INFO : Bagaimana Cicak Ini Hidup Biarpun Terperangkap Selama 10 Tahun
Home » » INFO : Bagaimana Cicak Ini Hidup Biarpun Terperangkap Selama 10 Tahun

INFO : Bagaimana Cicak Ini Hidup Biarpun Terperangkap Selama 10 Tahun

25 Jan 2013 27 Comments

Seekor cicak yang dipercayai telah terperangkap lebih 10 tahun dalam sebuah dinding. Namun demikian, haiwan berkenaan masih lagi hidup biarpun kakinya melekat pada sebuah paku. Kisah ini juga dipercayai dari negara Jepun.

Ketika sedang mengubahsuai rumah, seorang pemuda cuba meruntuhkan suatu tembok. Rumah di Jepun biasanya memiliki ruang kosong di antara tembok yang diperbuat dari kayu. Ketika tembok itu mulai roboh, dia menemui seekor cicak yang terperangkap di antara ruang kosong itu kerana kakinya melekat pada sebatang paku.

Dia berasa kasihan sekaligus hairan. Lalu dia memerhati paku itu, ternyata paku tersebut telah ada disitu 10 tahun lalu ketika rumah itu pertama kali dibina.

Apa yang terjadi? Bagaimana cicak itu dapat bertahan dengan keadaan terperangkap selama 10 tahun??? Dalam keadaan gelap selama 10 tahun, tanpa bergerak sedikit pun, itu adalah sesuatu yang mustahil dan tidak masuk akal.

Pemuda itu lalu berfikir, bagaimana cicak itu dapat bertahan hidup selama 10 tahun tanpa berpindah dari tempatnya sejak kakinya melekat pada paku itu!

Pemuda itu lalu menghentikan pekerjaannya dan memperhatikan cicak itu, apa yang dilakukan dan apa yang dimakannya hingga dapat bertahan. kemudian, tidak tahu dari mana datangnya, seekor cicak lain muncul dengan makanan di mulutnya…. AHHHH!

Pemuda itu berasa terharu melihat hal itu. Ternyata ada seekor cicak lain yang selalu memperhatikan cicak yang terperangkap itu selama 10 tahun.

Sungguh ini sebuah cinta…cinta yang indah. Cinta dapat terjadi bahkan pada haiwan yang kecil seperti dua ekor cicak itu. Apa yang dapat dilakukan oleh cinta? tentu saja sebuah keajaiban.

Bayangkan, cicak itu tidak pernah menyerah dan tidak pernah berhenti memperhatikan pasangannya selama 10 tahun. Bayangkan bagaimana haiwan yang kecil itu dapat memiliki kurnia yang begitu mengagumkan.

Saya tersentuh ketika mendengar cerita ini. Lalu saya mulai berfikir tentang hubungan yang terjalin antara keluarga, teman, kekasih, saudara lelaki, saudara perempuan….. Seiring dengan berkembangnya teknologi, akses kita untuk mendapatkan informasi berkembang sangat cepat. Tapi tak peduli sejauh apa jarak diantara kita, berusahalah semampumu untuk tetap dekat dengan orang-orang yang kita kasihi.

JANGAN PERNAH MENGABAIKAN ORANG YANG ANDA KASIHI!!!

Kisah ini berasal dari Jepun

27 comments:

  1. X bleh blah la..bace bleh..percaye jgn..

    ReplyDelete
  2. X bleh blah la..bace bleh..percaye jgn..

    ReplyDelete
  3. Orang atas?
    bace tk pe da -.-
    Amik la pengajaran dari cerita CICAK! tu

    ReplyDelete
  4. lepas ni ada lah kuar cinta sepasang cicak..mengantikan si kura2

    ReplyDelete
  5. Nampak benor menipunye crite ni. Xkn masa rumah tu dibina, cicak tu x lari masa orang nk paku tu.

    ReplyDelete
  6. bape plak jangke hayat sekor cicak? adakah smpai 10 taun?

    ReplyDelete
  7. nak JIMAT PETROL 49%?
    nak jimat elektrik 30%?
    sukakan BARANG RARE?
    sila lawati --> Perkakas Pintar

    ReplyDelete
  8. Wtf...nk jiwang bukan kt sini..

    ReplyDelete
  9. 10 tahun menyulam cinta di balik dinding dan paku .. tapi yg melekat tu cicak jantan ke cicak betina .. arghhh .. persoalan ..

    ReplyDelete
  10. Kuasa Allah xde sape blh nafikn..mgkin Allah nk tnjuk 1 pgjrn dsbalik kisah cicak ni..wallahualam..

    ReplyDelete
  11. tak mustahil juga,kisah2x haiwan pun ada diceritakan dalam hadis2x

    ReplyDelete
  12. sunat ye bunuh cicak

    ReplyDelete
  13. macam dalam AL QURAN ada sebut rezeki ALLAH tu ditangan DIA...jd apa nak heran

    ReplyDelete
  14. Ini kisah dan teladan jer,bukan based on true story.

    ReplyDelete
  15. ngeeeeeeeeee
    cicak-nyan~~~

    ReplyDelete
  16. macam tipu ja ni..janka hayat cicak mana sampai 10 tahun

    ReplyDelete
  17. 1.Cicak mana ada hidup sampai 10 tahun?
    2.Orang paku rumah tu dengan cicak sekali ek?
    3.Terharu beb..betul..tapi ku geli dengan cicak ni....

    ReplyDelete
  18. kah3..ada gak yg percaya..tu mesti tgah meniarap atas katil nangis2 sambil tgok cermin tu

    ReplyDelete
  19. ye ye je.....spesies cicak ape yg ade lifespan smpi 10 thn?

    ReplyDelete

Penpatah.blogspot tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri