Kenali Jenis Najis Anda!
Home » » Kenali Jenis Najis Anda!

Kenali Jenis Najis Anda!

41 Comments


Perbualan berkenaan tahi ini mungkin dianggap perkara yang tak senonoh, busuk, dan menjijikkan. Tetapi dalam waktu yang sama, kita semua menjalani rutin membuang air besar hampir setiap hari. Malah ada yang buang air besar hampir 2-3kali sehari. Itulah hakikatnya, semua orang malu membicarakan soal tahi. Tapi tahukah anda, tahi itu mencerminkan sebagus mana diet yang anda semua praktikkan?
Berdasarkan “Bristol Stool Chart”, “Meyers Scale” atau dalam bahasa melayunya “Skala Tahi Bristol”. Tahi boleh dikelaskan kepada 7 jenis. Skala ini telah dinamakan “Skala Tahi Bristol” kerana skala ini telah diperkenalkan oleh Lewis S.J. dan Heaton K.W di University of Bristol, UK.
Berikut adalah kelas-kelas tahi yang dimaksudkan:
110 Kenali Jenis Najis Anda!
Jenis 1: Berbentuk biji-biji, agak keras seperti ketulan batu.
Jenis 2: Berbentuk seperti sosej, tetapi berketak-ketak.
Jenis 3: Juga berbentuk seperti sosej, tetapi macam merekah sedikit.
Jenis 4: Berbentuk seperti ular, agak licin, halus dan lembut. Just Nice.
Jenis 5: Bergumpal-gumpal, lembut dengan potongan hujungnya jelas.
Jenis 6: Yang ni dia macam cirit sikit, likat, gabungan cecair dan pepejal.
Jenis 7: Sangat cair, tiada pepejal.
Tahi  jenis 1 dan 2
Sekiranya anda mempunyai tahi seperti ini, itu maksudnya anda sedang mengalami sembelit. Kalau dapat tahi sebegini, memang susah sedikit nak ‘meneran’ sebab tahi itu dah menjedi keras. Selalunya situasi ni terjadi kalau seseorang tu malas untuk berak setiap hari. Semakin lama tahi berada dalam usus besar, semakin banyak air daripadanya yang akan diserap, maka semakin keraslah ia. Jadi, lepas ni jangan malas untuk buang air besar lagi ye.
Tahi jenis 3 dan 4
Seperti juga berat badan, tahi juga ada kategori yang ideal  iaitu normal, dan kategori ideal untuk tahi ini jatuh pada jenis yang ke-3 dan ke-4. Selalunya tahi sebegini dihasilkan kalau seseorang itu rajin ke tandas setiap hari.
Tahi jenis 5,6 dan 7
Bagaimana pula dengan jenis 5 hingga 7? Kalau pernah mengalami yang ke-5, itu mungkin disebabkan angin atau gas yang terlalu banyak dalam usus, atau anda telah mengambil sesuatu yang boleh menyebabkan anda cirit birit seperti susu berlaktosa. Namun untuk kategori 6 hingga 7, anda kena berhati-hati sedikit kerana itu mungkin membawa maksud ‘diarrhea‘ iaitu masuk ke tandas dan cirit lebih daripada 3 kali sehari. Ingat, diarrhea yang berterusan boleh membawa maut!
Diet juga sangat mempengaruhi rupa tahi yang dihasilkan. Jangan sesekali mengabaikan sayur dan buah-buahan. Itu merupakan sumber serat nombor satu yang harus diambil secara berterusan selagi kita masih bernafas. Dan jangan malas untuk buang air besar!

41 comments:

  1. ilmu yg bagus.. tak semua org tahu mcm mana tahi yg sihat hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. SEMUA TERBAIK JOM TERJAH :

      OMG , JOM LIHAT BETUL KE ZAYN MALIK DAN JUSTIN BIEBER NI GAY ?-> WWW.JUSTINZAYN.COM

      DOWNLOAD CERITA-CERITA TERKINI MALAY & ENGLISH --> WWW.DOWNLOADMOVIE.COM

      TENGOK SEMUA EPISOD LOVE YOU MR.ARROGANT PERCUMA --> WWW.DRAMAMR.ARROGANT.COM

      DAPATKAN TIKET PERCUMA AKSI RUNNING MAN DI MALAYSIA 2014 (100 SAHAJA) --> WWW.MALYSIANFANSRM.COM

      TIKET PERCUMA KONSERT JUSTIN BIEBER 2014 DI MALAYSIA --> WWW.PASSPERCUMA.COM

      INFO IPHONE 5 DAN 5S/5C DAN SAMSUNG GALAXY NOTES 3 , JAGA-JAGA SEBELUM MEMBELI --> WWW.INFOPHONES.COM

      IPHONE 5 (RM1200) , IPHONE 5S (RM1350) . IPHONE 5C (RM1000) *TERHAD* --> WWW.IPHONEMSIA.COM




















      ASSALAMUALAIKUM , SATU LAGI PELUANG PEKERJAAN TERBAIK UNTUK ANDA IAITU BEKERJA HANYA DARI RUMAH DENGAN PENDAPATAN SEHINGGA RM1500-3000 SELAMA SEMINGGU , MAHU ? MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI -> KEKOSONGAN JAWATAN (50 ORANG SAHAJA)

      Delete
  2. iyuuu~~
    Gelinya..
    Pelik2 jeh fakta nih....

    ReplyDelete
  3. Sangat berguna

    ReplyDelete
  4. jauhi najis dadah!

    ReplyDelete
  5. Kenapa x sekalikan dengan pic setiap jenis....?
    Baru faham, jelas, dan nyata...~~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha siot,ha ah kn,lg memudhkn poses pemahaman

      Delete
  6. Mcm best jer!huhuhu

    ReplyDelete
  7. info yg bgus... buat ape nak malu.. smue org pon buang air bsar gak kan... it's normal :)

    ReplyDelete
  8. hahaha. walaupun bila baca rasa mcm tak senonoh sikit tp actually ada ilmu dlmnya.

    *terkena batang hidung ayat2 dia.

    ReplyDelete
  9. haha macam mana ni? kena tengok tahi setiap kali sudah kerr

    ReplyDelete
  10. Info yg bleh mnambhkn pengetahuan..good info.

    ReplyDelete
  11. Najis razak kategori ape ek?

    ReplyDelete
  12. Lg satu,kalau tahi tue timbul bermaksud badan kita menyerap semua nutrisi yang ada dlm makanan..kalau tahi tue tenggelam pulak mksudnya bdn kita tak menyerap sebrg nutrisi daripada apa yg kita mkn..tukar jadi tahi terus..one more,rice watery stool or known as diarhhea is cause by Vibrio Cholerae..So kalau cirit birit n stool mcm nie kena refer doc la ye.. :)

    ReplyDelete
  13. dierha cmne???

    ReplyDelete
  14. good information walaupon quite disgusting..

    ReplyDelete
  15. Just nice... Hahaha...

    ReplyDelete
  16. minta penjelasan untuk warna tahi.

    ReplyDelete
  17. color tahi?? ijau ke..kuning ke.. coklat gelap ke?..or maybe itam..hahahahha

    ReplyDelete
  18. Jgn perlekehkn..

    ReplyDelete
  19. pekena dgn aku yg tgh mkn coklat cair ! cop ! nk tnye kaler ape ekk ? hijau ke kuning ke brown ke ? mne tau nnti aku brak aku intai . hahaha :)

    ReplyDelete
  20. bagus infonye.. lepas ni kena cek la bila buang air bsar.. hehe ENTRY PISAU CUCUK HIDUNG SINI

    ReplyDelete
  21. Kmu cuci jubuq gune tgn mane?Sayer gune kaki..

    ReplyDelete
  22. Kmu cuci jubuq gune tgn mane?Sayer gune kaki..

    ReplyDelete
  23. ooo bgtu upanya..jad putri shat la ni..sb ari2 p tandas..huhuhu

    ReplyDelete
  24. "potongan hujungnya jelas."...ayat ni mmg xleh blah...wakakakaka....

    ReplyDelete
  25. Asal tak cerita pasal warna tahi. Tu pun penting jugak.. Tahi yang warna hitam tu x bagus sebab ia bermakna usus kita tidak sihat. Tahi yg warna coklat keperang-perangan tu menunjukkan usus kita happy dgn diet pemakanan kita :)

    ReplyDelete
  26. Usus happy? Haha..jgn pandang tahi sgt..kurang ilmu n mudah lupe..pandang skali imbas jek..haha

    ReplyDelete
  27. tahi aku bentuk piramid.

    ReplyDelete
  28. org ats suma pnah mkan tahi...org bwah baru nk test mkan

    ReplyDelete
  29. Tahi orang atas aku ni ade corak polkadot.

    ReplyDelete
  30. tahi aku bau perfume polo sport..sape nk..?

    ReplyDelete
  31. Orang atas aku ni dah tau bau perfume,ko ambek tahi ko,ko sapu kt badan ko..
    bodoh ko ni macam orang bawah aku ni ha.

    ReplyDelete
  32. Dimane taik dipijak disitu bau busuk

    ReplyDelete
  33. tengah baca mesti korg bayangkan taik korg kan?? sbb itulah yang terjadi pade aku ^.^

    ReplyDelete
  34. nampak mcm bangang pnya info,tp sbnrnya mmg info yg bguna

    ReplyDelete
  35. sy tk pernah berak

    ReplyDelete
  36. saya diperingkat pertama sekarang. Amat perit ��

    ReplyDelete

Penpatah.blogspot tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri