WTF : Penduduk Kampung Gantung Motor Di Tiang Telefon
Home » » WTF : Penduduk Kampung Gantung Motor Di Tiang Telefon

WTF : Penduduk Kampung Gantung Motor Di Tiang Telefon

7 Comments

Tertanya-tanya, mengapa motor ini digantung di tiang telefon. Difahamkan motor ini sebenarnya milik dua orang lelaki yang dipercayai terlibat dengan kes kecurian pisang di kebun penduduk kampung. Akibat geram, mereka bertindak menggantungkan motosikal biarpun pencuri tersebut berjaya melarikan diri.

MAMAT (kiri) bersama penduduk Kampung Kesom Che Nordin melihat motosikal pencuri yang digantung di tiang telefon.

Kuala Terengganu: Geram gagal menahan dua lelaki yang disyaki mencuri pisang di kebun penduduk Kampung Kesom Che Nordin, Manir, di sini, beberapa penduduk bertindak menggantung motosikal suspek bersama pisang yang dicuri di sebatang tiang telefon di kampung berkenaan, semalam.

Dalam kejadian jam 12.30 tengah hari itu, dua penduduk terserempak dengan suspek sedang mencuri pisang di kebun berkenaan, tetapi dua lelaki itu melepaskan diri meninggalkan pisang serta motosikal mereka.

Penduduk kampung yang berang menggantung motosikal dipercayai milik seorang suspek bersama pisang dicuri pada tiang telefon yang terletak 500 meter dari kebun berkenaan.

Seorang penduduk Mohd Saudi Deraman, 39, berkata, sebaik dimaklumkan mengenai kebun jirannya diceroboh, dia bersama seorang rakan ke kawasan itu dan nampak dua lelaki berusia 30-an sedang memotong pisang.
Foto

“Dua lelaki itu terkejut dengan kehadiran kami melarikan diri. Bimbangkan keselamatan kerana mereka ada pisau, kami tidak mengejar mereka.

Jika anda suka artikel ini, jangan lupa sertakan kami dengan copy salah satu link di bawah ^_^

Kopi link post yang comel ini ^_^



Kalau nak dalam bentuk HTML, kopi saya lak ^_^

7 comments:

Penpatah.blogspot tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri