Cool : Mr Stubbs, Buaya Pertama Di Dunia Memakai Ekor Palsu (5 Gambar)
Home » » Cool : Mr Stubbs, Buaya Pertama Di Dunia Memakai Ekor Palsu (5 Gambar)

Cool : Mr Stubbs, Buaya Pertama Di Dunia Memakai Ekor Palsu (5 Gambar)

9 Comments
Seekor buaya bernama Mr Stubbs akan melakar sejarah tersendiri apabila dipasang ekor tiruan bagi membantunya hidup normal tidak lama lagi.

Berusia sembilan tahun, reptilia itu adalah buaya pertama dilengkapi ekor buatan manusia. Mr Stubbs mengalami kecacatan bahagian belakang badannya selepas digigit ketika bergaduh dengan buaya lain.

Kecacatan itu juga menyebabkan Mr Stubbs tidak boleh berenang seperti sepatutnya. Haiwan berkenaan diselamatkan pakar reptilia sebuah persatuan hidupan liar di Phoenix, Arizona. Namun, dengan ekor tiruan itu, Mr Stubbs bakal mendapat hidup baru.

Sepasukan pakar mencipta ekor berteknologi tinggi menggunakan lateks dan silikon berharga beribu-ribu dolar Amerika. Mereka turut mengkaji pergerakan Mr Stubbs melalui kamera khas untuk menyesuaikan ekor tiruannya.

Selepas dipasangkan ekor tiruan itu, pakar terbabit perlu mengajar Mr Stubbs berenang semula. Seorang daripada pakar persatuan itu, Russ Johnson berkata, buaya berkenaan mungkin terlalu muda ketika bertembung dan bergaduh sebelum ini.


“Buaya adalah haiwan pemangsa dan jika anda bersaiz kecil terpaksa berdepan dengan buaya lain yang kelaparan, anda adalah makanan mereka,” katanya. Mr Stubbs adalah satu daripada 32 buaya yang ditemui dalam sebuah lori yang ditahan di Arizona baru-baru ini. Selepas diserahkan kepada persatuan terbabit, Johnson berkata, mereka mendapati Mr Stubbs tidak mampu berenang.

“Apabila di dalam air, Mr Stubbs akan terlentang,” katanya





Jika anda suka artikel ini, jangan lupa sertakan kami dengan copy salah satu link di bawah ^_^

Kopi link post yang comel ini ^_^



Kalau nak dalam bentuk HTML, kopi saya lak ^_^

9 comments:

  1. kesian buaya tu. kontot sudahhh

    ReplyDelete
  2. Hy Guys : Samsung Galaxy S IV : The Breaking Dawn . Official announcement will be held from Samsung Company on 14th March 2013 ! It's willbe an amazing Head to Head from all High-end Android devices , Samsung Galaxy S4 vs Sony Xperia Z vs HTC One vs Motorola X Phone ( Coming Soon from Motorola and Google ) ! Please Visit Blog to read ang to get an official Information soon , you can visit GSMARENA.com for sure ! Thats All from me , Thank You , Terima Kasih and Kamsahamida


    http://hazardfaiz.blogspot.com/2013/03/smartphone-all-about-galaxy-s-iv-before.html

    ReplyDelete
  3. dah tak macho dah .. tak leh panggil sang bedal .. pasal ekor takde

    ReplyDelete

Penpatah.blogspot tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri