COOL : 10 Tempat Paling Unik Seluruh Dunia Yang Akan Membuatkan Anda Terpegun!

Dunia ini penuh dengan tempat-tempat yang unik dan menakjubkan untuk dilawati dan dengan kemajuan teknologi, tempat-tempat yang terpencil tapi mengagumkan seumpama ini dapat dijumpai. 

Melihat keindahan alam yang mempersonakan ini akan membuatkan hati mengagumi kebesaran Allah yang menciptakan seluruh alam, walaupun hanya sekadar dapat melihat dari skrin komputer, itu pun jadilah. Senarai ini memperlihatkan 10 tempat paling unik dan menakjubkan dari seluruh dunia, yang tidak mengikut turutan penpatah



10. Pamukkale, Turki


Pamukkale dalam bahasa Turki bermaksud istana kapas, dan juga dipanggil istana putih kerana persekitarannya yang keputihan disebabkan oleh kepekatan calcite yang tinggi di dalam air. Endapan sedimen dari batu travertine menghasilkan teres putih, air terjun yang membatu dan hutan mineral yang membentuk landskap di sekitarnya.

17 mata air panas di sini pula dipanaskan oleh gunung berapi bawah tanah. Kawasan ini juga menjadi spa untuk berubat sejak ribuan tahun dan menarik pengunjung dari serata dunia, selain kerajaan Rom pernah membina kota kuno Hieropolis di sini penpatah.

9. Sanqingshan, China


Sanqingshan yang dianggap sebagai tempat suci ini digunakan oleh penganut agama Tao untuk meditasi, dan dipercayai mampu memberikan keabadian hidup penpatah  Tempat ini diselubungi kabus selama 200 hari setahun dan kabus ini menyumbang kepada persekitaran yang sangat menyamankan, bersama-sama dengan beribu-ribu anak sungai yang mengalir ke tasik-tasik, formasi batu granit yang menyerupai bentuk manusia dan haiwan dan pokok-pokok pain yang berbentuk unik.

Tasik-tasik dan tumbuh-tumbuhan mewujudkan persekitaran unik yang menarik banyak spesis burung dan haiwan eksotik yang jarang dijumpai.

8. Vale Da Lua, Brazil


Tempat ini merupakan lembangan batu yang terbentuk hasil hakisan dari Sungai San Miguel. Vale Da Lua bermaksud lembah bulan dan diberikan nama tersebut kerana hakisan dari sungai menyebabkan batu tersebut menjadi licin dan berwarna kelabu seperti di bulan penpatah  Lembah ini juga mempunyai batu tertua di dunia, degan anggaran usia menjangkau 1.8 billion tahun. Sungai tersebut pula telah membentuk gua, air terjun dan pembentukan batu yang pelik. Jika dilihat dari angkasa lepas, kawasan ini merupakan yang paling bercahaya di bumi.

7. Socotra, Yaman



Socotra digambarkan sebagai salah satu tempat yang kelihatan seperti asing dari planet lain penpatah  Ianya sangat terasing dengan iklim yang ekstrem dan kering, dan hasilnya satu pertiga daripada tumbuhan di sini tidak terdapat di tempat-tempat lain, termasuk pokok Darah Naga yang terkenal, tumbuhan luar biasa berbentuk seperti payung yang mengeluarkan getah berwarna merah. Socotra dianggap sebagai tempat mempunyai paling banyak kepelbagaian tumbuhan di tanah Arab dan disenaraikan sebagai tapak warisan dunia.

6. Laut Mati, Jordan


Laut Mati yang juga dikenali sebagai Laut Garam ini terletak di sempadan Jordan dan Israel. Ianya terletak di ketinggian paling rendah di atas permukaan bumi. Disebabkan kemasinan dan kepadatan yang sangat tinggi, ianya digelar Laut Mati dan airnya lebih masin berbanding air laut. Ianya juga terkenal dengan sifatnya yang boleh mengapungkan manusia di atas permukaan air penpatah. Hidupan air seperti ikan juga tidak mampu untuk hidup di sini.

5. Great Blue Hole, Belize


Lubang dalam yang digelar sebagai Blue Hole ini boleh didapati di perairan Bahamas dan Belize. Lubang ini selalunya merupakan pintu masuk ke rangkaian gua dan ada di antara kepanjangannya mencecah sehingga 14 kilometer. Penyelam telah melaporkan menjumpai sejumlah besar makhluk akuatik yang masih baru kepada sains.

4. Chocolate Hills, Bohol, Filipina


Chocolate Hills merupakan tempat tarikan pelancong paling popular di Bohol, Filipina yang disenaraikan di nombor 6 dalam tujuh keajaiban baru dunia. Kawasan bukit ini terdiri daripada kira-kira 1268 bukit batu kapur yang dilitupi rumput berbentuk kon dengan ketinggian antara 40-120 meter penpatah  Chocolate Hills yang merupakan satu keajaiban alam ini juga disenaraikan sebagai tugu geologi nasional Filipina.

Semasa musim panas, bukit batu kapur yang dilitupi rumput ini akan mengering dan bertukar warna menjadi perang, mengubah kawasan ini menjadi barisan bukit yang kelihatan seperti coklat. Direkodkan bahawa tiada pembentukan semulajadi yang seumpamanya di dunia.


3. Rio Tinto, Sepanyol


Sungai Rio Tinto mengalir dari gunung Sierra Moreno hingga ke Teluk Cadiz di Huelva, Sepanyol. Rio Tinto bermaksud sungai merah dan ini bertepatan dengan keadaan sungai ini yang berwarna merah disebabkan tahap besi yang tinggi. Sungai ini dilombong untuk tembaga, emas dan perak sejak dari zaman kuno dan berterusan sehingga hari ini.

Ianya juga mempunyai lombong tertua di dunia, yang dipercayai peninggalan Nabi Sulaiman. Disebabkan aktiviti perlombongan, sungai ini mempunyai kadar asid yang tinggi dan menjadi habitat kepada organisma yang hanya hidup dalam keadaan ekstrem.



2. Fly Geyser Reno, Nevada


Pancutan air panas ini terhasil secara tidak sengaja daripada penggerudian mencari telaga air, walaupun ianya tidak terbentuk sehinggalah tahun 1960. Tempat yang mempunyai kawasan geoterma ini telah menyebabkan air panas terpancut ke atas permukaan dan mineral mula terbentuk yang akhirnya menghasilkan gunung berapi kecil setinggi 5 kaki, dengan lapisan teres penpatah  Teres tersebut mempunyai warna berlainan disebabkan mineral yang terdapat di situ. Tempat yang asalnya tidak mempunyai banyak air ini telah menarik angsa, itik, ikan dan juga haiwan-haiwan ke sini.



1. Cano Cristales, Colombia


Cano Cristales merupakan sungai yang terletak di pergunungan Serrania de la Macarena. Kawasan ini sangat terpencil di mana cara untuk ke sana hanyalah dengan menaiki kuda, keldai atau berjalan kaki. Kawasan ini dipenuhi dengan air terjun, jeram dan perigi di mana airnya sangat jernih hingga permukaannya boleh jelas dilihat.

Dalam tempoh antara musim hujan dan musim kemarau yang berlaku antara September-November, sungai tersebut akan bertukar dengan dipenuhi warna. Alga di dalam sungai menghasilkan campuran warna merah, biru, hijau, hitam dan kuning penpatah  Sungai ini juga tidak mempunyai ikan kerana salurannya yang rumit dan bersimpang-siur. Sungai ini juga dipanggil The River of Five Colours, The Liquid Rainbow dan The River That Ran Away From Paradise.

Jadi amacam?

Sumber dari Listverse, World On the Net, Trifter dan Aquiziam

{ 18 comments.. read them below or add one }

AnonymousAnonymous 12 March, 2013
tak terpegun pon. scroll ke bawah gak aku.
AnonymousAnonymous 12 March, 2013
subhannallah..hebat nye xciptaan Allah..
AnonymousAnonymous 12 March, 2013
misteri kewujudan perkataan penpatah di beberapa perenggan.
AnonymousAnonymous 12 March, 2013
betul tue...aku pon perasan gak.
Anti MazeerAnti Mazeer 13 March, 2013
B boy Chilo gay..eeee budak ni spy mazeer...
AnonymousAnonymous 12 April, 2013
baru nak cakap..... cium siket
Wawa Zainal Wawa Zainal 26 April, 2013
Kan.. wawa pun ada nampak juga. Eeee... nak cium jugak.... (goyang2 badan)
AnonymousAnonymous 26 April, 2013
PEMBETULAN GAMBAR NO 8: TEMPAT YANG PALING BERCAHAYA DI BUMI IALAH MADINAH
AnonymousAnonymous 29 May, 2013
betul sgt2.kaji dulu belum buat entri ni.
AnonymousAnonymous 25 July, 2013
ni semua salah anwar berahi
ahmad fadhli ahmad fadhli 12 September, 2013
ko nie apehal, nie bukan blog budak2 gemok la
AnonymousAnonymous 14 October, 2013
kelakarnya...hahahaxx....
AnonymousAnonymous 13 May, 2014
alah.....malaysia x termasuk ke admin...

Penpatah.blogspot tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri