INFO : Hidup Seorang Jutawan Muda Di Thailand (Menarik!)
Home » » INFO : Hidup Seorang Jutawan Muda Di Thailand (Menarik!)

INFO : Hidup Seorang Jutawan Muda Di Thailand (Menarik!)

37 Comments

Jutawan muda di Thailand. Walaupun dirinya kini hidup penuh dengan kekayaan, namun ia bukanlah bermula dengan kesenangan. Pemuda ini terpaksa melalui detik sukar dan sering mengalami kerugian semasa menjalankan perniagaannya.

Top Ittipat merupakan seorang pelajar bermasalah di sebuah sekolah di Thailand. Top sering dibandingkan oleh cikgunya dengan abang serta kakak nya yang jauh lebih baik daripada Top ketika berada di bangku sekolah sepertinya.

Seperti remaja lain seusia dengannya, Top sangat suka bermain game online. Disebabkan hobinya itu, Top sering mengabaikan pelajarannya dan dia juga tidak pernah memikirkan masa depan hidupnya sendiri.

Ketika bermain game online, Top mula mendapatkan duit pertamanya sendiri dengan menjual senjata didalam game tersebut dengan transaksi duit sebenar.

Dengan bisnes “weapon trading” dalam game online ini, Top berjaya mengumpulkan sebanyak 1 juta Bahtdan kemudiannya dia membelanjakan duit tersebut untuk membeli sebuah kereta pada harga 600 Baht.

Tetapi malangnya, urus niaga yang berlaku dalam game online tersebut terbongkar dan disenaraikan sebagai tidak sah, akibatnya Top diharamkan daripada terus bermain game online tersebut.

Dalam masa yang sama, peniagaan kedua ibu bapa Top menghadapi masalah kewangan yang teruk. Top sendiri tidak berjaya melanjutkan pelajaran ke Universiti Awam kerana keputusan peperiksaan yang teruk dan dia terpaksa belajar di Universiti Swasta dengan yuran yang sangat mahal.

Untuk mendapatkan duit bagi menampung yuran dan perbelanjaannya di Universiti kelak, Top menjalankan bisnes menjual DVD Player dengan menggunakan duit baki bisnes game online sebagai modal.

Malangnya, DVD Player yang ingin dijual tersebut gagal kerana Top ditipu oleh penjual DVD Player cetak rompak tersebut. DVD Player tersebut merupakan barangan palsu buatan China dan mudah rosak.

Akhirnya Top mula menyedari kesilapannya mengabaikan pelajaran sewaktu di bangku sekolah dahulu. Tetapi dia tidak pernah putus asa. Dia menjadi semakin bersemangat dan mula memikirkan idea baru untuk bisnesnya yang akan datang.

Top kemudiannya memulakan perniagaan menjual kacang rebus setelah menyewa sebuah mesin pemproses kacang rebus daripada sebuah syarikat yang berpangkalan di negara Jepun.

Top mulakan dengan belajar cara membuat kacang rebus di sekitar pasar tani dan kemudian mengaplikasikannya sendiri di dapur rumahnya menggunakan mesin yang telah disewanya tadi. Akhirnya Top berjaya menghasilkan kacang rebus yang sangat sedap dan disukai oleh setiap orang yang merasa kacang tersebut.

Dengan bantuan daripada pakcik nya, Top mula menyewa tapak perniagaan di sebuah shopping mall berdekatan rumahnya. Pada awalnya perniagaan di mall tersebut tidak memberikan pulangan yang memberangsankan sehinggalah Top bertindak menukar lokasi perniagaan nya ke tempat yang lebih strategik iaitu di hadapan pintu masuk shopping mall tersebut.

Sambutan yang diterima selepas itu sangat memberangsankan dan disebabkan ini Top mencongak untuk meluaskan lagi perniagaan nya dengan menyewa lebih banyak mesin pemproses dan menggajikan pekerja untuk mengendalikan gerainya yang lain.

Kejayaan kacang rebus Top ini tidak berpanjangan apabila pihak atasan shopping mall tersebutmembatalkan kontrak semua gerai milik Top kerana asap yang terhasil daripada mesin miliknya merosakkan bumbung mall tersebut dan mengganggu perniagaan lain yang ada di situ.

Top berasa sangat sedih dan kecewa. Pada waktu itu Ibu Bapa Top mengajaknya untuk berpindah ke China kerana bebanan hutang yang terpaksa ditanggung oleh syarikat bapanya semakin tidak terkawal.

Top berkeras mahu tinggal terus di Thailand dan menolak pelawaan ibu bapanya untuk bersama-sama mereka tinggal di China dengan abang dan kakaknya di sana. Dia mahu mencuba satu lagi bisnes untuk melangsaikan hutang keluarganya yang ketika itu mencecah angka 40juta Baht.

Daripada perniagaan kacang rebus, Top beralih kepada perniagaan rumpai laut pula. Idea untuk menjual rumpai laut ini bermula ketika bekas kekasihnya memberikan Top snek rumpai laut untuk meredakan kesedihannya pada waktu itu.

Bermacam usaha dilakukan oleh Top untuk menjayakan bisnes rumpai lautnya pada kali ini. Bermula dengan modal 100 ribu Baht, Top memborong sebanyak mungkin rumpai laut mentah dan pakcik nya pula akan mencuba sendiri untuk memasak rumpai laut tersebut.

Top juga turut belajar cara untuk mengawet rumpai laut tersebut supaya lebih tahan lama dan tidak mudah rosak. Ketika itu Top juga terfikir untuk meletakkan produk buatannya itu di kedai-kedai milik 7 Eleven yang ada di serata Thailand ketika itu. Disebabkan standard tinggi 7 Eleven, usaha Top untuk menjual produknya di setiap rangkaian kedai 7 Eleven amatlah sukar.



Dia tidak mempunyai tenaga kerja yang banyak dan dapur rumahnya merupakan kilang dia menghasilkan snek rumpai lautnya. Top tidak mahu segala usaha dan penat lelahnya menjadi sia-sia sahaja. Akhirnya Top mencuba sedaya upaya untuk membuka sebuah kilang pemproses menggunakan kedai peninggalan bapanya yang sudah tidak digunakan lagi dan mengupah beberapa orang pekerja untuk menghasilkan 72,000 bungkus snek rumpai laut untuk dipasarkan di 7 Eleven mengikut tempoh waktu yang ditetapkan.

Top akhirnya berjaya memenuhi permintaan 7 Eleven dan produknya dipasarkan di 3000 buah kedai 7 Eleven di seluruh Thailand dan kemudiannya semakin berkembang sehinggalah kini kita di Malaysia juga boleh merasai Tao Kae Noi yang dihasilkannya.

Pada usia 26 tahun, Top berjaya membayar semula kesemua hutang keluarganya dan memiliki perniagaan yang maju dan kukuh. Dia juga dinobatkan sebagai billionaire muda Thailand.

37 comments:

  1. Lerr...lelaki ni upenye yg asaskan tao kae noi...aq suke gile kott!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. halal ke weh..ko jgn men sebat jer..

      Delete
  2. ad movie psl dia..100% betul ngn kisah hidup dia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. movie apa? tajuk?

      Delete
    2. billionaire .. :)
      serius same...
      penah tayang kat astro baru2 ni...

      Delete
    3. ak pnah gk tgk cte tu,,tp xtau cte btol rupenye...

      Delete
  3. selalu aku mkan bende tu .. hhaha

    ReplyDelete
  4. sy x pnah mkn. x pnah tgk pn. cuma nk tnye, halal ke? mgkin cara pembungkusan yg membuatkn sy ragu2.

    ReplyDelete
  5. kisah dia dah di filemkan.. seaweed boy tajuknya kalau x silap..

    ReplyDelete
  6. Ni filem pasal budak ni.. http://www.youtube.com/watch?v=8TOOnqsDirA

    ReplyDelete
  7. Wow! Aku minat giler ngan rumpai laut tu! Dia rupanye yang buat bende tu...

    ReplyDelete
  8. Dia rupanya yg buat...alahai..ingatkan pak cik mana, rupanya si jejaka ganteng..mmg sedaplah...selalu beli kalau pgi supermarket.

    ReplyDelete
  9. the billionare lh tajuk filem dia ..ada dlm box office ..

    ReplyDelete
  10. nak JIMAT PETROL 49%?
    nak jimat elektrik 30%?
    sukakan BARANG RARE?
    sila lawati --> Perkakas Pintar

    ReplyDelete
  11. Dah de citer ni lam Astro Box Office...memang best

    ReplyDelete
  12. citer dia ni ada difilemkan, sumpah best. citer thailand.

    ReplyDelete
  13. Sila layan movie base on true story si TOP ni.. sangat naisss!! "TOP SECRET"

    ReplyDelete
  14. Pengusaha minyak kelapa dara..xda lak nk masuk dlm dokumentari ni.

    ReplyDelete
  15. cara hidup dia memang sebijik cam cerita hidup aku..cuma aku xkaya g la..woi pinjam seratus nk wat modal niaga

    ReplyDelete
  16. Tajuk filem ni The Billionair...ade tyg kt astro box office thn lps. Mmg inspired gile lau tgk cte 2

    ReplyDelete
  17. rezeki allah luas!! tunggu usaha je, skrg pom lau dpt all a dlm spm pon belum jamin idup!!!!!!

    ReplyDelete
  18. tajuk cerita nya ialah bilionire...

    ReplyDelete
  19. Hey there. I noticed your site title, "Blogger: Pen Patah Blog" doesn't really reflect the content of your website. When creating your blog title, do you believe it's
    most beneficial to write it for Search engine optimisation or for your
    audience? This is something I've been battling with mainly because I want good search rankings but at the same time I want the best quality for my website visitors.

    Also visit my blog post; http://aji.co.kr/

    ReplyDelete
  20. tak tau lak hahaha tp rupai laut tu mmg sedap haha

    ReplyDelete
  21. akhirnya top berjaya menghasilkan kacang rebus yg sangat sedap dan disukai oleh setiap orang yang merasai kacanh tersebut... pergghhhhh!!!! mcm baca buku cerita dongeng

    ReplyDelete
  22. snek rumpai laut tu memang sedap!!! suka perasa wasabi!... kalau tengok dkt pack dia tu mmg ada "halal" from Thai punya Islamic Centre... wallahu'alam

    ReplyDelete
  23. ada movie dia... dulu ada main dkt astro. box office ler. best ouh. :D. mmg cite dia pun....

    ReplyDelete
  24. Baru habis tengok citer dia. Sumpah. Best! Bagi aku semangat pula tu....fuhhh

    ReplyDelete
  25. oh, bukannya ini pernah difilmkan? wah saya suka ini

    ReplyDelete
  26. it is halal,,if im not mistaken in thai after buddhist is muslim right?so to ensure the product can reach the muslims, they applied the halal cert,,shall be no prob,,isA :)

    personally i think that this is the only post from penpatah that almost all the comments are very reflecting the post and no 'weird' comment or maybe those pelikpelik have been removed perhaps??hee,,peace yaw~~

    ReplyDelete

Penpatah.blogspot tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri