Info : Sejarah Tokey Kurma, Datuk Yusof Taiyoob (4 Gambar)
Home » » Info : Sejarah Tokey Kurma, Datuk Yusof Taiyoob (4 Gambar)

Info : Sejarah Tokey Kurma, Datuk Yusof Taiyoob (4 Gambar)

28 Comments

Anda pasti pernah dengar produk kurma berjenama Yusuf Taiyoob bukan? Ingin tahu sejarah kehidupan pemilik produk ini sehingga beliau mampu bergelar datuk? Usahawan Melayu Islam yang sangat sinonim dengan produk kurma nya ini bernama Datuk Yusuf Taiyoob, 47, yang memiliki empayar perniagaan sendiri bernama Yusuf Taiyoob Sdn Bhd.


Kesungguhan beliau untuk berjaya dalam bidang perniagaan sememangnya tidak dapat dinafikan. Zaman remaja beliau sudah bermandikan cabaran demi cabaran dalam dunia perniagaan. Bermula dengan penjualan minyak wangi di Lapangan Terbang Bayan Lepas, yang diadun sendiri oleh beliau ketika berumur 19 tahun, penerimaan pada peringkat awal adalah sangat memberangsangkan. Sehinggalah pada satu ketika, beliau jatuh sakit (muntah darah akibat pendarahan dalaman yang serius) akibat tekanan yang dihadapi dek kerana penjualan yang merudum teruk.





Memang tidak dapat dinafikan, dugaan yang beliau hadapi, memberi kesan terhadap usahanya menjadi seorang usahawan berjaya. Namun, beliau nekad untuk menukar bentuk perniagaan yang lain dengan mengimport makanan termasuk kurma secara kecil-kecilan.

Lama-kelamaan, usahanya berhasil apabila perniagaannya berkembang maju dan produk keluarannya semakin popular termasuk di Singapura, Indonesia dan Thailand. Kini, beliau sudah pun memiliki lebih 1,000 pengedar di negara ini tidak termasuk di luar negara dan hampir 50 kakitangan di pejabatnya. Bilangan pekerja itu tidak termasuk pekerja di tiga gudang di Pulau Pinang dan Kuala Lumpur.

Begitulah serba ringkas kisah seorang usahawan tempatan, Datuk Yusuf Taiyoob. Bukan senang nak senang. Tiada jalan pintas untuk kecapi kebahagiaan. Bermacam-macam dugaan yang TUHAN berikan. Namun, berkat, usaha dan keyakinan terhadap kekuasaan ALLAH s.w.t, beliau mampu membuka fenomena baru dalam perusahaan kurma di negara kita.

Semoga kisah Datuk Yusuf Taiyoob ini dapat memberikan anda semangat untuk sentiasa sukses dalam kehidupan anda. Saya juga masih lagi mencari-cari jalan ke arah kebahagiaan dan kesenangan hidup di dunia mahupun di akhirat.





Siapa tak kenal, kurma yang paling popular di Malaysia.. berjenama Yusuf Taiyoob, iaitu bersempena dengan nama big big boss nya sendiri iaitu Datuk Yusuf Taiyoob. Hari-hari asyik dengar iklan Yusuf Taiyoob di radio dan TV.. Kalau akhbar tu xpayah cakap la.. siap full page lagi tu..

Yang menarik, kompleks kilangnya terletak di lokasi strategik iaitu bersebelahan Lebuh Raya Utara Selatan, sekali gus ribuan pemandu tidak akan terlepas pandang melihat bangunan berwarna coklat cair itu dengan nama Yusuf Taiyoob terpampang besar di satu sudut.

Nama Yusuf Taiyoob memang tidak asing lagi di negara ini kerana sering dikaitkan dengan kurma, apatah lagi jika disebut nama seperti Safia, Wasem, Safina, Amina, Ajmal, Ajwa dan Kurma Madu Yuta.







Oleh itu tidak keterlaluan beliau layak digelar ‘Raja Kurma Malaysia’, malah anak sulung daripada empat beradik itu turut mengakui Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas, pernah memanggilnya dengan gelaran ‘Datuk Kurma’.

Sumber : Here

Jika anda suka artikel ini, jangan lupa sertakan kami dengan copy salah satu link di bawah ^_^

Kopi link post yang comel ini ^_^



Kalau nak dalam bentuk HTML, kopi saya lak ^_^

28 comments:

  1. Majulah kurma unt negara

    ReplyDelete
  2. kata mkn kurma dpt diet..kenapa tokey gemok

    ReplyDelete
    Replies
    1. tokey jual kurma..makan mcdonald.

      Delete
  3. XKNA TOKEY KURMA ASYIK NK KUNYAH KURMA JER....APE DA...DIA GEMOK SBB MKN BENDA LAIN LA...SAMA GAK NGN AYAH AKU...TOKEY AYAM...DIA XMKN PON AYAM

    ReplyDelete
    Replies
    1. YDP penah panggil bapak ko bapak ayam la eh?

      Delete
    2. soalan paling bernas aku pernah dengar setakat ni... syabas..!

      Delete
  4. Dia ni MELAYU ka?? Asalkan Islam je ko kata dia melayu..

    ReplyDelete
  5. usahawan india islam kot. melayu dgn mamak pon xtau beza ka?

    ReplyDelete
  6. Ke-enakkan buah kurma,yussof taiyop..
    Kelazatan buah kurma,yussof taiyop..
    Wkakakaka.. Gua suka ni... Mamak2 la..biarlah dia,Janji dia Islam!!!

    ReplyDelete
  7. yussof taiyoppp.... iklan mse bulan puase je

    ReplyDelete
  8. cekizout>>> http://goo.gl/GaeUQ

    ReplyDelete
  9. Visit ceritakedaiaku.blogspot.com ..,
    thank you ..,

    ReplyDelete
  10. ohh nigupernyer Yusof Taiyobb.semoga bisnes makin maju datuk.n jangan lupa pada zakat.Bersih Jiwa Suci Harta inshaa allah

    ReplyDelete
  11. lubang hidung mu besar yusof taya..

    ReplyDelete
  12. 4 sekawan gila-gila, rambut tak sama tapi 1 kepala, tak sedarah tapi bersaudara, sumpah untuk bersama-sama, tak kan terpisah, ibarat kl dengan traffic jam, macam burung biru dengan muka buku, tetap rapat. Kami hebat macam budak hipster dengan jeans ketat, tak kan koyak, tak kan goyah, tak kan terpisah, kami buddyz bersama selamanya

    ReplyDelete
  13. Wow. Bangganya rasanya ada umat Islam dr negara kita cmni :))

    Meh jemput mai blog ni http://lifewithlovediary.blogspot.com/

    ReplyDelete
  14. kat malaysia ni yang beragama islam tu jer di iktiraf sebagai orang melayu tak kisah lah dia mualaf @ mamak

    ReplyDelete

Penpatah.blogspot tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri