Tips Cinta Jarak Jauh
Home » » Tips Cinta Jarak Jauh

Tips Cinta Jarak Jauh

12 Comments

Cinta jarak jauh bukan satu perkara yang mudah ditangani kerana apabila orang yang begitu disayangi berada jauh dari sisi, hati merindudendam dan kepercayaan terhadap pasangan harus menebal agar tidak dimamah cemburu ketika menunggu waktu untuk bersama kembali.

Ini merupakan tips yang boleh diguna pakai oleh mereka yang sedang bercinta jarak jauh dalam mengekalkan hubungan cinta masing-masing walaupun jarak menjadi penghalang.


1. Jelas dengan Harapan dan Batasan
Sebelum bermula untuk meneroka dunia cinta jarak jauh, pasangan harus mempunyai harapan dan batasan. Pada Julai 2007, Yusry terpaksa berpindah ke Kuala Lumpur kerana mendapat tawaran sebagai pengurus di sebuah syarikat swasta dengan gaji RM80 ribu setahun. Teman wanitanya, Lisa tidak boleh turut serta kerana mempunyai komitmen kerja di Johor Bahru dan mereka belum merancang untuk mendirikan rumahtangga dalam tempoh yang terdekat. Untuk memulakan perhubungan cinta jarak jauh mereka, Yusry dan Lisa membuat perjanjian untuk telefon at least sekali sehari tidak kira bagaimana sibuk pun mereka. Mereka berjanji tidak akan meluahkan masalah dengan teman lain yang berlainan jantina kerana apabila berjauhan, hati vulnerable dengan perhatian yang diberi orang lain. Jika mereka punya cuti, masing-masing akan cuba untuk berjumpa. Jadi dengan mengenalpasti harapan dan batasan, pasangan akan lebih memahami apa yang perlu dan apa yang jangan dilakukan ketika berjauhan.


2. Menghargai Kebebasan
Jangan sentiasa murung dan berteman airmata ketika berjauhan akibat

dibuai rindu yang amat sangat. Dia berada jauh dari sisi, tentu sekali perasaan rindu begitu kuat sekali tetapi jika rindu itu perlu diratap sehingga membawa mati atau sekurang-kurang membutakan mata anda sendiri, bukankah tidak wajar begitu? Ketika berjauhan daripada
pasangan anda, hargai kebebasan yang dikecapi dengan melakukan
aktiviti-aktiviti yang membuat anda ceria seperti menonton wayang
dengan teman-teman, membaca buku kegemaran ketika sunyi atau menonton
bola hingga lewat pagi. Yusry yang berjauhan dengan teman wanitanya,
dia sering menghabiskan masa dengan X-box kerana dia tahu ketika dia
bersama dengan Lisa, X-box perlu disimpan dahulu. Menghargai kebebasan ketika berjauhan akan membentuk diri anda untuk menjadi seorang individu yang matang dan dalam pada masa yang sama membina komitmen anda terhadap perhubungan.


3. Luahkan Perasaanmu
Kalau dekat-dekat terasa malu untuk meluahkan apa yang terpendam,
inilah masanya untuk intim dengan pasanganmu. Walaupun berada jauh
antara satu sama lain, kata-kata indah yang diluahkan boleh menjadi
penawar rindu anda kepada si dia. Sesekali guna balik pos biasa dengan menghantar surat cara lama kepada pasangan anda berbanding dengan emel. Nyatakan bagaimana perasaan anda terhadap pasangan anda di dalam surat itu. “Ingat lagi masa kita baru jumpa dulu? Abang tak berani pandang muka Ina. Tapi Ina suka tengok Abang malu-malu.” Luahkan apa yang terpendam dan kongsikan perasaanmu bersama si dia kerana kata-kata mampu memanah jiwa, memupuk asmara.



4. Pancawarnakan Kehidupanmu
Untuk suami isteri yang berjauhan, jangan malu bercerita tentang seks
atau berkongsi fantasi ketika berjauhan. “Kalau abang ada di rumah
sekarang, sayang nak buat apa pada abang?” Dengan berkongsi fantasi dan keinginan, pasangan suami isteri akan dihujani chemistry yang
mengujakan! Untuk mereka yang masih bujang, hantar kad yang menarik
atau kadang-kadang mungkin boleh kejutkan dia dengan kiriman bunga atau hadiah. Ketika pulang dari kerja, Zeti menjerit suka apabila terlihat sebuah bungkusan diterima daripada buah hatinya di Sarawak yang mengandungi sepasang baju dengan nota, “Aku merinduimu”.


5. Mempercayai Satu Sama Lain
Percaya perlu menebal dalam diri. Tak guna bertunjangkan cemburu dalam melayari perhubungan jarak jauh. Perasaan prasangka dan tak percaya hanya akan merosakkan perhubungan. Apabila menelefon Yusry, Lisa selalu merengek kenapa mereka terpaksa berpisah dan betapa sukarnya perhubungan jarak jauh. Daripada merungut tentang kesukaran apabila berjauhan, mulakan perbualan dengan bertanya khabar tentang dia dan apa aktiviti yang dia lakukan. Sentiasa ceria dan maintain positivity agar anda tidak bosan walaupun berjauhan.


Secara ringkasnya, bukan jarak yang menjadi sebab terputusnya hubungan, tetapi kurang memahami pasangan dan kurang komitmen dalam perhubungan sering menjadi faktor penyebab. Tidak ada apa yang perlu digusarkan apabila berjauhan jika masing-masing komited dengan pasangan masing-masing dan berusaha untuk memastikan perhubungan yang sihat dan berkekalan.

Jika anda suka artikel ini, jangan lupa sertakan kami dengan copy salah satu link di bawah ^_^

Kopi link post yang comel ini ^_^



Kalau nak dalam bentuk HTML, kopi saya lak ^_^

12 comments:

  1. Maksiat jarak jauh pun boleh.....

    ReplyDelete
  2. maksiat jarak jauh tak pernah dengar pulak. mana ada, camna

    ReplyDelete
  3. Phone sex la bodo..2 pon xleh pikiaq

    ReplyDelete
  4. Cinta jarak jauh... ye,kekadang kepercayaan tu sering tergugat dan langkah pling selmt,trus bertawakal...yakin....berdoa pada allah.Itu yg aku buat,insyaallah klau jodoh takkan kemna...

    ReplyDelete
  5. stuju jg... sy sndri sdng di alam prcintaan jrk jauh^^
    kmi msih dlm proses brknalan dgn lbih rpt lg... si dia akn dtg brjmpa sy n fmly buat prtama kalinya bln dpn... dn sy akn jmpa fmly si dia, dibln yg brikutnya...
    dri segi kprcayaan yg pling sy bimbngkn... zmn ini dh bnyk kes curng wlaupun sdh brkhwin... ini lgkn jrk jauh...
    sy brdoa cinta yg inginku semai pdnya dbls sama dgn kjujuran, dn dgn kjujurn dtglh kesetiaan...
    -luv u ptri-

    ReplyDelete
  6. x leh ker kalo x mencarut...

    ReplyDelete
  7. Kepercayaan.. Ye2.. Saya percaya dia.. Doa sangat perlu.. Minta padaNya agar dijagakan hati kita agar bisa setia.. InsyaAllah jika memang benar dia sudah tertulis untukku di Lauh Mahfuz tu, insyaAllah, pasti Allah akan permudahkan jalan bagi menyatukan 2 hati.. Biiznillah..

    Cinta jarak jauh adalah ujian cinta, jarak dekat adalah ujian iman.. Kesetiaan penentunya.. Doa jangan lupa.. ^_^

    ReplyDelete
  8. cinta laut cina selatan....
    huhu....:)

    ReplyDelete
  9. Cinta jarak jauh kekadang best kekadang t0e xjgk...yg bestnya t0e prasaan cinta,rindu,syg kita kt dya bertambah...jarang jmpa jarang gduh.. And yg xbestnya plak takut bla dya curang blkg kita..kan xnpk s0 suka aty laa nk wtpa...kan3x ??? :D

    ReplyDelete
  10. cinta jarak bnyk lg dugaannya..sya ngan dia sdh 4 taun hbungan.p xpnh jmpa..dulu berantarakan sungai rajang,skrg berantarakan laut china selatan..

    ReplyDelete

Penpatah.blogspot tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri