WTF : Saintis Dedah Imej Sotong Gergasi Yang Dirakam Di Lautan Pasifik (3 Gambar)
Home » » WTF : Saintis Dedah Imej Sotong Gergasi Yang Dirakam Di Lautan Pasifik (3 Gambar)

WTF : Saintis Dedah Imej Sotong Gergasi Yang Dirakam Di Lautan Pasifik (3 Gambar)

8 Jan 2013 13 Comments
TOKYO - Beberapa saintis menyatakan mereka berjaya merakamkan gambar seekor sotong gergasi sepanjang kira-kira lapan meter di dasar Lautan Pasifik.

Pendedahan itu dibuat semalam selepas pihak Muzium Sains Kebangsaan Jepun berjaya membuat penggambaran haiwan laut dalam itu di habitat semula jadi sotong berkenaan buat kali pertama.

Ia merupakan hasil kerjasama dengan stesen televisyen NHK dan saluran Discovery Channel.

Para saintis itu menemui sotong tersebut pada kedalaman 630 meter dengan menggunakan sebuah kapal selam pada Julai tahun lalu sekitar 15 kilometer ke timur Pulau Chichi di utara Lautan Pasifik.



Penyelidik muzium tersebut, Tsunemi Kubodera berkata, pasukan penyelidikannya mengekori sotong besar itu pada kedalaman 900 meter ketika haiwan berkenaan menyelam jauh ke dasar lautan.

Rakaman stesen televisyen NHK menunjukkan haiwan berwarna perak dan bermata hitam besar itu berenang melawan arus laut dengan belalainya melilit umpan sotong.



"Haiwan itu bersinar dan amat cantik," kata Kubodera.

Sebelum ini, Kubodera hanya merakamkan gambar seekor sotong raksasa yang ditangkap dan dinaikkan ke dalam botnya pada tahun 2006. - AFP

13 comments:

  1. ni la sotong merah.....xbsaq ang ckp??....bukak youtube...taip "giant red squid"..
    p/s...tgk dlu bru ckp k...peace yo...

    ReplyDelete
  2. wahhh .. sekampung leh makan sotong goreng tepung ni

    ReplyDelete
  3. sotong dekat lorong2 gelap lebih besar la...siap bermekap lg u....aaaauuuuwww..

    ReplyDelete
  4. 8meter panjang hangpa kata tak besaQ? fail matematik ka apa?

    ReplyDelete
  5. nih nme nyer dunia nk kiamat...~

    ReplyDelete
    Replies
    1. KIAMAT PALA HOTAK BAFUCK ANG!!!

      Delete
  6. kalau tgok dlm hp, nmpak kecik. betul tak org diatas?

    ReplyDelete

Penpatah.blogspot tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri