WTF : Lukisan "The Scream" Dilelong Dengan Harga RM360 Juta
Home » » WTF : Lukisan "The Scream" Dilelong Dengan Harga RM360 Juta

WTF : Lukisan "The Scream" Dilelong Dengan Harga RM360 Juta

22 Comments

NEW YORK - Lukisan bertajuk “The Scream” atau Jeritan, karya Edvard Munch, menjadi hasil seni termahal dilelong - mencecah paras AS$119.9 juta di New York, semalam.

Hasil seni ini ialah salah satu daripada empat hasil seni yang dihasilkan dari expresionis Norway itu dan satu-satunya yang menjadi simpanan peribadi beliau.

Harga pralelong dianggarkan AS$80 juta.

Lukisan tahun 1895 itu telah dibeli di Sotheby, New York City, oleh seorang yang tidak dikenali semalam dengan harga permulaan AS$50 juta dan lelongan berakhir 12 minit kemudian.

Hasil jualan akan disalurkan kepada badan-badan muzium baru, hotel dan pusat seni di Norway. Rekod terdahulu untuk hasil seni dijual pada harga AS$106.5 juta pada 2010, dihasilkan oleh lukisan Picasso iaitu Nude, Green Leaves, dan Bust.

Harga jualan ini termasuk dengan sajak yang dihasilkan oleh Munch dibingkaikan, yang menggambarkan inspirasi beliau di sebalik hasil seni ini.

Sajak yang dihasilkan menggambarkan perasaan pelukis mengenai perasaan yang muncul ketika pelukis berjalan bersama teman beliau dan muncul satu jeritan yang tidak dapat digambarkan melalui kata-kata.

Hasil seni ini dijual oleh usahawan Petter Olsen, yang bapanya pernah rapat dengan pelukis dari Norway itu dan beliau membuat keputusan untuk menjualnya awal tahun ini.

22 comments:

  1. orng yng faham seni je faham lukisan ni wlaupun lukisan cam budak kecik

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau faham seni sngt2 pn..x kan la smpai berjuta2 harganya?x paham ak..mcm kes no plat la jgak.

      Delete
    2. betol jugak.. plat termahal F1.. gila sampai berjuta harga.

      Delete
  2. orang lukis ni mesti otak bengong.

    macam orang kat atas,

    tolong aku. mulut bini aku mengalami perubahan yang mendadak..

    mulut dia bau petai.

    LAWAK:NENEK TUA BERJOGET SAKAN! PANAS:GAMBAR PANAS NEELOFA PELUK LELAKI TERSEBAR! 18SG:AWEK GERSANG CARI JODOH DI LAMAN SOSIAL!

    ReplyDelete
  3. lukisan The Scream inilah yang jadi kajian aku masa kat study dulu...memang betul kata Arif, org yg faham apa tu seni je faham apa maksud disebalik lukisan Edvard Munch ni...lukisan ini pun banyak version dia tg tersendiri..aku mula tengok mmg kutuk habis2 karya dia nie, lepas tu baru aku tahu nilai dia...memang la layak dijual dgn harga juta2 lahhhhhhhh...

    ReplyDelete
  4. Adik aku lukis lagi cantik .. -_-

    ReplyDelete
  5. Bodo punya badak petai.. byk mkn taik

    ReplyDelete
  6. seni katenye .. hjahahahahah

    ReplyDelete
  7. Ntah hape2 je lukisan nie..

    ReplyDelete
  8. haha ramainye x reti seni tp men sedap je bedal ckp x cantik..mmg la x cantik kalu kite x tau camne nk appreciate a painting or an artwork..plus,painting ni byk gile history die..so mmg layak je djual juta2..=)orang yg bli pergh kaya gile!

    ReplyDelete
  9. Aku tau melukis. Aku suka art. Tapi ni lukisan hodoh ntah pape worth 10m+?

    Piece of shit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Don't call yourself art lover :)

      Delete
    2. Kau ne Ginosaji mesti teror lukis part anime manga kan?? Doh ! Tu mainan budak 12 tahun ~ This painting giving a beautiful sadness screaming for those whos feels it.. lukisan ne juga dah tercatat paling mahal dlm sejarah dunia.. lukisan kau ape ada ???

      Delete
    3. Aku setuju dgn RRYM. Anime lover mostly pemikiran mcm budak2 12 tahun ja. Art lover yang betul2 matured je mampu menilai painting Edvard Munch ni dgn soul diorang..

      Delete
  10. lukisan ni dah lama bkurun2 tu yg jd harga tu.pikiola skit

    ReplyDelete
  11. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  12. taik dia cantik....ak lukis pakai cirit ak lg cantik dari nih...dah laa xda porpotion..xda yang menarik selain tgk makhluk aneh x serupa manusia menjerit..ntah pape...layak di masuk tong sampah...

    ReplyDelete
  13. cantik lukisan ni. idea dia tu yg best sebenarnya. org buta seni mmg la x pandai nk nilai. sama la org buta politik pastu nnk ckp politik. just saying

    ReplyDelete
  14. Kalau cmtu, aq pun nk buat lukisan cmtu pastu jual mahal2 -_- Itu pun kalau ade org nk beli ..

    ReplyDelete
  15. ni la menteliti org melayu kita,bila nk maju..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul2.. sedih, tapi dah benda betul.

      Delete

Penpatah.blogspot tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri