Panas : Ning Baizura Tarik Diri Dari Konsert Arak (Gambar)
Home » » Panas : Ning Baizura Tarik Diri Dari Konsert Arak (Gambar)

Panas : Ning Baizura Tarik Diri Dari Konsert Arak (Gambar)

6 Comments

Dalam kekecohan penyanyi wanita, Mizz Nina yang dihentam teruk kerana terlibat mengadakan persembahan sempena Guinness Arthur’s Day, rakan persembahan Mizz Nina, Ning Baizura tidak pula banyak berbicara.

Hanya Mizz Nina sahaja yang bersungguh-sungguh menjawab segala pertanyaan ramai pihak kepada dirinya.

Malah, Mizz Nina turut mempersoalkan kenapa baru sekarang pihak-pihak tertentu membangkitkan isu dia mengadakan persembahan yang bersangkut-paut dengan hal arak.

Lain pula bagi pihak Ning Baizura.

Ning melalui laman rasminya, ning-baizura.com, telah menyatakan dengan jelas tidak tahu yang dirinya terlibat dalam persembahan Guinness Arthurs’d Day.

Pada mulanya, dia dimaklumkan yang dia hanya ditempah oleh Pihak Pengurusan Souled Out untuk mengadakan persembahan pada 28 September depan dan bukanlah pihak Guinness Anchor Berhad (GAB).

“Ning Baizura telah ditempah oleh Pihak Pengurusan Souled Out untuk membuat persembahan pada 28hb September 2012 dan BUKANNYA ditempah oleh Guinness Anchor Berhad (GAB). Dengan maklumnya, kami ingin menegaskan bahawa, Ning TIDAK ADA SEBARANG KAITAN DENGAN PIHAK PENGURUSAN GAB,” tulis Ning di laman rasminya.

Selain itu, Ning turut menjelaskan yang wajahnya telah diguna pakai untuk poster promosi hari tersebut oleh pihak GAB tanpa izinnya.

Justeru itu, tegas Ning lagi, dia telah menarik diri dari sebarang acara yang diuruskan oleh pihak Souled Out di Mont Kiara.

“Ning dan Pihak Pengurusan Happenings juga tidak mengetahui dan terkejut tentang poster yang telah disebarkan melalui internet.

“KAMI INGIN MEMAKLUMKAN KEPADA SEMUA PIHAK BAHAWA NING BAIZURA TELAH MENARIK DIRI DARIPADA PERSEMBAHAN DI SOULED OUT YANG BERTARIKH PADA 28 SEPTEMBER 2012.”


p/s : Beginilah seeloknya...

6 comments:

  1. dia sendiri jual arak di celebriti club. dia juga tauke neo . lol ape la. munafik! puih!

    ReplyDelete
  2. mizz nina jahil....se\uami x maen peranan...biar aku doa untuk ko wahai mizz nina...semoga dapat pertunjuk

    ReplyDelete
  3. yg tak minum arak kdg2 lg teruk..trlibat dgn dadah..lg najis..huahuahua

    ReplyDelete
  4. GUINESS ANCHOR BERHAD .. BERDAFTAR DI MALAYSIA.. DIHALALKAN KERAJAAN ISLAM MALAYSIA .. ARTIS NAK BUAT PERSEMBAHAN PULAK YG KECOH.. KERAJAAN CEKIK CUKAI ARAK APE CRITA PULAK...HASIL NEGARA HALAL KE? TAK HARAM?

    ReplyDelete
  5. Ya btl aku sokong org atas ni

    ReplyDelete
  6. aKu pOwN sokOnG...nK bUaT baEk kOnOn,..haNcOOorrrr...pUiihhh.....dPn bOLeH la...bLkG aRaK jD pUjaaN.......

    ReplyDelete

Penpatah.blogspot tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri