Ifa atau nama sebenarnya Saripah Raziah Mustapha, 38, berkata, anaknya Muhammad Shakir Aqili Mohd Yani, 8, dikatakan ditolak oleh seorang pelajar darjah lima akibat perasaan cemburu dengan koleksi patung gusti yang dimiliki Muhammad Shakir Aqili.
"Pada tengah hari Jumaat, selepas tamat waktu sekolah, anak saya berborak dengan anak kepada pelakon Amyza Aznan yang turut belajar di sekolah yang sama. Mereka berborak mengenai patung gusti.
"Tiba-tiba datang seorang budak darjah lima menyertai perbualan itu dan anak saya terus menyambung perbualannya sambil menceritakan koleksi patung gusi yang dimilikinya.
"Kerana tidak percayakan kata-kata Muhammad Shakir Aqili, budak itu menolaknya sehingga kepala dia terkena besi menyebabkan luka pada dahi sebelah kiri," katanya yang dihubungi mStar Online, di sini malam Jumaat.
Tambah Ifa, akibat kejadian itu anaknya terpaksa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk mendapatkan rawatan dan menerima enam jahitan.
Katanya, Muhammad Shakir Aqili, juga terpaksa di hantar ke Hospital Pakar KPJ Tawakkal (KPJ TSH) dekat sini untuk menjalani imbasan kerana dikhuatiri terdapat gegaran otak.
Dalam pada itu, sehingga berita ini ditulis pada malam Jumaat, Ifa berkata, ibu bapa kepada kanak-kanak itu masih belum bertemu atau menghubunginya walaupun mereka telah diberitahu mengenai kejadian tersebut oleh pihak sekolah.
"Pelik juga, sepatutnya ibu bapa budak itu perlu meminta maaf kepada saya dan suami, tetapi sehingga sekarang mereka tidak menghubungi kami pun. Sedangkan mereka telah diberitahu oleh pihak sekolah,” katanya.
Ifa yang turut bimbang dengan keadaan kesihatan anaknya itu akan membuat laporan polis pada Sabtu. -Mstar
#Luka macam kena parang. Adoyai
Jika anda suka artikel ini, jangan lupa sertakan kami dengan copy salah satu link di bawah ^_^
Kopi link post yang comel ini ^_^
Kalau nak dalam bentuk HTML, kopi saya lak ^_^





Fuyooo..ganas anak dia...
ReplyDeletePANAS : Gambar Wawa Zainal Bertudung CUTE!
VIDEO : Apa akan Jadi Sekiranya Isteri Anda Sekeping Papan?
Kalau dah anak artis semua pon masuk website or paper.anak org laen lg teruk kena pon ade.haih
ReplyDeletewarghhh!!
ReplyDeleteganas giler!!
MELETOP:AWEK GERSANG CARI JODOH DI LAMAN SOSIAL!
AMARAN:BERHATI-HATI KETIKA MENAIKI PENGANGKUTAN AWAM!
SADIS: GAGAL BERSETUBUH KERANA ZAKAR TERLALU BESAR!
dalam jgk luka budak 2...sian...
ReplyDeleteyg p bawak mainan p skola pehal... kan da kena...
ReplyDeleteWOW: FREE HOLIDAY TO SHANGHAI
dia tak bwk. dia bercerita jer. cer baca blik.
Deletepengaruh gusti la tu...
ReplyDeletenak JIMAT BIL ELEKTRIK 30%?
ReplyDeletenak JIMAT PETROL 49%?
sukakan BARANG RARE?
sila lawati --> Perkakas Pintar
anak2 kalo ckp tu jaga la adab sopan jgn la poyo sgt..terlebih minum susu lembu tu la terlalu ikut kan hati cakap pun pintar2 terlebih pintar..ni x lain ajaran mak bapak jga mulut lazer..kan dah kena!
ReplyDeleteganas budak2 skang ni
ReplyDeletekecik2 dah bertumbuk besar nanti jd penyangak no 1 negara..
ReplyDeleteNakal! Mmglah jd gtu...nela anak artis trusla kuarkan stetmnt dbrita ....hemmmm
ReplyDelete