Khasiat Yang Terkandung Dalam Nasi
Home » » Khasiat Yang Terkandung Dalam Nasi

Khasiat Yang Terkandung Dalam Nasi

24 Sep 2012 6 Comments


NASI… merupakan salah satu makanan yang di geruni oleh mereka yang sedang berdiet malah  ada yang jadi anti-nasi. Memang nasi mengandungi tinggi sumber tenaga iaitu karbohidrat. Tanpa mengetahui khasiat sebenar nasi, setengah daripada kita mengatakan ‘makan nasi punca gemuk‘.
Untuk yang ‘mengharamkan‘ pengambilan nasi kerana nak diet, itu adalah SALAH sebab nasi sebenarnya ada banyak khasiat yang kita mungkin tak tahu.
Secara umumnya, berikut merupakan khasiat yang boleh diperoleh dari nasi:
Sumber Tenaga Utama: Oleh sebab beras kaya karbohidrat, ia bertindak sebagai bahan bakar untuk tubuh dan   membantu otak  untuk berfungsi  secara normal.
Rendah Kolestrol: Nasi sangat bagus untuk kesihatan, fakta mengatakan bahawa nasi tidak mengandungi lemak berbahaya, kolesterol atau sodium. Dan ini melengkapkan lagi program diet yang seimbang.
Kaya VitaminNasi merupakan sumber yang kaya vitamin dan mineral seperti niasin, vitamin D, kalsium, serat,  zat besi, tiamin dan riboflavin.
Tekanan Darah TinggiSeperti yang kita tahu kandungan sodium (garam) dalam beras adalah rendah,  dan merupakan makanan terbaik bagi mereka yang  menderita  tekanan darah tinggi dan hipertensi.
Pencegahan Kanser: Beras gandum seperti beras perang kaya dengan serat larut yang  dapat melindungi daripada kanser. Banyak saintis percaya bahawa serat larut tersebut sangat penting untuk melindungi  tubuh daripada pembiakan sel kanser.
Cirit Birit: Bahagian kulit padi dianggap sebagai ubat yang berkesan untuk mengubati cirit birit. Sekam padi yang berusia lebih kurang tiga bulan mempunyai sifat diuretik. Orang Cina percaya bahawa beras sangat  meningkatkan nafsu makan, menyembuhkan penyakit perut dan gangguan pencernaan.
KulitPengamal perubatan mengatakan serbuk/air beras boleh menyembuhkan beberapa penyakit kulit. Di India, air beras digunakan  oleh pengamal  ayurveda  sebagai  ’krim‘ yang berkesan  untuk menyejukkan permukaan kulit yang terbakar.
Beras Putih VS Beras Perang
Ramai yang beranggapan ‘beras perang atau beras putih, dua dua sama je. Yang penting, kenyang!’. Sebenarnya ada dua jenis beras iaitu:
  • Beras gandum/perang
  • Beras putih
Beras Putih
Kulit luarnya telah dibuang dan menyebabkan nilai gizi berkurangan. Jadi kekurangan beras putih ialah nutrisi pada beras putih termasuk fiber dan selulosa telah hilang kerana kulit lapisan luar yang telah dibuang.
Beras Perang
Beras perang ialah beras yang tidak dibuang kulit arinya. Kandungan minyak pada lapisan kulit dalam padi tersebut dapat membantu menurunkan kolesterol LDL. Beras perang mempunyai rasa seperti kacang dan lebih kenyal daripada beras putih. Beras perang mempunyai kualiti sebagai ubat. Antara kelebihan perubatan yang ada pada beras perang ialah:
  • Mempunyai selenium dan fiber yang bertindak sebagai anti-kanser.
  • Mengurangkan kolestrol dalam badan.
  • Sesuai dimakan oleh orang yang ingin mengurangkan berat badan.
  • Satu cawan beras perang memberikan anda 88 peratus magnesium yang diperlukan tubuh. Mineral ini penting untuk sistem saraf, mengawal paras kolesterol badan selain penghasilan hormon seks.
  • Mengurangi kesan penyakit kencing manis jenis ke-2.
Jadi, beras perang lebih berkhasiat kalau nak dibandingkan dengan beras putih yang kita selalu makan tu. Untuk yang berkemampuan dan mementingkan kesihatan bolehlah beralih kepada beras perang. Beras putih, bukan lah tak berkhasiat, tapi khasiatnya kurang berbanding beras perang.

6 comments:

  1. x silap saya ni anime clannad...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha'ah ~ :3
      sedih cite nih ~

      Delete
    2. SEMUA TERBAIK JOM TERJAH :

      OMG , JOM LIHAT BETUL KE ZAYN MALIK DAN JUSTIN BIEBER NI GAY ?-> WWW.JUSTINZAYN.COM

      DOWNLOAD CERITA-CERITA TERKINI MALAY & ENGLISH --> WWW.DOWNLOADMOVIE.COM

      TENGOK SEMUA EPISOD LOVE YOU MR.ARROGANT PERCUMA --> WWW.DRAMAMR.ARROGANT.COM

      DAPATKAN TIKET PERCUMA AKSI RUNNING MAN DI MALAYSIA 2014 (100 SAHAJA) --> WWW.MALYSIANFANSRM.COM

      TIKET PERCUMA KONSERT JUSTIN BIEBER 2014 DI MALAYSIA --> WWW.PASSPERCUMA.COM

      INFO IPHONE 5 DAN 5S/5C DAN SAMSUNG GALAXY NOTES 3 , JAGA-JAGA SEBELUM MEMBELI --> WWW.INFOPHONES.COM

      IPHONE 5 (RM1200) , IPHONE 5S (RM1350) . IPHONE 5C (RM1000) *TERHAD* --> WWW.IPHONEMSIA.COM




















      ASSALAMUALAIKUM , SATU LAGI PELUANG PEKERJAAN TERBAIK UNTUK ANDA IAITU BEKERJA HANYA DARI RUMAH DENGAN PENDAPATAN SEHINGGA RM1500-3000 SELAMA SEMINGGU , MAHU ? MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI -> KEKOSONGAN JAWATAN (50 ORANG SAHAJA)

      Delete
  2. beras perang ada dkt Perancis....

    ReplyDelete
  3. http://www.cashforvisits.com/index.php?refcode=25047
    http://iklansticky.com/hop.php?ref=Acez
    http://ThepayingWork.com/?id=Acez
    klik2 wat duit

    ReplyDelete

Penpatah.blogspot tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri