Pelik! Budak Berusia Setahun Sudah Ditumbuhi Misai Dan Janggut
Home » » Pelik! Budak Berusia Setahun Sudah Ditumbuhi Misai Dan Janggut

Pelik! Budak Berusia Setahun Sudah Ditumbuhi Misai Dan Janggut

9 Comments

Sekali pandang, Aditya Kumarkelihatan seperti orang dewasa dengan janggut dan misai tumbuh di mukanya. Namun hakikatnya, Aditya belum pun mencapai usia dua tahun, namun disebabkan sejenis penyakit yang jarang ditemui, dia kelihatan lebih tua berbanding usianya. Dilahirkan dalam keluarga petani di Bihar, Aditya yang berusia 18 bulan menghidap sindrom Cushing iaitu sejenis penyakit yang menyebabkan ketidaktentuan hormon sekali gus mengakibatkan bulu tumbuh di seluruh badan.

Namun ketika dilahirkan, ibu bapanya mendakwa Aditya adalah normal, sema seperti bayi yang lain namun selepas usianya mencecah setahun, tanda-tanda penuaan mula berlaku. Beratnya mula meningkat mendadak dan mukanya mula ditumbuhi misai, sama seperti lelaki dewasa yang lain. Ibu bapanya yang bimbang dengan keadaan itu telah membawa Aditya ke hospital.

Dia kemudiannya dibawa ke pakar kanak-kanak di klinik Dr. S.A. Krishna oleh bapanya, Vinay Sao serta neneknya. Bagaimanapun Dr Krishna yang memeriksa Aditya memaklumkan mengenai keadaan bayi tersebut dan dia mungkin terpaksa menjalani pembedahan atau rawatan radiation untuk menyembuhkannya.

Susulan itu, Aditya telah dirujuk ke All India Institute of Medical Sciences (AIIMS) di Delhi untuk rawatan lanjut namun masalah kewangan menghalang bayi itu dirawat di institut berkenaan. Sebaliknya ibu bapanya mahu dia dirawat di Patna oleh Dr Krishna. Dalam pada itu, Dr. Krishna berkata, beliau memang meminta ibu bapa Aditya membawa kanak-kanak itu ke AIIMS.

“Penyakit ini berlaku akibat masalah hormone. Laporan ultrasound yang dijalankan mendapati terdapat tumor dalam kalenjar adrenalin di atas buah pinggangnya.

“Ia kemungkinan punca kepada masalah ini, namun lebih banyak ujian perlu dijalankan ke atas Aditya dan ia hanya boleh dilakukan di AIIMS,’’ katanya.

9 comments:

  1. macho..mcm muka PSY pun ada

    ReplyDelete
  2. itu oppa india style

    ReplyDelete
  3. Ala masa psy lahir dia terus menari gangnam style tak heran pun.

    ReplyDelete
  4. JAGALAH MULUT ANDA.....Hari ini jika kita MENGATA takut satu hari ALLAH membalasnya terhadap anak atau ahli keluarga kita...menyesal x sudah atas keterlajuran kata...bak perpatah kerana mulut badan binasa....moga menjadi iktibar..amin

    ReplyDelete
  5. penyakit ini bukan diminta...bayangkan kalau anak2 kita yg kena....insaflah

    ReplyDelete
  6. Dua anon kat ats skali, no sensivity at all, klu kena kat future anak korg cam na? Lps tu orang wat lwk, agak2 korang gelak tak?

    ReplyDelete
  7. alah...kazen aku kne penyakit yg sama. Bru brumur 6 thn dah tumbuh buah dada n da start haid. Ketinggian dia pun da lebih kurang budak perempuan 13 thn sedangkan dia baru shja berumur 6 thn

    ReplyDelete
  8. alah...kazen aku kne penyakit yg sama. Bru brumur 6 thn dah tumbuh buah dada n da start haid. Ketinggian dia pun da lebih kurang budak perempuan 13 thn sedangkan dia baru shja berumur 6 thn

    ReplyDelete

Penpatah.blogspot tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri