OMG : Jam Tangan Patek Philippe Milik Eric Clapton Bernilai RM12.6 Juta (4 Gambar)
Home » » OMG : Jam Tangan Patek Philippe Milik Eric Clapton Bernilai RM12.6 Juta (4 Gambar)

OMG : Jam Tangan Patek Philippe Milik Eric Clapton Bernilai RM12.6 Juta (4 Gambar)

6 Comments

Seutas jam tangan milik penyanyi rock legenda, Eric Clapton dijangka dapat dijual pada harga £2.6 juta (RM12.6 juta) dalam satu lelongan di Switzerland.

Menurut akhbar MailOnline, jam kronograf jenama Patek Philippe yang diperbuat daripada logam platinum itu akan dilelong oleh firma Christie di sini hari ini.

Hanya terdapat dua jam tangan platinum Patek Philippe di dunia dengan seutas lagi jam tersebut kini berada di sebuah muzium.

Barangan itu adalah antara 310 jam eksklusif dengan harga keseluruhan mencecah £9.9 juta (RM48.1 juta) yang akan dilelong oleh firma berkenaan.

Berita berhubung jualan jam tersebut disiarkan selepas sebuah lukisan oleh Gerhard Richter milik Clapton dijual £21.3 juta dalam satu lelongan Sotheby's di London sekali gus lelongan termahal di dunia bagi seseorang pelukis yang masih hidup.

Clapton yang popular dengan lagu Wonderful Tonight membeli lukisan tersebut pada harga £2 juta (RM9.7 juta) dalam tahun 2001.






p/s : Pergh.. mahal siot...

6 comments:

  1. yeye!!!!!first!!!!!da bape kali da aku jdi first..cm xd keje an aku..tpi xpela aku suke..=3

    ReplyDelete
  2. Sian ko jd banggang pasal hal remeh2 ni

    ReplyDelete
  3. kesian jugak aku kat dak atas aku ni sbb kesian kat budak atas die..
    v
    v
    v
    v
    budak bawah aku ni kesian gak..

    ReplyDelete
  4. bapak kau ar first..

    ReplyDelete
  5. huh, rasa macam sayang plak lelong jam tu.....tp kalo dah sampai main juta juta, ilang gak kot sayang yer

    ReplyDelete

Penpatah.blogspot tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri