WTF : Tengkorak ‘Makhluk Asing’ Ditemui Di Mexico?
Home » » WTF : Tengkorak ‘Makhluk Asing’ Ditemui Di Mexico?

WTF : Tengkorak ‘Makhluk Asing’ Ditemui Di Mexico?

21 Dec 2012 4 Comments

Sekumpulan ahli arkeologi menemui sebuah tengkorak manusia yang berbentuk lonjong dekat Kampung Onavas di Mexico, menurut akhbar dalam talian, MailOnline kelmarin.

Tengkorak itu dipercayai berusia 1,000 tahun dan ia kelihatan seperti gambaran watak makhluk asing dalam filem-filem keluaran Hollywood.

Ia ditemui tertanam di sebuah kawasan yang mengandungi 25 rangka tulang manusia.

Tengkorak tersebut mempunyai bentuk lonjong disebabkan amalan tradisi penduduk yang tinggal di utara Mexico.

Penduduk tersebut mengamalkan tradisi menghasilkan pelbagai bentuk kepala dengan menggunakan pelbagai kaedah.

Antara kaedah itu ialah dengan menggunakan dua kepingan kayu yang diikat di bahagian kepala.

Ia dilakukan ketika tengkorak tersebut masih di peringkat kanak-kanak.

Seorang ahli arkeologi, Cristina Garcia Moreno berkata, tengkorak tersebut mempunyai bentuk sedemikian kerana untuk membezakan status sosial penduduk dan disebabkan upacara keagamaan.

Moreno mengetuai projek penyelidikan tersebut bagi pihak Universiti Negeri Arizona, Amerika Syarikat.

Projek itu mendapat kelulusan Institut Antropologi dan Sejarah Kebangsaan Mexico. – Agensi

4 comments:

  1. haahahahahha .. makluk asing ade tengkorak plak

    ReplyDelete
  2. ni yahudi punye propaganda je...

    ReplyDelete
  3. tengkorak ni mmg wujud tp bkn makluk asing.... ia satu tradisi zaman dulu2, dgn mengapitkan kepala dgn 2 btng kayu ketika masih bayi.bila besar baru bukak.

    jgn mudah percaya kata ini alien. Ia betul tapi itu tengkorak manusia biasa
    x caya try ah buat.

    ReplyDelete

Penpatah.blogspot tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri