WTF : Pelajar Dikenakan Yuran Jika Mahu Dipeluk Guru
Home » » WTF : Pelajar Dikenakan Yuran Jika Mahu Dipeluk Guru

WTF : Pelajar Dikenakan Yuran Jika Mahu Dipeluk Guru

4 Comments

Jika seseorang pelajar itu dikenakan yuran seperti kokurikulum, yuran buku teks dan sebagainya, itu memang dianggap normal. Namun apakah yang anda lakukan jika dalam penyata yuran tersebut terdapat caj perkhidmatan memeluk pelajar? WATAFAK kan.

Sebuah tadika disiasat oleh badan pemantau pendidikan tempatan selepas mengenakan ‘Yuran Pelukan’ kepada para pelajarnya. Perkara ini telah menimbulkan kemarahan ibu bapa di Bandar Yangzhou, Timur China.

Ibu bapa diminta untuk membayar yuran tersebut supaya anak-anak mereka yang bersekolah di Tadika Shangmao yang terletak di daerah Jiangdu, dapat dipeluk oleh guru-guru ketika tiba pada waktu pagi dan ketika pulang ke rumah.

Cas 80 yuan sebulan dikenakan bagi setiap pelajar. Ibu bapa diberitahu oleh guru-guru bahawa pelukan dapat menceriakan anak-anak mereka.

Pihak tadika menjelaskan, perkhidmatan tersebut adalah percubaan untuk pendidikan berkualiti bagi melahirkan rasa sayang dan meningkatkan keyakinan mereka selepas menerima pelukan dari guru.

Namun pihak berkuasa pendidikan tempatan berkata, tiada alasan bagi mengenakan yuran untuk perkhidmatan sebegitu. Ianya menyalahi peraturan dan menggesa pihak tadika mengembalikan duit tersebut kepada ibu bapa.

4 comments:

  1. WTF..mcm ni pon ada ke..xyah nak peluk sangat la..balik umah peluk mak ayah lg baik..

    PANAS!: Kisah Benar Pengalaman Pertama Aku Digoda Perempuan Cantik(18sx)
    MESTI TAHU : Mari Mengenali Simbol Syaitan!

    ReplyDelete
  2. nak JIMAT PETROL 49%?
    nak jimat elektrik 30%?
    sukakan BARANG RARE?
    sila lawati --> Perkakas Pintar

    ReplyDelete
  3. masa zaman skola menengah .. lau la kene bayar peluk cikgu pompan .. aku tak kisah ..

    ReplyDelete

Penpatah.blogspot tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri