COOL : 9 Fakta (Atau Auta?) Menakjubkan Tentang Taj Mahal
Home » » COOL : 9 Fakta (Atau Auta?) Menakjubkan Tentang Taj Mahal

COOL : 9 Fakta (Atau Auta?) Menakjubkan Tentang Taj Mahal

12 Mar 2013 9 Comments
Merupakan salah satu daripada tujuh keajaiban dunia, Taj Mahal memang cukup indah dari segi binaan dan sejarahnya.

Dibina oleh Maharaja Shah Jehan Mughal untuk isteri ketiganya, iaitu Mumtaz Mahal. Taj Mahal yang lengkap dengan binaan, senibina, seni dan kaligrafi yang menakjubkan itu siap dibina dalam masa 22 tahun.

Diiktiraf sebagai salah satu daripada tapak warisan dunia oleh UNESCO, Taj Mahal yang menggabungkan pembinaan makam, masjid, taman, gerbang dan mata air menampilkan senibina abad ke-16 yang diinspirasi dari seni Islam.

Selain itu, Taj Mahal juga merupakan contoh terbaik yang menggambarkan ciri-ciri senibina Mughal yang menggabungkan elemen-elemen senibina dari Parsi, Turki, dan juga India.

Oklah, sekarang dipaparkan 9 fakta (atau auta?) menakjubkan tentang Taj Mahal, yang mungkin betul dan mungkin sahaja khabar angin. Biasalah, ratusan tahun punya cerita pasti ada mitos dan tambah cerita.

1. Nama sebenar Shah Jehan adalah Khurram, manakala nama sebenar Mumtaz Mahal adalah Arjumand Bano Begun. Mumtaz Mahal bermaksud 'istana yang paling gemilang'.

2. Lebih daripada 2000 model telah dibuat sebelum maharaja memilih reka bentuk terakhir yang diingininya.

3. Untuk mengangkut bahan binaan ke tapak binaan, lebih daripada 1000 ekor gajah telah digunakan.

4. Beribu-ribu pekerja telah dipotong tangan mereka selepas siap pembinaan Taj Mahal tersebut untuk memastikan bahawa mereka tidak dapat membina bangunan yang meyerupai Taj Mahal lagi.

5. Pelbagai jenis batu permata yang unik telah digunakan untuk menghiasi istana tersebut namun kebanyakan daripadanya telah dicuri atau musnah semasa peperangan yang terjadi selepas itu.

6. Taj Mahal boleh bertukar warna pada siang hari. Bergantung kepada jumlah cahaya matahari dan cahaya bulan yang diterima, marmar pada kubah Taj Mahal boleh bertukar warna.

7. Senibina yang terdapat pada Taj Mahal memaparkan simetri yang sempurna pada semua bahagian kecuali pada bahagian makam di mana makam Shah Jehan lebih besar berbanding makam Mumtaz Mahal kerana nilai-nilai Islam yang lebih mementingkan lelaki berbanding wanita.

8. Tumbuh-tumbuhan yang terdapat pada taman di Taj Mahal dibawa dari Turki, manakala batu marmar pula dari Makarana, Rajasthan, Punjab, China, Sri Lanka, negeri-negeri Arab, Tibet dan Afghanistan.

9. Bahagian tiang yang terdapat pada bahagian luar Taj Mahal telah dibina dengan kecondongan yang menghadap ke luar, supaya apabila berlaku gempa bumi, tiang yang tumbang tidak akan menghempap bahagian istana.

9 comments:

  1. yeah,,1st lagi.. hidup anon!!!

    ReplyDelete
  2. wow.... I'm back
    sy zambree KL dgn banggaNya mmperkenalkan blog paling suci sy....
    Ibnurijal.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. babi lu zamri ! hidop lagi ea lu. ! blah la dr sni ! semak la lu !

      Delete
  3. Replies
    1. celaka kau zamree kl

      Delete
  4. kejuruteraan zaman tu leh dibanggakan

    ReplyDelete
  5. kesian pembuat taj mahal ni ..
    pekerja di potong tangan ..
    pelukis reka bentuk di buta kan
    malang naseb mereka

    ReplyDelete
  6. bukankah shah jehan nak buat taj mahal berwarna hitam ke, kalau tangan mereka dan dipotomg dan dibutakan mengapa ada pakerja mahir dalam pembuatan marmar sekarang? mungkin itu pandangan oriantalis yg sangat cemburukan islam

    ReplyDelete
    Replies
    1. btul tu...rasanya org islam xkan buat keje cm 2 auta kafir semata2

      Delete

Penpatah.blogspot tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri