Kisah Jin Ifrit Mencuri Cincin Nabi Sulaiman A.S.
Home » » Kisah Jin Ifrit Mencuri Cincin Nabi Sulaiman A.S.

Kisah Jin Ifrit Mencuri Cincin Nabi Sulaiman A.S.

51 Comments
Nabi Sulaiman A.S. merupakan antara nabi yang yang memiliki mukjizat seperti mampu berkomunikasi dan melihat jin dan sebagainya. Antara mukjizat lain yang diberikan oleh Allah SWT pada Nabi Sulaiman a.s. adalah tertulis pada cincinnya namanya dan nama Allah SWT. Adapun setiap sesuatu yang tertulis padanya nama para Nabi dan nama Allah tidak boleh dibawa ke sebarang tempat seperti tempat-tempat yang hina seumpama tandas, tempat-tempat maksiat dan seumpamanya juga tidak boleh dipakai ketika tidur dan ketika berhadas besar.



Kerajaan Nabi Sulaiman a.s. masyhur serta luas kekuasaannya sehingga anginpun tunduk atas segala perintahnya. Maka ini memudahkan Nabi Sulaiman a.s. untuk pergi ke suatu tempat yang dihajati dengan tidak perlu berkenderaan. Cukup sekadar memerintahkan angin membawanya terbang di atas permaidani sekiranya baginda yang diiringi oleh pembesar-pembesar kerajaannya mahu menziarahi daerah kekuasaan baginda yang luas itu.

Pada suatu hari, Nabi Sulaiman a.s. bersama pembesar-pembesar kerajaannya pergi menziarahi salah sebuah daerah kekuasaan baginda dengan berkenderaan permaidani yang diterbangkan angin sehingga baginda melalui sebuah perkampungan nelayan yang terletak di tepi laut. Ketika itu kelihatan penduduknya sedang menjemur ikan. Di antaranya terdapat gadis-gadis yang turut serta menjemur ikan. Dari kalangan para gadis itu, ada seorang gadis yang amat hitam rupanya dan tidak menarik perhatian kaum lelaki.

Apabila Nabi Sulaiman a.s. dan para pembesarnya melalui tempat itu, maka penduduk kampung menjadi kehairanan kerana tiba-tiba sahaja cuaca menjadi redup. Lalu merekapun mendongak dan mendapati rombongan Nabi Sulaiman a.s. sedang melalui kawasan itu.

Sedang mereka dalam keadaan itu, berkatalah gadis yang hitam rupanya tadi: “Alangkah bahagianya aku sekiranya aku menjadi permaisuri Nabi Sulaiman a.s.”

Apabila teman-temannya yang lain mendengar ucapan gadis itu, mereka lalu mentertawakannya dan mengejeknya dengan kata-kata menghiris hati: “Wahai gadis tidak tahu diri, sesungguhnya hasratmu sekadar impian. Rupamu yang hitam langsung tidak menarik perhatian. Inikan pula mahu bersuamikan Nabi Sulaiman yang hebat kedudukannya. Sedangkan kami yang mempunyai wajah menarik tidak bercita-cita untuk menjadi permaisuri baginda. Apakah engkau tidak sedar bahawa orang-orang lelaki di kampung kita inipun belum tentu mahu beristerikan engkau yang hitam legam lagi tidak menarik hati? Cukuplah engkau berangan-angan!” Riuh rendahlah suara mereka mentertawakan si gadis hitam tadi.

Mendengarkan cemuhan dan hinaan mereka, merasa sayulah hati gadis yang malang itu. Dirinya ibarat pungguk merindukan bulan. Rupa yang buruk tidak dipinta. Akhlah yang baik lebih utama.

Setelah Nabi Sulaiman a.s. bersama pembesar-pembesarnya selesai dari menjelajah ke daerah kekuasaan baginda, merekapun balik ke rumah masing-masing.

Setibanya Nabi Sulaiman a.s. di istananya, baginda berhajat untuk ke tandas. Sebelum itu, baginda melucutkan cincin yang bertuliskan nama Allah dan namanya, lalu diserahkan pada isterinya.

Pada masa itulah datang jin Ifrit menyerupakan dirinya sepertimana Nabi Sulaiman a.s, lalu menemui isteri baginda dan berkata: “Wahai isteriku, ambilkan cincinku tadi.” Tanpa merasa ragu, isteri baginda menyerahkan cincin itu pada Ifrif kerana menyangka dirinya Nabi Sulaiman a.s.

Apabila Nabi Sulaiman a.s. selesai melepaskan hajatnya, baginda meminta dikembalikan cincinnya tetapi isterinya berkata: “Sesungguhnya telah aku kembalikan sebentar tadi.” Nabi Sulaiman a.s. diam kehairanan. Kemudian baginda berkata: “Baru inilah aku meminta kembali cincin itu.” Tetapi isteri baginda tetap mengatakan bahawa ia telah diserahkan.

Nabi Sulaiman a.s. merasa serba salah dan curiga. Kemungkinan cincin itu telah dicuri oleh seorang yang menyamar sebagai diri baginda kerana isterinya tidak mempunyai alasan untuk menyerahkan barang kepunyaannya kepada sesiapapun jua.

Adapun Ifrit setelah ia mencuri cincin tersebut, iapun masuk ke dalam istana kerajaan dan duduk di singgahsana sambil memerintah rakyat Nabi Sulaiman a.s. ke istana dan mendapati seorang yang menyerupai dirinya duduk di atas singgahsana. Maka fahamlah baginda kedudukan perkara.

Lalu baginda berkata: “Wahai rakyatku sekalian, sesungguhnya akulah Sulaiman, raja kamu yang sebenar.”

Jawab rakyatnya: “Tidak, raja itulah yang sedang memberi ucapan. Kamu bukan raja kami. Raja Sulaiman yang sebenar adalah dia yang duduk di kerusi singgahsana. Kamu pendusta!”

Apabila rakyatnya tidak percaya lagi pada baginda, maka baginda pun pergi meninggalkan istana, menuju dari sebuah perkampungan ke perkampungan yang lain dan menyatakan dirinya sebagai Raja Sulaiman tetapi kesemua mereka menafikannya.

Akhirnya baginda pergi ke sebuah kampung nelayan yang terletak di tepi laut, lalu baginda menyatakan hajatnya untuk turut bekerja sebagai nelayan kepada seorang nelayan di tempat itu. Nelayan itu menerima hajat baginda tanpa menyedari bahawa ia sedang berhadapan dengan Raja Sulaiman.

Nabi Sulaiman a.s. menjalani kehidupannya sebagai seorang nelayan dengan baik dan baginda bekerja bersungguh-sungguh tanpat mengenal jemu dan penat sehingga menghasilkan pendaptan yang lumayan dengan nelayan itu.

Pada suatu hari, ketika baginda duduk berehat menunggu waktu makan tengahari, baginda tertidur oleh sebab keletihan.

Tidak lama kemudian, datanglah anak gadis nelayan tersebut membawa makanan tengahari. Berkata si nelayan kepada anaknya: “Wahai anakku, panggillah Sulaiman untuk makan tengahari bersama kita.”

Gadis tersebutpun pergilah mendapatkan baginda yang sedang tidur sambil dikipas oleh seekor ular dengan sehelai daun. Alangkah terkejutnya gadis itu melihat keadaan yang luar biasa ini, lalu segera dikhabarkan kepada ayahnya. Apabila si nelayan menyaksikan sendiri perkara itu, ia pasti baginda bukan sebarangan orang tanpa mengesyaki baginda adalah raja Sulaiman. Mereka meninggalkan baginda sendirian sehingga akhirnya baginda terjaga dari tidurnya dan merekapun menghadapi hidangan tengahari bersama-sama.

Setelah beberapa lama Nabi Sulaiman tinggal nelayan, maka nelayan itu bermaksud untuk mengahwinkan anaknya dengan baginda. Nabi Sulaiman as tidak pula menolak kehendak nelayan itu. Maka hiduplah Nabi Sulaiman a.s. bersama gadis hitam yang pernah bercita-cita untuk menjadi isterinya suatu masa dahulu sebagai suami isteri yang sah tanpa gadis itu menyedari bahawa Tuhan telah menjadikan impiannya suatu kenyataan.

Manakalah di istana yang telah ditinggalkan baginda, Ifrit menyamar sebagai Nabi Sulaiman as memberikan pengajaran yang menyesatkan manusia. Berpunca dari amarannya yang jahat itu, Ifrit tidak sanggup menyimpan cincin baginda yang dicurinya itu, kerana khianatnya cincin itu lalu dicampakkannya ke dalam laut yang kemudiannyaditelan oleh seekor ikan. Ifrit meninggalkan takhta kerajaan. Ketika itulah orang ramai baru menyedari kepalsuan orang yang selama ini mengaku dirinya Raja Sulaiman rupanya jin yang menyamar sebagai baginda.

Segala sesuatu hanya Allah swt yang menentukan.

Sebagaimana biasa, nelayan dan Nabi Sulaiman as keluar menangkap ikan sebagai memenuhi keperluan hidupnya. Kebetulan pada hari itu, masuklah ikan yang menelan cincin Nabi Sulaiman as ke dalam pukat mereka. Menjelang senja, kembalilah mereka ke rumah. Sebahagian daripada ikan yang ditangkap hari itu mereka jemur manakala sebahagian lagi dijadikan hidangan makan malam.

Tatkala isteri baginda menyiang ikan yang akan dimasak malam itu, tiba-tiba ditemui dalam perut ikan itu sebentuk cincin yang bertuliskan nama Nabi Sulaiman as dan nama Allah.

Segeralah isteri baginda mengkhabarkannya. Demi melihat baginda akan cincin itu, baginda terus mengucap syukur sebanyak banyaknya kepada Tuhan kerana haknya telah dikembalikan tanpa ia duga sementara rasa kasih terhadap isterinya semakin bertambah.

Setelah cincin itu disarungkan, barulah rakyat baginda meyakini bahawa baginda adalah sebenarnya Raja Sulaiman.

Nabi Sulaiman as bermaksud untuk kembali ke istana dan melihat keaaan rakyat baginda yang telah lama ditinggalkan. Baginda juga berhasrat untuk membawa isteri baginda bersama-sama tetapi merasa keberatan kerana ditakuti isterinya akan menjadi bahan ejekan berpunca dari kehitaman rupanya itu. Baginda lalu berdoa kepada Allah Taala supaya mengubah rupa isterinya yang hodoh itu menjadi cantik. Doa baginda dimakbulkan sehingga merasa cemburulah teman-teman yang pernah menghina dan mengejek isterinya dahulu.

Baginda beserta isterinya kembali ke istana dengan disambut meriah oleh rakyat jelata yang telah menyedari kesilapan meraka.

Kemudian pada suatu hari, dikumpulkanlah sekalian rakyatnya, baik dari golongan manusia, jin dan juga binatang kerana Nabi Sulaiman ingin mengetahui siapakah yang telah mencuri cincin baginda dan menyesatkan rakyat dengan perbuatan durjana. Sesiapa yang telah melakukan kesalahan pasti takut untuk bertemu dengan baginda.

Setelah sekalian rakyat berkumpul, ternyata yang tidak hadir adalah jin Ifrit. Dengan ini, diisytiharkan bahawa Ifritlah yang telah mencuri cincin baginda. Mendengar kenyataan ini, merasa marahlah golongan jin terhadap Ifrit kerana telah memalukan bangsa mereka di khalayak ramai. Lalu Nabi Sulaiman as memerintahkan beberapa orang bangsa jin untuk menangkap Ifrit. Bangsa jin yang diperintah itu segera pergi mencari tempat persembunyian Ifrit.

Akhirnya ditemui Ifrit bersembunyi di batu karang di dasar lautan. Ifrit lalu dihadapkan kepada Nabi Sulaiman as dan baginda menghukum sesuai dengan kesalahannya.

Jika anda suka artikel ini, jangan lupa sertakan kami dengan copy salah satu link di bawah ^_^

Kopi link post yang comel ini ^_^



Kalau nak dalam bentuk HTML, kopi saya lak ^_^

51 comments:

  1. Alhamdullilah :) kini baru lah saya tau cerita sebenar tentang isah Nabi Sulaiman a.s :D

    ReplyDelete
  2. kisah ni mmg betul......

    ReplyDelete
  3. kisah ni bukan rekaan kan?
    kalau bukan rekaan, mesti ada dlm quran kan?
    dlm quran surah apa ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bkn semua cerita ada dlm al quran saudara.. Solat subuh dua rakaat ada ke dlm al quran?

      Delete
    2. kalau solat subuh xde dlm al quran, mana dtgnya ajaran solat subuh tu 2 rakaat??

      Delete
    3. wahyu kpd Nabi Muhammad la bro...Islam turun melalui wahyu kpd Rasulullah berserta Al-quran

      Delete
  4. Keaaan rakyat..apekah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku pun tak paham...hahaha

      Delete
  5. bukan ke isteri nabi sulaiman tu puteri bakqis?

    ReplyDelete
  6. ada keraguan dlm cerita ini.. jin x boleh merupa para nabi....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuma wajah Nabi Muhammad S.A.W je dorang tak boleh tiru

      Delete
  7. nabi sulaiman a.s. ada ramai isteri..
    jin & syaitan tak boleh merupa nabi muhammad s.a.w. je..

    ReplyDelete
  8. ada kesilapan ifrit menyamar jadi isteri untuk larikan cincin tu,jin xbleh tiru rupa nabi...

    ReplyDelete
  9. syaitan dan jin blh menyerupai semua nabi kecuali nabi muhammad sahaja..

    ReplyDelete
  10. ish3...setahu saya, ini adalah salah satu daripada cerita2 israeliyat yg smmngnya kita tahu direka-reka dan mngandungi mksud tertentu disebaliknya. nauzubillahiminzalik

    ReplyDelete
    Replies
    1. israelliyat bkn smuany bererti direka2..ttp ianya adlh crta yg tdk dpt dpstikan ksahihannya..kta x trma krna dkhuatiri tlh diubah suai..mgkin ade yg btul n mgkin jgk x..tuela mksud israelliyat..

      Delete
  11. mohon izin share dengan teman teman FB...seronok membaca dan berfaedah

    ReplyDelete
  12. kisah dongeng melayu yg di sandarkan pada nama Nabi Sulaiman a.s....

    ReplyDelete
  13. tidak ada sumber yg sahih pun cite ni..
    jgn wat maemain ngan kisah2 karut ni..

    #AdminPleaseDelete

    ReplyDelete
  14. Panjang la pulok nk bace.

    ReplyDelete
  15. kalo melayu cite, bruce lee mati sbb kaloh dgn org silat.. sembang kosong je melayu ni..

    ReplyDelete
  16. Anon 8 November 2012 23:06

    Memang solat subuh 2 rakaan tiada dalam al-quran... tetapi ada dalam as-sunnah.

    bukan kah rasulullah ada bersabda.. aku tinggalkan kamu 2 perkara....al-quran dan sunnah

    persoalannya... jika kisah di atas tiada dalam Al-Quran... maka mestilah ada dalam hadis, kan ?

    jika dalam hadis pun takde... maknanya..... ?

    paham2 sendiri la

    ReplyDelete
    Replies
    1. 2 perkara... al quran dan sunnah... bkn kah hadis2 tu suma ada dlm al quran?? klu dlm al quran xde mknenya dlm hadis pun xde la...

      ini lah yg dikatakan memandai2...islam pun blm tentu tp berbicara pasal islam

      Delete
  17. bukan semua cerita dalam al-quran..semayang berapa rakaat pon xde dalam al-quran xsilap aku..sebab nabi yang ajar..

    ReplyDelete
    Replies
    1. blh bgtau bila masa nabi ajar sembahyang??

      Delete
  18. jagan main2 la... aku pn was2.... owww bahaye boleh sesat

    ReplyDelete
  19. Bagus kita tanya org ulamak dan ustaz.tak baik kita bkn ustaz nak ambil sepotong ayat al-quran copy paste tampa kita beri penjelasan ayat tersebut. Hanya Allah dan Rasul yg mengetahuinya.betul dan x bkn taraf kita nak kata.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ini lg sorg...dah menunjukkan kebodohan.... sndiri ckp hye allah dan rasul yg mengetahui tp soh p cari ustaz watpe?? cari lah allah dan rasul...

      Delete
    2. org atas aq ni bangang ke? kalu ko sembah menatang laen,ko jgn nk campur ttg agama kitorang..nyebok jer

      Delete
  20. Daripada pembacaan saya, tak silap saya cincin tu ada lambang bintang bucu 6, lebih dikenali sebagai bintang daud/star of David mcm lambang Israel tu. WallahuAlam.

    ReplyDelete
  21. Kate jin dan seton xleh menyerupe ngan wajah ara nabi...,ni cite btl ke bohong..,yelah...cm duu ak kekecik kn bnyak buku cerite bebudak...sang kancil ngn raje seleman...dll... rekaan je kan...

    ReplyDelete
  22. Kebanyakan citer Nabi sulaiman adalah dari israiliyat. Nabi sebut bahawa cerita israeliyat ni kita tak boleh dustakan dan tak boleh mengiyakan. Untuk pengajaran dan iktibar sahaja. Ada sebuah buku yg ditulis oleh orang putih tajuknya King of Solomon: The Richest Man Everlive... Kebanyakan cerita Nabi terdahulu ada dalam kitab-kitab dan suhuh Nabi-Nabi...

    ReplyDelete
  23. jin boleh menyamar ikut apa yg disukainya tetapi hanya seorang shj yg tdk boleh jin menyamar yaitu nabi Muhammad.....(^_^)

    ReplyDelete
  24. apa bodoh,tanyalah ustaz,,,bangang

    ReplyDelete
  25. ya saya ustaz, ada apa2 boleh saya bantu? tak baik mengeluarkan kata-kata kesat seperti itu kerana bimbang akan ada titik-titik hitam dalam hati kita. Jadi berusahalah menghindarkan diri dari mengeluarkan kata2 kesat sedemikian rupa lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kamu ustaz?? nak bantu?? ok..blh citer sikit bila masa ustaz memeluk agama islam?

      Delete
  26. banyaknyer ustaz dan ustazah kt sini

    ReplyDelete
  27. nama anak-anak pakcik sulaiman dan daud..mereka bdua tu rajin tolong pakcik kt kebun

    ReplyDelete
  28. copy paste benda x betul, bab agama, tak elok kot, benda mcm ni boleh berangkai, bahaya

    ReplyDelete
  29. ramai nya dah jadi murtad yang post comment kat sini . Allah maha mengetahui .

    ReplyDelete
  30. cerita ni mgarut...dah la xda dlm alquran...pastu nak pecaya. ini mcm cerita nenek kepada anaknya..yg kebenaranya blm pasti btl.

    ReplyDelete
  31. nak comment nak tulis, perlu berfikiran panjang, was2 tanya yg lebih mendalam tentang agama.. jangan main sembur je,

    ehhhh.. jangan cepat meradang.. rilek la.. benda boleh settle :)

    ReplyDelete
  32. menarik...http://bit.ly/1d9awtl

    ReplyDelete
  33. Rase mcm pelik..knape dia perlu malu dgn isteri yg hitam..tiada sifat begitu didalm sesorg nabi..kisah ini benar tp mungkin telah ditokok tambah

    ReplyDelete
  34. manakala ALLOH mengujikita harus bersabar karena sesungguhnya alloh akan memberikan yang terbaik

    ReplyDelete
  35. Salam semua...JOM JANA INCOME rm900 sehari tanpa modal. Tuan/puan drpd berfacebook tak dpt hasil,baik berfacebook yang dpt hasil.Saya nak berkongsi 1 program dari US
    yang boleh buat income sampingan.Free register tiada apa2 bayaran dikenakan.Tiada tipu muslihat ( kalau anda rasa program ni menipu..anda tak rugi apa2 pun..anda tak keluar modal pun kan?) tak perlu cari org , tak perlu beli or jual barang. Syarat kelayakan: Anda ada facebook dan tahu guna komputer sikit2.Anda hanya perlu open link dibawah dan register sebagai member.Lepas register anda terus dapat 25 usd x 3.4 = rm85.00.Lepas tu anda akan dapat link anda sendiri.Apa lagi anda copy link anda sendiri dan copy ayat2 saya ni dan paste dkt facebook, Twitter dan sebagainya.Setiap org yang buka link anda, anda akan terima ganjaran sebanyak 10 usd x 3.4= rm 34.00 Mudah kan? Duit anda boleh pilih, samada duit masuk ke akaun bank atau cek akan di pos ke alamat rumah anda.register percuma sila Clik link http://www.theweeklypay.com/index.php?share=301689

    ReplyDelete

Penpatah.blogspot tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri