WTF : Murid Dirogol Di Bawah Meja Ketika Guru Mengajar (Gambar)
Home » » WTF : Murid Dirogol Di Bawah Meja Ketika Guru Mengajar (Gambar)

WTF : Murid Dirogol Di Bawah Meja Ketika Guru Mengajar (Gambar)

13 Comments

New York – Seorang remaja lembam berusia 15 tahun dirogol di bawah meja di dalam kelasnya, biarpun ketika kejadian gurunya hanya berada beberapa kaki daripada tempat tersebut.

Remaja yang hanya dikenali sebagai KJ itu didakwa telah dirogol selama 10 minit ketika guru sains sedang mengajar di dalam kelas di Akademi Martin De Porres di Elmont.

Biarpun dia meronta untuk melepaskan diri, namun setiap kali berbuat demikian, seorang pelajar lain akan memukul kepalanya.

KJ yang mempunyai IQ 60 itu merupakan satu-satunya pelajar perempuan daripada 13 pelajar yang mengikuti pelajaran di kelas berkenaan.

Meskipun dia memaklumkan kejadian itu kepada pekerja sekolah, namun pengurusan sekolah gagal membuat laporan berhubung jenayah tersebut.

Sususlan itu, ibu remaja tersebut telah mengemukakan tuntutan saman mendakwa guru kelas itu tidak mempedulikan anaknya ketika serangan berlaku.

Malah, ketika kejadian juga, salah seorang suspek menari-nari di atas meja manakala yang lain pula cuba mencabul KJ.

Menurut ibu mangsa, dia tidak berupaya untuk memindahkan anaknya daripada sekolah tersebut dengan segera, hingga menyebabkan remaja tersebut dibuli selama beberapa bulan sebelum ini.

Dalam pada itu, pengarah eksekutif sekolah itu, Ed Dana melahirkan rasa sedih denbgan insiden tersebut.

Jelasnya, satu siasatan dalaman telah dijalankan sebaik sahaja pihak sekolah mendengar mengenai kes berkenaan dan turut memecat guru terbabit

13 comments:

  1. Replies
    1. bising la kau mazeer

      Delete
    2. kami macai !!!!!

      Delete
  2. tu la akibat apabila guru tiada kuasa denda pelajar..di US..teacher are not allowed to touch the student even for 1mm

    ReplyDelete
  3. cikgu tak guna...
    http://www.emailcashpro.com/?source=[Friend's Email]&r=joedanmx

    ReplyDelete
  4. wahhh sampai mcm tu skali .. adoi kesiannya budak tu

    ReplyDelete
  5. Krusi meja tu cam kat skolah aku dulu..hehe

    ReplyDelete
  6. Aku tgk mamt mazer dan sehinggit nie jek yg selalu komen....naik menyampah pun ader tgk nama tu

    ReplyDelete
  7. KJ ..khairi jamaluddin..hahaha

    ReplyDelete
  8. Sekolah bodoh.

    ReplyDelete
  9. apa nak jadi dgn owng skrjng

    ReplyDelete

Penpatah.blogspot tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri