANYA DARI RUMAH DENGAN PENDAPATAN SEHINGGA RM1500-3000 SELAMA SEMINGGU , MAHU ? MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI -> KEKOSONGAN JAWATAN (50 ORANG SAHAJA)

      Delete
  2. mane time men bdminton bro

    ReplyDelete
  3. useful fact....boleh apply tiap2 ari nie..

    ReplyDelete
  4. Kalau keje shif? Arini pg, sok ptg sok g mlm?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Keperluan & kehendak zaman sekarang menyebabkan wujudnye cara kerja ikut shif ni... Nak ikutkan zaman dulu mana ada kerja shif ni.. smua org kerja waktu siang jer.. tak hairanlah orang zaman dulu umur lebih panjang dari orang zaman sekarang...

      Delete
  5. ada beberapa statement yang x boleh pakai seperti jangan tidur waktu 11 pagi sampai 1 tgh hari.. sebenarnya tidur pada waktu ni bagus. tapi bukan tidur yang lama. Tidur sebelum zohor adalah tidur yang terbaik untuk memudahkan kita berjaga pada awal pagi keesokan harinya untuk mengejakan ibadah(qiamullai). cuba tanya ustaz yang lebih arif mengenai ini, kerana kalau x salah ada hadis yang menceritakan tentang tidur sebelum zohor ni... Sekadar Berkongsi....

    ReplyDelete
  6. y tgh ari tu slh..nabi sndiri tdo kjap sblum asr..qailullah atau day napping ble wat bdn jd sgar..

    ReplyDelete
  7. maaf bkn sblum asr tp sblum zohor..

    ReplyDelete
  8. tido 30jam itu lebih bgus

    ReplyDelete
  9. Kacip je lah senang...

    ReplyDelete
  10. Abih time lepak warung xde??

    ReplyDelete
  11. x ada wahai dak atas termasuklah time mengawan.

    ReplyDelete

Penpatah.blogspot tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri